Ulasan: Moto M

Ulasan: Moto M

Moto M
Chipset MediaTek Helio P15
CPU 8 x Cortex-A53 2.2 GHz
GPU Mali-T860MP2
Memori 4GB RAM
Storan 32GB, microSD sehingga 128GB
Kamera Utama 16MP f/2.0, 1080p@30fps
Kamera Hadapan 8MP, 1080p@30fps
Skrin 5.5″ IPS LCD, 1080p, 401 ppi
Sambungan Bluetooth 4.1, WiFi b/g/n/ac
Sistem Android 6.0 Marshmallow
Bateri 3050 mAh
Berat & Ketebalan 163g, 7.9mm

Jenama Motorola tidak asing bagi kita, sebuah jenama lagenda yang pernah bersaing dengan jenama telefon Nokia ketika waktu dulu. Seperti Nokia, Motorola melalui pelbagai cabaran, terutama ketika awal era telefon dengan sokongan skrin sentuh (kapasitif) berkembang. Mereka pernah hadir dengan telefon pintar Android mereka sendiri (di bawah tahun 2012), namun rekaan peranti tidak begitu menarik, antaramuka yang tidak dioptimasikan dengan begitu baik, telah menyukarkan penjualan peranti mereka kepada orang ramai. Pada tahun 2012, Motorola Mobility telah diambil-alih oleh Google, dalam memberi nafas baru pada rekaan dan tampilan antaramuka untuk peranti Motorola.

Ketika di bawah Google, Motorola banyak menghasilkan peranti menarik, seperti siri Moto E, Moto G, dan Moto X. Di antara ketiga-tiga siri tersebut, siri Moto G boleh dikatakan antara siri terbaik sewaktu Motorola di bawah Google, dengan penawaran peranti Android yang berasaskan pengalaman seumpama stock bersama penawaran nilai dan spesifikasi menarik.

Pada Oktober 2014, Motorola Mobility telah diambil-alih oleh Lenovo pula, namun citarasa peranti daripada Motorola-Google masih dikekalkan, dengan pembawakan antaramuka berasaskan seperti stock bersama tampilan rekaan peranti yang ringkas dan moden. Moto M adalah salah satu siri peranti yang dibangunkan Lenovo-Motorola, selepas Moto Z yang terkenal dengan sokongan aksesori modular.

Moto M adalah siri yang mirip seperti Moto G, namun disasarkan untuk pasaran Asia. Ia membawakan spesifikasi kelas pertengahan, yang mana turut dibawa pada keluarga Moto G sebelum ini. Ia juga tampil dengan rekaan logam, yang mana turut hadir pada keluarga Moto G5 setelah dilancarkan pada awal tahun ini. Moto M didatangkan dengan spesifikasi yang amat seimbang dan menarik, seperti kehadiran skrin 5.5-inci, cip lapan teras, memori 4GB RAM, kamera 16MP dan sokongan penataan audio Dolby Atmos. Namun dengan harga RM1199, bolehkah ia memberi nilai yang terbaik pada harga peranti sekelasnya?

Rekabentuk

Moto M dilihat menawarkan peranti kelas pertengahan dengan rekaan yang begitu menarik, melalui elemen binaan yang elegan seperti yang hadir pada peranti Moto yang lalu. Sekilas pandang, ia membawakan rekaan seperti Moto G4, namun kini hadir di bawah model “M” (M mewakili “metal”) dengan binaan berasaskan logam. Tidak seperti peranti terdahulu, ia kini membawa jenama Moto sahaja tanpa sebarang logo Motorola pada tubuh peranti.

Rekaan hadapannya diperbuat daripada kaca 2.5D, sedikit sebanyak menaikkan imej penampilan peranti ini lebih ke hadapan. Apa yang membezakannya dengan Moto G4, ia tidak lagi hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian bawah (yang agak hodoh dengan rekaan berkotak), sebaliknya meletakkannya di bahagian belakang dengan rekabentuk bulat. Panel paparan IPS LCD sebesar 5.5-inci yang menghiasi bahagian hadapan peranti dilihat cukup terang dan tajam, melalui resolusi standard 1080p.

