Badan bayi melecur 50% terkena air rebusan ketupat

Badan bayi melecur 50% terkena air rebusan ketupat


AYER KEROH, MELAKA - Seorang bayi lelaki melecur lebih 50 peratus selepas badannya terkena air rebusan ketupat secara tidak sengaja, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian petang Sabtu lalu di rumahnya di Ayer Keroh, mangsa, Muhammad Aniq Mohd Sharudin, 10 bulan, dikatakan berada dalam kerusi jalan bayi (baby walker) sebelum mencapai periuk rebusan ketupat. 

Periuk itu kemudian terbalik dan air rebusannya tertumpah pada badan mangsa yang melecur 50 peratus. 

Mangsa segera dihantar kedua ibubapanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih belum sedarkan diri kerana berada di bawah pengaruh ubat. 

Sementara itu di media sosial, ibu saudara mangsa meminta netizen berhenti menyalahkan adik dan suaminya kerana kejadian yang berlaku itu diluar jangkaan mereka. 

"Ini anak kepada adik saya. Benda nak jadi, jangan salahkan ibu bapa mangsa. Kami sekeluarga masih trauma dan menyesal setiap kali melawat Aniq di hospital. 

"Perasaan kami tidak dapat digambarkan. Siang dan malam ibu dan ayah dia menunggu. Qada dan qadar terima dengan redha. 

"Alhamdulillah anak buah dah stabil dan doakan agar dia kuat. Jadikan sebagai iktibar dan semoga kejadian ini tidak berlaku pada keluarga anda," tulis Cik Wana. 
Telegram Kini Menyokong Sehingga 10,000 Ahli Dalam Kumpulan Permesejan

Telegram Kini Menyokong Sehingga 10,000 Ahli Dalam Kumpulan Permesejan

Telegram Messenger, salah satu perkhidmatan permesejan pesaing untuk WhatsApp hari ini mengumumkan beberapa kemaskini memfokuskan kepada sokongan Group dalamnya. Kini, melalui Telegram 4.1, ia menyokong supergroup dengan ahli mencapai 10,000 orang setiap satu.

Dengan perubahan ini, Telegram juga kini turut menawarkan beberapa penambahan fungsi dan kawalan untuk para pentadbir kumpulan. Antaranya termasuk kebolehan untuk pada pentadbir untuk menambah pentadbir baru lain dengan kawalan terhad seperti menambah ahli baru, menguruskan permesejan dan sebagainya. Dengan penambahan ramai pentadbir juga, kini Telegram menyertakan log perubahan yang dilakukan oleh setiap pentadbir untuk tempoh sekitar 48 jam lepas.

Disamping itu, kini pentadbir boleh membuat halangan sementara kepada seseorang ahli sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan – berbanding perlu membuang mereka sepenuhnya seperti sebelum ini.

Perubahan baru ini hadir melalui kemaskini Telegram Messenger 4.1 yang mula diperkenalkan hari ini.

Anda Kini Boleh Mendapatkan iPhone 5S Pada Harga Serendah RM999

Anda Kini Boleh Mendapatkan iPhone 5S Pada Harga Serendah RM999

iPhone 5S adalah model iPhone yang telah diperkenalkan pada taahun 2013 yang lepas. Ia telah pun dihentikan penjualan melalui Apple Online Store, tetapi masih terdapat beberapa pengedar yang menjualnya untuk menghabiskan stok sedia ada.

Terkini, salah satu pengedar produk Apple di Malaysia, iaitu Machines mula menawarkan iPhone 5S pada harga serendah RM999.

iPhone 5s

iPhone 5s hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, sekaligus menjadikan ia salah satu iPhone yang bersaiz kompak dan selesa untuk digunakan sebelah tangan, atau disimpan dalam poket. Apple juga mengumumkan baru-baru ini yang mana iPhone 5s turut akan menerima kemaskini iOS11, sekaligus memperlihatkan yang mana anda boleh terus menggunakan iPhone 5s ini sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi dengan versi perisian terkini.

Melengkapkan telefon ini juga adalah kamera belakang 8-megapixel, selain dilengkapi dengan pengimbas cap jari Touch ID.

Bagi anda yang inginkan produk iPhone untuk digunakan, mungkin boleh menyemak penawaran Machines ini, termasuk membuat pembelian atas-talian untuk mendapatkannya.

OnePlus 5 Ditawarkan Di Malaysia Mulai 8 Julai Pada Harga Bermula RM2388

Brightstar Malaysia sebelum ini telah mengumumkan harga jualan untuk telefon pintar terbaru yang dibawa oleh mereka, iaitu OnePlus 5. Kini, lanjutan daripadanya, Brightstar Malasyia turut berkongsi mengatakan ia akan mula dijual di pasaran tempatan bermula Sabtu akan datang, 8 Julai 2017.

OnePlus 5

OnePlus 5 merupakan telefon pintar terbaru daripada OnePlus, menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk fokus terhadap kamera melalui penggunaan dwi-kamera.

OnePlus 5 menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, menggunakan dwi-kamera belakang, serta dilengkapi sokongan pengecasan pantas Dash Charge.

Di Malaysia, OnePlus 5 dengan 6GB RAM dan 64GB storan dijual pada harga RM2388, sementara model 8GB RAM dengan 128GB storan dijual pada harga RM2688.

DJI Spark Berharga RM2288 – Dron Bersaiz Kompak Untuk Kegunaan Santai

DJI merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena dron, dimana sejumlah dron mereka ditawarkan dan digunakan para jurugambar dalam merakamkan gambar dan video melaluinya. Selain daripada itu, DJI juga baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah dron untuk kegunaan santai dan bersaiz kompak, dinamakan sebagai DJI Spark.

