Samsung Gear IconX Dikemaskini Dengan Rekaan Baru Serta Sokongan Bixby

Samsung Gear IconX Dikemaskini Dengan Rekaan Baru Serta Sokongan Bixby

Fon telinga tanpa wayar dengan pengesan kesihatan Samsung Gear IconX dikemaskini dengan model terbaru. Tempat simpanan ini lebih kecil dan rekan dua fon telinga ini juga diperhalusi bagi membuatkannya lebih selesa digunakan.

Menurut Samsung muzik dapat didengari selama tujuh jam dengan sekali cas sekiranya disimpan di dalam Gear IconX. Ini menurun ke 5 jam jika menggunakan perkhidmatan penstriman. Kapasiti bateri pada fon telinga meningkat ke 82 mAh berbanding 47 mAh tahun lalu.

Cangkerang simpanan merangkap pengecas juga kini dilengkapi bateri sebesar 340 mAh berbanding 315 mAh tahun lalu. Ia juga menyokong kawalan suara Bixby apabila dipadankan dengan peranti yang menyokong pembantu maya kecerdasan buatan ini. Harga dan tarikah jualan Samsung Gear IconX 2017 masih belum diumumkan.

Acer Melancarkan Dua Kamera 360 Darjah Di IFA

Acer Melancarkan Dua Kamera 360 Darjah Di IFA

Selain komputer riba dan monitor baru, Acer turut melancarkan dua kamera 360 darjah di acara IFA Berlin tahun ini. Acer Holo360 dan Acer Vision360 adalah dua kamera dengan fungsi berbeza. Acer Holo360 ialah kamera 360 darjah yang menggunakan sistem operasi Android 7.1.1

Ia turut dilengkapi pemproses Snapdragon 625 dan sokongan selular bagi memudahkan memuat naik ke media sosial pilihan. Ia mampu merakam video pada resolusi 4K dan gambar pada resolusi 6.9K. Selain daripada itu terdapat skrin sesentuh sebesar 3″ untuk menonton semula video yang telah dirakam.

Acer Vision360 pula direka untuk digunakan di dalam kereta bagi merakam pemanduan atau insiden kemalangan jalan raya. Apabila kemalangan berlaku ia akan menyimpan lokasi GPS dan terus menghantar video ke storan awanan bagi mengelakkan ia dipadam. Ia turut boleh memberikan notifikasi sekiranya kenderaan dilanggar di tempat meletak kereta. Aplikasi khas turut membolehkan pemilik menjadikannya kamera litar pintas yang boleh diakses menerusi peranti mudah alih.

Acer Holo360 dijual pada harga $429 (~RM 1836) sebuah bermula November manakala harga dan tarikh jualan untuk Acer Vision360 masih belum diumumkan.

Gear Fit2 Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung September – Gear Sport Pada November

Gear Fit2 Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung September – Gear Sport Pada November

Samsung hari ini akhirnya telah memperkenalkan sejumlah peranti boleh-pakai dibawah jenama Gear, dan pada masa yang sama mengumumkan tarikh penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Tiga peranti yang telah diperkenalkan adalah Gear Fit2 Pro, Gear Sport, dan juga Gear IconX.

Samsung Gear Sport

Gear Fit2 Pro merupakan gelang tangan pintar dengan fokus terhadap aktiviti kecergasan, dan turut hadir diintegrasikan dengan sokongan memantau data berenang, dan juga integrasi GPS. Gear Sport pula merupakan jam tangan pintar dengan fokus terhadap mereka dengan gaya hidup aktif, dan akhir sekali Gear IconX pula memfokuskan kepada fon telinga yang memudahkan anda mendengar lagu, serta sokongan Bixby.

Samsung Gear Fit2 Pro

Harga jualan untuk ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui lagi.

Samsung Malaysia mengatakan Gear Fit2 Pro akan ditawarkan bermula penghujung September kelak, Gear Sport dan Gear IconX pula akan hadir ke Malaysia sekitar November.

Samsung Gear Sport Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Dengan Fokus Kepada Gaya Hidup Aktif

Samsung Gear Sport Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Dengan Fokus Kepada Gaya Hidup Aktif

Samsung pada tahun lepas telah mencuri perhatian ramai melalui jam tangan pintar Gear S3 mereka. Kini, untuk tahun ini, Samsung tidak menawarkan kemaskini untuknya, sebaliknya memperkenalkan salah satu variasi dan alternatif jam tangan pintar untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Dinamakan sebagai Samsung Gear Sport, ia hadir dengan skrin berbentuk bulat menggunakan panel Super AMOLED. Seperti sebelum ini, ia masih dijana berasaskan Tizen, tetapi lebih tahan lasak – sesuai untuk digunakan bagi mereka yang sering bersenam dan mempunyai gaya hidup aktif.

Samsung Gear Sport

Samsung Gear Sport ini hadir dengan sokongan kalis air, dan turut menyertakan sensor untuk pemantauan aktiviti berenang – lebih kurang seperti Gear Fit2 Pro. Disamping itu, Gear Sport turut dilengkapi dengan sensor kadar denyutan nadi, dan turut menyertakan sejumlah sokongan aplikasi menarik – termasuk Spotify, MyFitnessPal, Endomondo, dan sebagainya. Pengguna turut boleh menyimpan lagu Spotify untuk akses luar-talian, sekaligus kekal mendengar lagu walaupun tanpa bersambung ke telefon pintar.

Samsung Gear Sport

Disamping itu, Samsung turut menyertakan sokongan NFC untuk pembayaran Samsung Pay menggunakan Gear Sport ini.

Samsung menyasarkan untuk memasarkan Gear Sport di Malaysia menjelang bulan November kelak.