Rekaan di bahagian belakang banyak mengambil inspirasi daripada rekaan Moto G4 terutama dari segi kedudukan kamera dan flash. Ia membawakan kedudukan kedua-duanya secara menegak, yang mana hadir dengan rekaan sedikit tersembul keluar. Di bahagian bawah ini menempatkan pengimbas cap jari, yang mana kelajuannya sekitar 0.5s. Ia tidak perlahan dan tidak terlalu pantas, dan saya boleh kata prestasinya menyerupai Redmi Note 4.

Salah satu perkara yang menjadi fokus pada peranti ini adalah kehadiran pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos yang terletak di bawah peranti. Bunyinya sememangnya benar-benar imersif, seolah-olah ia berada berdekatan dengan telinga, apabila menikmati kandungan yang dioptimasikan untuk teknologi audio ini. Berhampiran dengan pembesar suara ini ialah sambungan USB-C bagi menggantikan Micro USB, satu kehadiran yang sangat diterima baik untuk peranti kelas pertengahan.

Pada bahagian atas peranti masih menawarkan earphone jack 3.5mm bersama-sama dengan satu lubang kecil untuk mikrofon. Agak mengecewakan sekali, ia tidak didatangkan dengan fungsi IR blaster (untuk menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh) seperti yang terdapat pada kebanyakan peranti kelas pertengahan yang lain. Aspek lain seperti kedudukan butang pelarasan suara dan butang kuasa ditempatkan di lokasi yang mudah dicapai, iaitu berada bahagian sisi kanan peranti.

Moto M untuk pasaran tempatan hanya didatangkan dengan satu versi sahaja, iaitu versi 32GB + 4GB RAM. Ia dijual pada harga RM1199 melalui pengedar rasmi Lenovo dengan dua tawaran pilihan warna, iaitu Gold dan Grey. Ia juga mempunyai sokongan dwi-sim dengan rekaan berasaskan hibrid, yang mana dikongsi dengan kad microSD (sehingga 128GB) pada ruang sim kedua.

Sistem

Moto M masih mengekalkan penawaran antaramuka seperti peranti Moto sebelum ini dengan penampilan berasaskan stock, melalui penggunaan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Pada antaramuka Moto Home launcher, ia masih mengekalkan paparan dengan app drawer yang mana keseluruhan besarnya menyerupai tampilan Google Now Launcher, tanpa bahagian Google Now di sisi. Ia masih mengekalkan rekaan ikon asal untuk aplikasi luaran serta menampilkan widget jam berbentuk bulat yang cukup sinonim dengan telefon jenama Moto.

Untuk antaramuka utama, Lenovo turut menambah network status indicator pada WiFi, yang mana tidak didatangkan pada antaramuka stock seperti pada peranti Pixel/Nexus. Paparan notification drawer dan Settings juga masih mengekalkan antaramuka stock, tanpa sebarang pengubahsuaian yang dibuat.

Moto M turut membawakan beberapa fungsi tambahan seperti File Manager tersendiri dan FM Radio yang memerlukan sambungan earphone untuk berfungsi. Ia juga kebolehan mengubah warna skrin melalui tetapan Color Mode serta kebolehan melancarkan fungsi kamera dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali. Satu lagi fungsi menarik ialah kehadiran aplikasi Dolby Atmos yang membolehkan anda menetapkan tetapan audio mengikut kegunaan ketika menonton video, mendengar muzik, atau ketika memainkan permainan.

Aplikasi-aplikasi asas seperti Calendar, Gallery, dan Email dilihat telah menggunakan alternatif daripada Google sepenuhnya melalui Google Calendar, Google Photos, dan Gmail. Ia suatu tindakan yang cukup dipuji kerana tidak membebankan peranti dengan aplikasi lain yang turut menawarkan fungsi yang sama. Dari segi bloatware pula, hanya aplikasi daripada Microsoft sahaja yang diletakkan di dalam peranti ini secara tidak diundang seperti Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel, OneNote), Outlook, Skype, dan OneDrive. Kesemua aplikasi ini walau bagaimanapun boleh dibuang sekiranya anda tidak ingin menyimpan atau menggunakannya.