DJI Spark hanya sedikit besar daripada telapak tangan, dan dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah pengguna, penerbangan yang boleh mengelak halangan, serta berinteraksi dengan kawalan isyarat tangan. Dron bersaiz kompak ini hadir dengan kamera 12-megapixel secara terbina, dan boleh terbang selama 16 minit dengan pengecasan penuh.

Dron ini membawakan kelajuan maksimum 50km/j, dan turut boleh digunakan untuk merakamkan pelbagai aktiviti anda, mahupun rakaman selfie anda.

Di Malaysia, DJI Spark akan dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Walaubagaimanapun, beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan untuk dron ini pada harga RM2288.

“Saya Gadis Paling Beruntung Di Dunia”

“Saya Gadis Paling Beruntung Di Dunia”

Tahniah diucapkan kepada Mawar Rashid yang telah menerima lamaran kekasihnya, Raf Yaakob semalam. Menerusi Instagram, Mawar berkongsikan detik paling gembira dalam hidupnya itu apabila dilamar dengan taburan kelopak bunga ros mengilingi mereka .

BACA: Kekasih Beri Bayangan Mahu Kahwin Mawar Rashid

“Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah. Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia melakukan semua ini dengan sendiri”

“Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain. Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia,” katanya kepada m Star Online.

Ketika dilamar, pasangan ini berada dalam satu bulatan yang dikelilingi kelopak bunga ros merah dan putih. Manakala Raf pula melutut menghulurkan cincin kepada Mawar untuk melamarnya. Menerusi perkongsian itu, peminat sangat gembira dengan berita yang disampaikan.

Nampak gayanya macam dah tak lama dapat merasa nasi minyak Mawar. Semoga segala persiapan perkahwinan pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. (rtky/w)

Peminat Mahu Fattah Amin, Fazura Terus Berlakon Sama

Peminat Mahu Fattah Amin, Fazura Terus Berlakon Sama

Kalau dilihat pada media sosial semalam, ramai peminat Fattzura bersedih kerana drama kegemaran mereka, Hero Seorang Cinderella sudah berakhir. Pun begitu berita baik buat mereka, menerusi akaun Instagram pengurus Fazura, pelakon itu bakal bergandingan semula dengan Fattah Amin dalam drama terbaru, Wanita Terindah.

BACA: Neelofa: Jangan Kaitkan Saya Lagi Dengan Fattah Amin

Turut menyokong kenyataan itu apabila Fattah turut sama memuat naik status di Instagram mengenai drama terbaru mereka sambil berteka-teki tentang identiti heroin barunya. Ramai yang meminta Fattzura disatukan semula kerana tidak puas melihat gelagat romantis mereka.

“Salam Jumaat. Saya teruja untuk #wanitaterindah semoga di permudahkan Insya-Allah. Eh jap nak tanya korang boleh teka ke siapa heroin?” tulis Fattah menerusi akaun Instagram mengenai drama terbaru mereka.

Bagaimanapun, dikala peminat Fattzura bergembira dengan perkongsian itu, ada juga yang memberitahu ingin melihat ‘come back’ dari Fattah dan Neelofa yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama, Suri Hati Mr. Pilot. Apapun semoga drama terbaru ini turut hangat seperti yang lain. (rtky/w)

Crash Bandicoot N.Sane Trilogy Sedia Dimainkan Pada PS4

Crash Bandicoot N.Sane Trilogy Sedia Dimainkan Pada PS4

Jika pada bulan Mei lepas permainan Locoroco yang popular dikalangan pengguna PSP hadir untuk platform PS4, hari ini semestinya bakal menggembirakan pengguna yang pernah bermain Crash Bandicoot pada PlayStation kerana versi Remastered kini telah hadir untuk PlayStation 4.

Untuk versi Remastered ini, Crash Bandicoot menyertakan tiga permainan termasuklah Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot Warped. Jalan cerita permainan ini tidak diubah namun kualiti permainannya dipertingkatkan oleh Vicarious Vision iaitu pembangun yang dipertanggungjawabkan oleh Naughty Dog.

Permainan ini boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual permainan PS4 pada harga RM 159, atau menerusi PS Store pada harga RM 150.

Elly Mazlein Bidas Bekas Suami Di Instagram

Elly Mazlein Bidas Bekas Suami Di Instagram

Berikutan kenyataan Faye Kusairi mengenai suaminya, Azmi Hatta yang patah hati kerana tidak dapat beraya bersama anak perempuannya, Elly Mazlein tampil membidas balik. Menurut Elly, beliau tidak membenarkan anaknya bermalam dengan bapanya kerana bayi itu masih menyusu badan.

BACA: Anak Elly Mazlein Dapat Duit Raya RM3,000

“Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan ni ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya. Di manakah otak”

“Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia rm1500 tak dapat lagi , lagi nak cerita pasal heartbreak”

“Masa Sefhia masih baby tak sampai 1 bulan tengah sakit kuning, jengok anak pun tak sebab busy bercinta dengan Si Tembok lusoh, hantar ke hospital medical check up Sefhia haram kamu nak hantar. Sekarang ada hati nak cerita pasal heartbreak,” tulisnye menerusi akaun Instagram.

Rata-rata menerusi perkongsian itu, peminat turut sama menyokong kenyataan Elly dan membidas kembali tindakan pasangan pengantin baru, Faye dan Azmi. Apapun diharap kemelut ini tidak berpanjangan, sekarang juga masih di bulan Syawal yang mulia. (rtky/w)

Empat Perisian Ini Membantu Anda Mendapatkan Kembali Fail Yang Telah Dipadam

Salah satu perkara yang paling dibenci ramai adalah dimana apabila anda terpadam sesuatu fail atau dokumen pada komputer secara tidak sengaja, dan ingin mendapatkannya kembali. Kebarangkalian untuk mendapatkannya kembali adalah rendah, tetapi terdapat beberapa perisian yang membolehkan anda mendapatkannya kembali.