Maxis Akan Tambah Ciri Bayar Guna Bil Telekomunikasi Untuk Apple App Store Pada Suku Tahun Akan Datang

Maxis Akan Tambah Ciri Bayar Guna Bil Telekomunikasi Untuk Apple App Store Pada Suku Tahun Akan Datang

Pada hari ini, Celcom, Digi dan juga U Mobile telah menambah sokongan pembayaran pembelian di App Store, iTunes dan Apple Music menggunakan bil telekomunikasi. Melaluinya, pengguna prabayar boleh menolak terus daripada kredit mereka, sementara pengguna pascabayar boleh membuat pembelian dan ia ditambah ke bil telekomunikasi.

Walaubagaimanapun, ia sedikit mengejutkan untuk melihat Maxis tidak menyertakan sokongan sama untuk para pelanggan mereka.

Bercakap mengenainya, kini melalui kenyataan Maxis yang diberikan kepada kami, Maxis mengatakan ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada pengguna Maxis dan Hotlink pada suku tahun akan datang.

Jadi, sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan melihat ciri pembelian di App Store, Apple Music dan iTunes menggunakan kredit prabayar Hotlink atau bil Maxis menjelang penghujung 2017 ini.

Dell Inspiron 15 7000 Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Dell Inspiron 15 7000 Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Hari ini hari yang cukup meriah dalam kalendar pelancaran komputer riba. Selain monitor melengkung 34″ Alienware, Dell turut melancarkan gaming laptop Inspiron 15 7000 Gaming Laptop. Ia dilengkapi skrin 15″ IPS LCD dengan pilihan resolusi HD penuh ataupun 4K.

Pilihan pemproses pula ialah Intel Core i7 Kaby Lake ataupun i5 Kaby Lake. Kad grafik yang disertakan ialah Nvidia GeForce GTX 1060 yang menggunakan rekaan Max-Q. Memori pula ialah sehingga 16GB RAM DDR4 dan storan SSD sehingga 512GB. Sebuah bateri sebesar 56Wh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas yang mampu mengecas sehingga 80% dalam masa sejam.

Dua port USB-C yang disertakan mampu menyokong dua monitor tambahan dengan resolusi 4K secara serentak. Pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa memberikan sistem keselamatan biometerik kepada pengguna. Inspiron 15 7000 Gaming Laptop dijual pada harga bermula $900 (~RM 3843) sebuah September ini.

Asus Hadir Dengan Komputer Riba 2-Dalam-1 Baru – ZenBook Flip 14 Dan ZenBook Flip 15

Selain Acer, pihak Asus turut mengambil pentas utama di acara IFA 2017 hari ini, dan memperkenalkan beberapa produk baru mereka. Mencuri perhatian adalah komputer riba dibawah keluarga ZenBook Flip.

Asus IFA 2017

Asus hari ini mengumumkan kembali Asus ZenBook Flip S yang telah diperkenalkan pada acara Computex 2016 lepas. Menariknya, bersama-sama ia, Asus turut mengumumkan dua lagi komputer dua-dalam-satu, iaitu ZenBook Flip 14 dan juga ZenBook Flip 15.

Asus ZenBook Flip 14

Secara kasar, ini boleh dikatakan sebagai kali pertama komputer riba ZenBook Flip menggunakan saiz lebih besar daripada 13.3-inci. Dan pihak Asus turut menekankan yang mana Asus ZenBook Flip 14 adalah komputer 2-dalam-1 yang paling nipis di dunia pada hari ini.

ZenBook Flip 14 ini hadir dnegan cip Intel Core i7 yang terkini, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, ruangan storan sehingga 512GB SSD, dan juga sokongan grafik NVIDIA MX150. Asus mengatakan komputer riba ini menawarkan masa penggunaan bateri selama 13 jam lamanya.

Asus ZenBook Flip 15 pula hadir dengan skrin 15.6-inci dengan paparan sehingga 4K, dilengkapi cip Intel Core i7 terkini, sokongan kad grafik NVIDIA GTX 1050, ruangan storan sehingga 2TB HDD + 512GB SSD, dan sokongan USB_C untuk penambahan GPU luaran.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan. Turut diumumkan oleh Asus hari ini adalah dimana keluarga komputer riba sedia ada mereka akan dikemaskini dengan cip Intel Core generasi kelapan.

Acer Swift 7 Kini Hadir Dilengkapi Sokongan 4G LTE – Hanya Setebal 0.89sm

Acer Swift 7 Kini Hadir Dilengkapi Sokongan 4G LTE – Hanya Setebal 0.89sm

Acer hari ini telah memperkenalkan sejumlah komputer riba baru, termasuk kemaskini untuk keluarga Swift. Selain mengumumkan Acer Swift 7 Black Edition, pihak Acer turut mengumumkan kemaskini kepada Swift 7 biasa.

Acer Swift 5

Menjadi fokus utama pada komputer riba Swift 7 ini adalah rekaan yang nipis. Kini, Acer berjaya mengurangkan lagi ketebalan komputer riba berkenaan, dimana kini ia hanya setebal 0.89 sentimeter sahaja.

Acer Swift 7 juga turut hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini seperti cip Intel Core generasi ke-8, disamping turut menawarkan sokongan rangkaian 4G melalui komputer riba ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Acer Swift 7 ultra-nipis ini akan memasuki pasaran tempatan.

[Embargo] Acer Mengumumkan Acer Aspire S24 – Komputer AIO Paling Nipis Dari Acer

[Embargo] Acer Mengumumkan Acer Aspire S24 – Komputer AIO Paling Nipis Dari Acer

Acer cukup terkenal dengan komputer All-In-One mereka yang hadir dengan rekaan yang padat tetapi berkuasa, dan komputer-komputer ini cukup bagus untuk mereka yang mahukan sebuah komputer kelas desktop, tetapi tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan sebuah komputer dengan rekaan tradisional tersebut.