Prestasi

Moto M telah dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P15, yang mana merupakan versi kemaskini daripada MediaTek Helio P10. Ia didatangkan dengan binaan 8 teras, yang kesemuanya terdiri daripada Cortex-A53 2.2 GHz. Ia tidak seperti cip 8 teras MediaTek Helio P10 yang mana didatangkan dua kluster berbeza, menerusi 4 x Cortex-A53 1.8 GHz dan 4 x Cortex-A53 1.0 GHz.

Dari segi bacaan benchmark, MediaTek Helio P15 menunjukkan sedikit peningkatan mata melalui AnTuTu Benchmark, dengan mata sekitar 49,091. Jika dibandingkan dengan peranti Flash Plus 2 yang menggunakan cip Helio P10, ia mencatatkan mata sekitar 42,180. Dengan jurang perbezaan mata sekitar 6,911, ia tidak begitu jauh untuk sebuah cip pemprosesan yang dinaiktaraf.

Prestasi di dunia sebenar, MediaTek Helio P10 masih pantas untuk menggalas tugasan harian seperti pembukaan dan membuat penukaran dari aplikasi ke aplikasi. Membuka beberapa aplikasi harian seperti Twitter, Instagram, dan Chrome tidak memerlukan masa yang lama, apatah lagi dengan penampilan antaramuka berasaskan stock yang sememangnya tidak begitu berat.

Prestasi permainannya juga amat sedikit mengejutkan kerana sebenarnya ia boleh memainkan permainan berat seperti Bully: Anniversary Edition dan GTA: San Andreas dengan begitu lancar. Bacaan frame rate yang dipersembahkan daripada kedua-dua permainan ini dilihat begitu konsisten pada tetapan grafik “High”, malah masih boleh dimainkan dengan baik apabila ditukarkan kepada tetapan “Max”. Memainkan permainan kegemaran saya yang lain seperti Dream League Soccer 2017 dan Assassin’s Creed: Identity juga mampu memberikan kelancaran permainan yang sangat memuaskan.

Kamera

Kamera Moto M dijana dengan sensor 16MP f/2.0 bersama sokongan flash dengan dwi-pencahayaan CCT untuk membantu anda mengambil gambar malam. Menariknya, ia turut didatangkan dengan storan Google Photos secara percuma (selama dua tahun) dalam memuat-naik gambar anda pada resolusi original.

Prestasi yang dipersembahkan oleh kamera peranti ini dilihat baik untuk penggambaran harian, melalui pencahayaan imej yang cukup terang untuk kebanyakan situasi penggambaran. Cuma warnanya kadangkala agak sedikit pudar apabila terdapat cahaya berlebihan di belakang objek. Tetapi apabila cahayanya “berpadanan” dengan objek, hasil warna yang dipersembahan menjadi amat sekata dengan perwarnaan yang hampir kepada neutral.

Keperincian imejnya juga kadangkala boleh menjadi sedikit soft sekiranya terdapat berlebihan cahaya di belakang objek. Tetapi untuk penggambaran untuk siang atau keadaan yang mempunyai cahaya yang memadai, hasilnya boleh dirumuskan agak tajam. Prestasi low-light peranti ini juga dilihat mampu mengurangkan sejumlah noise dengan agak baik, cuma warnanya menjadi sedikit oversatured.

Aplikasi kamera pada Moto M menawarkan beberapa fungsi menarik seperti Art Nightscape yang membolehkan pengguna memilih empat preset untuk penggambaran malam seperti City nightscape, Moving People, Stage, dan Indoor low light. Fungsi lain yang hadir adalah Panorama dan Effects yang menampilkan pelbagai jenis filter untuk dipadankan pada gambar pengguna.

