Versi Pembangunan Chrome Untuk Android Mula Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Versi Pembangunan Chrome Untuk Android Mula Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Google sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan menambah sokongan penghalang iklan pada pelayar web mereka untuk menghalang iklan-iklan yang menganggu. Kini, sebagai langkah awal, Google telah mula mengintegrasikannya pada versi pembangunan Chrome Canary untuk Android.

Penghalang iklan terbina ini akan menghalang pelbagai jenis iklan yang tidak menganggu piawain serta berbentuk menganggu – termasuk bukan sahaja iklan yang memainkan audio secara automatik, menghalang kandungan dan sebagainya.

Chrome Canary Iklan

Sokongan penghalang iklan pada versi pembangunan Chrome Canary untuk Android ini diaktifkan secara rawak oleh Google. Ini bermakna bukan semua pengguna yang akan dapat mengaksesnya atau melihatnya.

Langkah Google ini sendiri akan mengurangkan pengguna daripada memasang penghalang iklan, selain turut menjadikan pelbagai pembangun web menggunakan bentuk iklan yang diterima piawaian serta tidak menganggu pengguna.

Jawatan Kosong Di Noodle Station Sdn Bhd (Aeon Kota Bharu)

Jawatan Kosong Di Noodle Station Sdn Bhd (Aeon Kota Bharu)

Jawatan Kosong Di Noodle Station Sdn Bhd (Aeon Kota Bharu)

Majikan :          Noodle Station Sdn Bhd
Alamat :           No 18, Jalan Gigih 25/41, Taman Sri Muda, Seksyen 25, 40400 Shah Alam
Telefon :          03-51217486 
Email :             noodlestationkb@yahoo.com

Jawatan 1:        Tukang Masak/Pembantu
Jawatan 2:        Waitress (pelayan wanita)

Keterangan:
Berperwatakan menarik/kemas dan rajin
Komited dengan kerja
Amanah dan jujur
-Bertangunggungjawab 
-Muslim Sahaja

#       Sekiranya berminat, sila email resume ke dyvinwee@gmail.com (Mr Dyvin) @ whatsapp ke no 012-9867011

#       Tarikh Tutup :  Segera...

" kerja adalah ibadah "
“Kali Kedua Kau Buat, Gua Cari Lu Sampai Dapat”

“Kali Kedua Kau Buat, Gua Cari Lu Sampai Dapat”

Boleh tahan beremosi juga Zed Zaidi memberi pandangan mengenai isu Aliff Aziz yang hangat diperkatakan baru baru ini. Walaubagaimanapun, Zed selaku Presiden Seniman itu juga dalam masa yang sama masih menghormati pelakon berkenaan.

BACA: Aliff: Pihak Sana Jangan Tegakkan Benang Yang Basah

“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita”

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” antara kata-katanya kepada Rotikaya.

Selain itu, Zed turut mengaitkan beberapa lagi kes melibatkan artis luar yang datang ke Malaysia sebelum ini dan menegaskan mengapa dia ingin menghalang kebanjiran artis luar negara di Malaysia. Namun kata Zed, jika ingin bawa artis luar datang ke Malaysia, biarlah yang berkualiti dan membantu industri tanah air terutamanya dari sudut cukai.

Di penghujung video, Zed sempat menyuarakan lagi pendapatnya sendiri berkenaan isu tersebut selain menegaskan supaya Aliff Aziz tidak mengulangi perkara yang sama buat kali kedua.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya menutup bicara.

Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah tonton video pendek di bawah untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Zed Zaidi. (rtky/s)

Siri Kad Grafik AMD Radeon Pro Baru Diumumkan – Khusus Untuk Penghasil Kandungan 4K Dan Keatas

Siri Kad Grafik AMD Radeon Pro Baru Diumumkan – Khusus Untuk Penghasil Kandungan 4K Dan Keatas

Sewaktu pengumuman AMD di acara Siggraph 2017, syarikat tersebut juga menunjukkan dua kad grafik baru yang menggunakan cip grafik Vega, tetapi khusus digunakan untuk tugas-tugas seperti pengolahan grafik, kecerdasan mesin dan sebagainya.

Kad-kad grafik ini dinamakan AMD Radeon Pro WX 9100 dan juga AMD Radeon Pro SSG, dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang cukup berkuasa, termasuklah sokongan untuk paparan skrin dengan resolusi 8K pada kadar segar semula 60Hz dan 4K pada kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua kad grafik ini juga hadir dengan sokongan untuk DisplayPort 1.4 yang boleh menggerakkan paparan skrin dengan teknologi HDR (High Dynamic Range).