Di acara Acer GPC di Berlin, Acer memperkenalkan komputer AIO terbaru mereka. Acer Aspire S24, yang dikatakan komputer AIO yang paling nipis oleh syarikat tersebut setakat ini. Ia dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake, dan mempunyai storan cache Intel Optane yang mempercepatkan waktu pembukaan perisian yang dimuatkan di dalam cakera keras.

Rekaan Aspire 24 ini juga cukup menarik. Bahagian paparan yang menempatkan komponen-komponen ini hanya mempunyai ketebalan 5.97mm, membuatkannya komputer AIO ternipis dari Acer setakat ini. Cangkerang komputer ini hadir dengan rekaan warna hitam dan emas pusam yang membuatkannya kelihatan seperti sebuah komputer yang sangat premium.

Dari segi paparan, ia dimuatkan dengan paparan skrin IPS bersaiz 23.8 inci dengan resolusi paparan Full HD 1920×1080 pixel. Dalam pada itu, paparan ini juga mempunyai bingkai yang cukup nipis dengan ketebalan 2.7mm. yang memberikan paparan Aspire s24 ini nisbah skrin-ke-badan 90%. Ia juga mempunyai sudut pandangan sehingga 178 darjah yang membolehkan pengguna melihat butiran di paparan komputer ini pada semua arah.

Menariknya, komputer Acer Aspire S24 ini juga hadir dengan teknologi pengecasan tanpa-wayar Qi di bahagian tapaknya, jadi jika anda mempunyai peranti mudah-alih yang menggunakan teknologi ini, anda boleh menggunakannya untuk mengecas peranti anda.

Perlukan Lebih Banyak Data? Celcom FIRST Platinum Plus Menawarkan 100GB Data Pada Harga RM 188 Sebulan

Perlukan Lebih Banyak Data? Celcom FIRST Platinum Plus Menawarkan 100GB Data Pada Harga RM 188 Sebulan

Sejajar dengan kemajuan teknologi, perlunya untuk kita memiliki data internet yang bukan sahaja laju, malah dengan kuota data yang cukup tinggi. Gaya hidup masa kini membolehkan anda menonton video HD dimana jua anda berada. Baru-baru ini Celcom telah mengemaskini pelan pascabayar mereka, dan menambah dua pelan iaitu FIRST Gold Supreme an juga FIRST Platinum Plus.

FIRST Gold Supreme – Tawaran Kelas Pertengahan Dengan Kuota Data 50GB.

Jika pada sebelum ini anda melanggan FIRST Gold Plus namun ia tidak mencukupi mengikut corak penggunaan anda, anda boleh menaiktaraf pelan anda kepada FIRST Gold Supreme. Pada bayaran bulanan sebanyak RM 128, anda boleh menerima kuota 50GB Internet yang terbahagi kepada 25GB pada hari bekerja sementara 25GB untuk hari minggu. Lebih dari itu, anda turut menerima kuota tambahan 25GB untuk penggunaan Video Walla, membolehkan anda menonton video dan menstrim kandungan menarik.

FIRST Platinum Plus – 100GB Data Tersedia Hanya Pada Harga RM 188

Tidak banyak syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan pada harga sebegini. Pada langganan bulanan berharga RM 188, pengguna akan menerima 100GB kuota data. Pada kapasiti ini, kuota data yang dimiliki pengguna sangat banyak. Bahkan bagi sebarang penggunaan Video Walla, kuota data berasingan disediakan iaitu sebanyak 100GB. Menerusi tawaran ini, anda sudah pasti boleh menonton YouTube, iflix, Netflix dan pelbagai lagi dimana sahaja anda berada tanpa perlu risau akan had data.

Untuk kedua-dua tawaran terbaru ini, ia sekaligus menjumlahkan lima tawaran pelan pascabayar Celcom FIRST yang tersedia buat pelanggan. Kesemua pelan ini turut menerima perkhidmatan Yonder Music tanpa had, serta penggunaan aplikasi WhatsApp & WeChat yang tidak menggunakan sebarang kuota data. Pengguna juga boleh melakukan panggilan tanpa had ke semua rangkaian manakala bagi SMS, hanya pelanggan FIRST Platinum dan juga FIRST Platinum Plus yang menerimanya secara percuma. Bagi pelan yang lain, caj 20 sen per SMS dikenakan.

Untuk masa yang terhad, mereka yang mendaftar pelan pascabayar dalam pilihan FIRST Gold Plus, FIRST Gold Supreme, FIRST Platinum dan juga FIRST Platinum Plus, anda bakal menerima telefon percuma seperti yang tersenarai dibawah, selagi stok masih ada.

  1. Samsung Galaxy J2 Prime
  2. Samsung Galaxy J1
  3. Samsung Galaxy J3 Pro
  4. Samsung Galaxy J3
  5. Samsung Galaxy J5
  6. Samsung Galaxy J7 Pro
  7. Huawei Y6 II
  8. Huawei P10 Lite
  9. Huawei P10
  10. Vivo V5s
  11. Xiaomi Redmi Note 4
  12. Oppo A77
  13. Oppo A57
  14. iPhone 6 32gb

Tukarlah kepada: Pelan Pascabayar Celcom FIRST

Penafian: Advertorial dari Celcom



Acer Hadir Dengan Monitor Gaming 35-inci Dengan Kadar Segar Semula 200Hz

Acer Hadir Dengan Monitor Gaming 35-inci Dengan Kadar Segar Semula 200Hz

Acer melalui jenama Predator mereka sering memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi melaluinya. Terkini, pada acara khusus bersempena dengan IFA 2017, Acer kini turut mengumumkan monitor memfokuskan permainan video, dinamakan sebagai Predator X35.

Predator X35 hadir dengan skrin melengkung bersaiz 35-inci, dan menawarkan paparan resolusi QQHD (3440×1440 pixel).