Ia juga menawarkan fungsi Pro yang menawarkan kawalan manual seperti kawalan white balance, focus, dan exposure. Pengguna juga diberi pilihan untuk menetapkan shutter speed dari 1/3200 hingga 2/3, dan kawalan ISO dari 100 sehingga 1600. Bagi memudahkan anda mengambil gambar, anda juga boleh mengaktifkan Guidelines (4/9 grid atau Equiangular spiral) dan Triaxial Levelling untuk mememastikan gambar yang diambil di dalam keadaan seimbang.

Seperti kebanyakan peranti pertengahan, ia juga masih menawarkan rakaman video 1080p@30fps yang mana masih bersesuai untuk penggunaan hari ini. Tetapi apabila bercakap mengenai futureproof, adalah lebih baik untuk mendapatkan peranti lain seperti Xiaomi Mi Max yang mana telah didatangkan dengan sokongan rakaman 4K. Ia juga tidak didatangkan dengan sebarang fungsi tambahan lain seperti rakaman timelapse dan slow-motion yang mana amat menjadi perkara kontra dalam bahagian kamera ini.

Bateri

Moto M telah didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 3050 mAh, iaitu kapasiti standard yang didatangkan pada kebanyakan peranti 5.5-inci. Melalui pengalaman menggunakan peranti dengan kapasiti sebesar ini seperti Flash Plus 2, rata-ratanya mampu mencapai penggunaan sepanjang hari dengan bacaan Screen-on-Time (SoT) yang begitu baik.

Ketahanan bateri Moto M dilihat mampu memberikan bacaan Screen-on-Time (SoT) sekitar 5 jam 12 minit, iaitu sebuah bacaan SoT yang sangat baik kerana melebihi 4 jam, untuk masa bertahan peranti sekitar 24 jam. Apabila dibandingkan dengan Flash Plus 2, ia mampu mencatatkan bacaan SoT sekitar 4 jam 57 minit, yang juga dengan masa bertahan yang sama.

Masa pengecasan peranti pula dilihat amat memuaskan yang mana mengambil masa sekitar 1 jam 48 minit sahaja untuk mengecas peranti ini dari 0-100%. Ia dibantu dengan penggunaan pengecas rapid charger 10W yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan peranti ini.

Rumusan

Moto M menawarkan sebuah pakej peranti yang menarik, terutama dari segi rekaannya yang tampil ringkas dan elegan. Binaan hadapan yang moden, binaan belakang yang ringkas, menjadikan peranti ini salah satu peranti kelas pertengahan yang hadir dengan rekaan yang menyerlah. Ia juga membawakan salah satu ciri menarik untuk peranti kelas pertengahan, seperti sokongan Dolby Atmos yang memberikan pengalaman pendengaran audio yang cukup imersif.

Walaupun ramai yang skeptik dengan cip daripada MediaTek, Moto M sebenarnya membawakan sudut yang positif dari segi prestasinya. Ia sememangnya benar-benar pantas, terutama dari kelancaran pembukaan aplikasi dan juga memainkan permainan terkini. Begitu juga dari segi jangka hayat baterinya, dengan bacaan SoT sekitar 5 jam 12 minit, ia mampu memberikan penggunaan sepanjang hari dengan mudah. Dengan kehadiran antaramuka yang berasaskan stock dan sambungan USB-C, ia memberikan kelebihan bagi yang gemarkan antaramuka dan sambungan moden seperti ini.

Pro
  • Hadir dengan rekaan yang kemas dan elegan.
  • Mampu menawarkan prestasi harian dan permainan yang lancar.
  • Pengimbas cap jari mampu memberi masa tindak balas dengan begitu baik.
  • Menawarkan ketahanan bateri sepanjang hari.
  • Hadir dengan Android 6.0 Marshmallow bersama tampilan ke arah stock.
  • Menyokong sambungan USB-C.
Kontra
  • Hasil penggambaran tidak konsisten dari segi warna dan keperincian imej.
  • Tidak hadir dengan slot sim & microSD secara berasingan.
  • Tiada NFC.