Untuk kad grafik AMD Radeon Pro WX 9100, ia hadir dengan 16GB memori HBM2, lapan lebih daripada apa yang ditawarkan pada kad grafik AMD RX Vega yang diumumkan untuk pengguna biasa. AMD juga menunjukkan kebolehan kad ini menyurih (ray-tracing) adegan menggunakan perisian Radeon Prorender bersama-sama dengan Unreal Engine 4. Pada waktu yang sama adegan tersebut ditunjukkan melalui Unreal, kad tersebut menyurih adegan tersebut pada waktu yang sama.

Sebuah lagi kad grafik kelas profesional yang diperlihatkan ialah AMD Radeon Pro SSG. Selain daripada menggunakan cip pemprosesan grafik Vega, kad grafik ini hadir dengan jumlah memori yang sama dengan  Radeon Pro WX 9100 pada 16GB, akan tetapi, ia juga hadir dengan storan SSG (Solid State Graphics) sebanyak 2TB untuk membantu pengguna-pengguna profesional seperti editor video untuk mempercepatkan proses edit dan pengekodan video pada resolusi yang sangat tinggi, termasuklah 4K dan juga 8K.

Pihak AMD juga memperlihatkan sebuah contoh dimana komputer yang dimuatkan dengan sebuah kad grafik Radeon Pro SSG mengedit sebuah video 8K menggunakan proses yang sama apabila mengedit video 4K.

Kad-kad grafik AMD Radeon Pro WX 9100 dan Radeon Pro SSG ini dikatakan akan hadir di pasaran pada 13 September kelak, dan untuk tanda harga, AMD Radeon Pro WX 9100 ditetapkan pada $2199, manakala AMD Radeon Pro SSG pula pada $6999.

 

Jawatan Kosong Penyelia Pemasaran

Jawatan Kosong Penyelia Pemasaran

Jawatan Kosong Penyelia Pemasaran

Majikan :          Sihhat-Afiat Sdn Bhd
Alamat :           Lot PT 4279 A, Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Mukim Panchor, Kemumin, 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-773 1155
Email :             sihhathr@gmail.com

Jawatan :         Penyelia Pemasaran
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM ke atas
Gaji :               Boleh Runding
Keterangan :
•      Sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pemasaran dan perniagaan
•      Berkebolehan berinteraksi dengan baik
•      Berkebolehan menggunakan microsoft office




#       Sila hantar permohonan lengkap termasuk resume dan dokumen berkaitan di alamat di atas

#       Tarikh Tutup : Segera




" kerja adalah ibadah "

Permua Fighting Fantasy Legends Dilancarkan Untuk Android Dan iOS

Buku permainan Fighting Fantasy amat popular di kalangan remaja pada awal dekad 90an. Buku-buku tulisan Steve Jackson dan Ian Livingstone membolehkan pemain menentang musuh di dunia RPG fantasi secara analog. Kepopularan “game books” telah lama berakhir dan kini ia muncul semula sebagai permua Fighting Fantasy Legends.

Permua ini membenarkan pemain mengembara di dalam dunia tiga buku popular The Warlock of Firetop Mountain, Citadel of Chaos dan City of Thieves. Ini ialah permua RPG klasik yang menggunakan lontaran dadu untuk menentukan nasib pemain. Terdapat tiga tahap kesukaran dan sekiranya anda berani terdapat juga mod perma-death.

Fighthing Fantasy Legends boleh dimuat turun sekarang dan dijual pada harga RM 22.99 di Google Play Store dan RM 19.90 di Apple App Store. Peranti harus sekurang-kurangnya menggunakan Android 2.3 dan iOS 6.0 untuk memuat turun permua ini. Bersedialah untuk menewaskan Zagor sekali lagi menerusi peranti pintar anda!

Muat turun permua Fighting Fantasy Legends di Google Play Store

Muat Turun permua Fighting Fantasy Legends di Apple App Store

Viral video kes buli, polis panggil 10 pelajar untuk diambil keterangan

Viral video kes buli, polis panggil 10 pelajar untuk diambil keterangan


KUNAK, SABAH - Video seorang pelajar perempaun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak di belasah sekumpulan pelajar perempuan, viral di media sosial sejak semalam, lapor Harian Metro.

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan mangsa ditumbuk sebelum beberapa pelajar perempuan yang lain turut campur tangan membelasah mangsa. 

Mangsa yang tidak terdaya hanya mampu melindungi kepalanya dengan tangan sebelum terjatuh lalu disepak, dipijak dan ditumbuk bertubi-tubi. 


Perakam kemudian meminta kumpulan itu berhenti memukul mangsa dan kedengaran mangsa juga merayu agar masalah di antara mereka diselesaikan secara baik. Malangnya rayuannya tidak diendahkan menyebabkan dia ditampar dan ditumbuk buat kali kedua. 


Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu berlaku. 

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd NAsaruddin M Nasir, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan telah memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan. 

Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di padang sekolah tersebut. 


Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta akan mengambil tindakan selanjutnya. 

"Pihak polis juga telah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu siasatan. 



