Siri Animasi Hogie The Globehopper Bakal Ditayangkan Di Netflix & Discovery Kids

Mungkin anda sudah biasa mendengar nama-nama animasi seperti Upin & Ipin, Boboiboy dan terkini Didi & Friends yang merupakan buatan tempatan. Satu lagi animasi buatan tempatan adalah Hogie the Globehopper dari Lil Critter Workshop yang berkisar mengenai pengembaraan Hogie dan rakan-rakan ke seluruh dunia.

Siri animasi Hogie The Globehopper ini juga merupakan salah satu siri animasi yang diketengahkan sewaktu pengumuman YouTube for Kids pada tahun lalu. Dalam berkongsi mengenai siri animasi ini, pengarahnya iaitu Walid Omar menyatakan yang mana tarikan utama siri animasi ini adalah dalam memperkenalkan budaya yang terdapat di serata dunia.

Sepertimana namanya ‘Globehopper’, apabila Hogie melawat bandar-bandar utama yang lain, penonton animasi ini akan mengetahui sedikit sebanyak berkenaan budaya dan juga perayaan. Sebagai contoh sewaktu acara Tahun Baru Cina, Hogie akan melawat Shanghai, sementara sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hogie akan melawat negeri Kelantan. Dengan cara begini, kandungan animasi Hogie sesuai untuk mana-mana pasaran.

Walid turut berkongsi yang mana projek animasi Hogie The Globehopper ini menggunakan dana pembangunan dari MDEC MAC (khusus untuk pembangunan kandungan kreatif), MyCreative Ventures, dan juga dana pengkomersilan Cradle CIP 500. Kini, mereka didalam fasa untuk melesenkan tayangan siri animasi ini dan telah mendapat sokongan dari beberapa pihak termasuklah Netflix dan Discovery Kids bagi rantau Arab Tengah & Utara Afrika (MENA – Middle East North Africa).

Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan tarikh mula siri animasi ini akan ditayangkan. Pihak Lil Critter Workshop turut menyatakan yang mereka juga sedang menyiapkan beberapa siri animasi lain. Dengan perkembangan terkini dari mereka, boleh dikatakan dunia pembangunan animasi tempatan mempunyai identitinya tersendiri dan sedang berkembang pesat menempa nama di persada antarabangsa.

Tonton: Hogie The Globehopper

Mingguan Amanz – Acer Predator Triton 700, LG G6, Call of Duty WWII

Mingguan Amanz – Acer Predator Triton 700, LG G6, Call of Duty WWII

Minggu ini menyaksikan pihak Acer mengadakan sebuah acara khusus di New York, dan mengumumkan sejumlah komputer riba baru, jam tangan pintar, desktop, kamera dan sebagainya. Mencuri perhatian adalah sebuah komputer riba permainan dengan rekaan nipis, dinamakan Predator Triton 700.

Di Malaysia, LG membuat kejutan dengan memperkenalkan LG G6 dan menjualnya pada harga RM2999. Selain LG, pihak ZTE turut mengumumkan ZTE Blade 8, sementara Xiaomi Mi Note 2 juga turut dipasarkan untuk pasaran tempatan. Selain itu, sebuah kedai dibuka di Pulau Pinang dalam menawarkan sejumlah produk Xiaomi melalui kedai berkenaan.

Samsung pula telah memperkenalkan aksesori baru mereka, iaitu Gear 360, Gear VR dan juga Samsung DeX di Malaysia.

Dalam arena telekomunikasi, Celcom dilihat melangkah ke arah 5G, dan telah memperlihatkan penambah-baikkan kelajuan arena 4G mereka mencapai sehingga 400Mbps.

Dan akhir sekali, dalam arena permainan, pihak Activision telah memperlihatkan trailer untuk permainan Call of Duty WW11, dan bakal menjualnya bermula November kelak.

Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) - 11 Mei 2017

Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) - 11 Mei 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2017 | Jawatan kosong terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Tarikh tutup permohonan 11 Mei 2017
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2017

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Pengarah Khidmat Pengurusan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Peti Surat 198, Kubang Kerian
15720, Kota Bharu
Kelantan.

Iklan jawatand an syarat kelayakan disini
GST: Mufti Penang kata haram, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kata hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara & rakyat

GST: Mufti Penang kata haram, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kata hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara & rakyat


SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd berkata, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa ini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

"Sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintah oleh Allah SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya. 

"Dari segi perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah. Perlaksanaan GST perlu dikaji semula agar ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil. 

"Cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat," katanya. 

Lapor Astro Awani, pada Oktober tahun lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyatakan hukumnya harus selgai terdapat keperluan untuk negara dan rakyat. 

Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tidak salah kerajaan mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak. 

"Selagi kerajaan komited dalam melaksanakan syariat Islam dan memastikan cukai yang dikutip adalah untuk kebaikan negara dan rakyat, GST boleh dikenakan," katanya. - The Reporter
Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara (ISN) - 12 Mei 2017

Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara (ISN) - 12 Mei 2017

Jawatan kosong terkini di Institut Sukan Negara (ISN) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai :

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. PEGAWAI FARMASI UF44/48

Tarikh tutup permohonan 12 Mei 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara (ISN) Mei 2017

Sila hantar secara terus atau pos permohonan yang lengkap kepada :

JABATAN SUMBER MANUSIA 
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN 
INSTITUT SUKAN NEGARA
57000 SRI PETALING 
KUALA LUMPUR 
(U.P : UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN)

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-89914400
(Cik Nurfadilah Bt Mohd Ali @ Shazali)

Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Musim Terkini Orange Is The New Black Tertiris Selepas Netflix Enggan Membayar Tebusan

Musim Terkini Orange Is The New Black Tertiris Selepas Netflix Enggan Membayar Tebusan

Sepuluh episod dari musim ke-lima siri Orange Is The New Black tertiris ke laman Torrent popular semalam. Kesemua episod ini dicuri oleh sekumpulan peggodam yang kemudian meminta Netflix  supaya membayar wang tebusan. Pihak Netflix enggan membayar dan oleh sebab itu siri yang sepatutnya mula ditayangkan pada bulan Jun kini boleh dimuat turun percuma.

Selain kandungan Netflix, kandungan dari Fox, National Geographic, ABC dan IF turut berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam ini. Tidak diketahui sama ada keempat-empat saluran ini akan membayar wang tebusan yang diminta. Musim kelima OITNB mempunyai 13 episod. Pihak penggodam hanya mampu mencuri 10 episod sahaja. Dengan ketirisan ini diharap pihak Netflix akan mempercepatkan tarikh tayangan bagi pelanggan mereka yang berbayar.

NES Classic Edition Telah Terjual Lebih 2.3 Juta Unit Seluruh Dunia

NES Classic Edition Telah Terjual Lebih 2.3 Juta Unit Seluruh Dunia

Semalam kami melaporkan jualan Sony PlayStation 4 telah terjual melebihi 60 Juta unit seluruh dunia. Hari ini Nintendo mengumumkan angka jualan untuk NES Clasic Edition mereka mencecah 2.3 Juta unit. Ini bermakna ia terjual hampir setara dengan 2.74 Juta unit Nintendo Switch.

