Vivo Menjadi Penaja Piala Dunia FIFA Untuk Tahun 2018 Dan 2022

Vivo Menjadi Penaja Piala Dunia FIFA Untuk Tahun 2018 Dan 2022

Piala Dunia FIFA merupakan salah satu siri perlawanan bola sepak yang menerima tumpuan ramai pengguna seluruh dunia. Dengan tumpuan yang tinggi, ia juga turut menjadi salah satu saluran pemasaran oleh pelbagai jenama untuk mempromosikan produk dan jenama mereka kepada pengguna seluruh dunia.

Terkini, Vivo mengumumkan yang mana mereka kini menjadi penaja untuk Piala Dunia FIFA bagi tahun 2018 dan juga 2022.

Vivo World Cup 2018

Vivo juga turut mengatakan mereka akan turut menawarkan sebuah telefon pintar dengan rekaan khusus Piala Dunia FIFA untuk para pengguna, sementara para pekerja FIFA akan turut menggunakan telefon pintar keluaran syarikat China berkenaan.

Dengan bentuk pemasaran ini, mungkinkah kita akan melihat jenama Vivo akan diterima lebih ramai pengguna seluruh dunia?

Microsoft Memperlihatkan Set Windows Mixed Reality Daripada Asus, Dell Dan Lenovo

Microsoft Memperlihatkan Set Windows Mixed Reality Daripada Asus, Dell Dan Lenovo

Sebelum ini, Microsoft telah mempertontonkan peranti realiti-gabungan daripada Acer, dan kini pada acara Computex 2017, Microsoft mengambil peluang untuk mempertontonkan peranti Windows Mixed Reality daripada beberapa pengeluar lain, iaitu daripada Asus, Dell dan juga Lenovo.

Asus MR

Asus sendiri sedia mengumumkan komputer mesra realiti-maya, dan kini mereka turut akan hadir dengan set Windows Mixed Reality tersendiri dengan rekaan yang unik untuk mudah diselaraskan ketika memakainya. Ia juga turut dilengkapi dengan rkeaan yang ringan serta sensor gerakkan enam-darjah bagi memberikan pengalaman realiti-gabungan yang baik.

Dell MR

Dell pula hadir dengan set Windows Mixed Reality mereka yang berwarna putih. Dell mengatakan ia direkabentuk oleh pasukan disebalik XPS dan Alienware, dan dijangka dipasarkan sekitar penghujung tahun ini.

Lenovo MR

Pengeluar komputer dari China, iaitu Lenovo turut tidak ketinggalan dan turut telah mempertontonkan set realiti-maya mereka yang turut hadir dengan sensor terbina untuk memudahkan pemantauan gerakkan luar dan dalam, sekaligus memudahkan pengguna bergerak ketika memakainya.

Selain ketiga-tiga pengeluar ini, Microsoft menyasarkan lebih ramai pengeluar akan hadir dengan set realiti-gabungan masing-masing dalam bulan-bulan akan datang.

Bukan kes culik, tapi ditangkap bekas majikan kerana didakwa mencuri

Bukan kes culik, tapi ditangkap bekas majikan kerana didakwa mencuri


KUALA LUMPUR - Susulan viral video yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki, polis tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan kejadian sebenar. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.21 malam Selasa di Jalan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu ditarik sekumpulan lima lelaki masuk ke dalam kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, wanita berusia 23 tahun, warganegara Indonesia itu adaah suspek bagi kes curi yang dilaporkan di IPD Gombak. 

"Wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah telah ditangkap oleh bekas majikannya berhubung kes curi, sebelum diserahkan kepada polis," katanya mengesahkan kes tersebut bukan kes culik. 

Rusdi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Adrian Ismail, meminta orang ramai menyebarkan video kejadian itu yagn mendakwa mangsa yang merupakan rakan sekerja rakannya itu telah diculik di lokasi kejadian.- The Reporter
Microsoft Bakal Memudahkan Anda Sync Fail Antara Peranti Android Dan Windows 10

Microsoft Bakal Memudahkan Anda Sync Fail Antara Peranti Android Dan Windows 10

Microsoft sedia menawarkan launcher mereka tersendiri untuk peranti Android, dinamakan Arrow Launcher. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat ingin turut menyertakan sebuah ciri baru pada penawaran mereka yang akan memudahkan pengguna untuk sync fail dan dokumen antara peranti Android dan juga Windows 10.

Untuk tujuan berkenaan, Microsoft dalam persiapan pembangunan sebuah ciri baru dinamakan Arrow Hub. Arrow Hub menggunakan sokongan OneDrive untuk memudahkan pengguna untuk sync fail, gambar dan dokumen antara peranti.

Arrow Launcher

Microsoft turut menyediakan sebuah halaman web khusus untuk memudahkan proses muat-naik dan turun dokumen, sementara pada peranti Android yang menggunakan Arrow Launcher, pengguna boleh menambah sebuah widget Arrow Hub.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian beta, dan mungkin dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Aryzon – Peranti Augmented Reality Seakan HoloLens Pada Harga Mampu Milik

Teknologi augemented reality (AR) dan realiti gabungan ialah teknologi yang dikatakan akan membawakan impak kepada kehidupan manusia di masa hadapan. Ia menjadi tumpuan oleh Apple yang tidak langsung mempunyai peranti realiti maya seperti Google Daydream atau Gear VR. Microsoft HaloLens ialah peranti realiti gabungan yang telahpun boleh dimiliki. Namun ia terlalu mahal untuk dimiliki dengan harga jualan mencecah $3000 sebuah.