"Memandangkan kejadian itu berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard dan garis panduan sedia ada," katanya. 
Aliff Aziz: Pihak Sana Baik Mengaku Salah

Aliff Aziz: Pihak Sana Baik Mengaku Salah

Kontroversi yang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila dia telah mengaku kesalahannya berhubung dengan kecurangannya terhadap isteri, Bella Astillah.

BACA: “Dia Tak Sengaja Cederakan Saya”

“Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahun isteri saya, Bella. Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya yang ditemui di majlis sidang media.

Bagaimanapun dakwaan yang dikeluarkan mengenai Aliff ‘membelasah’ atau ‘memukul’ isterinya adalah tidak benar sama sekali semasa pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lepas.

“Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai,” katanya.

Aliff turut enggan memanjangkan isu ini dan menceritakan apakah hubungan dan perasaan sebenarnya kepada Afifah, 24.

“Pengakuan itu hanya berhak diberitahu kepada Bella dan keluarga saya sahaja kerana ini masalah rumah tangga kami. Bagi pihak di sana, lebih baik jangan menegakkan benang yang basah dan mengaku sahaja kesalahan diri sendiri sebab masing-masing tahu kesalahan sendiri,” tambahnya lagi. (rtky/h)

Rekaan Hadapan iPhone 8 Dan Penggunaan Sistem Imbasan Wajah Disahkan Oleh Apple

Rekaan Hadapan iPhone 8 Dan Penggunaan Sistem Imbasan Wajah Disahkan Oleh Apple

Spekulasi mengenai rekaan iPhone 8 telah beberapa bulan menjadi bualan dunia teknologi. Beberapa skematik yang tertiris memberikan petunjuk rekaan hampir semua-skrin dan kewujudan sistem imbasan wajah. Kedua-dua fungsi fungsi ini seakan telah disahkan sendiri oleh Apple menerusi kod awal untuk HomePod.

Pembangun aplikasi untuk HomePod menemui barisan kod yang mengesahkan kewujudan sistem imbasan wajah. Pada waktu yang sama mereka turut menemui ikon untuk peranti yang besar kemungkinan adalah iPhone 8. Ikon minimalistik ini menyamai rekaan skematik yang tertiris sebelum ini. Tiada pengimbas cap jari pada bahagian hadapan dan bahagian atas skrin mempunyai bahagian khas untuk kamera.


Penemuan barisan kod dan ikon di dalam kod HomePod ini pada hemat kami mengesahkan dua ura-ura yang telah didengari sejak awal tahun lagi. Apakah pendapat anda mengenai sistem imbasan wajah dan rekaan semua-skrin iPhone 8? Menarik ataupun terlalu menghampiri peranti Samsung dan LG?
Nokia 3 Akan Menerima Kemaskini Android 7.1.1 Pada Penghujung Ogos

Nokia 3 Akan Menerima Kemaskini Android 7.1.1 Pada Penghujung Ogos

Kemaskini biasanya hanya diterima oleh peranti-peranti utama. Bagi peranti yang dilengkapi pemproses MediaTek ia adalah sesuatu yang jarang sekali didengari. Nokia ialah syarikat yang menjanjikan kemas kini perisian dan keselamatan pada peranti keluaran mereka selama 24 bulan. Terkini, Nokia disahkan akan menerima kemaskini Android 7.1.1 pada penghujung Ogos.

Ini disahkan sendiri oleh Juho Sarvikas yang merupakan ketua pegawai produk HMD Global menerusi akaun twitter beliau. Kemaskini dilakukan serentak secara global.

Nokia 3 pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD HD,  pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2650 mAh. Di Malaysia ia dijual pada harga RM599 sebuah.

Samsung Galaxy Note 8 Mungkin Dilengkapi Sistem Zoom Optikal 3X Smart Zoom, Super Night Shot Dan Dual Fusion

Samsung Galaxy Note 8 Mungkin Dilengkapi Sistem Zoom Optikal 3X Smart Zoom, Super Night Shot Dan Dual Fusion

Samsung Electro-Mechanics ialah anak syarikat Samsung yang menghasilkan sensor kamera. Mereka berkongsi beberapa maklumat menarik mengenai modul dwi-kamera terkini yang dihasilkan untuk kegunaan peranti utama. Ia memberikan petunjuk awal kemampuan kamera yang mungkin ditemui pada Galaxy Note 8 kelak.

Tiga fungsi baru yang dikongsi ialah 3X Smart Zoom, Super Night Shot, Dual Fusion dan Perspective View. 3X Smart Zoom ialah fungsi zoom optikal 3X. Ini adalah ura-ura yang kami tulis sebelum ini. Super Night Shot pula menghasilkan imej yang lebih terang di dalam situasi yang gelap menerusi sistem dwi-kamera.