NES Classic Edition

Semasa dikeluarkan pada tahun 1983, konsol asal NES berjaya terjual sebanyak 61.9 Juta unit. Pihak Nintendo telahpun menghentikan jualan NES Classic Edition kerana mereka mendakwa tidak mempunyai “sumber tanpa had” untuk terus menghasilkan konsol klasik ini, Malahan pihak Nintendo sebenarnya terkejut dengan sambutan amat luar biasa dari pengguna sejurus selepas NES Classic Edition dilancarkan.

Elon Musk Memperlihatkan Konsep Terowong Futuristik Untuk Atasi Kesesakkan Trafik

Elon Musk merupakan seorang yang tidak asing lagi dengan idea-idea berbentuk futuristik. Syarikat milik beliau sedia membangunkan roket yang boleh digunakan semula, kenderaan elektrik, menghantar manusia ke Marikh, selain hadir dengan idea seperti mengimplan cip pada otak, serta terkini, sebuah terowong futuristik.

Idea baru ini hadir melalui syarikat baru yang dinamakan sebagai The Boring Company. Melaluinya, sebuah terowong dibangunkan dibawah tanah dengan tujuan untuk mengatasi masalah trafik di jalan raya, selain ke sesuatu lokasi yang jauh dengan lebih pantas lagi.

Daripada video konsep yang dipertontonkan, ia memperlihatkan pengguna boleh memandu kenderaan seperti biasa dalam bandar, dan sekiranya ingin ke sesuatu lokasi yang jauh, boleh memasuki lebuhraya melalui sebuah ruangan khusus. Ia berbentuk seperti lif, dan membawa kenderaan berkenaan turun dalam sebuah tapak khusus – dan seterusnya membawa kenderaan berkenaan ke destinasi pada kelajuan mencapai 200km/j.

Membina terowong bawah tanah semestinya sebuah cabaran yang besar, apatah lagi dalam konsep yang diperlihatkan, ia memerlukan galian dilakukan dengan sangat dalam sebelum dapat menjayakannya. Selain mengatasi masalah trafik, dengan had laju berkenaan, ia membolehkan kawasan luar bandar dan bandar dihubungkan dengan mudah dan pantas.

Seperti biasa, ia sekadar konsep buat masa ini, dan semestinya mengambil masa bertahun-tahun sebelum direalisasikan. Buat masa ini, pasukan dibawah syarikat baru ini sedang membangunkan sebuah trek ujian di SpaceX untuk melihat hasil awalnya terlebih dahulu.

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Pin Sesuatu Perbualan Ke Bahagian Atas

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Pin Sesuatu Perbualan Ke Bahagian Atas

Pada hari ini, ramai yang menggunakan WhatsApp di seluruh dunia, dan telah menjadi salah satu medium komunikasi utama. Perkara ini mungkin membuatkan aplikasi WhatsApp anda penuh dengan pelbagai tetingkap sembang – bukan sahaja individu tetapi juga berkumpulan.

Dan ada kalanya, ia mengambil masa untuk mencari sesuatu kumpulan sembang atau ahli keluarga anda pada aplikasi berkenaan. Kini, dalam usaha untuk memudahkan proses berkenaan, WhatsApp membolehkan anda pin akan sesuatu tetingkap sembang terus pada bahagian atas dengan mudah.

WhatsApp Pin Chat

Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu tap pada sebarang perbualan, dan memilih ikon pin untuk meletakkan ia pada bahagian atas.

Daripada pengamatan kami, fungsi ini telah mula diperkenalkan pada WhatsApp Beta di Android, selain turut aktif pada versi web dan juga aplikasi desktop mereka.

WhatsApp Pin Chat

Jawatan Kosong Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) - 02 Mei 2017

Jawatan Kosong Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) - 02 Mei 2017

Jawatan kosong terkini di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sebagai :

1. EXECUTIVE

Tarikh tutup permohonan 02 Mei 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) 2017

Candidates who are interested can write in to Human Resource Divison (HRD) at hrd@niosh.com.my before 02nd May 2017 (Tuesday).

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Apple Hentikan Pembayaran Royalti Kepada Qualcomm Sehingga Pertikaian Mahkamah Selesai

Apple Hentikan Pembayaran Royalti Kepada Qualcomm Sehingga Pertikaian Mahkamah Selesai

Sejak awal tahun 2017 ini, kita telah melihat pertikaian dan pemfailan saman di mahkamah antara Qualcomm dan Apple yang melibatkan kepada royalti. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Qualcomm mengatakan Apple telah menghentikan pembayaran royalti mereka buat masa ini.

Ia difahamkan, Apple akan terus menghentikan pembayaran royalti ini sehingga hal ini selesai.

Apple sebelum ini telah memfailkan saman ke atas Qualcomm, mengatakan syarikat berkenaan mengenakan caj yang tinggi untuk perlesenan paten yang dimiliki oleh Qualcomm. Kini, dengan Apple menghentikan pembayaran, ia dilihat mereka percaya akan memenangi perlawanan ini di mahkamah. Sekiranya Apple menang, mereka akan membayar nilai baru, tetapi jika sebaliknya, mereka perlu membayar nilai seperti biasa.

Penghentian pembayaran royalti ini semestinya tidak disukai oleh Qualcomm, dan menekankan yang mana Apple tertakluk kepada perjanjian perlesenan bersama Qualcomm, dan perlu membayar untuk penggunaan paten mereka.

Seperti biasa, secara tidak langsung, perkara ini turut memberikan kesan terhadap pendapatan pihak Qualcomm untuk suku tahun lepas.

Overwatch Kini Mempunyai Lebih 30 Juta Pemain Seluruh Dunia

Overwatch Kini Mempunyai Lebih 30 Juta Pemain Seluruh Dunia

Overwatch merupakan salah satu permainan tembak-menembak daripada Blizzard yang telah mula dijual pada tahun lepas. Menariknya, permainan berkenaan dilihat mempunyai kadar penerimaan yang tinggi, dan kini mempunyai sekitar 30 juta pemain di seluruh dunia.

Overwatch

Overwatch telah dilancarkan secara rasmi pada Mei 2016 lepas, dan ditawarkan untuk konsol PS4 dan Xbox One, selain untuk PC. Melaluinya, dua pasukan akan berlawan antara satu sama lain, dimana setiap pasukan dilengkapi dengan enam ahli kumpulan. Seperti biasa, pengguna boleh memilih watak kegemaran mereka yang setiap satunya hadir dengan skil dan kelebihan tersendiri.

Perkembangan permainan ini boleh dikatakan antara yang terpantas. Ia hanya sekitar tiga bulan lepas dimana Overwatch mempunyai 25 juta pemain, dan kini seramai 5 juta pemain telah menyertainya sejak daripada itu.

Bagi anda sendiri, adakah anda peminat permainan Overwatch?

(Ura-Ura) Sony PlayStation 5 Mungkin Hadir Seawal Tahun Hadapan

(Ura-Ura) Sony PlayStation 5 Mungkin Hadir Seawal Tahun Hadapan

Dengan pelancaran Project Scorpio pada penghujung tahun ini, Sony PlayStation 4 akan berhadapan dengan konsol yang cukup berkuasa. Dari beberapa maklumat yang telah dikongsi oleh Microsoft, Scorpio mampu memaparkan resolusi 4K secara natif pada kadar 60 FPS. PlayStation 4 Pro yang dilancarkan tahun lalu hanya mampu memaparkan resolusi 4K menggunakan teknik chequerboard pada kadar 30 FPS.