Mungkin ramai yang bertanyakan bagaimana perkara ini boleh dijayakan. Kebiasaan, apabila anda memadam sesuatu fail atau dokumen pada komputer, ia hanya memadam fail berkenaan daripada dipaparkan dan melabelkan ruangan berkenaan supaya bebas untuk digunakan bagi simpanan data. Ini secara tidak langsung membuatkan fail berkenaan masih tersimpan pada ruangan storan sehingga data baru ditulis di atasnya. Perisian-perisian ini membantu anda mendapatkan kembali fail yang telah dipadam dengan menggunakan algoritma khusus untuk mengaksesnya kembali.

Berikut merupakan antara perisian yang boleh membantu anda untuk berusaha mendapatkan kembali fail yang dipadam:

Recuva

Recuva

Salah satu perisian daripada pembangun CCleaner, dimana ia menyediakan antaramuka yang mudah difahami oleh ramai pengguna. Anda hanya perlu memulakan Recuva, memilih storan yang ingin dimbas dan jenis fail yang ingin dicari, seterusnya melakukan imbasan untuk fail yang boleh diselamatkan.

Muat-Turun Recuva

PhotoRec

PhotoRdc memfokuskan untuk mendapatkan kembali gambar digital yang hilang atau terpadam tanpa sengaja daripada cakera keras atau sebarang medium – tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai jenis fail lain. PhotoRec ini ditawarkan bukan sahaja untuk Windows, tetapi untuk Linux dan juga OSX.

Muat-Turun PhotoRec

FreeUndelete

Free Undelete

Dengan konsep yang lebih kurang sama, dan memfokuskan pengguna Windows sahaja adalah satu lagi perisian untuk mencari kembali fail terpadam, iaitu FreeUndelete.

Muat-Turun FreeUndelete

Disk Drill

Satu lagi perisian yang turut membantu bagi tujuan sama adalah Disk Drill untuk Windows. Pengguna boleh lakukan imbasan, dan perisian percuma ini membolehkan anda mencari kembali fail sehingga 1GB melalui versi percuma perisian ini.

Muat-Turun DiskDrill untuk Windows


Memandangkan semua perisian berfungsi dengan keadaan yang lebih kurang sama, maka ia adalah sesuatu yang penting untuk anda tidak membuat sebarang penulisan data baru (seperti pemasangan perisian baru, merakamkan gambar pada kad-SD, dan sebagainya) untuk memastikan kebarangkalian untuk mendapatkan kembali data terpadam adalah tinggi.

Berikan Hadiah Raya Menarik Seperti Kredit Steam, Baucar Lazada, Zalora Dan Banyak Lagi Menerusi Aplikasi Boost

Beberapa bulan yang lalu kami ada menulis berkenaan aplikasi Boost. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan proses tambah nilai dan memberikan anda penjimatan sehingga 60%, malah turut memberikan ganjaran ketika anda menambah-nilai talian prabayar anda.

Jika dahulu anda juga boleh berkongsi ganjaran dan tambah nilai dengan rakan-rakan, kini anda boleh nikmati fungsi baru sempena Hari Raya ini.

Baca: Aplikasi Boost – Cara Tambah Nilai Yang Lebih Mudah, Cepat & Penuh Ganjaran 

Dengan kemaskini terbaru aplikasi ini anda boleh menghantar lebih banyak hadiah, termasuklah dari jenama popular seperti Lazada, Zalora, Steam, 11street, Fave, Boost Juice dan juga Tealive. Bukan setakat itu, anda juga boleh memberikan hadiah kredit permainan Asphalt Credits, baucar makanan myBurgerLab, dan juga tiket wayang MBO Cinemas dimana anda hanya berbelanja RM 8 untuk mendapatkan baucar bernilai RM 10 yang boleh digunakan sewaktu membeli tiket wayang tersebut. Sehingga 60% diskaun tersedia untuk semua jenama popular ini.

Selepas anda membelinya, hadiah tersebut boleh anda hantarkan kepada rakan anda dan mereka akan menerima notifikasi sekiranya mereka mempunyai aplikasi Boost. Bagi rakan anda yang tidak memuat-turun aplikasi tersebut, mereka akan menerima SMS untuk proses seterusnya. Anda juga boleh memilih kad ucapan serta meletakkan ucapan untuk penerima.

Anda juga boleh membeli kupon dan hadiah-hadiah tersebut untuk kegunaan sendiri, dan ini semestinya menjimatkan perbelanjaan anda. Jika anda inginkan secawan Tealive, anda hanya perlu membayar RM 5 untuk kupon RM 6.50 sekaligus menjimatkan anda RM 1.50.

Untuk masa terhad, setiap tambah nilai yang dilakukan akan menerima rebat tunai 10% dan akan berakhir pada 31 Julai 2017. Buat masa ini aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android dan ia bakal hadir untuk pengguna iOS.

Muat-turun: Aplikasi Boost (Android)

Penafian: Advertorial dari Boost

Lampu Jalan Di London Mula Diubahsuai Menjadi Pengecas Kenderaan Elektrik

Lampu Jalan Di London Mula Diubahsuai Menjadi Pengecas Kenderaan Elektrik

Kenderaan elektrik ialah teknologi masa hadapan yang menjadi kunci kepada pengurangan pencemaran udara. Di Denmark dan India, sudah terdapat usaha untuk mengharamkan kenderaan enjin bahan api fosil untuk dijual. Antara halangan yang dihadapi untuk berubah kepada kenderaan elektrik ialah kekurangan jumlah pengecas dan kos pemasangan yang amat mahal.