Dari segi kekurangan, prestasi kameranya dilihat mampu mengambil harian yang baik, cuma kadangkala hasilnya tidak begitu konsisten dari segi warna dan keperincian imejnya. Ia juga tidak menyokong NFC, yang mana menyukarkan anda menggunakan peranti sebagai medium pembayaran atau menghubungkan aksesori dengan teknologi ini. Satu lagi perkara adalah kehadiran slot sim hibrid, yang menyukarkan penggunaan memanfaatkan penggunaan kedua-dua sim dan kad microSD secara serentak.

Namun begitu, Moto M masih sebuah peranti harian yang begitu baik, dengan penampilannya yang elegan, prestasinya yang lancar, dan menawarkan jangka hayat bateri sepanjang hari. Ia bersaing dengan beberapa peranti seperti Oppo F1s dan Honor 6X yang juga ditawarkan pada harga sekitar peranti ini. Melalui tawaran harga Moto M yang dijual pada harga RM1199, ia memberikan sebuah peranti kelas pertengahan yang mempunyai rekaan yang menarik bersama spesifikasi yang cukup seimbang untuk kegunaan harian anda.

Jawatan Kosong Terkini di MARA Liner Sdn Bhd - 24 April 2017

Jawatan Kosong Terkini di MARA Liner Sdn Bhd - 24 April 2017

Jawatan kosong terkini di MARA Liner Sdn Bhd April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di MARA Liner Sdn Bhd sebagai :

1. EKSEKUTIF TEKNIKAL 
2. EKSEKUTIF 
3. PENGURUS 
4. PENOLONG PENGURUS (TEKNIKAL)
5. PENOLONG JURUAUDIT
7. PELATIH PENGURUSAN 
8. PEMBANTU PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN 
9. PENYELIA 
10. PENOLONG PENYELIA
11. MEKANIK / FITTER (AUTOMOTIF KENDERAAN PERDAGANGAN DAN MOTOSIKAL)
12. PEMANDU LORI 
13. PENGURUS KANAN PENGANGKUTAN (PERKHIDMATAN BAS)
14. PENGURUS KANAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Tarikh tutup permohonan 24 April 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta


Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Ibupejabat MARA Liner Sdn Bhd atau melayari laman web sesawang berikut http://ift.tt/2nDvuNM.

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

Bahagian Khidmat Korporat
Ibu Pejabat MARA Liner Sdn Bhd.
Lot 26-2, Lorong Medan Tunku 1,
50300 Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat sepertimana di dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

Syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Gara-gara buat pusingan u di tempat yang tidak sepatutnya

Gara-gara buat pusingan u di tempat yang tidak sepatutnya


JOHOR BAHRU - Tindakan pemandu lori membuat Pusingan U di tempatan yang tidak sepatutnya menyebabkan sebuah kereta merempuh bahagian sisi kanan lori berkenaan. 

Dalam kejadian jam 9.11 pagi tadi di Plaza Tol Perling itu, tindakan pemandu lori berkenaan dirakam dashcam pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut. 

Berdasarkan video rakaman itu, pemandu lori itu terdahulu memperlahankan kenderaannya di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba membuat pusingan u. 

Sebuah kereta jenis Honda City model 2014 berwarna biru yang dalam perjalanan menuju ke plaza tol tersebut tidak sempat berhenti lalu merempuh lori terbabit. 


Footage dari dashcam (KJR) pada pagi tadi berhampiran Plaza Toll Perling.. Boleh plak lori tue U-TURN!!!
Posted by UBAH on Friday, March 31, 2017

Dalam video itu juga menunjukkan papan tanda pengguna jalan raya dilarang membuat pusingan u. 

Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan. 

*Sedang dikemaskini...
Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Selamat Bernikah

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Selamat Bernikah

Setelah 2 tahun menyemai cinta akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya selaku wakil wali dan disahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Bin Abdul Samat iaitu Imam Masjid Al-Makmuriah, Petaling Jaya.