PlayStation 4Menurut laporan Wall Street Journal, ini mungkin memaksa Sony untuk melancarkan PlayStation 5 seawal separuh tahun kedua 2018. Laporan memetik penganalisa yang sebelum ini dengan tepat meramalkan pelancaran PlayStation 4 Pro dan PlayStation 4 Slim. Sekiranya menjadi kenyataan, PlayStation 4 mempunyai kitaran hidup yang terpendek dalam sejarah konsol PlayStation. Sebagai peringatan PlayStation 4 dilancarkan pada tahun 2013.

Sebelum ini Sony menanti tujuh tahun untuk menggantikan PlayStation 3 yang dilancarkan pada tahun 2006. PlayStation 3 pula menggantikan PlayStation 2 yang dilancarkan pada tahun 2000.  Akhir sekali PlayStation 2 menggantikan PlayStation yang dilancarkan pada tahun 1994.

Gambar LG G6 Mini Tertiris

Gambar LG G6 Mini Tertiris

LG G6 yang dilancarkan di MWC Februari lalu akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan hadapan. Peranti dengan skrin 18:9 ini mungkin akan mempunyai versi mini dengan skrin 5.4″. Gambar LG G6 Mini tertiris hari ini dan tidak mempunyai perbezaan ketara berbanding G6 asal.

Spesifikasi penuh peranti ini masih lagi misteri tetapi dijangka adalah sama seperti model asal. Tarikh pelancarannya juga masih lagi misteri. Berdasarkan pengalaman menggunakan Galaxy S8 dengan skrin memanjang, saiz skrin yang lebih kecil G76 Mini akan mengurangkan kecanggungan menggunakan peranti dengan hanya sebelah tangan.

BLU R1 Plus Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek MT6737

BLU R1 Plus Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek MT6737

BLU baru sahaja memasuki pasaran Malaysia minggu lalu dengan pelancaran sepuluh peranti secara serentak. Pengeluar yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini melancarkan sebuah peranti baru iaitu BLU R1 Plus.

Ia dilengkapi srkin 5.5″ HD, pemproses MediaTek MT6737, RAM 2/3 GB dan storan 16/32 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64 GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Kedua-dua kamera dilengkapi sistem flash. Sebuah bateri 4000 mAh dibekalkan dan memberikan jangka hayat penggunaan sehingga tiga hari. Peranti dengan Android Marshmallow ini dijual pada harga $160 (~RM 695).

Western Digital Mengumumkan Cakera Keras 12TB HGST Ultrastar He¹²

Western Digital Mengumumkan Cakera Keras 12TB HGST Ultrastar He¹²

Untuk memastikan kepantasan komputer, cakera SSD menjadi pilihan pengguna. Tetapi storan SSD masih lagi mempunyai kapasiti yang kecil berbanding cakera keras. Pihak Western Digital telah mengumumkan penghasilan cakera keras terbaru mereka HGST Ultrastar He¹² dengan kapasiti 12 Terabyte.

Cakera keras yang berteknologi HelioSeal ini mempunyai lapan platter dengan kelajuan pemindahan data 255 MB/s. Pada waktu yang sama kadar pengguna kuasa juga dapat dikurangkan kepada 7.2W ketika aktif  dan 5.3W ketika tidak aktif. Cakera keras 7200 RPM ini turut mempunyai jangka hayat sehingga 2.5 Juta jam. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini. Pihak Western Digital kini ingin menghasilkan cakera keras dengan kapasiti 16 Terabyte pada separuh pertama 2018.

Sony PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 60 Juta Unit Seluruh Dunia

Sony PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 60 Juta Unit Seluruh Dunia

November tahun lalu Sony mengumumkan mereka telah berjaya menjual 30 Juta unit konsol PlayStation 4. Angka jualan konsol mereka kini telah meningkat sekali ganda ke 60 Juta unit sehingga 31 Mac yang lalu. Ini didedahkan di dalam laporan kewangan mereka semalam.

PlayStation 4 ProPihak Sony kini mensasarkan angka jualan ini akan mencecah 78 Juta unit menjelang Mac 2018. Sasaran ini boleh dianggap rendah kerana mereka mungkin menjangkakan saingan dari konsol Project Scorpio keluaran Microsoft.

Logitech Universal Folio Dilancarkan – Kerangka Dengan Papan Kekunci Terbina Untuk Pelbagai Tablet

Logitech Universal Folio Dilancarkan – Kerangka Dengan Papan Kekunci Terbina Untuk Pelbagai Tablet

Tablet adalah lebih berguna apabila ia dipadankan dengan papan kekunci fizikal. Ia kini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti lebih produktif seperti laporan pejabat atau mengarang emel. Logitech Universal Folio ialah kerangka dengan papan kekunci terbina yang direka untuk tablet yang dikeluarkan pelbagai pengeluar.

Universal Folio menyokong tablet dengan skrin di antara 9-10 inci. Tablet keluaran Apple, Samsung dan Windows boleh digunakan dengan mudah menggunakan kerangka ini. Papan kekunci bluetooth yang disertakan mempunyai rekaan standard papan kekunci komputer riba bagi memastikan keselesaan ketika menaip.

Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga dua tahun. Apabila diperlukan, kerangka ini boleh berubah betuk dengan tongkat terbina dan juga tempat menyimpan stylus. Logitech Universal Folio dijual pada harga $60 (~RM 260) sebuah

Windows 10 Insider Terbaru Membolehkan Anda Pin Rakan Di Taskbar Untuk Komunikasi Pantas

Windows 10 Insider Terbaru Membolehkan Anda Pin Rakan Di Taskbar Untuk Komunikasi Pantas

Tidak lama sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan fungsi My People pada Windows 10. Selepas menangguhkan pengenalan ciri berkenaan pada Windows 10 Creators Update, kini Microsoft dilihat telah mengintegrasikan fungsi berkenaan pada Windows 10 Insider Preview terbaru.

Melalui fungsi My People pada Windows 10, ia membolehkan pengguna untuk pin akan rakan-rakan atau seseorang pengguna terus ke taskbar, dan sebuah ikon avatar mereka akan diperkenalkan.

Windows 10 Insider Preview

Pengguna seterusnya boleh berkomunikasi dengan lebih pantas bersama mereka yang tersenarai berkenaan – selain memudahkan lagi berbanding langkah biasa yang memerlukan pengguna membuka aplikasi berkaitan dan mencari pengguna berkenaan, seterusnya baru menghantar mesej.

Fungsi ini hanya hadir pada Windows Insider Preview sahaja buat masa ini, dan mungkin hadir kepada semua pengguna menjelang kemaskini September kelak.

Tempurung kepala retak, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer

Tempurung kepala retak, sebahagian otak rosak selepas terjatuh dari inflatable bouncer


GEORGE TOWN - Seorang kanak-akan berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering. 

Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang. Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan. 

"Bagaimanapun setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan itu terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri. 

"Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terus membawa anak ke hospital dan dia menjalani ujian MRI sebelum doktor mengesahkan ada keretakan serta pendarahan di kepalanya," katanya. 

Mangsa kini masih dalam keadaan koman di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee.

Menurut Norsyaliza, berikutan kejadian itu, Syarul Azriel menjalani dua pembedahan di otak kiri dan kanan pada hari yang sama dan kini masih belum sedarkan diri. 

"Doktor memberitahu tempurung kepala anak saya pecah serta sebahagian daripada otaknya rosak dan saya tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada anak saya selepas ini," katanya. 

Norsyaliza kesal dengan syarikat katering berkenaan yang dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan kerana pekerja yang memasang peralatan berkenaan tidak melakukannya dengan betul. 

"Saya difahamkan, sepatutnya pekerja yang memasang peralatan terbabit mengikat tali untuk mengelak daripada terbalik. Namun mereka tidak melakukannya. 

"Selain itu saya turut kesal kerana pihak syarikat terbabit langsung tidak bertanya khabar dan bersemuka dengan kami untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu," katanya. 

Ekoran kejadian itu, Norsyaliza membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik syarikat katering berkenaan. 

Sementara itu, pihak katering telah memberi keterangan kepada pihak polis dan berserah kepada mereka untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian yang berlaku sebenarnya adalah kemalangan dan bukan kecuaian mereka. 

Pemilik syarikat katering yang tidak mahu didedahkan nama itu berkata, sepatutnya pengawasan kanak-kanak ketika bermain peralatan itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan pihak katering tidak sepatutnya dipersalahkan. 

"Semua perjanjian itu memang sudah ada dalam syarat ditetapkan pihak syarikat dan tugas kami hanya memasang peralatan tersebut. Pekerja kami sudah melakukan apa yang termampu dan saya rasa kejadian ini berlaku mungkin disebabkan aksi kanak-kanak terbabit yang aktif ketika bermain sehingga membuatkan peralatan itu terbalik. 

"Jika terlalu ramai kanak-kanak bermain, memang mereka sukar dikawal dan disebabkan itu kami meletakkan syarat meminta penjaga mengawasi tingkah laku anak-anak mereka sendiri dan tidak menyerahkan tugas itu kepada pekerja syarikat," katanya. 

Dalam kenyataan kepada Harian Metro itu, pemiliknya turut menjelaskan pihaknya ada menghubungi keluarga mangsa untuk bertanya khabar serta mengetahui perkembangannya. Namun buat masa ini mereka enggan bertemu dengan keluarga berkenaan kerana sudah menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut. 

"Jika keluarga berkenaan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kami, itu terserah kepada mereka kerana bagi saya, pekerja mengikut prosedur ditetapkan ketika memasang peralatan terbabit," katanya lagi. 
SKMM Berkongsi Sebab Yang Memungkinkan Pentadbir Pada Aplikasi Permesejan Diambil Tindakan

SKMM Berkongsi Sebab Yang Memungkinkan Pentadbir Pada Aplikasi Permesejan Diambil Tindakan

Pada minggu ini, salah satu isu yang dibincangkan hangat adalah berkaitan dengan pentadbir pada kumpulan dalam aplikasi permesejan seperti WhatsApp yang boleh dipenjara sekiranya terdapat sebaran berita palsu. Lanjutan daripadanya, kini pihak SKMM berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan.

Menurut SKMM, perbualan pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, WeChat, Viber dan sebagainya adalah bersifat persendirian. Siasatan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat aduan mengenai apa yang dikongsikan atau disebarkan pada perbincangan kumpulan dalam aplikasi berkenaan.

Kesalahan ini tertakluk kepada kesalahan penyebaran maklumat palsu dibawah undang-undang Malaysia, termasuk seksyen 233 AKM 1998.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Whatsapp, untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Secara tidak langsung, ini bermakna siapa sahaja yang bersalah menyebarkan maklumat palsu akan didakwa – dan bukannya khusus kepada pentadbir sesuatu kumpulan berkenaan sahaja.

Walaubagaimanapun, menurut SKMM, seseorang pentadbir akan dipertanggungjawabkan sekiranya:

  • Apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 AKM 1998;
  • Apabila pentadbir, walau pun dengan sendirinya tidak membuat komen tersebut, meminta komen sedemikian daripada yang lain;
  • Apabila pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen tersebut;
  • Apabila pentadbir menghalang siasatan terhadap komen sedemikian oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

Seperti biasa SKMM menasihatkan pengguna menggunakan sebarang aplikasi permesejan atau media sosial secara berhemah, dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu. Disamping itu, SKMM juga sedang mempertimbangkan keperluan menyediakan garis panduan untuk menggunakan aplikasi permesejan dan seumpama dengannya.

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

Google Chrome sedia menambah label khusus yang menandakan sesuatu laman web berkenaan tidak selamat sekiranya mempunyai input kata laluan tetapi tidak menggunakan sokongan penyulitan HTTPS. Kini, dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan HTTPS di web, Google Chrome 62 akan turut melabelkan sebarang web yang mempunyai input data – atau dalam erti kata lain memerlukan anda menaip sesuatu – sebagai tidak selamat sekiranya tidak mempunyai sokongan HTTPS.

Chrome 62 Note Secure

Bagi pembangun web, anda masih mempunyai tempoh yang lama untuk membuat peralihan ke HTTPS. Ini kerana, ciri ini akan hadir pada Chrome 62 yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Selain perubahan berkenaan, ketika menggunakan mod Incognito, ia akan melabelkan semua laman tanpa HTTPS sebagai “Not Secure” atau tidak selamat.

Perubahan ini dijangka akan menambah baik lagi kadar sekuriti dan penyulitan data di arena internet – apatah lagi dengan Chrome yang kini menjadi antara pelayar web yang digunakan secara meluas bukan sahaja pada desktop, tetapi juga pada peranti mudah-alih.

Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru

Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang lepas, Airbnb sering memasarkan perkhidmatan mereka untuk mereka yang mengembara dan bercuti ke kawasan baru, dan sedang melihat kepada penginapan yang murah dan unik. Minggu hadapan, Airbnb dilihat akan membuat sedikit perubahan.

Airbnb merancang untuk memperkenalkan sebuah fungsi carian khusus untuk mereka yang mencari penginapan ketika ke luar negara atau bandar dalam urusan perniagaan. Fungsi ini akan membolehkan tapisan dilakukan, dan hanya memaparkan hasil carian untuk lokasi Airbnb yang menepati ciri Business Travel Ready. Untuk mendapatkan penyenaraian dibawah BTR, Airbnb menetapkan rumah atau bilik berkenaan perlu mempunyai meja, WiFi, daftar masuk melalui penjaga atau secara kunci digital – lebih kurang seperti hotel, termasuk sabun percuma dan sebagainya.

Menurut Airbnb, 90% pelanggan mereka pada hari ini adalah yang pergi bercuti. Syarikat berkenaan kini turut melihat kepada peluang besar, iaitu ruangan penginapan untuk mereka yang ke luar disebabkan urusan perniagaan – salah satu pasaran besar yang masih di dominasi oleh hotel.