Oleh itu sistem Ubitricity mula digunakan di Kota London yang mengubah lampu jalan sedia ada menjadi pengecas kenderaan. Kit keluaran syarikat dari Jerman ini hanya menelan belanja £1000 (~RM 5590) untuk dipasang berbanding pembinaan port pengecas baru yang menelan belanja £6000 (~RM 36000).

Pemilik kenderaan perlu membeli kabel pintar yang akan mengira jumlah bekalan elektrik yang digunakan sebelum bayaran dikenakan kepada akaun elektrik pengguna. Setakat ini 36 lampu jalan telah diubahsuai dengan perancangan memasang 75 lagi menjelang 2019.

Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd - 14 Julai 2017

Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd - 14 Julai 2017

Jawatan kosong terkini di SIRIM QAS International Sdn Bhd Julai 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di SIRIM QAS International Sdn Bhd sebagai :

1. Executive Civil & Construction

Tarikh tutup permohonan 14 Julai 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun


Jawatan Kosong

Permohonan jawatan secara online disini
Robot Jengkaut Dwi-Penyodok Dibangunkan Untuk Bantuan Ketika Bencana Alam

Robot Jengkaut Dwi-Penyodok Dibangunkan Untuk Bantuan Ketika Bencana Alam

Penggunaan robot di dalam industri perkilangan sudah mencecah hampir empat dekad. Dengan kemajuan teknologi, lebih 5 Juta pekerja manusia akan kehilangan kerja di dalam industri ini kerana automasi. Tetapi tidak semua kemajuan robotik membawa kesan negatif kepada manusia. Di Jepun robot jengkaut dwi-penyodok telah dibagunkan oleh Universiti Osaka.

Robot ini direka khas untuk kegunaan selepas bencana alam. Pasca Gempa Tohoku 2011, terdapat kawasan yang tidak boleh diakses manusia kerana bahaya radiasi. Teknologi robotik pada waktu tersebut tidak cukup maju untuk memudahkan operasi menyelamat. Dengan robot seperti ini manusia tidak perlu meletakkan diri dalam bahaya.

Dua penyodok digunakan supaya ia beroperasi seperti tangan manusia untuk membuang puing ketika kerja mengorek. Dua “tangan” ini turut membolehkan jentolak robotik ini bergerak melepasi halangan.Hujung jengkaut boleh berubah menjadi penyodok atau penyepit. Sistem timbal balas haptik membolehkan operator “merasa” apa yang dipegang.

Sistem kamera dan dron udara digunakan secara beriringan untuk memberikan pandangan kepada operator manusia. Mobile Suit Gundam mungkin masih belum menjadi realiti, tetapi robot seperti ini akan menjadi leluhur kepadanya di masa hadapan.

 

Alibaba Dijangka Memperkenalkan Peranti Seumpama Amazon Echo Untuk Pasaran China

Alibaba Dijangka Memperkenalkan Peranti Seumpama Amazon Echo Untuk Pasaran China

Alibaba, syarikat e-dagang terbesar di China yang turut memiliki Lazada, kini dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah peranti yang boleh dikawal berasaskan arahan suara seumpama Amazon Echo seawal minggu hadapan, di China.

Alibaba dilaporkan telah membangunkan pembantu maya digital mereka tersendiri dengan sokongan kecerdasan buatan. Melalui peranti ini, ia dijangka akan memudahkan pengguna untuk membuat pembelian daripada laman yang dimiliki Alibaba dengan hanya menggunakan arahan suara. Perkara ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh Amazon melalui Amazon Echo mereka.

Peranti ini disasarkan untuk pasaran China sahaja, dan untuk mereka yang sedia selesa menggunakan platform Alibaba. Dengan pengenalan peranti ini juga, ia mungkin akan meningkatkan pelanggan berulang ke platform Alibaba berbanding hari ini.

Dengan pelaburan Alibaba pada Lazada, tidak mustahil kita melihat perkongsian teknologi dan sebagainya oleh mereka untuk turut hadir dengan sesuatu yang lebih kurang sama. Tetapi ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk membangunkan kecerdasan buatan dengan sokongan bahasa tempatan – terutamanya di rantau Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai jenis bahasa berbeza.

'Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan' - Chef Wan

'Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan' - Chef Wan


Bila datang beraya di rumah orang, ibu bapa perlulah mengawal dan menjaga kelakuan anak mereka agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga mengundang rasa tidak senang tuan rumah. 

Baru-baru ini Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Pernah dia terpaksa menegur anak-anak tetamunya dengan cara baik. Bagaimanapun katanya, ada ibu bapa yang tidak senang dengan tindakannya itu. 

"Setiap hari raya, saya pasti ada masalah dengan kuah rendang atau kuah kacang yang meninggalkan kesan kotoran di kerusi meja makan.  My bro kata, ada anak tetamu yang jatuhkan kuah makanan di atas kerusi. 

"Setiap tahun, macam-macam tetamu yang menziarahi rumah kami yang anak-anak kecil mereka bermain meramas kuih-kuih dan taburkan di atas lantai. Tetapi Ibu bapa mereka kisah pun tidak. 

"Sudah tentu saya akan menegur mereka seperti mana saya menegur sesetengah tetamu yang mengambil kek dan biskut, kemudian tinggalkan di pinggan tanpa memakannya. Saya tegur mereka dan kata, jika tak nak makan, jangan membazir makanan seperti itu. Teguran ini bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak juga. Sebab ramai lagi yang nak menjamunya. 