BACA: Sekitar Majlis Malam Berinai Noor Nabila

Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000. Namun, wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis istimewa tersebut Sharnaaz Ahmad kelihatan segak berbaju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana sederhana serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan- rakan media. Manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Shila Amzah sekitar 2011 dan hubungan mereka berakhir sekitar 2013. Dalam pada itu, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, dan berpisah pada 2014. (rtky/h)

Jawatan Kosong di Institut Akauntan Malaysia (MIA) - 27 April 2017

Jawatan Kosong di Institut Akauntan Malaysia (MIA) - 27 April 2017

Jawatan kosong terkini di Institut Akauntan Malaysia (MIA) April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai :

1. EXECUTIVE – PROFESSIONAL DEVELOPMENT (SPONSORSHIP & BUSINESS DEVELOPMENT UNIT)
2. JUNIOR EXECUTIVE – NORTHERN REGIONAL OFFICE 

Tarikh tutup permohonan 27 April 2017
Lokasi : Kuala Lumpur, Penang
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong di Institut Akauntan Malaysia (MIA) April 2017

Permohonan jawatan secara online disini 
Beli rumah hanya mengundang hutang jangka masa panjang, menteri saran rakyat sewa rumah lama-lama

Beli rumah hanya mengundang hutang jangka masa panjang, menteri saran rakyat sewa rumah lama-lama


PUTRAJAYA - Memiliki aset hartanah di usia muda hanya mengundang hutang jangka masa panjang, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, semalam. 

Sebagai contoh, negara luar seperti United Kingdom (UK), penduduknya lebih suka menyewa lama-lama sebelum mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli aset. 

"Ia budaya kita, kita tidak percaya kepada sewa. Kita perlu tukar fikiran," katanya ketika sesi dialog Transformasi Nasional (TN50), lapor Malay Mail Online

"Apabila anda ke UK, mereka hanya menyewa sehinggalah mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya. 

Johari turut mencadangkan lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk disewakan, bukannya untuk dibeli. Ramai rakyat Malaysia membuat pinjaman sewa beli pada masa yang muda terutamanya mereka sudah mula mendapatkan pekerjaan baru.

"Sebab itu kita melabur dalam pengangkutan awam untuk keperluan generasi akan datang. Apabila mereka pergi bekerja, mereka tidak perlu membeli kereta lagi," katanya. - The Reporter
Nora Danish Dikecam Pakai Baju Jarang Untuk Nikah

Nora Danish Dikecam Pakai Baju Jarang Untuk Nikah

Kalau dulu pasangan ini asyik dikritik ke hulur ke hilir bersama tanpa ikatan sah, dan semalam selepas selamat bernikah, Nora Danish sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil memakai gaun pengantin yang agak terdedah dan jarang. Dengan itu ramai berpendapat baju itu tidak menepati ciri-ciri agama Islam dan tidak sesuai untuk majlis akad nikah.

BACA: Cium Mulut Lepas Akad Nikah, Nora Danish Dikritik

Semalam ketika berlangsungnya majlis akad nikah, Nora telah tampil dengan gaun pengantin yang menggunakan material nipis dan jarang, sebahagian tubuhnya hanya ditutupi dengan kain renda. Lebih panas lagi apabila tersebarnya gambar sisi belakang gaun itu yang menampakkan sebahagian tubuhnya yang hanya dilapisi dengan kain jarang.

Bagaimanapun rata-rata peminat berasa kecewa dengan majlis terbabit yang dilihat lebih mengamalkan cara barat setelah lama menantikan pasangan ini naik ke jinjang pelamin. Malah keseluruhan majlis terbabit juga turut dikritik hebat apabila meja nikah yang diduduki Nedim bersama kadi juga dipenuhi lilin yang dilihat seperti majlis perkahwinan di gereja.