Dual Fusion ialah kemampuan HDR yang lebih tinggi bagi mendapatkan imej yang terang. Akhir sekali ialah Perspective View yang memberikan gambaran dari sisi imej apabila skrin di pusing 45 darjah dari kedua-dua arah.

Memandangkan sensor dwi-kamera ini baru sahaja muncul di laman Samsung Electro-Mechanic, kemungkinan ia akan digunakan pada Note 8 adalah amat tinggi. Adalah tidak masuk akal sensor terkini keluaran mereka tidak digunakan pada peranti utama mereka tahun ini. Galaxy Note 8 akan dilancarkan pada 23 Ogos hadapan dan persoalan ini akan terjawab kelak.

Bayi meninggal dunia selepas terjatuh di rumah pengasuh

Bayi meninggal dunia selepas terjatuh di rumah pengasuh


ALOR SETAR, KEDAH - Seorang bayi perempuan meninggal dunia semalam selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, akibat tidak sedarkan diri, dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, lapor Harian Metro.

Haifa Afrina Mohd Nasri, 15 bulan, disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang ketika masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB. 

Bapa mangsa, Mohd Nasri Mohd Yusoff, 26, berkata, terdahulu dia menerima mesej pengasuh anaknya di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan Haifa Afrina tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuhnya di Padang Serai, Kulim, jam 4 petang, Jumaat lalu. 

"Arwah tidak nampak sebarang perubahan atau menangis, cuma ada luka di dahinya. Pengasuh juga ada beritahu anak saya pernah terjatuh, sehari sebelum itu dan luka di dahi kanan. 

"Kami menghantarnya ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke HSB dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam," katanya. 

Menurut bapanya yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim berkata, Haifa Afrina dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak dua minggu yang lalu selepas isterinya bekerja di sebuah kilang berhampiran di Kulim. 

Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Naya, Arau, Perlis sebaik urusan bedah siasat selesai dilakukan. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Pengasuh berkenaan juga telah ditahan untuk membantu siasatan. Polis juga sedang menunggu hasil bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. 
Jawatan Kosong di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) - 25 Ogos 2017

Jawatan Kosong di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) - 25 Ogos 2017

Jawatan kosong terkini di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Ogos 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia  yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) sebagai :

1. Assistant Manager, Employer Registration
2. Senior Executive, Fund Investment
3. Executive, Event Management
4. Executive - System Engineer (Data Centre Operation Maintenance)
5. Executive, Quality Assurance (IT Testing)

Tarikh tutup permohonan 12 - 25 Ogos 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong di Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad - 27 Ogos 2017

Jawatan Kosong di Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad - 27 Ogos 2017

Jawatan kosong terkini di Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Ogos 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia  yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad sebagai :

1. Legal Executive
2. Accounts Assistant Executive
3. Social Media Assistant Executive
4. Event Management Assistant Executive
5. Billing Collection - Credit Control Junior Executive

Tarikh tutup permohonan 27 Ogos 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad - 27 Ogos 2017

Permohonan jawatan secara online disini

AMD Mengumumkan Pelancaran Dan Pra-tempah Untuk Kad Grafik AMD Radeon RX Vega

Setelah sekian lama menunggu, pihak AMD akhirnya telah mengumumkan butiran dan tarikh pelancaran untuk kad grafik kelas atasan mereka, AMD Radeon RX Vega untuk pasaran dunia di acara Siggraph 2017 di Los Angeles.

Kad grafik AMD Radeon RX Vega ini hadir dengan dua konfigurasi berbeza dan tiga model yang berbeza. Model asasnya hadir dengan 56 compute unit dan 3584 stream processor, dan hadir dengan kelajuan asas 1156 MHz, dengan kelajuan GPU Boost setinggi 1471 MHz.

Dua lagi model yang berlainan hadir dengan penyejuk udara dan juga cecair yang mempunyai jumlah compute unit dan juga stream processor yang lebih tinggi.

Model kedua ini hadir dengan 64 compute unit dan 4096 stream processor. Siri ini hadir dengan dua jenis model berbeza yang mempunyai nilai kelajuan asas yang berbeza. Radeon RX Vega 64 dengan penyejuk udara hadir dengan kelajuan asas 1247 MHz dan kelajuan GPU Boost 1546 MHz. Model dengan penyejuk cecair pula hadir dengan kelajuan asas 1406 MHz dan GPU Boost 1677 MHz.

Kesemua kad-kad AMD RX Vega ini hadir dengan memori HBM sebanyak 8GB, Menariknya, bergantung kepada model, penggunaan kuasas kad-kad grafik ini dianggarkan bermula dari 210W sehingga 345W, dan menggunakan dua palam kuasa 8-pin PCIe untuk menguasakannya.