Acer Predator X35

Menariknya, ia juga turut hadir dengan kadar segar semula mencapai 200Hz yang semestinya diminati ramai peminat permainan video seluruh dunia.

Disamping itu, sokongan seperti NVIDIA G-Sync turut disertakan dalam memberikan pengalaman permainan yang baik kepada pengguna.

Acer menyasarkan untuk memasarkan monitor ini bermula awal tahun 2018 kelak.

Acer Predator Orion 9000 – Komputer Berkuasa Dengan CPU Intel Core i9 Dan Sehingga Empat Kad Grafik

Acer Predator Orion 9000 – Komputer Berkuasa Dengan CPU Intel Core i9 Dan Sehingga Empat Kad Grafik

Jika Acer Predator 21X sebuah komputer riba yang menunjukkan kebolehan Acer membina laptop dengan spesifikasi tidak masuk akal, terkini, mereka baru sahaja mengemaskini definisi overkill terbaru mereka melalui sebuah komputer dengan komponen-komponen yang terbaru dan paling berkuasa di dalam pasaran.

Gergasi perkomputeran terbaru ini diberikan nama Acer Predator Orion 9000, dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia hadir dengan komponen-komponen yang overkill. Ini termasuklah CPU Intel Core i9 Extreme Edition dengan 18 teras dan 36 bebenang kuasa, sokongan untuk memori DDR4 sehingga 128GB.

Acer Predator Orion 9000

Bukan itu sahaja, PC Orion 9000 ini hadir dengan pilihan untuk empat kad grafik AMD Radeon RX Vega ataupun dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti untuk menggerakkan jentera grafik komputer desktop ini.

Dari segi rekaan cangkerang pula, komputer Orion 9000 ini hadir dengan cangkerang berwarna hitam dan kelabu, dan mempunyai sistem nyalaan RGB di bahagian depan dan pilihan untuk melengkapi kipas-kipas didalamnya dengan sistem nyalaan yang sama.

Acer Predator Orion 9000

Untuk menyejukkan CPU dan GPU di dalam komputer ini, Acer hadir dengan gabungan sistem penyejukan cecair dan juga Ice Tunnel 2.0. Sistem penyejukan cecair menyejukkan CPU, manakala sistem Ice Tunnel 2.0 membantu mengalirkan haba daripada komponen-komponen keluar daripada komputer.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti overclocking, Acer Predator Orion 9000 ini juga hadir dengan butang overclocking yang membolehkan pengguna menambah prestasi dengan mudah.

Jadi, dengan penawaran ini, adakah anda akan mendapatkannya?

Acer Swift 5 Kini Hadir Dengan Ketebalan Kurang 0.9sm, Cip Intel Core Gen-8

Acer Swift 5 Kini Hadir Dengan Ketebalan Kurang 0.9sm, Cip Intel Core Gen-8

Laptop Acer Swift 5 dan Switch 5 merupakan dua daripada siri laptop ultra-nipis daripada Acer yang bukan sahaja hadir dengan kuasa pemprosesan yang cukup mantap, tetapi juga jangka-hayat bateri yang mampu bertahan selama hampir sepuluh jam.

Terkini, di acara Acer GPC di Berlin, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini dua daripada laptop-laptop ultra-nipis mereka, termasuklah Acer Swift 5 dan juga Acer Switch 5 dengan menggunakan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake.

Acer Swift 5

Dengan Acer Swift 5 terbaru, Acer telah melakukan beberapa perubahan rekaan, termasuklah penggunaan bezel yang lebih nipis sebelum ini, dan juga paparan sesentuh dengan resolusi Full HD, sama seperti sebelum ini. Selain dari itu, Swift 5 ini juga menggunakan cangkerang magnesium-lithium yang membolehkan peranti ini diukur pada berat dibawah 1kg, selain setebal kurang 0.9cm.

Acer Swift 5

Ciri-ciri lain yang hadir pada laptop Swift 5 ini juga termasuklah sistem audio Acer TrueHarmony, pengiktirafan Skype For Business dan juga teknologi WiFi 2×2 802.11ac.

Acer Spin 5 pula hadir dengan beberapa penambahbaikkan yang cukup menarik sekali. Selain daripada penggunaan CPU Intel Coffee Lake yang terbaru, laptop Spin 5 kini hadir dengan dua buah model baru, termasuklah sebuah yang hadir dengan paparan 13 inci dan juga 15 inci, dan kedua-duanya hadir dengan paparan skrin beresolusi Full HD 1920×1080 pixel.

Acer Spin 5

Dari segi spesifikasi lain, kedua-dua model ini hadir dengan pilihan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga jangka-hayat bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 13 jam dengan satu pengecasan penuh.

Laptop yang berkebolehan memusingkan paparannya ke empat mod yang berlainan ini juga hadir dengan sebuah penambahbaikan yang cukup menarik, iaitu kehadiran sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 untuk model Acer Spin 5 15 inci. Walaupun ia hadir dengan kad grafik yang cukup berkuasa ini, Acer menyatakan bahawa model Spin 5 15 inci dengan kad grafik ini berukuran 17.9mm dan hanya seberat 2kg.

Sedang dikemaskini..

Acer Switch 7 Black Edition – Laptop 2-Dalam-1 Dengan Sistem Penyejukan Dual LiquidLoop

Acer Switch 7 Black Edition – Laptop 2-Dalam-1 Dengan Sistem Penyejukan Dual LiquidLoop

Di acara Acer GPC di Berlin hari ini, Acer mengumumkan kehadiran beberapa laptop-laptop ultra-nipis terbaru, termasuklah Acer Swift 5 dan Spin 5 yang dikemaskini dengan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake.