Oleh itu Aryzon dihasilkan sekumpulan pelajar dari University of Twente di Belanda. Peranti AR ini diperbuat daripada kadbod dan hanya memerlukan sebuah peranti pintar dan cermin untuk berfungsi. Apabila dipakai di kepala, imej 3D yang terapung dapat dilihat oleh pengguna seperti ia wujud di dunia sebenar. Aryzon sedang mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh dipesan pada harga hanya €24 (~RM 115) sepasang.

Jawatan Kosong di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak - 16 Jun 2017

Jawatan Kosong di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak - 16 Jun 2017

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Jun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sebagai :

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
2. ARKITEK LANDSKAP J41
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

Tarikh tutup permohonan 16 Jun 2017
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Jun 2017

Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini
Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) - 09 Jun 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) - 09 Jun 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) Jun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT) N29
2. PEMBANTU OPERASI (FUNGSI KESELAMATAN) N11

Tarikh tutup permohonan 09 Jun 2017
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) Jun 2017

Semua permohonan hendaklah dialamatkan dan dihantar kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 dan 10, 
Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu
Sarawak, 
Malaysia

Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini

Borang permohonan jawatan disini
Ducky Hadir Dengan Papan Kekunci Edisi Terhad Year Of The Rooster

Ducky Hadir Dengan Papan Kekunci Edisi Terhad Year Of The Rooster

Saban tahun di acara Computex, pembuat papan kekunci terkenal Ducky pasti akan hadir dengan sebuah papan kekunci yang bertemakan haiwan zodiak Cina. Tahun ini merupakan tahun ayam jantan, dan syarikat tersebut menunjukkan rekaan papan kekunci edisi terhad terbaru, yang diberikan nama Ducky Year Of The Rooster.

Papan kekunci kekunci ini hadir dengan cangkerang berwarna emas, dan kekunci yang berwarna hitam, dan aksara lutsinar. Ini adalah kerana papan kekunci ini juga hadir dengan sokongan sistem nyalaan RGB yang boleh diubah warna dan coraknya.

 

Sama seperti kebanyakan papan kekunci mekanikal, Ducky Year Of The Rooster ini menggunakan suis Cherry MX, dan akan hadir dengan pilihan yang berbeza. Suis-suis yang hadir termasuklah Cherry MX Black, Brown, Green, Blue, Silver dan Red.

Apa yang membuatkan papan induk ini unik ialah keputusan Ducky untuk menggunakan kepingan seramik yang biasanya digunakan dalam pasu tradisional Cina dari turun-temurun. Kepingan seramik ini dicat dalam warna suis Cherry MX yang digunakan oleh papan kekunci tersebut, dan pada pendapat kami, ini membuatkan setiap papan kekunci tersebut sangat istimewa.

Papan kekunci Ducky edisi khas ini biasanya hadir dalam jumlah yang amat terhad, dan bilangan ini biasanya dihadkan kepada nombor tahun ianya dihasilkan. Tahun ini merupakan tahun 2017, dan walaupun jurucakap Ducky tidak memberikan kata putus kepada kami, kami pasti bilangannya terhad kepada 2017 unit.

Menurut jurucakap tersebut lagi, papan kekunci Ducky Year Of The Rooster ini bakal hadir sekitar bulan September 2017 nanti, pada harga yang akan diumumkan kelak.

Asus, HP Dan Lenovo Akan Hadir Dengan Peranti Windows 10 Menggunakan Cip Snapdragon 835

Qualcomm hari ini pada acara Computex 2017 mengambil peluang untuk mengumumkan yang mana beberapa rakan kerjasama pengeluar peranti mereka akan hadir dengan komputer mudah-alih menggunakan Windows 10, dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835. Antara rakan kerjasama yang diumumkan adalah Asus, HP dan juga Lenovo.

Semua syarikat pengeluar ini akan hadir dengan rekaan peranti yang berbeza, tetapi akan memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan tanpa kipas, serta dilengkapi dengan sambungan LTE untuk kekal berhubung dengan mudah. Menggunakan cip Snapdragon 835, peranti berasaskan Windows 10 ini dijangka menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.

Microsoft sendiri sebelum ini telah memperlihatkan keupayaan menjalankan sistem operasi Windows 10 pada platform ARM. Daripada demo yang dipertontonkan sebelum ini, segalanya berjalan lancar, malah pengguna turut boleh menjalankan beberapa perisian x86.

Kita mungkin akan melihat pengumuman peranti baru berasaskan Snapdragon 835 dan Windows 10 daripada Asus, HP dan Lenovo dalam beberapa bulan lagi.

AMD EPYC Dan AMD Radeon Instinct – Gabungan CPU dan GPU Untuk Pusat Data

AMD EPYC Dan AMD Radeon Instinct – Gabungan CPU dan GPU Untuk Pusat Data

AMD memperkenalkan CPU AMD EPYC tidak lama dahulu, dan ia dikatakan akan bersaing dengan Intel di pasaran pusat data. Hari ini, di acara pengumuman AMD, syarikat tersebut menyatakan bahawa CPU AMD EPYC ini akan hadir pada 20 Jun kelak.

Buat masa ini, pihak AMD masih belum mengumumkan SKU untuk siri cip pemprosesan ini, tetapi mereka sudahpun menunjukkan beberapa nilai penanda-aras yang menunjukkan prestasi CPU-CPU ini berbanding dengan pesaing-pesaing mereka.