Dari segi rekaan pula, kesemua kad-kad ini hadir dengan penutup kad yang berbeza. Kad AMD Radeon RX Vega dengan 56 compute unit hadir dengan penutup yang diperbuat daripada plastik, manakala model-model yang hadir dengan 64 compute unit pula menggunakan penutup yang diperbuat daripada aluminium. Untuk unit dengan penyejuk cecair pula, ia hadir dengan radiator cecair dan kipas bersaiz 120mm.

Bagi mereka yang tertanya-tanya akan prestasi kad grafik ini, pihak AMD dengan gembiranya menyatakan bahawa kad grafik ini boleh digunakan untuk menggerakkan permainan komputer pada resolusi yang lebih tinggi daripada Full HD pada tetapan-tetapan yang tinggi, bergantung kepada judul permainan tersebut.

Ini dapat dilihat dari segi ciri-ciri yang hadir pada kad grafik ini, termasuklah High Bandwidth Cache, dimana kad grafik tersebut boleh menyimpan sejumlah maklumat grafik yang cukup besar supaya masalah seperti texture pop-in dan juga graphic lag dapat dikurangkan. Selain dari itu, ciri yang sedia ada seperti FreeSync juga diperbaiki untuk mengurangkan masalah screen-tearing.

Di acara tersebut, AMD juga mengumumkan tanda harga dan tarikh pelancaran kad-kad grafik AMD RX Vega. Bagi kad grafik AMD Radeon RX Vega yang asas, harganya bermula dari $399, manakala kad grafik RX Vega 64 pula bermula dari $499. Harga untuk RX Vega dengan penyejuk cecair masih belum diumumkan. Kesemua kad-kad grafik ini akan hadir di pasaran dunia pada 14 Ogos kelak.

“Suami Dedah Perangai Sebenar Lepas Kahwin”

“Suami Dedah Perangai Sebenar Lepas Kahwin”

Baru saja sebulan mendirikan rumahtangga nampaknya pelakon serta pengacara, Anis Al Idrus mengakui bahawa kini dia mulai sedar perangai sebenar suaminya. Akui baru dengan perkara tersebut, Anis dalam masa yang sama mengakui segan kadang kala dengan perlakuan suaminya itu.

BACA: “Biasalah Artis Kongsi Gambar Peluk Suami”

“Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Rafzan pantang lihat barang bersepah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia. Kadang-kadang segan juga saya apabila suami yang buat kerja-kerja rumah tapi dia memang suka melihat barang teratur mengikut kehendaknya,” kongsi Anis kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon berkenaan turut menyatakan perbezaan selepas berkahwin apabila dia sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa sendirian kerana ibu bapa tinggal di Indonesia, mengakui sedikit pelik apabila sentiasa berteman.

“Saya dah biasa buat semua benda seorang diri. Mana tidaknya, saya anak tunggal dan mak ayah tak ada dekat Malaysia. Mereka tinggal di Indonesia. Dari kecil dah terbiasa, apabila kahwin ini rasa pelik pula ada orang teman. Tapi ianya sesuatu yang menarik sebab ada orang yang kita sayang sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi. (rtky/s)

Kajian Mendapati Tiada Kaitan Kelakuan Ganas Dengan Tabiat Bermain Permainan Video Ganas

Kajian Mendapati Tiada Kaitan Kelakuan Ganas Dengan Tabiat Bermain Permainan Video Ganas

Sejak dari kecil kami diberitahu permainan video yang ganas akan menyebabkan kelakuan ganas pada pemain. Permainan DOOM dipersalahkan atas kejadian tembak menembak di Columbine. Golongan anti permainan video pernah cuba mengharamkan Mortal Kombat kerana ditakuti akan menghasilkan generasi pembunuh.

Sebuah kajian terbaru dari Jerman telah membuktikan bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Kajian yang dilakukan oleh Gregor R. Szycik, Bahram Mohammadi ,Thomas F. Münte dan Bert T. te Wildt menggunakan imbasan fMRI (functional Magnetic Resonance Imaging) untuk melihat perbezaan otak pemain permainan video. Kajian dilakukan ke atas pemain permainan ganas tegar seperti Call of Duty dan mereka yang tidak bermain permainan video ganas.

Kajian mendapati sungguhpun mereka bermain selama tiga jam sehari, tiada perbezaan pada otak ditemui pada kumpulan pemain. Pemain tidak menunjukkan pengurangan empati dan pengurangan sensitiviti pada keganasan.

Oleh itu para pengkaji mengeluarkan hipotesis bermain permainan video adalah simptom seseorang itu mengalami masalah keganasan dan bukanlah penyebab seperti yang dipercayai selama ini. Kami sendiri adalah peminat permainan video ganas seperti Mortal Kombat, Manhunt. GTA dan Doom). Setakat ini kami tidak pernah menyimpan niat membunuh manusia secara rawak.