Angka pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk urusan kerja dilihat meningkat dari hari ke hari, dan kini Airbnb sendiri dilihat ingin memfokuskan dan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 April 2017

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 April 2017

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai :

1. JURUAUDIT W41
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PEGAWAI TADBIR N52

Tarikh tutup permohonan 30 April & 05 Mei 2017
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) April 2017

Setiap  permohonan  mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap  diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah :-

Ketua Pegawai Eksekutif 
Lembaga Pembangunan Langkawi 
Tingkat 3, Kompleks LADA 
Jalan Persiaran Putra 
07000 Kuah, Langkawi 
KEDAH DARUL AMAN 

(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj) - 30 April 2017

Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj) - 30 April 2017

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Putrajaya (PPj) April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai :

1. E-Commerce & Social Media Executive

Tarikh tutup permohonan 30 April 2017
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Berkanun / Swasta

Jawatan Kosong

Sila hantar resume anda kepada hr@cruisetasikputrajaya.com dengan menyatakan jawatan yang dimohon di dalam tajuk emel. Hanya calon-calon yang disenarai pendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Jawatan Kosong di Institut Jantung Negara (IJN) - 04 Mei 2017

Jawatan Kosong di Institut Jantung Negara (IJN) - 04 Mei 2017

Jawatan kosong terkini di Institut Jantung Negara (IJN) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Jantung Negara (IJN) sebagai :

1. EXECUTIVE CPR FACULTY

Tarikh tutup permohonan 04 Mei 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong Institut Jantung Negara (IJN) Mei 2017

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Ulasan: Jabra Halo Free – Bluetooth Headset Untuk Kegunaan Harian Dan Lasak

Ulasan: Jabra Halo Free – Bluetooth Headset Untuk Kegunaan Harian Dan Lasak

Jabra sentiasa terkenal dengan penawaran bluetooth headset mereka, yang meliputi produk multi kegunaan untuk pendengaran audio tanpa wayar. Penawarannya terdiri daripada beberapa produk khusus seperti untuk kegunaan korporat, sukan, muzik, dan aksesori untuk digunakan di dalam kereta.

Dalam menarik minat pengguna untuk beralih kepada pendengaran audio tanpa wayar, mereka telah hadir dengan Halo Free yang direka dengan fokus kepada “kebebasan beraktiviti”. Ia hadir tiga cara pemakaian berbeza, yang membolehkannya sesuai digunakan untuk kegunaan setempat, berjalan, dan menjalankan aktiviti lasak. Ia telah ditawarkan pada harga RM279 yang mana boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi Jabra.

Apa Di Dalam Kotak

Di dalam kotak pembelian Jabra Halo Free ini didatangkan dengan beberapa aksesori standard, seperti dua pasang EarGels (eartips) dengan dua saiz berbeza mengikut kesesuaian telinga anda. Sebagai peranti dengan multi kegunaan, ia hadir dengan EarWings untuk kegunaan ketika berjalan dan EarHooks untuk digunakan apabila menjalankan aktiviti lasak. Di dalam kotak ini juga dibekalkan dengan satu kabel USB, berserta manual sebagai rujukan cara pemakaian dan membaik pulih peranti.

Rekabentuk

Jabra Halo Free dilihat hadir dengan rekabentuk moden bersama tampilan ringkas pada kedua-dua bahagian hujung headset ini. Bagi anda yang pernah menggunakan peranti Jabra sebelum ini, rekabentuknya masih terdapat rupa ikonik Jabra, seperti dilihat pada Jabra Sport Pulse yang penah saya ulas sebelum ini. Ia hadir dengan wayar yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang, seperti yang dialami pada BeatsX.

Pada bahagian kanan headset ini menempatkan dengan sebuah remote, yang menempatkan mikrofon dan empat butang kawalan secara terbina. Ia meliputi butang tengah, yang mana berfungsi untuk on/off peranti, membuat pairing, dan kebolehan pause sesuatu muzik. Bersebelahan dengan butang tengah ini adalah butang pelarasan suara yang juga boleh berfungsi untuk melajukan atau previous/next muzik yang sedang dimainkan. Satu lagi butang yang berbentuk petak pula adalah butang untuk melancarkan Siri/Google Now.

Ia juga mempunyai satu sambungan Micro USB untuk pengecasan yang mana diletakkan pada bahagian kanan headset ini. Ia dilindungi dengan lapisan getah yang boleh dibuka bagi melindungi daripada kemasukan air dan debu. Sebagai peranti yang turut digunakan ketika menjalankan aktiviti kecergasan, ia mempunyai sokongan dust dan water proof untuk melindungi peranti ini daripada debu, peluh, dan air hujan.

Penyambungan

Jabra Halo Free boleh disambungkan pada mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth 4.1 dan ke atas. Ini bermakna, anda boleh menyambungkannya ke komputer, telefon, tablet dan alat pemain media yang menyokong sambungan Bluetooth terkini.

Untuk menyambungkannya buat kali pertama, anda perlu menekan butang tengah selama 10 saat sehingga peranti ini mengeluarkan bunyi “Go ahead and connect me”. Dari sini, anda boleh menuju ke halaman settings telefon anda untuk memulakan proses pairing bersama headset ini.

Bagi melengkapkan lagi pengalaman memakai headset ini, ia juga menyediakan aplikasi Assist yang mana disokong untuk platform Android dan iOS. Pemasangan aplikasi ini membolehkan Halo Free untuk membacakan mesej disamping memudahkan anda menjejaki kedudukan headset ini.

Penggunaan

Jabra Halo Free direka untuk memenuhi keseluruhan besar aktiviti harian anda, tidak kira untuk digunakan ketika melakukan aktiviti setempat mahupun melakukan aktiviti yang mempunyai pergerakan yang intensif. Untuk menjayakan kesemua kegunaan ini, ia terdiri dengan tiga cara pemakaian berbeza;

  • Everyday fit – Jabra Halo Free + EarGels untuk kegunaan setempat
  • On-the-Go fit – Jabra Halo Free + EarGels + EarWings untuk kegunaan ketika berjalan
  • Active fit – Jabra Halo Free + EarGels + EarHooks untuk kegunaan ketika menjalankan aktiviti lasak

Pengalaman memakai Jabra Halo ini boleh dikatakan sangat mudah, yang mana memerlukan masa di bawah 30 saat sahaja untuk mendapatkan rentak pemakaian yang betul. Tetapi apabila anda mula memasang EarWings (untuk aktiviti berjalan) atau EarHooks (untuk aktiviti lasak), ia boleh memakan masa sekitar 1-3 minit untuk mendapatkan rentak pemakaiannya, terutama bagi anda yang pertama kali menggunakan headset Jabra.

Untuk pengalaman yang selesa dan sesuai untuk digunakan secara seimbang, saya lebih menyarankan untuk menggunakan EarWings daripada tidak memakai apa-apa aksesori (selain EarGels) pada headset ini. Ia terasa lebih selamat di telinga, walaupun digunakan secara setempat.

Pemakaian bersama EarWings pula agak melecehkan, yang mana memerlukan lebihan masa untuk mendapatkan kedudukan yang betul di telinga anda. Ia ternyata lebih selamat berbanding EarWings, yang mana dibantu dengan rekaan hook yang lebih besar. Tetapi untuk kegunakan aktiviti yang sekadr untuk berlari dan berjalan, penggunaan EarWings adalah lebih memadai dan lebih mudah disimpan.

