Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan

Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan


KAJANG, SELANGOR - Seorang bayi berusia 20 bulan nyaris diculik seorang lelaki dipercayai warga asing di Klinik Sungai Chua, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan yang sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan klinik tersebut sebelum lelaki itu datang mendukungnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian, ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya. 

"Lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan. Bagaimanapun usahanya gagal selepas si ibu nekad mempertahankan anaknya. 

"Lelaki itu kemudian melepaskan bayi berkenaan sebelum keluar melarikan diri," katanya. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 362/511 Kanun Keseksaan. - The Reporter

Meizu Memperlihatkan Sokongan Pengecasan Pantas 55W – Mengecas Peranti Penuh Dalam 20 Minit

Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, salah satu perkara yang turut menjadi perbandingan antara pengeluar peranti adalah masa pengecasan untuk telefon pintar mereka. Kini, selain Oppo, Qualcomm, Huawei dan lain-lain, pihak Meizu turut menghadirkan diri ke MWC, dan mempertontonkan teknologi Super mCharge mereka.

Melalui apa yang dipertontonkan oleh Meizu, mereka mampu mengecas telefon pintar dengan bateri 3000mAh dalam masa hanya 20 minit.

Untuk menjayakan perkara ini, Meizu menggunakan kabel yang diubah-suai khusus, dan menawarkan tenaga pengecasan sehingga 55W. Menurut Meizu, kabel yang direkabentuk semula ini mampu membaw tenaga sehingga 160W melaluinya.

Peranti juga tidak menjadi panas ketika pengecasan, dan Meizu mengatakan penyelesaian mereka ini selamat untuk digunakan.

Meizu masih tidak memperkenalkan sokongan bateri ini pada sebarang peranti lagi, dan ia mungkin ia akan hadir tidak lama lagi.

MWC 2017 – Nokia 3310 (2017)

Siapa yang tidak kenal dengan Nokia 3310. Jika anda golongan muda yang mungkin tidak berkesempatan menggunakannya, saya pasti anda juga kerap melihat telefon ini dijadikan meme dan mengetahui mengenai telefon ini. Telefon ini mempunyai lagendanya tersendiri kerana ketahanan dan kelasakannya malah unit yang saya miliki masih berfungsi walau terjatuh dalam lopak air.

Pastinya ramai diantara pemilik peranti ini yang mempunyai kisah yang sama, dan Nokia menerusi pihak HMD Global telah memperkenalkan Nokia 3310 2017 di acara Mobile World Congress. Pengenalan peranti ini secara tidak langsung mengembalikan nostalgia pengguna yang pernah memilikinya dan kami berkesempatan untuk mencuba peranti ini dengan singkat.

Nokia 3310 2017
Skrin 2.4-inci QVGA
Pemproses  –
Memori  –
Storan 16MB + Kad Mikro-SD Sehingga 32GB
Kamera Utama 2 MP
Kamera Depan  –
Sistem Nokia Series 30+
Bateri 1,200 mAh
Ciri-ciri Menyokong dwi-SIM, boleh bertahan 30 hari

Nokia 3310 2017 dihasilkan dalam pilihan warna yang mengikuti tema warna asal dan versi yang dicuba oleh kami merupakan warna biru yang juga sangat popular dikalangan pengguna. Dari segi sifat fizikal, ia lebih ringan dan lebih nipis berbanding versi terdahulu, sekitar 50% lebih nipis. Ia mempunyai kelebaran dan ketinggian yang hampir sama dan mengekalkan tema rekaan asal.

Terdapat beberapa pembaharuan yang diperkenalkan dan salah satu perkara yang menjadi kelainan adalah dari segi papan kekuncinya. Sewaktu Nokia 3310 diperkenalkan, hanya satu butang ‘pilihan’ yang terdapat namun pada Nokia 3310 2017 terdapat tiga butang pilihan, serta dilengkapi butang kawalan empat arah sesuai dengan evolusi peranti-peranti lama yang memudahkan navigasi tanpa skrin sentuh.

Dari segi paparan, ia menggunakan paparan 2.4-inci QVGA berwarna yang besar dan memenuhi hampir separuh peranti ini. Kemasan paparannya juga melengkung, dan tidak terbenam seperti dahulu. Pada bahagian belakang peranti ini terdapat kamera 2MP dengan lampu LED. Dengan storan dalaman 16MB, anda boleh menambah kapasiti storan sehingga 32GB pada slot kat SD-Mikro yang boleh diakses dengan membuka penutup belakang peranti ini. Antara spesifikasi lain peranti ini termasuklah bateri 1200 mAh yang boleh dikeluarkan dan pada kapasiti penuh ia boleh bertahan sehingga 31 hari. Nokia 3310 2017 dicaj menggunakan kabel Micro-USB dan menyokong rangkaian 2G.

Kami mencuba peranti ini untuk masa yang singkat. Boleh dikatakan ia menimbulkan nostalgia dari segi penggunaan, kerana terdapatnya fungsi-fungsi yang asas seperti radio FM dan juga permainan Snake. Namun salah satu perkara yang tidak dapat dicuba adalah dari segi ketahanannya. Meskipun unit yang kami cuba adalah unit yang tidak diikat sepertimana kebiasaan peranti pada ruang pameran, namun kami tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang ujian ketahanan.