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di LPPKN - 08 Ogos 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di LPPKN - 08 Ogos 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Ogos 2017 | Jawatan kosong terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Ogos 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
2. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
3. OEGAWAI PSIKOLOGI

Tarikh tutup permohonan 08 Ogos 2017
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di LPPKN Ogos 2017


CARA MEMOHON :
(i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web :http://www.lppkn.gov.my

(ii) Atau menghantar resume lengkap beserta salinan kelayakan berkaitan dan setaraf dengannya, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, salinan kad pengenalan dan salinan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut dengan menulis jawatan yang di pohon pada sudut kiri sampul surat. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.

PUSAT KELUARGA LPPKN SEREMBAN 2,
PERSIARAN S2/B3,
SEREMBAN 2,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
(u.p.: Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam)

Syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan disini
Aliff Syukri Balas Teguran Chef Wan Di Instagram

Aliff Syukri Balas Teguran Chef Wan Di Instagram

Jika sebelum ini isterinya sudah pun meluahkan perasaan buat suaminya hanya kerana makan di tepi jalan di luar negara, baru baru ini Aliff Syukri sendiri memuatnaik gambar mereka sekeluarga makan di atas meja selain turut menjelaskan situasi tersebut kepada Chef Wan.

BACA: “Apa Masalah Korang Mengeji Tak Berhenti?”

Sebelum ini Chef Wan ada menyatakan pendapat dan tegurannya terhadap keluarga jutawan kosmetik tersebut yang makan di tepi jalan ketika berkunjung ke Switzerland. Namun jawapan yang diberikan Aliff adalah dalam nada yang merendah diri selain menceritakan situasi sebenar apabila mereka makan di tepi jalan.

“Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke Itali dan kembali ke Switzerland semula. Jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama. Tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama”

“Buat idola saya dalam bidang masakan, Dato @chefwan58 (I love cook and I always watching you at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya upload khas untuk Dato Chef Wan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, tambah Aliff, kebanyakan warga tempatan yang dijumpai mereka di sana sangat ramah selain sempat bersembang dengan mereka sepanjang beberapa kali mereka berhenti makan, termasuklah orang dari Malaysia sendiri. (rtky/s)

Apple Mengesahkan Aplikasi VPN Dibuang Dari App Store China Atas Arahan Kerajaan

Apple Mengesahkan Aplikasi VPN Dibuang Dari App Store China Atas Arahan Kerajaan

Aplikasi VPN telah dibuang dari Apple Store di China pada hujung minggu lalu. Pihak Apple hari ini mengesahkan tindakan membuang aplikasi ini adalah kerana arahan dari kerajaan China. Aplikasi VPN diharamkan di China sejak Januari sekiranya tidak mendapat kelulusan kerajaan,

China

Pembangun aplikasi-aplikasi VPN telah menerima penerangan dari Apple mengatakan aplikasi dibuang kerana “mengandungi kandungan yang dilarang di China”. Tindakan ini dikecam oleh pembangun dan kumpulan hak asasi manusia yang mengatakan Apple mengikut telunjuk dari pemerintah semata-mata untuk keuntungan. Perkhidmatan VPN digunakan oleh pengguna di China bagi memintas halangan akses yang dikenakan oleh kerajaan.

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir


KOTA KINABALU, SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah taman. 

"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal. 

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan. Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya. 


Bagaimanapun, sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa berbaring di lantai. 

Mereka kemudian berbual-bual dalam masa dua tiga minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. 

"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis. 

"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. 

Justeru, polis menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membiarkan anak terutamanya anak perempuan berjalan seorang diri bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol.
Pemacu USB Ini Gabungkan USB-A, USB-C Dan mikro-USB Dalam Satu

Pemacu USB Ini Gabungkan USB-A, USB-C Dan mikro-USB Dalam Satu

Pemacu USB bukan sesuatu yang baru pada hari ini. Tetapi, dengan kepelbagaian sambungan dan sokongan yang terdapat pada hari ini, mungkin ia menyukarkan anda memilih hanya satu pemacu untuk digunakan pada semua peranti. Untuk mengatasi perkara ini, kini Silicon Power telah hadir dengan sebuah pemacu USB yang unik, dinamakan sebagai Mobile C50.

Melaluinya, ia menawarkan penyambung untuk USB-A, USB-C, dan juga USB Mikro-B. Pada hari ini, terdapat sejumlah pemacu yang hadir dengan dua penyambung, iaitu satu dihadapan, dan satu diletakkan di belakang. Pemacu ini turut menggunakan konsep sama untuk sambungan USB-A dihadapan, dan penyambung USB-C diletakkan di belakang.

Silicon Power C50

Apa pun, yang sedikit uniknya adalah kedudukan penyambung USB Mikro-B yang diletakkan disebalik penyambung USB-A. Pengguna perlu membuka sebahagian penyambung USB-A sebelum dapat mengakses kepada penyambung USB Mikro-B ini.