Kualiti Audio

Bunyi yang dihasilkan pada Jabra Halo Free bagi saya amat baik yang mana hadir dengan bunyi bass dan clarity yang cukup seimbang. Bunyi bassnya tidaklah sekuat Jabra Sport Pulse atau BeatsX yang ditawarkan pada harga dua kali ganda, namun masih memadai untuk memenuhi keperluan muzik kasual. Bayangkan bunyi yang hadir pada Apple Earpods, tetapi dengan penambahan bunyi bass yang lebih intensif. Bunyinya bagi saya, ia lebih direka untuk kesesuaian majoriti pengguna, tidak kira golongan muda mahupun golongan berusia.

Memakai headset ini juga menawarkan kadar noise isolation yang amat tinggi, yang mana tidak memberikan sebarang bunyi luaran ketika menggunakannya. Memakai dan memainkan muzik melalui Halo Free ini, ia membuatkan anda berada di dalam sebuah bilik yang hanya ditemani dengan muzik yang sedang dimainkan. Keupayaan seperti ini membolehkaan anda untuk fokus kepada muzik anda tanpa sebarang gangguan.

Sekiranya anda sangat mementingkan privasi lagu yang sedang dimainkan, bunyi yang dikeluarkan tidak dapat didengari oleh orang luar walaupun pembesar suara ditetapkan pada tahap maksimum. Perkara ini sangat membantu ketika di dalam pengangkutan awam, yang mana tidak mudah didengari oleh orang yang berhampiran dengan anda.

Bateri

Sepanjang menguji Jabra Halo Free, satu perkara yang saya kurang gemari adalah dari segi ketahanan baterinya yang singkat. Dengan masa memainkan muzik sekitar 4-5 jam, ia tidak begitu mencukupi untuk kegunaan saya yang mana amat intensif untuk pendengaran muzik.

Saya sering menggunakan headset ketika menuju ke tempat kerja menggunakan tren dan berjalan kaki, yang mana mengambil masa sekitar 45 minit dari rumah. Ketika di pejabat, saya akan mula mendengar muzik bermula dari pukul 12 tengahari sehingga petang ketika menulis artikel, yang mana tidak memadai untuk digunakan sepanjang hari. Adalah lebih baik sekiranya ia mempunyai ketahanan melebihi 7-8 jam, yang membolehkan saya menggunakannya di dalam tren ketika perjalanan pulang.

Ia mungkin sesuai untuk anda yang menggunakannya ketika menjalankan sesuatu aktiviti sahaja, seperti sesi workout di gym yang selalunya berjalan di bawah 3 jam. Ia juga sesuai untuk aktiviti jungle tracking dalam perjalanan menuju ke tempat rekreasi (seperti air terjun/mendaki bukit), yang mana selalunya berjalan di bawah 2 jam untuk pergi dan 2 jam untuk pulang. Tetapi sekiranya anda seorang yang menggunakannya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, dan seterusnya menggunakannya di pejabat, ia tidak begitu memenuhi keperluan anda.

Rumusan

Seperti namanya, Jabra Halo Free sememangnya ingin menjadi aksesori yang menawarkan kebebasan untuk kegunaan harian anda. Ia tidak direka untuk kegunaan setempat sahaja, tetapi meliputi apa jua aktiviti yang sering anda lakukan. Dengan tiga cara pemakaian unik yang hadir, ia memberikan pengalaman pendengaran audio yang cukup selesa, tanpa perlu risau dengan masalah kedudukan headset ini sepanjang berada di telinga anda.

Namun ada beberapa kelemahan yang dilihat sepanjang memakai headset ini, antaranya keupayaan baterinya yang singkat. Dengan ketahanan bateri selama 5 jam, ia hanya sesuai untuk kegunaan pada satu-satu sesi, dan bukan untuk digunakan sepanjang hari. Seperkara lagi adalah ketiadaan aksesori penyimpanan seperti sleeve case, yang perlu dijadikan standard dalam penjualan peranti seperti ini.

Pro
  • Menawarkan rekabentuk tahan lasak.
  • Mempunyai tiga cara pemakaian unik.
  • Hadir dengan rekaan yang selesa dan kukuh di telinga.
  • Butang pada remote mempunyai kawalan yang menyeluruh.
  • Didatangkan dengan sokongan dust dan water resistant.
  • Menyediakan aplikasi pintar untuk bacaan mesej daripada telefon.
  • Mempunyai sokongan waranti selama 24 bulan.
Kontra
  • Ketahanan bateri 5 jam tidak begitu mencukupi.
  • Tidak hadir dengan aksesori penyimpanan headset seperti sleeve case.

Dengan harga di bawah RM300, Jabra Halo Free amat disyorkan bagi anda yang ingin mencari bluetooth headset untuk digunakan pada sesuatu sesi aktiviti yang bakal dijalankan. Ia memenuhi kegunaan untuk pelbagai jenis aktiviti harian anda, melalui perlindungan dust dan water resistant, untuk perlindungan peranti yang lebih menyeluruh. Ia juga sesuai untuk pengguna kasual, yang inginkan sebuah headset dengan sokongan tanpa wayar bersama tampilan rekabentuk yang kemas dan elegan.

Apple Dikatakan Dalam Fasa Akhir Untuk Menyiapkan Rekaan Pesaing Amazon Echo

Apple Dikatakan Dalam Fasa Akhir Untuk Menyiapkan Rekaan Pesaing Amazon Echo

Amazon mempunyai sebuah peranti khusus untuk ruang tamu yang memberikan jawapan dan info berasaskan kepada input suara, dinamakan sebagai Amazon Echo. Selain gergasi edagang berkenaan, pihak Google juga mempunyai penawaran lebih kurang sama melalui apa yang dipanggil Google Home.

Selain kedua-duanya, Apple turut telah diperkatakan dalam proses membangunkan peranti mereka tersendiri. Kini, info lanjut hadir mengatakan Apple dalam fasa akhir untuk menyiapkan rekaannya, dan mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan sekitar setahun dua lagi.

Sekiranya Apple memilih untuk memasarkannya, mereka mungkin mengintegrasikan Siri padanya – sekaligus memenangi Alexa dan Google Assistant yang masih terhad dengan sokongan bahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Malah, memandangkan Apple sedia menawarkan Siri dalam bahasa Malaysia – kebarangkalian ia dipasarkan secara meluas seluruh dunia adalah tinggi.

Disamping itu, Apple juga mungkin boleh mengintegrasikan kepakaran audio daripada Beats ke dalamnya, dan menjadikan ia salah satu speaker terbaik untuk kegunaan di ruang tamu di rumah.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut untuknya. Desas-desus turut mengatakan Microsoft juga mungkin akan hadir dengan peranti tersendiri yang menggunakan Cortana.

Video Teaser Terbaru HTC Memperlihatkan Secara Ringkas Peranti Baru Mereka

HTC dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar HTC U 11 pada bulan Mei ini, dan sebagai persiapan untuknya, kini mereka telah pun mengeluarkan video teaser terbaru untuk telefon pintar berkenaan.