"Ibu pernah tegur tindakan saya menegur anak-anak tetamu kerana bimbang tetamu kecil hati. Saya beritahu ibu bahawa tetamu yang berperangai seperti itu perlu ditegur. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang kemudian akan dibawa dan dilakukan pula di rumah orang lain. 

"Bukan jenis saya untuk melihat saja perbuatan seperti itu dan bercakap di belakang mereka mengenai perbuatan mereka yang saya tidak suka. Saya lebih suka tegur depan-depan secara baik. Saya rela tidak ada tetamu seperti itu yang tidak belajar bagaimana menghormati rumah orang. Segala adab nak masuk ke rumah orang, mereka mesti pelihara dengan baik. 

"Saya juga pantang bila ada tetamu yang datang ke rumah suka meraba itu dan ini. Ada yang selalu bertanya berapa harga itu dan ini. Bila ada yang tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antik itu dan ini, pasti saya bahasakan, 'nak tolong bayarkan hutang ke, sibuk menanya itu dan ini harga berapa?'," tulisnya di Instagram,

Bukan itu sahaja, ada juga tetamu yang menggunakan tandas di rumahnya tidak mengepam tandas selepas digunakan dan kencing berterabur. 

Bagaimanapun, Chef Wan bukanlah melabelkan semua tetamunya begitu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti itu. 

"Macam-macam manusia yang tak ambil kisah. Yang anak lari sana sini seperti dirasuk pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Bila dah kena jerit dengan saya beberapa tahun lalu, langsung tak datang lagi. Mana tidaknya, ibu bapa boleh pandang macam tunggul saja. 

"Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan seperti arwah ayah saya lakukan sewaktu kami kecil dahulu. Ibu cubit adik-adik sampai lebam.

"Pelik bila kita jadi ibu bapa tak boleh lentur anak-anak sejak kecil lagi," tulisnya. 

Starcraft : Remastered Akan Dilancarkan 14 Ogos Ini

Starcraft Remastered diumumkan pembangunannya Mac lalu. Versi terkini akan menyokong grafik pada resolusi 4K pada komputer yang lebih berkuasa. Bagi yang ingin bernostalgia pada resolusi lebih tinggi, permainan video ini akan mula dijual pada 14 Ogos hadapan.

Selain permainan asal, DLC Brood Wars juga akan disertakan dengan setiap pembelian. Pra-pesanan boleh dilakukan sekarang dan ia dijual pada harga $14.99 sebuah.

Dua Prototaip Awal iPhone Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Dua Prototaip Awal iPhone Diperlihatkan Buat Pertama Kali

Tahun ini genap sedekad iPhone diperlihatkan kepada umum sekaligus mengubah kehidupan manusia sarwajagat. Apple menunjukkan komputer mudah alih boleh dihasilkan dan pengeluar lain mengambil inspirasi dari iPhone sekaligus menjadikan peranti pintar peralatan yang perlu dimiliki. Hari ini gambar dua prototaip awal iPhone muncul di arena web.

Gambar dimuat naik oleh Ken Kocienda yang dipertanggungjawabkan menghasilkan papan kekunci maya untuk iPhone. Menurut beliau dua prototaip ini diberikan nama Project Wallaby. Rekaannya berbeza dari rekaan akhir iPhone generasi pertama.

Permua Desperate Housewives Dilancarkan Untuk Peranti iOS

Siri TV Desperate Housewives amat popular sekitar tahun 2004 hingga 2012. Semasa di kolej pengaruh siri ini agak besar sehingga rakan serumah yang gemar mengemas mendapat gelaran Bree Van De Kamp. Sungguhpun sudah lima tahun ditamatkan siaran, siri ini masih mempunyai ramai peminat dan oleh itu permua Desperate Housewives The Game kini dilancarkan.

Buat masa ini ia hanya dihasilkan pada platform iOS. Permua ini berfungsi sebagai prekuel sebelum siri TV bermula bagi mengelakkan spoiler kepada mereka yang tidak pernah menontonnya. Dari video di atas ia adalah permainan yang mempunyai persamaan dengan permua Kim Kardhasian. Ia boleh dimuat turun secara percuma dengan sokongan transaksi mikro. Anda kini boleh memenuhi fantasi menjadi suri terdesak di Wisteria Lane.

Muat turun permua Desperate Housewives The Game dari App Store

Instagram Kini Mengaktifkan Penapis Komen Berbentuk Cacian Dan Spam

Instagram Kini Mengaktifkan Penapis Komen Berbentuk Cacian Dan Spam

Cacian di atas talian ialah perkara normal dalam kehidupan seharian tetapi lebih kerap berlaku sekiranya anda seorang selebriti. Insan yang menyorok di belakang akaun awanama bebas menghambur cacian tanpa risau identiti terbongkar. Bagi menyelesaikan masalah ini di platform mereka, Instagram kini mengaktifkan penapis komen berbentuk cacian secara automatik.

Ia boleh diaktifkan menerusi skrin tetapan aplikasi.Buat masa ini tapisan automatik ini hanya menyokong Bahasa Inggeris. Selain daripada itu Instagram juga mula mengaktifkan sistem penapis komen berbentuk SPAM dalam bahasa Inggeris, Portugis, Arab, Perancis, Jerman, Russia, Jepun dan China. Sistem pembelajaran mesin akan mencari komen-komen yang memenuhi kriteria spam dan memadamnya secara automati.

Cip MediaTek MT2625 Dilancarkan Untuk Peranti Berhubung

Cip MediaTek MT2625 Dilancarkan Untuk Peranti Berhubung

Pemintaran setiap objek di rumah sedang dilakukan dengan giatnya oleh ramai pengeluar. Google dan Apple kedua-duanya mempunyai kit yang membolehkan kesemua perkakasan elektrik dikawal menerusi peranti pintar. Bagi menjadikan fiksyen sebagai realiti, perkakasan elektrik perlu mempunyai cip pemproses peranti berhubungnya tersendiri.