Menurut AMD, CPU EPYC ini akan hadir dengan nombor teras 45 peratus lebih tinggi, dan juga jumlah sokongan I/O yang lebih banyak berbanding pesaing apabila digunakan dalam konfigurasi dua teras, dan mempunyai prestasi 25 peratus lebih tinggi apabila digunakan dengan konfigurasi satu teras.

Satu lagi pengumuman untuk industri perusahaan ini ialah tentang kehadiran kad grafik AMD Radeon Instinct. Ia menggunakan cip pemprosesan grafik Vega yang sama seperti Vega Frontier Edition, tetapi lebih dikhususkan untuk proses Deep Learning, HPC (High-Performance Computing) dan juga pembelajaran mesin. Ia juga hadir dengan kuasa perkomputeran 25TFlops yang cukup berkuasa untuk penggunaan seperti ini.

AMD menunjukkan beberapa nombor penanda aras yang menggabungkan CPU AMD EPYC ini dengan kad grafik AMD Instinct, dan ia dapat dilihat mendahului pesaing-pesaing dari jenama lain.

Butiran-butiran tambahan mengenai CPU AMD EPYC dan kad grafik AMD Radeon Instinct ini, seperti jumlah SKU dan sebagainya juga dikatakan akan hadir pada 20 haribulan Jun nanti.

Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan Dengan Stylus S-Pen Terbina

Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan Dengan Stylus S-Pen Terbina

Sokongan stylus pada komputer riba Windows bukanlah perkara baru. Hanya sejak kebelakangan ini sokongannya lebih serius dari Microsoft dengan pengenalan Windows Ink. Penggunaan stylus memudahkan lagi proses melakar jika dibandingkan dengan menggunakan tetikus. Komputer riba dua dalam satu Samsung Notebook 9 Pro baru sahaja dilancarkan dengan stylus S-Pen terbina.

Ia dilengkapi skrin 13.3 dan 15 inci HD penuh, diperkasakan pemproses Intel Core i7-7500U. memori sehingga 16B RAM dan storan SSD 256 GB. Model dengan skrin 15″ turut hadir dengan kad grafik AMD Radeon 540 2GB DDR5 RAM. Stylus S-Pen tersimpan rapi pada bahagian bawah komputer seperti pada peranti Galaxy Note.

Engsel pada Notebook 9 Pro boleh diputar 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. Terdapat sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C untuk bateri sebesar 54 Wh serta sistem Windows Hello. Pilihan I/O yang diberikan pula ialah dua USB 3.0, satu USB-C, satu HDMI dan pembaca kad MikroSD. Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan buat masa ini.

Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android

Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android

Perkataan terhangat sejak seminggu lalu ialah malware. Jutaan komputer Windows dijangkiti oleh Wannacry sehingga data pengguna dikunci sehinggalah mereka membayar wang tebusan. Lebih 99% komputer yang diserang oleh Wannacry didapati menggunakan Windows 7. Hari ini sebuah lagi malware baru dilaporkan menjangkiti 36 Juta peranti Android.

Malware Judy ialah malware yang disorokkan di dalam 50 aplikasi yang dimuat turun menerusi Google Play. Selepas dipasang, aplikasi ini akan membuka jalan belakang kepada laman yang mempunyai iklan. Menggunakan kod JavaScript, iklan pada laman ini akan diklik oleh peranti pengguna secara rahsia sekaligus menjana pendapatan kepada pembangun aplikasi. Pemilik peranti langsung tidak menyedari peranti mereka kini menjadi zombie mengklik iklan.

Nama malware ini diambil dari aplikasi Chef Judy : Picnic Lunch Maker yang didapati terawal menggunakan kerentanan ini untuk menjana pendapatan. Pihak Google telahpun dimaklumkan mengenai kewujudan Judy dan telah memadam 50 aplikasi yang didapati menggunakan Judy. Majoriti aplikasi adalah dibangunkan oleh Kiniwini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.

Kewujudan aplikasi seperti ini ialah penyebab mengapa kami sentiasa berwaspada setiap kali memberikan akses kepada aplikasi “percuma” di Google Play.

Kad Grafik AMD RX Vega Diumumkan – Akan Hadir Di Acara Siggraph 2017

Kad Grafik AMD RX Vega Diumumkan – Akan Hadir Di Acara Siggraph 2017

Selepas pengumuman CPU AMD Ryzen tidak lama dahulu, kad grafik AMD RX Vega merupakan salah satu perkakasan yang sangat dinanti-nantikan oleh pembina anda pengemar PC.

AMD baru sahaja mengumumkan kad grafik AMD RX Vega Frontier Edition yang ditujukan khas untuk pusat data dan mereka yang bekerja dalam industri yang mementingkan kuasa pengiraan grafik, dan di acara pengumuman yang baru ini, mereka menunjukkan kuasa dua kad AMD Vega ini menggerakkan permainan video Prey pada resolusi 4K dan tetapan Ultra dengan lancar.

Buat masa ini, masih tiada sebarang butiran yang diberikan, selain daripada tarikh dan lokasi kehadiran kad grafik tersebut, yang akan berada di acara Siggraph 2017 pada bulan Julai kelak.

Siri CPU AMD Threadripper Diumumkan Secara Rasmi – Sehingga 16 Teras Dan 32 Bebenang Kuasa

Siri CPU AMD Threadripper Diumumkan Secara Rasmi – Sehingga 16 Teras Dan 32 Bebenang Kuasa

Di acara pengumuman perkakasan-perkakasan komputer AMD yang berlangsung hari ini, syarikat pembuat cip tersebut mengumumkan siri CPU HEDT (High End Desktop) mereka yang terbaru – AMD Ryzen Threadripper.