Melalui video teaser baru, ia menekankan kepada kebolehan untuk squeeze peranti berkenaan – salah satu perkara yang ditekankan oleh HTC untuk telefon pintar akan datang ini.

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, HTC dijangka memperkenalkan sokongan interaksi baru melalui telefon pintar ini, dimana bingkai tepi pada kiri dan kanan akan menyertakan panel sentuh untuk kawalan khusus seperti untuk menatal dan sebagainya.

HTC menjadualkan acara pelancaran mereka pada 16 Mei 2017 ini. Kita mungkin melihat beberapa teaser baru menjelang tarikh pelancaran tersebut kelak.

Huawei MediaPad M3 Kini Ditawarkan Bersama Langganan Webe Percuma 12 Bulan

Huawei MediaPad M3 Kini Ditawarkan Bersama Langganan Webe Percuma 12 Bulan

Huawei MediaPad M3 telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada bulan Oktober lepas, dan kini pihak Huawei dilihat mempunyai promosi khusus untuk pengguna baru yang ingin mendapatkan tablet berkenaan daripada mereka.

Kini, bagi anda yang membuat pembelian Huawei MediaPad M3 (4GB RAM + 64GB ROM), pengguna akan ditawarkan dengan langganan webebroadband selama 12 bulan, akses ke aplikasi HyppTV Everywhere selama 30 hari, fon telinga Bluetooth bernilai RM299, dan kerangka kulit untuk tablet berkenaan.

Melalui webebroadband, pengguna akan ditawarkan 10GB data percuma yang boleh dikongsikan bersama pengguna lain, dan bukannya penawaran data tanpa had seperti pelan Webe biasa.

Penawaran ini mungkin akan diminati bagi pengguna baru yang sedang mencari tablet – apatah lagi tidak perlu mengeluarkan sebarang wang tambahan untuk langganan pelan data berkenaan.

Huawei MediaPad M3 hadir dengan skrin 8.4-inci pada resolusi 2K, cip Kirin 950, bateri 5100mAh, serta dilengkapi kamera hadapan dan belakang 8-megapixel.

Layari : Huawei MediaPad M3 Webe

Empat Hak Asasi Manusia Baru Dicadangkan Bagi Melindungi Fikiran Dari Dibaca Dan Otak Digodam

Empat Hak Asasi Manusia Baru Dicadangkan Bagi Melindungi Fikiran Dari Dibaca Dan Otak Digodam

Terdapat tiga puluh artikel di dalam deklarasi sejagat hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Antara hak asasi yang perlu dihormati ialah kebebasan beragama, mendapat pendidikan dan kesamarataan. Dunia sudah banyak berubah dan selepas hampir 70 tahun berlalu, terdapat pelbagai hak manusia baru yang perlu diambil kira. Para juru kaji dari University of Zurich dan University of Basel mencadangkan empat hak asasi manusia bertujuan melindungi manusia di masa hadapan.

Kereta EEG

Mereka mencadangkan hak untuk kebebasan kognitif, privasi mental, integriti mental dan kesinambungan psikologi. Teknologi sedia ada mampu membaca gelombang electroencephalography (EEG)  boleh digunakan untuk mengawal kerusi roda, tangan robotik dan mengetahui tahap keselesaan mangsa dengan sindrom “locked-in”.

Di tangan yang betul bacaan EEG boleh membantu individu. Tetapi di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab ia boleh menidakkan hak asasi seorang manusia. Seperti yang kami laporkan minggu lalu, Facebook sedang membangunkan sistem menaip yang membaca gelombang otak. Data yang dikumpul dari gelombang otak mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak Facebook untuk tujuan komersial. Rahsia peribadi juga mungkin boleh dibaca tanpa kebenaran ketika sesi soal siasat.

Di masa hadapan mungkin akan wujud teknologi yang menyebabkan otak manusia digodam seperti pihak Ghost in The Shell.  Sebelum masalah fiksyen-sains ini menjadi realiti, keempat-empat hak asasi dicadangkan perlu diambil serius sebelum terlambat.

Jawatan Kosong di Kementerian Perusahaann Perladangan dan Komoditi (MPIC) - 05 Mei 2017

Jawatan Kosong di Kementerian Perusahaann Perladangan dan Komoditi (MPIC) - 05 Mei 2017

Jawatan Kosong Terkini di Kementerian Perusahaann Perladangan dan Komoditi (MPIC) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Perusahaann Perladangan dan Komoditi (MPIC) sebagai :

1. Penolong Setiausaha Delivery Management Office Gred 41/44 (Terbuka)

Tarikh tutup permohonan 05 Mei 2017
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Kementerian Perusahaann Perladangan dan Komoditi (MPIC) 2017

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MPIC di talian 03-88803453/03-88803451/03-88803450

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Taman Tema Memfokuskan Realiti-Maya Bakal Dibuka Di Damansara Pada Awal 2018

Taman Tema Memfokuskan Realiti-Maya Bakal Dibuka Di Damansara Pada Awal 2018

Arena realiti-maya sedia menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan kini, sebuah syarikat yang dinamakan sebagai US VR Global dilihat ingin membuka taman tema reality-maya pada suku pertama 2018 kelak di Malaysia.

Taman tema ini bakal dinamakan sebagai Hero Central Park, dan akan terletak di Empire City, Damansara Shopping Mall, Selangor. Taman tema ini bakal mengambil keluasan tapak 170,000 kaki persegi, serta mengabungkan penggunaan realiti-maya dan AR di dalamnya.

Taman Tema VR

Taman Tema VR

Info penuh mengenai taman tema ini masih samar-samar buat masa ini. Tetapi, menurut syarikat disebaliknya, mereka mengatakan mempunyai kerjasama dengan sejumlah syarikat kandungan dan juga pembangun memfokuskan realiti-maya.

Kita mungkin akan melihat dan mendapat info penuh mengenai penawaran taman tema ini pada awal 2018 kelak.

Taman Tema VR

Taman Tema VR

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8 - 11 Mei 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8 - 11 Mei 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Mei 2017 | Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Mei 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) sebagai :

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
2. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV19

Tarikh tutup permohonan 11 Mei 2017
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di SPA8

Info jawatan selanjutnya disini

Permohonan jawatan secara online disini
Pandang Pertama : Acer Predator Triton 700

Pandang Pertama : Acer Predator Triton 700

Jika anda seorang gamer yang selalu mengikuti perkembangan teknologi permainan komputer anda pastinya tahu mengenai jenama Acer Predator. Ia terdiri daripada siri gaming laptop dan gaming desktop. Rekabentuk jenama Predator ini selalunya sangat agresif dan mudah dikenali walaupun sekiranya dilihat dari jauh.

Di acara Acer GPC di New York, syarikat pembuat komputer tersebut telah mengumumkan gaming laptop Acer Predator terbaru mereka yang diberi nama Acer Predator Triton 700. Laptop ini dicipta untuk memberikan persaingan yang hebat di arena gaming laptop yang nipis, tetapi hadir dengan spesifikasi yang berkuasa.