Tidak kurang dengan itu, adegan Nedim mencium mulut isterinya juga dikecam hebat oleh peminat. Sampai ada yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati Islam. Mungkin Nora sendiri menyedari kesannya apabila tampil begitu, namun mungkin juga beliau sudah malas hiraukan kata-kata negatif peminat. Doa yang baik-baik sahajalah! (rtky/w)

Papan Induk Intel Kaby Lake Dari ASUS Menerima Kemaskini BIOS Untuk Sokongan Storan Intel Optane

Papan Induk Intel Kaby Lake Dari ASUS Menerima Kemaskini BIOS Untuk Sokongan Storan Intel Optane

Papan-papan induk Intel Kaby Lake kesemuanya boleh menyokong teknologi storan Intel terbaru, Optane, tetapi ianya perlu diberi kemaskini perisian untuk menyokongnya dengan baik.

Terkini, Intel baru sahaja mengumumkan bahawa kesemua papan induk ASUS dengan cipset siri 200, termasuklah Z270, H270, Q270 dan B250 akan menerima kemaskini sokongan storan Intel Optane. Proses mengemaskini adalah amat mudah

Anda hanya perlu memuat turun fail kemaskini sebelum meletakkannya ke dalam pemacu ibu jari.  Sambungkannya kepada port USB papan induk tersebut sebelum menekan butang ROG Connect ataupun BIOS Flashback selama tiga saat sehingga lampu pada butang tersebut menyala. Sistem BIOS papan induk anda akan terus dikemaskini.

Kemaskini juga boleh dilakukan menerusi Internet apabila anda masuk ke dalam sistem BIOS papan induk ASUS Intel siri 200 anda menggunakan EZ Flash 3.

Setakat ini, Intel telah melancarkan dua produk berdasarkan teknologi storan Optane ini, termasuklah Intel SSD Optane 4800X untuk kegunaan pusat data dan juga Intel Optane Memory yang boleh digunakan untuk mempercepatkan permulaan perisian yang dipasang pada cakera keras.

Life Is Strange Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan April

Life Is Strange Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan April

Sony mengumumkan enam permainan percuma yang bakal ditawarkan kepada pelanggan PlayStation Plus untuk bulan April ini. Antara yang ditawarkan ialah Life is Strange dan Drawn To Death.

Life is Strange ialah permainan bersiri yang memenangi pelbagai anugerah kerana jalan cerita mengawal masa yang menarik. Drawn to Death pula mempunyai grafik yang kelihatan seperti lukisan conteng yang unik. Senarai penuh kesemua permainan yang ditawarkan adalah di bawah. Kesemuanya boleh dimuat turun dari 6 April sehingga 7 Mei.

  1. Life is Strange Complete Season (PS4)
  2. Drawn To Death (PS4)
  3. 10 Second Ninja X (PS4, PS Vita)
  4. Lumo (PS4, PSVita)
  5. UNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late (PS Vita)
  6. “Earth Defense Force 4 (PS3)
Ayda Jebat Mahu Hantar Ibu Tunai Haji

Ayda Jebat Mahu Hantar Ibu Tunai Haji

Menyambut ulangtahun kelahirannya pada 17 Mac lalu, Ayda Jebat tidak mempunyai impian peribadi untuknya tetapi berhasrat untuk menghantar ibunya yang tersayang untuk mengerjakan ibadah haji. Jelasnya lagi, jika difikirkan soal peribadi pula, hidupnya kini sudah sempurna.

BACA: Ayda Jebat Gedik Sangat Dalam Video Klip Ala K-Pop?

“Bersempena hari lahir saya, tiada sebarang cita-cita atau harapan persendirian yang saya letakkan. Secara individu, semua sudah ada dan baik-baik sahaja sekarang”

“Saya hanya mahu bekerja dengan lebih kuat dan memberikan kualiti kerja yang bagus agar peminat saya gembira. Selain itu, saya mahu menghantar ibu ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji,” katanya kepada Astro Gempak.

Jika tahun lalu, Ayda telah berjaya membolot tiga anugerah dan dinobotkan sebagai Personaliti Sensasi Melodi, tahun ini pula Ayda terus sukses apabila tersenarai di dalam beberapa kategori Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017). Apapun semoga hasrat Ayda akan tercapai dan dimurahkan lagi rezeki di masa akan datang. (rtky/w)