Lisa Su, CEO AMD mengesahkan bahawa siri CPU AMD Threadripper ini akan hadir dengan 16 teras dan 32 bebenang untuk model tertinggi, walaupun tiada butiran mengenai model-model ini diumumkan pada acara tersebut, selain daripada siri CPU ini juga akan hadir dengan 64 aluran PCIe, jumlah yang cukup banyak untuk menyokong konfigurasi CrossFireX dengan empat kad grafik AMD.

Siri CPU ini juga akan menggunakan soket baru yang dinamakan TR4, dan ia mempunyai 4094 pin yang menggunakan sistem pin LGA (Land Grid Array) berbanding dengan PGA (Pin Grid Array) yang biasanya digunakan oleh AMD untuk semua CPU moden mereka.

Dari segi papan induk, pembina-pembina komponen PC seperti ASUS, ASRock, GIGABYTE, MSI dan sebagainya bakal hadir dengan papan induk X399 yang akan hadir pada musim panas tidak lama lagi, selari dengan tarikh pengeluaran CPU AMD Threadripper ini.

Ryonghung iPad Dihasilkan Oleh Korea Utara Untuk Golongan Proletariat

Ryonghung iPad Dihasilkan Oleh Korea Utara Untuk Golongan Proletariat

Korea Utara ialah negara yang amat berahsia. Rakyatnya ditindas dan hanya golongan elit diberikan akses kepada perkhidmatan internet yang mempunyai pelbagai sekatan. Sungguhpun begitu mereka masih mahukan peranti yang dinikmati oleh penduduk di negara lain. Oleh itu tablet Ryonghung iPad dilancarkan untuk kegunaan pendidikan.

Tablet ini dilengkapi pemproses empat teras 1.2 GHz,memori 1GB RAM dan storan 8GB. Terdapat 40 aplikasi terbina yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan, pembelajaran dan pertanian. Aplikasi perubatan yang disertakan mampu melakukan diagnosis terhadap 1200 jenis penyakit.

Walaupun menggunakan tanda dagang iPad milik Apple, pihak Cupertino tidak berminat untuk menyaman pengeluar tablet ini. Ryonghung iPad turut dilengkapi sebuah papan kekunci dan sambungan HDMI. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini.

Grab Kini Diperkenalkan Di Alor Setar, Kluang, Tawau, Labuan

Grab Kini Diperkenalkan Di Alor Setar, Kluang, Tawau, Labuan

Grab agak aktif sejak awal tahun ini dalam memperkenalkan perkhidmatan mereka di beberapa bandar baru. Hari ini, penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi ini turut memperluaskan perkhidmatan di beberapa bandar utama, termasuk Alor Setar, Kluang, Tawau, dan juga Labuan.

Grab Alor Setar

Para pengguna di bandar-bandar ini kini boleh melihat lebih ramai pemandu Grab, sekaligus memudahkan tempahan pengangkutan dilakukan ke sesuatu destinasi.

Grab turut mengatakan dengan pengenalan di empat bandar baru ini, kini ia beroperasi secara rasmi di 21 bandar sekitar Malaysia.

Kerangka iPhone 7 Dengan Pemutar Kegelisahan Terbina Dihasilkan

Kerangka iPhone 7 Dengan Pemutar Kegelisahan Terbina Dihasilkan

Pemutar kegelisahan (fidget spinner) ialah permainan yang popular sejak akhir-akhir ini. Ia tular sehingga menyebabkan kementerian pelajaran ingin mengharamkannya dari perkarangan sekolah. Bagi mengikuti trend semasa, Olixar menghasilkan sebuah kerangka iPhone dengan pemutar kegelisahan terbina.

Kerangka dengan sisi bergetah ini mempunyai sebuah pemutar kegelisahan pada bahagian belakang. Ia boleh ditanggalkan untuk dimainkan ketika gelisah. Ia hanya dihasilkan untuk iPhone 7 dan 7 Plus sahaja buat masa ini dan dijual pada harga $26 (~RM 111) sebuah,

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8 - 11 Jun 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8 - 11 Jun 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Jun 2017 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Jun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) sebagai :

1. PEMBANTU KEMAHIRAN H119
2. PEMBANTU SYARIAH LS19
3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan 11 Jun 2017
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8 Jun 2017

Info jawatan selanjutnya disini

Permohonan  jawatan secara online disini
Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) - 05 Jun 2017

Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) - 05 Jun 2017

Jawatan kosong terkini di UKM Kesihatan Sdn Bhd Jun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di UKM Kesihatan Sdn Bhd sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 

Tarikh tutup permohonan 05 Jun 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) Jun 2017

CARA MEMOHON

a) Sila emel resume kepada the_malaysian_cohort@yahoo.com.my
b) Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Pn.Afifah / En.Mohd Arman di talian 03-91710415 beralamat di

Sekretariat Projek The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), 
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Trailer Assassin’s Creed Origins Tertiris – Mengesahkan Nama Watak Utama Dari Mesir

Trailer Assassin’s Creed Origins Tertiris – Mengesahkan Nama Watak Utama Dari Mesir

Assassin’s Creed tidak dilancarkan tahun lalu bagi memberikan nafas baru kepada yang siri yang hadir setiap tahun sejak 2010. Komen negatif yang diterima kerana misi yang sama berlaku dengan setiap iterasi permainan berserta jualan yang semakin berkurangan memaksa Ubisoft untuk merehatkannya setahun.