Selain dari itu, Acer turut mengambil peluang untuk memperkenalkan laptop ultra-nipis terbaru mereka, iaitu Acer Switch 7 Black Edition, sebuah laptop 2-dalam-1 yang hadir dengan sebuah kad grafik khususnya sendiri.

Acer Switch 7 Black Edition

Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan CPU Intel generasi ke-lapan Coffee Lake dan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce MX150. Paparan IPS 13.5-inci laptop ini hadir dengan resolusi QHD 2256×1504 membolehkan pengguna menggunakan laptop ini untuk tugas-tugas multimedia yang cukup berkuasa.

Dalam pada itu, cangkerang laptop hibrid ini yang diperbuat daripada aluminium membolehkan laptop ini hadir seberat 1.15kg sahaja dan memudahkan pengguna membawa laptop ini kemana-mana sahaja.

Sama seperti hibrid Acer Switch sebelum ini, papan kekunci Switch 7 Black Edition ini boleh dicabut dengan mudah, dan bukan itu sahaja, ia juga laptop hibrid Acer yang pertama untuk hadir dengan ciri Acer Autostand, dimana kaki untuk menegakkan laptop tersebut boleh digunakan secara automatik.

Acer Switch 7 Black Edition

Menariknya, Acer Switch 7 Black Edition ini juga hadir dengan sistem penyejukan tanpa LiquidLoop, dimana hanya cecair penyejuk dan paip haba digunakan untuk menyejukkan CPU dan kad grafik di dalam laptop tersebut.

Menurut pihak Acer, laptop Acer Switch 7 Black Edition ini akan hadir di pasaran EMEA kelak, bermula pada harga €1,999.

Monitor Melengkung Alienware 34 Dilancarkan Dengan Sokongan Resolusi WQHD Dan Nvidia G-SYNC

Monitor Melengkung Alienware 34 Dilancarkan Dengan Sokongan Resolusi WQHD Dan Nvidia G-SYNC

Dua model monitor melengkung Alienware 34 dilancarkan hari ini yang mensasarkan golongan pemain PC tegar. Alienware 34 AW3418DW menyokong resolusi WQHD (3440 x 1440 pixel) dengan kadar segar-semula 120 Hz. Alienware 34 AW3418HW) pula menyokong resolusi WFHD (2560 x 1080 pixel) dengan kadar segar-semula 160 Hz.

Kedua-dua monitor menyokong Nvidia G-SYNC, masa tindak balas 4ms dan sistem lampu LED AlienFX. Rekaannya juga agresif dan futuristik sesuai dengan jenama yang menggunakan logo wajah makhluk asing.  yang Monitor AW3418DW dijual pada harga $1499 (~RM 6407) manakala AW3418HW dijual pada harga $1199 (~RM 5125) bermula musim luruh yang akan datang.

Celcom Menawarkan Video Walla 1GB Percuma Untuk Pelanggan Xpax

Celcom Menawarkan Video Walla 1GB Percuma Untuk Pelanggan Xpax

Xpax Free 1GBBersempena dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos 2017 ini, kini Celcom menawarkan data percuma sebanyak 1GB melalui Video Walla bagi para pengguna pakej Xpax.

Bagi pelanggan Xpax, anda boleh tebus data sebanyak 1GB percuma untuk digunakan bagi menonton video ini antara hari ini sehingga 1 September 2017 kelak. Sebaik sahaja menebusnya, anda diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk habis menggunakan data 1GB untuk menonton video.

Dibawah Video Walla, pengguna boleh menggunakan data berkenaan untuk menonton video melalui YouTube, iFlix, Netflix, Tonton, AstroGO, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, MetroTV dan juga DailyMotion.

Bagi anda yang menggunakan talian Xpax, anda boleh membuka aplikasi Xpax anda hari ini, dan menebus data 1GB percuma Video Walla ini melalui aplikasi berkenaan.

Logitech Melancarkan Tetikus, Papan Kekunci Mekanikal Tanpa Wayar Dan Pad Tetikus Gergasi

Logitech Melancarkan Tetikus, Papan Kekunci Mekanikal Tanpa Wayar Dan Pad Tetikus Gergasi

Benda yang bagus selalunya datang bertiga. Ini ialah peri bahasa Inggeris yang kerap didengari. Logitech hari melancarkan tiga produk baru iaitu tetikus tanpa wayar G603. papan kekunci mekanikal tanpa wayar G613 dan pad tetikus gergasi sebesar meja G840.

Logitech G603 menggunakan teknologi Lightspeed dengan tahap kepekaan sehingga 12000 DPI. Laser berteknologi HERO (High Efficiency Rated Optical) dikatakan sepuluh kali ganda lebih efisien bagi memberikan ketahanan bateri sehingga 500 jam.

 

Papan kekunci mekanikal tanpa wayar Logitech G613  pula menggunakan teknologi Bluetooth. Dengan hanya dua bateri AA. ia mampu berfungsi sehingga 18 bulan sebelum perlu digantikan. Suis Romer-G digunakan bagi memberikan kejituan ketika menekan kekunci.

Akhir sekali ialah pad tetikus gergasi Logitech G840 sebesar meja pula dihasilkan bagi memberikan permukaan yang paling lancar untuk digunakan bersama tetikus keluaran mereka.

Harga jualan Logitech G603 ialah RM 329 manakala untuk Logitech G613  pula ialah RM427 . Pad tetikus gergasi Logitech G840 pula akan dijual pada September hadapan pada harga $49.99 (~RM 214).