MediaTek MT2625 yang menggunakan pemproses Cortex-M ialah SOC yang direka khas untuk peranti berhubung. Ia adalah cip terkecil keluaran mereka dengan saiz fizikal 16×18 mm dan kelajuan 104 MHz. Ia bukanlah terpantas tetapi ini disengajakan bagi membolehkan bateri bertahan bertahun lamanya sebelum perlu diganti.

Mereka turut mengumumkan kerjasama dengan China Mobile bagi menghasilkan modul peranti berhubung lengkap dengan e-SIM bagi kegunaan di China.

Rekaan Dua Peranti Baru Nokia Tertiris – Mungkin Model Gantian Nokia 105 dan 130

Rekaan Dua Peranti Baru Nokia Tertiris – Mungkin Model Gantian Nokia 105 dan 130

Nokia kembali ke pasaran peranti mudah alih tahun ini dengan pelancaran lima peranti termasuk tiga peranti yang menggunakan Android. Mereka nampaknya akan melancarkan dua lagi peranti yang besar kemungkinan adalah peranti gantian kepada Nokia 105 dan Nokia 130.

Peranti dengan nombor model TA-1010 dan TA-1034  muncul di dalam pengekalan data badan persijilan TENAA di China. Kedua-duanya adalah telefon selular S30+ dengan papan kekunci fizikal klasik. Perbezaan paling ketara di antara dua model ini ialah TA-1010 tidak dilengkapi kamera berbanding  TA-1034. Masih wujud pasaran untuk peranti seperti ini dan oleh itu Nokia akan terus menghasilkannya.

Rekaan Samsung Galaxy Note 8 Tertiris

Rekaan Samsung Galaxy Note 8 Tertiris

Rekaan phablet dengan stylus Samsung Galaxy Note 8 akhirnya tertiris ke arena web. Seperti kebiasaan sejak kebelakangan ini, ia ditiriskan dalam bentuk gambar promosi oleh pengeluar kerangka Olixar.

Seperti yang didengari sejak beberapa bulan yang lalu, Galaxy Note 8 dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Konfigurasi kamera adalah mendatar dengan pengimbas cap jari masih diletakkan bersebelahannya. Peranti ini dijangka dilancarkan secara pada bulan Ogos hadapan.

macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Apple pada minggu ini telah mula menawarkan iOS 11 Beta kepada umum untuk mencubanya pada peranti mudah-alih. Kini, selain daripada iOS, pihak Apple juga telah mula menawarkan macOS High Sierra dalam bentuk beta terbuka kepada semua. Sebelum ini, versi pembangunan ini hanya ditawarkan kepada para pembangun sahaja yang perlu membayar untuk mendapatkan akses.

Bagi anda yang menggunakan komputer Mac, anda kini boleh mendaftar dan mencuba sendiri sistem operasi generasi baru Apple ini pada komputer anda. Walaubagaimanapun, ia dinasihatkan anda menantikan sehingga ke versi akhir atau mencuba ia pada komputer kedua anda – memandangkan ia masih belum versi akhir penuh, dan mungkin terdapat beberapa pepijat yang masih belum dikenal-pasti.

macOS High Sierra

macOS High Sierra

macOS High Sierra

macOS High Sierra menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk menggunakan sistem fail baru yang dinamakan sebagai APFS (Apple File System), selain turut menyertakan penambah-baikkan pada Mail, Photos, Safari, termasuk sokongan untuk realiti-maya.

Bagi anda yang ingin mengambil risiko dan menjadi terawal untuk mencuba sistem operasi terbaru macOS ini, anda boleh melakukannya melalui laman rasmi Apple, dan mula memuat-turun serta memasangnya pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun macOS Beta

Bagaimana Berkongsi Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp?

Bagaimana Berkongsi Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp?

WhatsApp kini menjadi salah satu medium komunikati utama, termasuk untuk perkongsian gambar. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp melalui proses pemampatan, sekaligus menjadikan kualiti dan resolusi gambar sedikit dikurangkan untuk tujuan perkongsian dengan pantas.

Perkara ini semestinya kurang digemari ramai pengguna, terutamanya sekiranya ingin menyimpan gambar yang dikongsikan gambar untuk kenangan masa hadapan.

Untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh, kini pengguna WhatsApp boleh mencuba alternatif perkongsian dokumen untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh.

WhatsApp Gambar

Untuk tujuan ini, kita akan menggunakan kelebihan berkongsi sebarang jenis format dokumen yang telah diperkenalkan oleh WhatsApp baru-baru ini, dan menggunakannya untuk menghantar gambar.

Bagi berkongsi gambar pada resolusi tinggi, anda hanya perlu tekan pada ikon perkongian (yang berbentuk klip), dan seterusnya memilih Document. Seterusnya anda boleh memilih gambar yang dirakamkan daripada folder yang tersimpan gambar berkenaan dan berkongsi dengan rakan atau ahli kumpulan anda.

WhatsApp Gambar

Apa pun, salah satu kekurangan daripada kaedah ini adalah dimana ia berkongsi gambar dengan saiz penuh, membuatkan tiada paparan thumbnail yang diperlihatkan melalui tetingkap sembang, melainkan pengguna memuat-turun dan membuka fail berkenaan.

Uber Telah Melakukan Lebih 5 Bilion Perjalanan Sehingga Kini

Uber Telah Melakukan Lebih 5 Bilion Perjalanan Sehingga Kini

Uber merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai dalam menempah pengangkutan ke sesuatu destinasi. Hari ini, Uber mengumumkan yang mana mereka telah melakukan lebih 5 bilion perjalanan di seluruh dunia sehingga kini.