Asassin’s Creeed Origin ialah permainan yang seterusnya di dalam siri ini dan trailernya tertiris lebih awal sebelum E3. Trailer yang telah ditarik dari YouTube ini mengesahkan Origins akan membolehkan pemain mengawal Ba Yek, seorang pembunuh upahan di Mesir pada tahun 1354 sebelum masehi. Ini menjadikan beliau watak paling awal di dalam sejarah Assassin’s Creed.

Baju-T rasmi untuk Origins juga telah tertiris menunjukkan Ba Yek menggunakan busur dan pelindung besi. Diharap dengan Ba Yek, Origins akan menjadi permainan yang “terbayek” di dalam siri Assassin’s Creed.

Papan Kekunci Mekanikal Kalis Air Corsair K68 Dilancarkan

Papan Kekunci Mekanikal Kalis Air Corsair K68 Dilancarkan

Kami adalah insan yang kurang cermat ketika di pejabat. Setakat ini sudah empat papan kekunci pergi menemui ilahi apabila air minuman tertumpah ke atas kekuncinya. Oleh itu papan kekunci Corsair K68 yang baru diumumkan semalam mungkin pembelian kami yang seterusnya.

Corsair K68 ialah papan kekunci mekanikal dengan tahap kalis air IP32. Ini membuatkannya kalis percikan dan tumpahan air. Ia boleh dibersihkan dan terus berfungsi sekiranya ia berlaku. Suis Cherry MX Red digunakan dengan sokongan lampu LED merah sahaja. Corsair K68 dijual pada harga €89 (~RM 425) sebuah.

Sering Terlihat Tetingkap CMD Yang Buka Dan Tutup Pada Komputer Windows? Ini Adalah Sebabnya

Sering Terlihat Tetingkap CMD Yang Buka Dan Tutup Pada Komputer Windows? Ini Adalah Sebabnya

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows dan mempunyai Microsoft Office versi terkini terpasang, salah satu perkara yang mungkin anda perasan sejak sehari dua kebelakangan ini adalah dimana sebuah tetingkap buka dan tutup dalam hanya sesaat secara automatik – hampir setiap jam.

Perkara ini mungkin membuatkan anda panik – sama ada risau anda diserang malware, atau seperti ada seseorang memerhatikan anda. Apatah lagi dengan pelbagai serangan ransomware akhir-akhir ini.

Menjawab mengenainya, hal ini sebenarnya hadir adalah disebabkan oleh masalah pepijat pada Microsoft Office. Kemaskini Microsoft Office yang terkini mempunyai masalah dengan tugasan di latar, membuatkan tetingkap CMD terbuka dan tertutup secara automatik hampir setiap jam.

Selain mungkin membuatkan anda risau, ia juga turut memberikan impak sekiranya anda menjalankan aplikasi atau perisian pada skrin penuh – sebagai contoh permainan, dimana ia akan menutup tetingkap berkenaan dan memberikan kesan ketika menggunakannya.

Microsoft mengatakan mereka akan menawarkan patch untuk Microsoft Office, tetapi ia mungkin mengambil masa seketika sebelum anda menerimanya.

Task Scheduler

Untuk sementara waktu, anda juga boleh mematikan masalah ini secara sendiri dengan menutup tugasan latar berkenaan, iaitu dengan ke halaman Task Scheduler. Seterusnya memilih ke Task Scheduler > Task Scheduler Library > Microsoft > Office. Dan akhir sekali klik kanan pada OfficeBackgroundTaskHandlerRegistration, dan pilih Disable.

Asus Hadir Dengan Tablet Baru Bersaiz Kompak – ZenPad 3S 8.0

Asus Hadir Dengan Tablet Baru Bersaiz Kompak – ZenPad 3S 8.0

Pada awal tahun ini, kita telah melihat Asus menawarkan ZenPad 3S 10 LTE di Malaysia. Kini, pada acara Computex 2017, pengeluar dari Taiwan berkenaan turut memperkenalkan satu lagi tablet dibawah siri yang sama, tetapi pada saiz lebih kompak, iaitu Asus ZenPad 3S 8.0.

Asus ZenPad 3S 8.0 ini hadir dengan skrin 7.9-inci pada resolusi 1536×2048 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Melengkapkan tablet ini adalah kamera belakang 13-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Asus turut menyertakan sistem operasi Android 7.1 Nougat bersama-sama tablet ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Asus akan melancarkan tablet terbaru ini untuk pasaran global.

Google Menamatkan Sokongan Untuk Nik Collection – Tiada Lagi Kemaskini Dirancang

Google Menamatkan Sokongan Untuk Nik Collection – Tiada Lagi Kemaskini Dirancang

Nik Collection merupakan koleksi aplikasi yang memudahkan proses penyuntingan gambar anda di desktop. Ia telah diambil-alih oleh Google pada 2012 yang lepas, dan telah mula ditawarkan secara percuma sejak Mac 2016 yang lepas.

Kini, bergerak ke hadapan, Google telah mengemaskini laman bantuan untuk nik Collection, mengatakan mereka tidak lagi akan menawarkan sebarang kemaskini baru untuk koleksi aplikasi berkenaan.

Google Nik Collection

Dibawah Nik Collections, terdapat sebanyak tujuh aplikasi dengan kesan penyuntingan berbeza-beza, termasuk daripada menambah kesan penuras khusus pada gambar, sehinggalah kepada kebolehan mengurangkan kesan noise, menambah HDR, dan sebagainya. Ia beroperasi bersama beberapa perisian penyuntingan gambar popular, seperti Photoshop, Lightroom atau Aperture.