Dengan langkah ini, ia mampu mengintegrasikan ke semua penyambung USB didalam satu pemacu. Walaubagaimanapun, dari segi kekurangan, hanya penyambung USB-A dan USB-C sahaja menawarkan sambungan USB 3.0, sementara USB Mikro-B hanya menawarkan sambungan USB 2.0 sahaja.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan pemacu berbentuk sebegini sekiranya ia dipasarkan di Malaysia?

Silicon Power C50

Sion – Kereta Elektrik Dengan Panel Solar Terbina Mula Dijual

Sion – Kereta Elektrik Dengan Panel Solar Terbina Mula Dijual

Jumlah kenderaan elektrik akan semakin meningkat tetapi sekiranya anda sedar, jumlah stesen pengecas adalah rendah. Ia hanya terdapat di kawasan dan stesen minyak tertentu sahaja di Malaysia. Oleh itu penyelesaian kepada masalah tiada pengecas perlu diselesaikan dengan bijak. Sion ialah kenderaan elektrik yang mempunyai panel solar terbina pada bumbung. penutup enjin, boot dan pintu bagi mengecasnya sepanjang hari.

Sion dilengkapi panel solar dengan luas permukaan 7.3 meter persegi. Ia membolehkan kenderaan dicas ketika dipandu dan disimpan di tempat letak kereta. Walaubagaimanapun kenderaan tidak boleh berfungsi hanya dengan menggunakan kuasa solar semata-mata. Sebuah bateri diperlukan dan ia memberikan jarak penggunaan sehingga 250 kilometer. Sungguhpun begitu pengeluar Sion mengatakan dalam keadaan optimum, pengecasan dengan panel solar memberikan jarak penggunaan sehingga 30 kilometer sehari.

Kenderaan kompak empat pintu ini mempunyai kelajuan maksimum 140 km/j dan boleh di pra-pesan pada harga €16,000 (~RM 80,500). Ini bukan harga akhir kenderaan kerana tidak termasuk harga bateri. Sion hanya akan mula dijual pada tahun 2019 dan pengeluar berharap harga bateri akan menjadi lebih murah. Bayaran tambahan untuk bateri kemudian perlu dibayar oleh pembeli sebelum kenderaan dihantar.

Pra-Tempahan Untuk Xiaomi Mi 6 Dan Mi Max 2 Dibuka – Bermula RM1199

Pra-Tempahan Untuk Xiaomi Mi 6 Dan Mi Max 2 Dibuka – Bermula RM1199

Xiaomi hari ini menyasarkan untuk mengumumkan penawaran pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Xiaomi Mi 6 dan Mi Max 2 secara rasminya bermula 12 tengah hari. Walaubagaimanapun, ia dilihat Lazada telah mula memasarkan ia lebih awal, dan membuka pra-tempahan untuk pengguna yang berminat.

Seperti dikongsikan sebelum ini, Xiaomi Mi Max 2 ditawarkan pada harga RM1199, sementara Xiaomi Mi 6 pula ditawarkan pada harga RM1899. Menurut penyenaraian di Lazada, ia dilihat kedua-dua peranti berkenaan akan ditawarkan bermula 5 Ogos 2017 kelak.

Xiaomi Mi Max 2 merupakan telefon pintar dengan skrin besar dan bateri berkapasiti tinggi. Ia menggunakan skrin 6.44-inci, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5300mAh, dan dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang. Mi Max 2 boleh dipra-tempah pada harga RM1199 di Lazada.

Pra-Tempah : Xiaomi Mi Max 2 di Lazada

Xiaomi Mi 6 pula merupakan flagship untuk 2017 in, menggunakan skrin 5.15-inci, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera gabungan 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 3350mAh, serta sokongan kalis percikkan air.

Pra-Tempah : Xiaomi Mi 6 di Lazada

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh membuat pra-tempahan untuk peranti ini, dan menerimanya bermula 5 Ogos 2017 kelak.

Facebook Membolehkan Anda Berkongsi Facebook Stories Secara Perkongsian Awam

Facebook Membolehkan Anda Berkongsi Facebook Stories Secara Perkongsian Awam

Facebook dalam usaha untuk bersaing dengan Snapchat, mereka telah memperkenalkan ciri perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam pada sejumlah platform mereka – termasuk pada laman sosial mereka sendiri dinamakan Facebook Stories.

Ketika pengenalan, Facebook Stories hanya ditawarkan khusus untuk para pengguna untuk berkongsi ia dengan mereka yang telah ditambah sebagai rakan sahaja. Ini membuatkan sejumlah pengguna lain – seperti “Followers” tidak dapat mengikuti Facebook Stories seseorang.

Facebook Stories

Kini, laman sosial berkenaan dilihat telah mengubahnya, dan turut menambah tetapan untuk perkongsian awam. Melalui tetapan ini, perkongsian Facebook Stories anda turut boleh diakses dan dilihat oleh sejumlah pengguna lain walaupun mereka bukan rakan anda.