Uber telah dimulakan pada 2010 yang lepas dalam memudahkan pengguna menuju ke sesuatu destinasi, dan sejak daripada itu, ia telah berkembang ke satu demi satu negara seluruh dunia.

Uber 5 Bilion

Uber mengatakan kini ia beroperasi di lebih 76 buah negara seluruh dunia, meliputi lebih 450 bandar. Angka perjalanan melangkaui 5 bilion ini telah dicapai pada 20 Mei 2017 yang lepas. Pada tarikh berkenaan, 156 tempahan perjalanan telah dilakukan pada waktu sama pada pukul 7.29 pagi, termasuk dua dari Malaysia.

Dua pemandu Uber berkenaan, iaitu Zabidi Hassan dan Hardeen Sirajudeen menerima insentif tambahan sebanyak $500 bersempena dengan pencapaian terbaru Uber ini.

Kemaskini Windows 10 Akan Datang Bakal Melindungi Fail Anda Daripada Ransomware

Kemaskini Windows 10 Akan Datang Bakal Melindungi Fail Anda Daripada Ransomware

Salah satu masalah utama apabila diserang oleh perisian hasad ransomware adalah dimana ia akan mengubah dan menyulitkan semua fail dan dokumen anda – sekaligus membuatkan ia tidak boleh diakses oleh anda. Microsoft kini cuba mengatasi masalah berkenaan dengan fungsi Controlled Folder Access pada kemaskini Windows 10 akan datang.

Windows 10 Controlled Access

Melalui ciri baru ini, ia akan memantau perubahan yang dilakukan oleh sebarang perisian, dan melindungi folder dan fail anda daripada diubah olehnya. Sekiranya sebarang aplikasi cuba membuat perubahan, aplikasi berkenaan akan disenarai-hitamkan serta pengguna akan menerima notifikasi berkaitan perkara ini. Seperti biasa, pengguna boleh mengawal apakah perisian yang boleh mengakses dan sebaliknya.

Ciri baru ini hadir sebagai sebahagian daripada kemaskini Windows Defender pada versi baru Windows yang dijangka ditawarkan bermula September.

Beli Dan Jual Emas Melalui Aplikasi Mudah-alih HelloGold

Beli Dan Jual Emas Melalui Aplikasi Mudah-alih HelloGold

Aktiviti pembelian dan penjualan emas kebiasaannya harus melalui orang tengah, dan kadang-kala, emas yang dibeli dan dijual ini tidak semestinya dipegang oleh syarikat yang anda beli. Kini terdapat cara yang lebih mudah untuk anda membeli dan menjual emas tanpa perlu membazir terlalu banyak masa, dan juga pada kos yang sangat rendah.

HelloGold merupakan sebuah aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS yang membolehkan anda membeli dan menjual emas dengan mudah, murah dan cepat. Pengguna boleh membeli emas pada harga semurah RM1, dan emas tersebut akan disimpan di dalam sebuah peti keselamatan di Singapura, ataupun anda boleh meminta untuk emas tersebut dihantar ke alamat pilihan anda.

Pihak HelloGold juga berkata bahawa perniagaan emas yang dilakukan oleh syarikat tersebut mematuhi undang-undang Syariah, kerana mereka hanya akan menjual emas yang dipegangi oleh syarikat tersebut. Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh melihat perubahan harga emas secara langsung, dan memilih bila anda bila mahu membeli dan menjual emas anda.

Pendaftaran untuk akaun HelloGold adalah percuma, tetapi pihak HelloGold akan mengambil keuntungan dua peratus dari setiap transaksi pembelian dan penjualan, dan dua peratus dari jumlah emas anda miliki setiap tahun.

Layari laman web HelloGold

 

Bagaimana Menjadikan Telefon Android Lebih Mesra Untuk Digunakan Anak Anda?

Pada hari ini, ia seperti telah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa memberikan peranti pintar kepada anak-anak mereka untuk digunakan setiap hari. Perkara berkenaan seperti ramai sedia maklum, tidak begitu digalakkan, dan beberapa aplikasi dan tetapan mungkin dapat membantu mengawal anak-anak kecil ketika menggunakan peranti pintar.

Menggunakan Launcher Khusus

Beberapa peranti hadir dengan sokongan pilihan mod kanak-kanak. Tetapi, sekiranya tidak, anda boleh menggunakan beberapa launcher di pasaran yang boleh membantu anda untuk mengawal penggunaan anak-anak anda.

Salah satu yang menarik adalah Luna Launcher, yang mana boleh membantu anda melihat tempoh masa yang dihabiskan oleh anak-anak anda, selain mengehadkan mereka daripada mengakses sejumlah aplikasi sahaja. Aplikasi ini juga mesra untuk anak-anak kecil, selain boleh mengunci secara automatik apabila anak anda mencapai tempoh masa maksima penggunaan yang ditetapkan.

Luna Launcher

Muat-Turun Luna Launcher untuk Android

Memasang Aplikasi Mesra Kanak-Kanak

Terdapat sejumlah aplikasi mesra kanak-kanak di Google Play Store hari ini, dan salah satu yang popular adalah YouTube Kids. Melaluinya, anak anda hanya boleh mengakses kandungan yang mesra untuk kanak-kanak dan tidak memaparkan kandungan video lain yang mungkin tidak sesuai.

Muat-Turun YouTube Kids

Selain daripada itu, ibu bapa boleh turut menemui pelbagai aplikasi mesra keluarga dengan pergi ke Google Play Store, memilih Apps & Games, dan seterusnya memilih Family.