Sejak pengambil-alihan Nik Collections, Google dilihat lebih memfokuskan kepada aplikasi mudah-alih yang turut didapati bersamanya, iaitu Snapsedd. Seperti biasa, kita akan terus melihat kemaskini pada Snapseed selepas ini, termasuk kemudahan penyuntingan baru pada Google Photos yang hadir diintegrasikan secara pintar.

Muat-Turun Nik Collection

Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis

Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis

Bersama-sama pengenalan komputer desktop memfokuskan permainan video, Dell juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan dua komputer semua-dalam-satu mereka dibawah siri Insipiron. Masing-masing adalah, Dell Inspiron 27 7000 AIO dan juga Dell Inspiron 24 5000 AIO – dan kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin berbingkai sangat nipis seumpama pada XPS 13, atau apa yang Dell panggil sebagai InfinityEdge.

Dell Inspiron 27 AIO

Dell Inspiron 27 7000 AIO hadir dengan skrin IPS bersaiz 27-inci dan menawarkan panel pada resolusi mencapai 4K UHD. Komputer semua-dalam-satu ini hadir menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen, dan dilengkapi kad grafik dibawah siri Radeon RX500. Melaluinya, Dell menjanjikan kuasa pemprosesan yang baik untuk realiti-maya dan kandungan multimedia. Selain itu, Dell juga turut menyertakan kamera hadapan dengan sokongan Windows Hello, selain integrasi USB Type-C 3.1, dan juga pilihan storan SSD.

Dell Inspiron 24 AIO

Dell Inspiron 24 5000 AIO pula hadir dengan skrin sentuh bersaiz 24-inci, dilengkapi cip AMD generasi ketujuh dan juga kad grafik AMD Radeon RX560. Selain penawaran lebih kurang sama Inspiron 27 7000 AIO, pihak Dell turut menyertakan teknologi SmartByte pada komputer ini bagi membolehkan ia menstrim kandungan dengan mengelak lengah masa – dimana ia mengutamakan data berkaitan video melepasi talian rangkaian terlebih dahulu, berbanding yang lain, sekaligus memudahkan anda mengikuti penstriman video menggunakannya.

Kedua-dua ini dijangka akan ditawarkan pada peringkat global dalam masa beberapa minggu lagi.

ASUS ROG Zephyrus – Gaming Laptop Nipis Berkuasa Tinggi Dengan Teknologi NVIDIA Max-Q

ASUS ROG Zephyrus – Gaming Laptop Nipis Berkuasa Tinggi Dengan Teknologi NVIDIA Max-Q

Dengan kehadiran teknologi grafik NVIDIA Max-Q, nampaknya peperangan laptop nipis dengan kuasa perkomputeran dan grafik yang tinggi bakal bermula. Di acara ASUS Republic of Gamers, ASUS mengumumkan secara rasminya ketibaan sebuah gaming laptop yang sangat nipis dan sangat berkuasa – ASUS ROG Zephyrus.

Laptop ini berukuran 17.9mm di bahagian paling tebal dan menirus sehingga 16.9mm di bahagian yang paling nipis. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Kaby Lake Core i7-7700HQ bersama-sama dengan memori DDR4 sehingga 24GB dan pilihan storan SSD PCIe M.2 bersaiz 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

Dari segi grafik, laptop ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang menggunakan teknologi NVIDIA Max-Q yang membolehkannya dimasukkan ke dalam cangkerang laptop yang nipis.

Paparan 15.6 inci laptop ASUS ROG Zephyrus ini juga hadir dengan beberapa ciri-ciri yang menarik. termasuklah kadar segar semula 120Hz dan juga sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC. Agak aneh ialah resolusi Full HD 1920×1080 yang nampaknya menjadi kebiasaan untuk laptop-laptop sebegini.

 

Sokongan I/O untuk laptop ini termasuklah kehadiran empat port USB 3.1 Type-A, sebuah port USB 3.1 Type-C yang juga menyokong sambungan Thunderbolt 3, sebuah port HDMI dan juga palam fon kepala 3.5mm. Di sebelah papan kekunci laptop ROG Zephyrus ini ialah pad sesentuh yang juga boleh digunakan sebagai pad nombor.

Ia juga hadir dengan sistem penyejukan Active Aerodynamic System yang menggunakan kipas dengan rekaan 3D untuk mengalirkan udara yang lebih banyak ke kawasan CPU dan GPU untuk penyejukan yang lebih berkesan.

Seperti banyak, ataupun kesemua perkakasan dan peranti ASUS kebelakangan ini, laptop ini juga hadir dengan sistem penyalaan lampu RGB Aura Sync yang boleh dikawal melalui penggunaan perisian khas.

Butiran seperti tarikh pengeluaran dan harga masih belum diketahui lagi, tetapi kami tahu bahawa laptop ASUS ROG Zephyrus ini pastinya akan hadir dalam beberapa konfigurasi yang berbeza.

iFlix Bekerjasama Dengan tvOne Untuk Menstrim Perlawanan Langsung Bola Sepak Di Indonesia

iFlix Bekerjasama Dengan tvOne Untuk Menstrim Perlawanan Langsung Bola Sepak Di Indonesia

iFlix merupakan perkhidmatan penstriman video yang terdiri daripada pelbagai rancantan televisyen dan juga filem. Kini, selain daripadanya, iFlix juga sedang melihat untuk menambah penstriman siaran sukan secara langsung – sekaligus memberikan platform mereka kelebihan berbanding beberapa pesaing lain, termasuk Netflix.

iFlix buat masa ini telah mengumumkan kerjasama dengan tvOne di Indonesia untuk menstrim perlawanan langsung bola sepak dari negara berkenaan, meliputi Liga 1 dan juga Liga 2.