Universiti Putra Malaysia (UPM) - Jawatan Kosong September 2017

Universiti Putra Malaysia (UPM) - Jawatan Kosong September 2017

Jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) September 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
4. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
5. PEGAWAI VETERINAR GV41
6. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
7. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
8. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
9. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
10. PENOLONG JURUTERA JA29
11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
12. PENOLONG AKAUNTAN W29
13. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
14. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
15. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
16. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19
17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
18. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
19. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
20. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
21. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
22. PEMBANTU AWAM H11
23. PEMBANTU OPERASI N11
24. PEGAWAI PERUBATAN UD43
25. PEGAWAI DIETETIK U41
26. PEGAWAI OPTOMETRI U41
27. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
28. PEGAWAI FARMASI UF41
29. JURURAWAT U41
30. JURUTERA J41
31. PEGAWAI SAINS C41
32. JURU X-RAY U29
33. JURURAWAT U29
34. JURUPULIH PERUBATAN U29
35. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
36. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
37. PEREKA B19

Tarikh tutup permohonan 12 September 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) September 2017

Permohonan jawatan secara online disini
Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 16 September 2017

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 16 September 2017

Jawatan kosong terkini di Universiti Utara Malaysia (UUM) September 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai :

1. PUSTAKAWAN GRED S41
2. PEGAWAI FARMASI GRED UF41
3. PEGAWAI FARMASI GRED UF41
4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
5. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Tarikh tutup permohonan 16 September 2017
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) September 2017

Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini
Jawatan Kosong Di AT Konsortium

Jawatan Kosong Di AT Konsortium

Jawatan Kosong Di AT Konsortium

Majikan :          AT Konsortium (AF.959)
Alamat :           Lot 268, Petak 5, Tingkat 2, Jalan Sultanah Zainab, (Depan Istana Kota Lama), 15050 Kota Bharu
Telefon :          09-7473964

Jawatan :         Accountant
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :      Degree in Accounting
gaji :               RM 1,000.00 and above

Keterangan :
•      Degree in Accounting (IPTA only)
•      Chartered Accountants are encouraged to apply
•      CIMA and ACCA holders are encouraged to apply
•      Fresh graduates are encouraged to apply
•      Good inter-Personal Skills, possess valid license and own vehicle
•      CGPA 3.00 & Below ( Must have working experience )
•      Age of 23 – 30 years old & Single


#       Those who are interested, please sent your CV together with current photo via email nikakman_accounting@yahoo.com  / nikaman@gmail.com or by post. For those who have applied before, are not encourage to apply

#       Tarikh Tutup : 30 September 2017


" kerja adalah ibadah "

The Walking Dead : Our World Diumumkan – Menawarkan Kaedah Permainan AR Seumpama Pokemon Go

Pada tahun lepas, salah satu permainan yang menjadi sebutan ramia adalah Pokemon Go, dimana pengguna boleh menggunakan telefon pintar untuk melihat watak Pokemon lain secara maya. Kini, dengan konsep lebih kurang sama, satu lagi permainan bakal hadir, iaitu The Walking Dead : Our World.

Walking Dead

Video acah yang dipertontonkan tidak memperlihatkan sebarang bentuk permainan buat masa ini, dan dilihat lebih kepada promosi semata-mata. Walaupun bentuk permainan penuhnya masih tidak diketahui lagi, ia dikatakan pengguna boleh berlawan dengan pelbagai zombie di atas jalan, taman, dan sebagainya.

Permainan ini akan ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan juga iOS. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.

Toyota Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Toyota Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Grab baru-baru ini telah menerima suntikan dana daripada sejumlah pelabur. Turut menyertai pelaburan terbaru berkenaan adalah pengeluar kenderaan terkemuka, Toyota.

Toyota tidak menyatakan jumlah nilai pelaburan yang dilakukan oleh mereka. Dengan pelaburan ini juga, Toyota akan memasang peranti TransLog pada sekitar 100 kenderaan sewa Grab bagi mengumpulkan data pemanduan dan kaedah pemanduan – yang mungkin boleh digunakan pada teknologi swapandu kelak.

Menariknya adalah dimana Toyota juga sebelum ini telah membuat pelaburan strategik pada Uber – sekaligus membolehkan mereka mempunyai pegangan pada Grab dan juga Uber.

Selain Toyota, sebelum ini Honda turut telah membuat pelaburan strategik pada Grab.

Google Memperkenalkan Android Certified – Peranti Android Yang Dijamin Keselamatannya

Google Memperkenalkan Android Certified – Peranti Android Yang Dijamin Keselamatannya

Terdapat lebih dari 2 Billion peranti Android yang digunakan secara aktif di dunia sekarang. Kesemua peranti dikeluarkan oleh puluhan pengeluar yang ada dikalangannya tidak menerima pensijilan rasmi dari Google untuk menggunakan Android. Oleh itu Google memperkenalkan program Android Certified.

Melalui Android Certified, peranti yang terbukti selamat digunakan tanpa perisian hasad terpasang dan mempunyai aplikasi Google terpasang. Peranti di bawah Android Certified akan mempunyai logo khas pada bahagian kotak. Ini dapat membantu pengguna untuk memilih peranti yang selamat untuk digunakan.

Telah terdapat laporan beberapa pengeluar peranti Android yang menyertakan perisian hasad dan iklan terpasang pada peranti tanpa diketahui pengguna. Bagi pembaca yang berminat, senarai pengeluar yang menerima pengiktirafan Android Certified boleh dilihat pada pautan di bawah

Laman Google Android Certified

Lomo’Instant Square – Kamera Filem Instax Boleh Lipat

Lomo’Instant Square – Kamera Filem Instax Boleh Lipat

Kamera analog masih mempunyai ramai peminat walaupun kamera digital kini boleh ditemui pada kesemua telefon pintar di tangan. Penggemar fotografi analog mengatakan gambar yang diambil secara tradisional ini memberikan lebih kepuasan kerana tidak boleh disunting untuk menjadikannya lebih cantik. Kepada peminat format gambar segesar Instax, Lomography kini menawarkan kamera Lomo’Instant Square.