Seperti biasa, pengguna boleh mengawalnya, dan ia bergantung kepada pengguna tersebut sendiri sama ada mengehadkan sesuatu Facebook Stories itu dikalangan rakan-rakan sahaja, atau terbuka untuk awam.

“Bella Sudah Maafkan Saya, Kami Mula Hidup Baru”

“Bella Sudah Maafkan Saya, Kami Mula Hidup Baru”

Penyanyi dan juga pelakon yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, Aliff Aziz mengesahkan yang beliau sudah berdamai dengan isterinya selepas apa yang terjadi selain bersyukur sudah dibebaskan pihak polis.

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya”

BACA: Isteri Nafi Aliff Aziz Seorang Kaki Pukul

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza”

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” kata Aliff Aziz seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Aliff Aziz juga mengatakan yang beliau akan mengadakan sidang media untuk menjawab segala pertanyaan media dan peminat dalam tempoh 24 jam.

“Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham,” ujarnya. (rtky/m)

Mingguan Amanz – Selamat Tinggal Adobe Flash, iPod Nano, MS Paint

Mingguan Amanz – Selamat Tinggal Adobe Flash, iPod Nano, MS Paint

Minggu ini menyaksikan sejumlah perkhidmatan dan penawaran popular mengumumkan penamatan disebabkan peralihan kepada era moden. Antaranya adalah MS Paint yang bakal dihentikan pembangunan, dan kelak akan ditawarkan melalui Windows Store.

Adobe juga telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawarna Adobe Flash selepas penghujung 2020 – sekaligus menamatkan penawaran perisian popular berkenaan. Apple turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan tiada lagi penawaran iPod Nano dan Shuffle selepas ini.

Dalam arena gajet, sejumlah gajet baru telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Moto Z2 Force, Meizu Pro 7, dan juga Xiaomi Mi 5X. Pihak Xiaomi turut telah mengumumkan penawaran Mi 6 dan Mi Max 2 untuk pasaran tempatan.

Maybank pada minggu ini telah memperkenalkan sokongan pembelian kredit Steam melalui Maybank2U. Dalam arena perisain, pihak Kaspersky telah mula menawarkan perisian antivirus Kaspersky percuma untuk semua pengguna.

“Apa Masalah Korang Mengeji Tak Berhenti?”

“Apa Masalah Korang Mengeji Tak Berhenti?”

Baru baru ini, selain kisah Aliff Aziz, kisah jutawan kosmetik Aliff Syukri dalam masa yang sama turut menjadi perhatian gara gara makan bekalan di tepi jalan ketika berada di Switzerland. Malah perkara tersebut turut mendapat teguran daripada chef selebriti, Chef Wan.

BACA: “Kenapa Anak Beranak Makan Tepi Jalan Macam…”

Turut terkena tempias perkara tersebut pastinya isteri Aliff Syukri sendiri iaitu Shahida. Dalam muatnaik gambar di Instagram, Shahida meluahkan perasaannya selain turut menjelaskan apa yang sebenarnya dilalui mereka di sana sehingga membuatkan mereka memilih untuk makan di tepi jalan.

So apa masalah korang yang tak berhenti nak mengeji. Untuk pengetahuan korange kat situ tak ada org lalu pun waktu kita org makan jadi nak malu sebab apa. Saya lagi malu kalau mengutuk orang tanpa tahu hal sebenar”

“Malas nak fikir nak puaskan hati korang semua. Esok-esok yang ada anak tu tau lah nanti jangan pandai mengeji jer. Akhir kata, semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Apa pun, setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Apa yang penting, semuanya dalam keadaan baik baik belaka. (rtky/s)

Kekasih Afifah Nasir Masih Setia, Tahu Perkara Sebenar?

Kekasih Afifah Nasir Masih Setia, Tahu Perkara Sebenar?

Bagaikan tiada kesudahan, setelah Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi bersama Aliff Aziz di pusat karaoke, kini teman lelaki Afifah yang dikenali sebagai Wan Ariff turut menjadi perhatian. Menyedari perkara tersebut, Wan Ariff mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya.

BACA: “Kalau Pihak Sana Bersalah Apa Patut Kita Buat?”

“Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah). Ia pasti ada alasan kan? Sabar,” ujarnya di laman sosial tersebut.

Tujuan Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut adalah kerana asakan pertanyaan tentang hubungannya bersama Afifah Nasir selepas kontroversi berlaku.

Selain itu, warga laman sosial turut dilihat meninggalkan komen yang rata ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kekasih Wan Ariff. Apa pun, jika benar apa yang dikatakan oleh Wan Ariff, sama samalah kita tunggu jawapan sebenar yang sehingga kini masih belum didedahkan. (rtky/s)