Melalui kerjasama ini, ia sekaligus membolehkan pengguna iFlix turut menonton siaran bola sepak berkenaan dimana-mana sahaja, termasuk melalui peranti mudah-alih. Walaubagaimanapun, ia dijangka terhad untuk pasaran Indonesia sahaja buat masa ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada iFlix akan mengumumkan kerjasama lebih kurang serupa di negara-negara lain. Sekiranya ya, ia semestinya memberikan kelebihan terhadap iFlix, terutamanya dikalangan peminat sukan seluruh dunia.

NASA Ingin Membuat Pengumuman Mengenai Misi Pertama Untuk “Menyentuh Matahari”

NASA Ingin Membuat Pengumuman Mengenai Misi Pertama Untuk “Menyentuh Matahari”

NASA hari ini mengatakan yang mana mereka bakal membuat pengumuman mengenai misi pertama agensi angkasa berkenaan dalam membuat penerbangan terus ke atmosfera matahari. NASA akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara ini secara rasminya esok.

Misi ini dijangka akan dilancarkan pada 2018 kelak. Melaluinya, sebuah probe akan digunakan untuk mengorbit pada jarak 4 juta batu. Solar Probe Plus berkenaan akan membuat pemantauan kritikal termasuk terhadap haba yang dikeluarkan, radiasi, dan sebagainya. Penjelajahan ini juga dijangka akan menjawab beberapa perkara, termasuk menjawab bagaimana sesuatu bintang beroperasi. Data yang didapati daripadanya juga dijangka akan membantu dalam membuat ramalan berkenaan impak sesuatu perubahan cuaca terhadap Bumi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak NASA secara rasminya esok berkenaan misi terbaru mereka ini.

Apps Apa Sis? – Aplikasi Penjejak Peranti

Apps Apa Sis? – Aplikasi Penjejak Peranti

Mungkin ramai yang risau kehilangan telefon pintar, atau ingin ia mengeluarkan bunyi sekiranya ia tersilap letak atau hilang. Untuknya, terdapat beberapa aplikasi menarik, dan episod kali ini, kita melihat kepadanya – termasuk untuk komputer riba berasaskan Windows melalui perisian pihak ketiga yang dinamakan sebagai Prey.

MSI GT75VR Titan SLI Diumumkan – Dengan Lima Teknologi Menerajui Dunia Gaming

MSI GT75VR Titan SLI Diumumkan – Dengan Lima Teknologi Menerajui Dunia Gaming

Pada pengumuman yang diadakan MSI bersempena acara Computex di Taiwan, mereka telah menyatakan lima ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap laptop gaming bagi memenuhi kehendak pengguna mereka yang juga bergiat dalam aktiviti E-sukan. Kesemua ciri-ciri tersebut hadir pada laptop ‘flagship’ mereka iaitu MSI GT75VR Titan.

Dari segi spesifikasi, MSI GT75VR Titan merupakan yang kedua tertinggi didalam kelas GT didalam penawaran MSI, dibelakang GT83VR. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan kad grafik, iaitu GeForce GTX 1080, GTX 1070 atau GTX 1070 SLI dan dikuasakan oleh cip Intel Core i7 7280HK CPU dan boleh di-overclock sehingga 4GHz.

Seperti laptop lain dalam kelas GT dari MSI, ia hadir dengan saiz yang lebih besar dari biasa, dengan lubang pengudaraan yang besar di bahagian tepi dan belakang laptop ini. Salah satu kelainan pada laptop ini adalah kawasan letak tapak tangan yang mempunyai kemasan yang direka khas bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Kemasan ini tidaklah keras seperti permukaan biasa, namun tidaklah terlalu empuk yang membuatkan tapak tangan pengguna seolah-olah terbenam.

Dalam menjadi pelopor dunia komputer gaming, lima ciri-ciri berikut adalah fokus MSI dalam mencipta laptop gaming yang diyakini ramai.

Paparan Berkelajuan Tinggi – 120Hz

Laptop MSI GT75VR Titan merupakan yang terbaru dalam keluarga GT, namun berada di tahap kedua. Meskipun begitu, salah satu perkara yang membezakan MSI GT75VR dan MSI GT83VR adalah paparan skrin. Pada MSI GT75VR, paparannya berkebolehan untuk memaparkan imej sepantas 5ms dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Laptop gaming ini juga adalah yang pertama di dunia yang menyokong kelajuan janaan grafik sebegini.

Pada kadar kelajuan sebegini, imej yang dijana permainan boleh menyokong sehingga 120 frame per second. Dengan lebih banyak frame yang disokong, ia sekaligus memberikan paparan imej pergerakan yang lebih lancar dan baik, tanpa sebarang kecacatan seperti ghosting yang biasa berlaku pada paparan yang biasa. Selain dari itu paparan pada MSI GT75VR Titan turut mempunyai teknologi True Color 2.0, iaitu kadar ketepatan warna yang tinggi.

Sistem Penyejukan Yang Efektif – Cooler Boost Titan

Isu paling hangat dikalangan pengguna tegar laptop gaming adalah isu kepanasan. Laptop berprestasi tinggi sememangnya akan menjana haba yang sangat tinggi, ditambah pula dengan kualiti grafik permainan yang tinggi memerlukan laptop menggunakan kuasa pemprosesan baik dari segi cip pemproses dan juga cip grafik. Untuk mengatasi masalah ini, MSI hadir dengan dengan solusi Cooler Boost dan bagi MSI GT75VR Titan, ia menggunakan Cooler Boost Titan.