Kamera dengan lensa 95mm ini direka untuk digunakan bersama filem segi empat sama Instax keluaran Fujifilm. Lomo’Instant Square boleh dilipat apabila tidak digunakan bagi memudahkan ia dibawa. Pengguna boleh mengawal dedahan filem, melakukan dedahan berganda dan terdapat alat kawalan jauh untuk mengambil gambar dari jauh. Lomography sedang mengumpul dana melalui Kickstarter untuk menghasilkan kamera ini secara komersial. Ia boleh ditempah pada harga bermula $129 (~RM 551) sebuah.

Telefon BlackBerry Dengan Sokongan Kalis Air Bakal Diperkenalkan Pada Oktober Ini

Telefon BlackBerry Dengan Sokongan Kalis Air Bakal Diperkenalkan Pada Oktober Ini

BlackBerry sedia sinonim dengan pasaran yang ditujukan ke arah perusahaan, dan lebih memfokuskan ciri-ciri sekuriti. Tahun ini, TCL telah memperkenalkan BlackBerry KEYone, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru pada bulan hadapan.

Telefon pintar BlackBerry baru ini kelak dijangka akan menawarkan skrin sentuh sepenuhnya, dan menariknya ia turut akan hadir dengan sokongan kalis air. Pada masa yang sama, telefon baru ini kelak turut ditawarkan masa penggunaan bateri sehingga 26 jam lamanya.

Info lanjut mengenai telefon BlackBerry baru ini masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan dikongsikan secara berperingkat sebelum pelancaran rasminya kelak.

(Ura-Ura) Peranti Samsung Galaxy A Akan Menggunakan Skrin Infinity Display

(Ura-Ura) Peranti Samsung Galaxy A Akan Menggunakan Skrin Infinity Display

Skrin memanjang 18.5:9 Infinity Display buat masa ini hanya digunakan pada Samsung Galaxy S8,S8+ dan Note 8. Tetapi kini kedengaran ura-ura ia mungkin kelak ditemui pada peranti kelas pertengahan Galaxy A. Ini bagi menarik minat pengguna peranti kelas pertengahan yang mungkin tidak mampu memiliki tiga peranti utama keluaran Samsung.

Samsung Galaxy A5 2017

Ini mungkin berlaku pada Galaxy A tahun hadapan. Sekiranya ia berlaku ia sebenarnya tidak mengejutkan. Tahun ini Galaxy A dilengkapi dengan USB-C, kalis air IP68 dan menggunakan rekaan kaca. Ketiga-tiga ini sebelum ini hanya ditemui pada peranti utama keluaran mereka. Pasaran peranti kelas pertengahan adalah yang paling sengit pada waktu ini dan menyertakan fungsi yang tidak ditemui pada peranti pesaing boleh memberikan kelebihan kepada Samsung.

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 07 September 2017

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 07 September 2017

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) September 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai :

1.  PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Tarikh tutup permohonan 07 September 2017
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan


Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Album Dengan Gambar Menegak Atau Melintang

Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Album Dengan Gambar Menegak Atau Melintang

Instagram sebelum ini sedia menyertakan fungsi untuk berkongsi lebih daripada satu gambar dalam sesuatu perkongsian – atau apa yang dipanggil ramai sebagai “album”. Walaubagaimanapun, ketika pengenalan, perkongsian gambar dalam bentuk album berkenaan hanya terhad kepada gambar-gambar berbentuk segi empat sama sahaja.

Instagram Album

Hari ini, hal berkenaan berubah. Instagram kini menyokong keupayaan untuk menerbitkan gambar dalam bentuk menegak atau melintang sebagai album. Walaubagaimanapun, sekiranya anda memilih gambar berbentuk menegak (potrait), semua perkongsian perlulah sama – dan begitu juga sebaliknya.

Kemaskini baru ini hadir pada aplikasi terkini iOS dan Android dengan angka versi 12 dan terkini.

Selamat Tinggal Project Tango – ARCore Diumumkan, Jawapan Google Untuk Apple ARKit

Google sebelum ini telah hadir dengan projek eksperimental yang dinamakan Tango – dimana dua telefon pintar yang menggunakannya telah diperkenalkan, termasuk paling baru adalah Asus Zenfone AR. Kini, bergerak kehadapan, Google seperti menghentikan Project Tango, dan hari ini telah mengumumkan sebuah platform baru yang dinamakan sebagai ARCore.

ARCore merupakan platform untuk para pembangun Android untuk membangunkan aplikasi AR (augmented reality). Secara kasar, ini adalah jawapan daripada Google sebagai persaingan untuk platform ARKit yang telah diperkenalkan oleh Apple pada WWDC yang lepas.

Membezakan penggunaan ARCore dan Project Tango adalah dimana untuk menjayakan ARCore, peranti tidak memerlukan sensor Depth Sensing – sekaligus membuatkan ARCore mungkin lebih mudah menarik minat pembangun, selain mempunyai capaian peranti yang lebih tinggi.

Google sendiri mengatakan yang mana telefon pintar Google Pixel dan Samsung Galaxy S8 sedia menyokongnya bermula hari ini untuk pembangunan – dan Google akna menambah rakan kerjasama lain, termasuk LG, Huawei dan Asus untuk menyokongnya. Secara kasar, apabila ARCore 1.0 ditawarkan dalam masa terdekat ini, sekitar 100 juta peranti Android dijangka dapat mengakses aplikasi ARCore ini.

Bagi anda yang masih tidak mendapat idea mengenai apakah penawaran augmented reality ini, ia membolehkan anda mengintegrasikan pelbagai kandungan maya pada dunia digital – dan dengan menggunakan skrin telefon, anda boleh melihat kandungan maya ini.

Mungkin dengan pengenalan dan penawaran aplikasi ARCore untuk peranti sedia ada Android kelak, kita akan dapat sendiri mencubanya dan melihat apakah penawaran daripada para pembangun untuk teknologi baru yang kian diperkatakan ini.