Menetapkan Had Pada Google Play Store

Google Play Parental

Pada Google Play Store, anda boleh ke halaman tetapan, dan memilih untuk hanya memaparkan kandungan yang mesra kanak-kanak sahaja dari segi aplikasi, permainan, buku, video dan sebagainya. Untuknya, anda hanya perlu ke Settings > Parental Control dan mengaktifkannya. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan yang akan digunakan untuk nyah-aktifkannya pada masa akan datang.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengehadkan pembelian dengan menetapkan kata laluan untuk pembelian melalui Google Play Store.


Ini adalah antara perkara yang boleh anda lakukan pada peranti Android anda untuk menjadikan ia lebih mesra kanak-kanak berbanding memberikan peranti anda begitu sahaja kepada anak-anak. Sekiranya anda mempunyai tips lain, jangan lupa berkongsi bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

NEM Foundation Bakal Membuka Pusat Rantaian Blok Di Kuala Lumpur

NEM Foundation Bakal Membuka Pusat Rantaian Blok Di Kuala Lumpur

NEM Foundation merupakan sebuah perbadanan kriptowang yang hadir dengan platform rantaian blok (blockchain) NEM yang mempunyai matawang kripto XEM yang merupakan matawang kripto yang keenam paling berharga di dalam dunia, dengan modal pasaran setinggi $1.5 bilion (RM 6.4 bilion).

Pusat rantai blok ini akan digunakan sebagai sebuah pusat penyelidikan untuk matawang kripto dan juga pusat bantuan untuk syarikat-syarikat yang mahu menggunakan rantaian blok NEM untuk perniagaan mereka. Selain dari itu, bangunan bersaiz 10,000 kaki persegi ini juga akan menjadi rumah kepada pusat komuniti dan juga ruang perkongsian untuk syarikat-syarikat startup di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, NEM Foundation juga dikatakan bakal berusaha-sama dengan Blockchain Global, salah sebuah syarikat pertukaran kriptowang yang terbesar di Australia. Perkongsian ini akan memperbesarkan lagi capaian NEM Foundation, disamping mempercepatkan kadar penyelidikan rantaian blok dan pembukaan pusat rantaian blok di sekitar rantau Asia Tenggara.

NEM Foundation juga akan melaburkan wang sebanyak $40 juta (RM 171 juta) untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan $5 juta (RM 21 juta) untuk syarikat-syarikat rantaian blok yang akan membuka pejabat di pusat NEM Foundation tersebut. Menurut mereka lagi, pusat tersebut dikatakan akan dibuka di kawasan KL Internet City pada bulan Ogos 2017 kelak.

Tips Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan Anda

Tips Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan Anda

Apps Apa Sis pada episod kali ini melihat kepada aplikasi laman sosial popular, iaitu Facebook. Mungkin ramai yang menggunakan aplikasi Facebook pada iOS dan Android, tetapi tidak mengakses beberapa ciri-ciri khusus, termasuk untuk menyimpan perkongsian untuk bacaan masa depan, mengakses Facebook pada data terhad, ataupun untuk mewasiatkan akaun Facebook anda selepas anda tiada.

BIOSTAR Memperkenalkan Papan Induk TB250-BTC Pro – Hadir Dengan 12 Slot PCIe Untuk Melombong Kriptowang

BIOSTAR Memperkenalkan Papan Induk TB250-BTC Pro – Hadir Dengan 12 Slot PCIe Untuk Melombong Kriptowang

Pihak NVIDIA dan ASUS baru sahaja melancarkan kad grafik berdasarkan NVIDIA GeForce GTX 1060 untuk tujuan melombong kriptowang. Walaupun kad grafik ini merupakan sebuah komponen yang sangat penting untuk kegiatan tersebut, papan induk merupakan sebuah lagi perkakasan yang diperlukan untuk memaksimakan penggunaan kad grafik tersebut.

BIOSTAR, sebuah syarikat pembuat papan induk dan kad grafik OEM dari Taiwan kini baru sahaja mengumumkan kehadiran papan induk BIOSTAR TB250-BTC Pro, yang hadir dengan 12 slot PCIe untuk 12 kad grafik yang akan digunakan untuk tujuan melombong kriptowang tersebut.

Dari segi spesifikasi, papan induk ini merupakan sebuah papan induk Intel B250 yang menyokong CPU Kaby Lake dan Skylake, dan mempunyai dua slot RAM DDR4 yang mampu menampung memori sebanyak 32GB. Dari segi storan pula ia hadir dengan enam port SATA III 6Gbps, dan enam port USB, dimana empat daripadanya ialah USB 3.0, dua port USB 2.0 dan dua port USB yang memberikan kuasa sahaja.

Bercakap tentang 12 port PCIe tersebut, salah satu daripada port tersebut mempunyai sambungan jaluran 16x, manakala 11 slot yang lain mempunyai jaluran 1x sahaja. Bagi mereka yang melombong kriptowang, ini tidak menjadi satu masalah kerana perkara yang penting untuk sesebuah mesin melombong ini ialah kuasa perkomputeran untuk melombong, bukan kelajuan penghantaran data ke CPU.

Selain dari itu, untuk menggunakan slot-slot ini, pengguna juga harus membeli kurungan PCIe ataupun kabel sambungan PCIe, kerana slot-slot PCIe ini bersaiz kecil, dan tidak boleh memuatkan kad grafik bersaiz penuh. Untuk memastikan papan induk ini dapat menggunakan kesemua 12 kad grafik tanpa sebarang masalah, BIOSTAR juga menggunakan komponen-komponen bertaraf tinggi untuk memastikan pengaliran kuasa kepada kad-kad ini secara sekata.