Spesifikasi

Acer Predator Triton 700
Skrin 15.6″ IPS LCD 1920×1080 pixel
Pemproses Intel Core i7-7700HQ
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 10-series
RAM 16/32 GB DDR4
Muatan Dalaman 512 GB SSD PCIe
Sistem Operasi Microsoft Windows 10
USB USB 3.1 Type-A x3, Type-C x1
Video HDMI, DisplayPort
WiFi Killer LAN 802.11ac

Acer Predator Triton 700 hadir dengan paparan skrin 15.6 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) yang menggunakan teknologi paparan IPS (In-Plane Switching) yang menjanjikan skrin yang terang-benderang dengan sudut penglihatan yang agak lebar. Ia juga mempunyai kadar segar-semula 60FPS, yang pada pendapat kami, agak rendah jika spesifikasi komponen lain laptop ini dipertimbangkan.

Dikuasakan oleh CPU generasi ketujuh Intel Core i7-7700HQ, laptop Acer Predator Triton 700 ini juga hadir dengan spesifikasi komponen lain yang sangat berkuasa, termasuklah memori DDR4 yang boleh ditambah sehingga 32GB dan juga sebuah SSD PCIe bersaiz 512GB. Jika anda tertanya-tanya tentang butiran kad grafik, jurucakap Acer berkata bahawa mereka masih belum memuktamadkan spesifikasi kad tersebut, tetapi berdasarkan skor penanda-aras 3DMark yang ditunjukkan di atas pentas sewaktu pengumumannya, kami mengesyaki ia hadir dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 ataupun GTX 1080.

Dari segi pilihan I/O pula, Predator Triton 700 ini hadir dengan tiga port USB 3.1 Type-A, satu port USB 3.1 Type-C di sisi kiri dan kanan laptop Triton 700 ini. Selain dari itu, satu port HDMI, satu port DisplayPort bersaiz penuh duduk di sebelah penyambung kuasa AC di belakangnya.

Rekabentuk

Salah satu ciri yang paling menarik tentang laptop Predator Triton 700 ini ialah rekabentuknya yang lain daripada peranti-peranti model Predator sebelum ini. Jika laptop Predator 21X, Predator 15, 17 dan sebagainya mempunyai skema rekaan yang amat agresif, Predator Triton 700 pula boleh dikatakan agak minimalis walaupun ianya mengambil beberapa inspiarasi daripada Predator 21X.

Pada pandangan pertama, anda pasti sedar bahawa laptop Predator Triton 700 ini tidak mempunyai bucu-bucu dengan rekaan yang aneh. Sebaliknya, laptop ini mempunyai rekabentuk luaran yang kemas, dan ini selari dengan matlamat terbaru Acer yang mahukan sebuah komputer riba yang berkuasa, tetapi nipis dengan rekaan yang tidak terlalu menonjol.

Bercakap tentang rekaan nipis, laptop Acer Predator Triton 700 ini mempunyai ketebalan 18.9mm sahaja apabila paparan skrinnya ditutup. Ini sangat berbeza dengan laptop Acer Predator yang lain yang lebih tebal walaupun paparan skrin masih lagi terbuka, terutamanya Predator 21X.

Walaupun begitu, laptop Predator Triton 700 ini mengambil beberapa contoh daripada Predator 21X, termasuklah penggunaan papan kekunci mekanikal, yang pada hemat kami tidak menggunakan switch Cherry MX, tetapi masih lagi mempunyai rasa tactile yang ramai pengguna akan kaitkan kepada papan kekunci mekanikal.

Laptop ini juga menggunakan trackpad Gorilla Glass sama yang digunakan oleh Acer Predator 21X, dan sama seperti laptop tersebut, ianya diletak di bahagian atas papan kekunci, dan bagi kami lokasi ini agak kekok jika anda mahu menggunakannya sebagai cara utama untuk menggerakkan ikon tetikus di atas skrin.

Sewaktu kami mengujinya, kami juga perasan bahawa beberapa ciri seperti menggunakan dua jari untuk membuka menu konteks hanya boleh dilakukan di beberapa kawasan tertentu di trackpad tersebut. Mungkin ini hanya kerana unit-unit yang ditunjuk di kawasan demo adalah model prototaip, dan ia akan diperbaiki di masa hadapan.

Ciri-Ciri

Laptop Acer Predator Triton 700 hadir dengan dua ciri-ciri menarik yang dapat kami kenal pasti daripada pengumuman hari ini. Pertama merupakan penggunaan dua kipas penyejuk AeroBlade 3D Fan generasi kedua, di mana Acer memperbaiki lagi kipas AeroBlade 3D yang digunakan oleh Acer Predator 21X, yang membenarkan udara mengalir 10 peratus lebih efisien berbanding model sebelumnya.

Sewaktu kami bermain permainan video menggunakan laptop ini, satu benda yang kami perasan ialah kawasan papan kekunci dan trackpad tidak panas sama sekali. Ini adalah suatu petanda yang sangat bagus, tetapi oleh kerana kawasan demo terletak di luar, kami tidak dapat mengenalpasti samaada  kipas AeroBlade baru ini betul-betul senyap ataupun tidak.

Ciri kedua yang dapat kami lihat pada laptop Predator Triton 700 ini ialah penggunaan perisian Predator Sense yang memperlihatkan suhu CPU dan kad grafik anda. Perisian ini juga membolehkan anda mengubahsuai beberapa tetapan, termasuklah lampu papan kekunci, pintasan papan kekunci, sistem overclocking dan juga kelajuan kipas penyejuk. Menurut jurucakap Acer, ada beberapa kemaskini baru yang akan hadir untuk perisian tersebut juga, tetapi beliau tidak memberikan sebarang butiran tentang kemaskini tersebut.

Konsep overclocking untuk meningkatkan prestasi gaming dan sebagainya kini sudah tiba di arena gaming laptop, dan Acer Predator Triton 700 salah sebuah peranti di mana ia boleh dilakukan melalui perisian Predator Sense yang disebutkan tadi. Oleh kerana laptop ini menggunakan CPU Intel Core i7-7700HQ dan siri kad grafik NVIDIA Pascal, kami pasti sesiapa yang mampu memiliki laptop ini akan cuba menolak prestasinya ke tahap maksima.

Kesimpulan

Laptop Acer Predator Triton 700 ini bagaikan nafas baru bagi siri Acer Predator. Rekabentuknya yang ringkas dan nipis bagai menyembunyikan kemampuan sebenar laptop ini. Spesifikasinya boleh membuatkan mereka yang menggunakan komputer desktop berasa cemburu, dan mereka yang menggunakan laptop yang berkuasa tetapi jauh lebih tebal rasa menyesal mereka tidak membeli laptop ini.

Pada masa ini, masih tiada lagi kata putus untuk bila laptop ini akan hadir di pasaran Malaysia, akan tetapi pihak Acer telah menyatakan bahawa ia akan hadir untuk pasaran dunia sekitar musim panas nanti, bersama peranti-peranti lain yang ia akan lancarkan untuk “musim kembali ke sekolah” pada pertengahan tahun nanti.

Acer juga telah mengumumkan harga peranti ini, dan ianya akan dijual untuk harga $3000 (RM13055). Harga yang diumumkan ini bukanlah sekadar untuk spesifikasi dalamannya, tetapi juga waktu dan tenaga yang dimasukkan untuk mereka cangkerang laptop yang cukup nipis yang membolehkannya dibawa kemana-mana sahaja.