YouTube Menerima Nafas Baru – Termasuk Kemaskini Logo Baru

Google YouTubeGoogle hari ini menawarkan beberapa kemaskini kepada platform video mereka, YouTube. Perubahan utama yang hadir pada laman YouTube bermula hari ini adalah pengenalan logo baru.

Google mengatakan logo baru ini kini mesra pelbagai saiz skrin, termasuk pada skrin bersaiz kecil. Seperti ramai sedia maklum, ketika YouTube diperkenalkan sekitar 12 tahun lepas, ramai yang menikmati kandungan melalui desktop. Tetapi pada hari ini, ada yang turut menikmati YouTube pada televisyen mahupun pada skrin telefon pintar mereka.

Bersama-sama pengenalan logo baru, Google juga kini memperkenalkan rekaan antaramuka baru untuk halaman desktop YouTube – termasuk pengenalan sokongan tema gelap. Disamping itu, untuk peranti mudah-alih pula, aplikasi YouTube kini turut menyertakan mod paparan video pada saiz skrin penuh untuk video yang dirakamkan secara menegak.

Bagi anda, apa kata anda mengenai perubahan baru ini? Adakah anda menyukainya atau sebaliknya?

Kedai Jualan Xiaomi Bakal Dibuka Di KLCC?

Kedai Jualan Xiaomi Bakal Dibuka Di KLCC?

Xiaomi sebelum ini sedia membuka sebuah kedai jualan fizikal di Pulau Pinang – dimana melalui kedai berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk keluaran Xiaomi, termasuk sejumlah aksesori melaluinya. Ia juga turut menjadi lokasi setempat untuk pengguna mencuba terlebih dahulu produk Xiaomi sebelum membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

Xiaomi KLCC

Kini, selain daripada di Pulau Pinang, pihak Xiaomi turut sedang merancang membuka satu lagi kedai jualan fizikal mereka – kali ini di Kuala Lumpur, atau lebih tepat di Suria Mall KLCC.

Buat masa ini, proses persiapan untuk kedai jualan berkenaan sedang dilakukan – dan berkemungkinan kita akan melihatnya pada bulan September atau Oktober kelak.

Samsung Memperkenalkan Tiga Monitor Baru Memfokuskan Pengguna Profesional

Samsung Memperkenalkan Tiga Monitor Baru Memfokuskan Pengguna Profesional

Samsung sedia mempunyai penawaran skrin monitor untuk para peminat permainan video dan multimedia. Terkini, bersempena dengan IFA 2017, Samsung turut mengumumkan sebanyak tiga monitor baru yang memfokuskan kepada pengguna profesional untuk tujuan pejabat.

Tiga model yang diumumkan adalah CH89 (berskrin 34-inci melengkung), CH80 (bersaiz 27-inci melengkung) dan juga SH85 (bersaiz dalam pilihan 23.8-inci dan 27-inci dengan panel pipih).

Samsung Monitor IFA 2017

Ketiga-tiganya hadir dengan rekaan moden masa kini, termasuk menyokong USB-C. Monitor CH89 menawarkan paparan resolusi 3440×1440 pixel, sementara CH80 pula pada resolusi HD penuh. Monitor SH85 dengan panel pipih pula menawarkan resolusi 2560×1440 pixel.

Seperti penawaran monitor lain, ia turut hadir dengan kaki monitor yang boleh melaraskan ketinggian dan sudut pandang monitor, selain ciri seperti Samsung Flicker Free dan juga Samsung Eye Saver dalam memastikan anda tidak mengalami masalah mata yang cepat penat untuk masa penggunaan yang lama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah monitor ini akan memasuki pasaran tempatan.

91 mangsa tampil, dedah kerugian hampir RM500,000

91 mangsa tampil, dedah kerugian hampir RM500,000


SHAH ALAM, SELANGOR - Susulan viral video beberapa pasangan yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Zurin Jundi Wedding Planner, ramai individu telah tampil mendedahkan jumlah kerugian yang dialami setelah dikhianati oleh pemilik syarikat tersebut. 

Lapor laman Facebook Baitul Muslim, seramai 91 mangsa dari pelbagai negeri tampail mendedahkan kerugian yang jumlah keseluruhannya dianggarkan hampir setengah juta. 





Difahamkan, Puan Zurin juga turut berjanji akan membayar semula semua wang individu-individu yang telah menjadi mangsanya pada bulan depan. Pengakuannya itu juga turut ditulis pada sekeping kertas sebagai bukti perjanjian, yang juga berserta dengan tandatangannya sendiri. 



Sementara itu di media sosial, netizen turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa sedangkan seramai 91 mangsa telah membuat laporan polis. 

"Dia tibai duit 91 orang dan yang peliknya masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatannya. Malah, terasa pelik kenapa sampai 91 orang yang telah menjadi mangsanya, tetapi dia masih belum ditangkap?" soal Azrol Ahmad. 


Menurut Faizah Zulfikri, sekitar jam 2 petang tadi, masih ramai individu-individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa penipuan berkumpul di premis Zurin Jundi Wedding Planner di Johor Bahru. 

Sementara itu, kakak kepada salah seorang pengantin yang juga menjadi mangsa penipuan berkenaan, Zainatulazlina Zailan, berkata kes adiknya itu bukan individu yang mengatakan pelaminnya seperti reban ayam. 


Bagaimanapun, pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan pada Tribunal Pengguna, serta mereka diminta untuk mengumpul bukit untuk tindakan seterusnya. Malah, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Zurin Jundi Wedding Planner mengambil tindakan berdiam diri. 


Terdahulu, The Reporter melaporkan pemilik Zurin Jundi Wedding Planner diserbu sekumpulan individu yang mendakwa telah dianiaya dan ditipu di tingkat bawah premisnya itu, sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.