Untuk teknologi Cooler Boost Titan pada MSI GT75VR, ia mempunyai 2 kipas utama berbilah 29 dengan 12 heatpipe yang bersambung diantaranya. Dengan sistem penyejukan ini, ia membolehkan laptop MSI beroperasi dengan lebih efisien, dan ia dibuktikan dengan markah penanda aras 3D Mark 11.

Papan Kekunci Gaming Per-Key RGB Dari Steelseries

Menjadi kebiasaan untuk perwira dunia permainan digital memiliki komputer baik laptop mahupun desktop yang hadir dengan warna-warni. Mungkin anda sebagai pengguna biasa melihatnya sebagai hiasan, namun warna-warna tersebut boleh memberikan petunjuk status anda, sama ada tahap nyawa atau baki peluru yang masih ada.

MSI GT75VR ini hadir dengan papan kekunci yang setiap satunya boleh diubah warna RGBnya. Ia bukanlah menyokong satu cahaya sahaja, sebaliknya menyokong spektrum warna yang penuh. Pengguna boleh mengoptimasikannya untuk berubah warnanya pada keadaan biasa, atau sewaktu memainkan permainan tertentu.

Rapid Mechanical RGB Keyboard 

Warna sahaja tidak cukup untuk membantu pemain menang didalam sesuatu pertandingan. Satu lagi faktor utama adalah papan kekunci yang memberikan respons terbaik untuk setiap perkara yang dilakukan pemain. Justeru papan kekunci mekanikal menjadi pilihan utama bagi pemain.

Untuk laptop gaming terkini dari MSI ini, ia menyertakan teknologi yang dilabelkan Rapid Mechanical RGB Keyboard yang dibangunkan Steelseries. Tahap sensitivitinya dipertingkat dengan 3m jarak kekunci ditekan (key travel distance) dengan 1.5mm actuation.

Pembesar Suara Yang Besar – Giant Speaker

Apalah gunanya memiliki laptop gaming terhebat tanpa sistem audio tercanggih. Untuk variasi laptop gaming MSI yang diumumkan di Computex hari ini, kesemuanya telah menyertakan teknologi Giant Speaker dari Dynaudio. Seperti namanya, terdapat dua pembesar suara yang lebih besar dari yang biasa ditemukan pada laptop, beserta dua ‘woofer’ bagi menjana kualiti audio yang bukan sahaja lebih jelas dan teliti, malah lima kali lebih kuat berbanding biasa.


Kesemua lima ciri-ciri diatas hanyalah sebahagian dari teknologi yang telah sedia ada dibawakan oleh MSI untuk keluarga laptop gaming mereka. Antara ciri-ciri lain termasuklah perisian audio Nahimic yang membolehkan anda memposisikan musuh mengikut bunyi dalam permainan, fungsi XSplit Gamecaster yang memudahkan anda melakukan penstriman langsung sewaktu bermain, dan pelbagai lagi.

Seperti laptop gaming lain dari MSI yang mempunyai VR pada namanya, laptop gaming ini turut menyokong VR. Buat masa ini tiada sebarang kata putus dari MSI berkenaan harganya dan juga bilakah ia akan tersedia untuk pasaran tempatan.

Dell Memperkenalkan Inspiron Gaming Desktop Menggunakan Cip AMD Ryzen

Dell Memperkenalkan Inspiron Gaming Desktop Menggunakan Cip AMD Ryzen

Dell hari ini telah memperkenalkan sebuah desktop memfokuskan permainan video dan multimedia, tetapi pada harga yang kompetitif, melalui Dell Inspiron Gaming Desktop PC.

Dell Inspiron Gaming Desktop PC

Desktop memfokuskan permainan dibawah siri Inspiron ini turut menyertakan rekaan yang berbeza dengan kebanyakkan komputer desktop lain. Dell mengatakan ia dioptimasikan untuk pengudaraan yang baik, termasuk untuk mengakses komponen dengan mudah.

Inspiron Gaming Desktop ini hadir dengan pilihan kad grafik sama ada menggunakan AMD Radeon RX580 atau NVIDIA GeForce GTX 1060. Pengguna juga boleh memilih kapasiti storan yang diinginkan, sama ada melalui bentuk HDD atau SDD.

Dell Inspiron Gaming Desktop PC

Melengkapkan desktop ini adalah bekalan kuasa 850 watt, dan sokongan audio Waves MaxxAudio® Pro + Performance 7.1 Channel HD. Ia turut menyertakan sokongan USB-C, selain mesra peranti realiti-maya seperti HTC Vive atau Oculus.

Dell Inspiron Gaming Desktop ini ditawarkan pada harga $599 iaitu sekitar RM2565. Harga khusus untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Perbandingan Essential Phone, Samsung Galaxy S8 Dan LG G6

Perbandingan Essential Phone, Samsung Galaxy S8 Dan LG G6

Peranti pertama dari bapa Android Andy Rubin ialah Essential Phone. Peranti ini mempunyai rekaan semua-skrin, dwi-kamera serta pemproses Snapdragon 835. Kerangka diperbuat daripada bahan titanium dan seramik sekaligus memberikannya ketahanan yang luar biasa. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Samsung Galaxy S8 dan LG G6 yang mempunyai rekaan serta spesifikasi setanding.