Dari segi praktikal, mungkin peranti ini anda boleh miliki jika anda ingin kekal berkomunikasi secara panggilan mahupun permesejan, namun jika anda kerap menggunakan aplikasi permesejan seperti Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya, telefon ini tidak menyokong aplikasi sebegini. Mungkin ia lebih sesuai untuk menjadi peranti kedua berbanding peranti utama kegunaan seharian.

Telefon yang mengimbau nostalgia ini dijual di pasaran Eropah pada harga 49 Euro ( ~RM 230) dan bakal hadir ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini, berkemungkinan seawal bulan April 2017 atau Jun 2017. Apakah pendapat anda? Mahukah anda memilikinya ?

Ary Malik Meninggal Dunia Kerana Kanser Ovari

Ary Malik Meninggal Dunia Kerana Kanser Ovari

Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pelakon dan pengacara, Ary Malik atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 petang tadi pada usia 46 tahun.

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya.

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad.

Huawei Malaysia Menjadualkan Perkongsian Huawei P10 Dan P10 Plus Di Malaysia Pada 8 Mac

Huawei Malaysia Menjadualkan Perkongsian Huawei P10 Dan P10 Plus Di Malaysia Pada 8 Mac

Huawei Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada sebuah acara khusus pada 8 Mac. Melalui jemputan berkenaan, Huawei mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar Huawei P10 dan Huawei P10 Plus baru.

Huawei P10

Huawei P10 dan P10 Plus merupakan kemaskini kepada keluarga siri-P, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera Leica pada bahagian hadapan, kemaskini spesifikasi, penggunaan EMUI 5.1, dan turut hadir dengan sokongan kalis percikkan air.

Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenai tarikh penawaran dan harga peranti pada acara berkenaan kelak.

Apple Dilaporkan Mungkin Menggantikan Port Lightning Kepada USB-C Pada iPhone Baru

Apple Dilaporkan Mungkin Menggantikan Port Lightning Kepada USB-C Pada iPhone Baru

Desas-desus mengenai iPhone baru telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas. Terkini, laporan terbaru daripada WSJ mengatakan Apple berkemungkinan akan menggantikan penggunaan port pengecasan Lightning pada iPhone kepada penggunaan USB-C.

Peralihan ini mungkin sedikit janggal bagi Apple, yang biasanya menggunakan piawaian tersendiri mereka. Namun, Apple sendiri telah menggunakan USB-C pada komputer riba mereka, dan mungkin ingin menyelarikannya – serta memudahkan pembangun aksesori untuk membangunkan penawaran untuk iPhone baru.

Sekiranya laporan WSJ ini adalah tepat, maka kita akan dapat melihat penggunaan piawaian industri yang selari antara semua pengeluar – termasuk yang menggunakan platform lain seperti Android.

Selain daripada itu, Apple juga diperkatakan mungkin menyertakan skrin melengkung OLED pada iPhone 8 bersempena ulang-tahun ke-10 mereka.

Perbandingan Xiaomi Mi 5c, HTC U Play Dan Samsung Galaxy A5 2017

Perbandingan Xiaomi Mi 5c, HTC U Play Dan Samsung Galaxy A5 2017

Xiaomi Mi 5c dilancarkan hari ini dan merupakan peranti pertama yang menggunakan pemproses buatan sendiri Xiaomi Surge S1. Menurut Xiaomi, pemproses lapan teras ini mempunyai kemampuan setanding dengan Snapdragon 625. Peranti ini turut dilengkapi pemancar infra merah yang kini semakin jarang disertakan pada peranti. Mari lihat perbandingan Mi 5c dengan HTC U Play dan Samsung Galaxy A5 2017 yang mempunyai spesifikasi hampir setanding.

Sekitar Sambutan Birthday Zain Saidin Yang Ke 33

Sekitar Sambutan Birthday Zain Saidin Yang Ke 33

Masih lagi kekal kacak dan macho, kini usia pelakon Zain Saidin sudah pun menjejak ke 33 tahun pada 23 Februari lalu. Sempena dengan itu, sebuah majlis sambutan hari lahir telah diadakan.

BACA: Zain Saidin Terus Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi

Lebih meriah lagi, majlis tersebut turut dihadiri rakan terdekat dan juga selebriti yang lain. Jika diingat kembali, Zain Saidin sebelum ini pernah memujuk Che Ta untuk hamil sekali lagi namun tiada siapa yang tahu bagaimana kesudahan kisah tersebut.

Keluarga bahagia ini seringkali menjadi perhatian peminat dan pengikut mereka di laman sosial. Malah ada di antara mereka yang tidak sabar menunggu Che Ta dan keluarga pergi melancong ke luar negara lagi.

Apa pun, semoga keluarga ini akan terus dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar sepanjang majlis hari lahir tersebut berlangsung. Enjoice!

UMobile booKu Membolehkan Anda Membeli Buku Digital Guna Kredit Prabayar Atau Pascabayar

UMobile booKu Membolehkan Anda Membeli Buku Digital Guna Kredit Prabayar Atau Pascabayar

U Mobile merupakan antara syarikat telekomunikasi yang memfokuskan kepada penawaran digital. Mereka sedia hadir dengan penawaran penstriman data percuma untuk video, muzik, dan aplikasi – dan kini U Mobile turut hadir dengan penawaran baru yang dinamakan sebagai “booKu“.

U Mobile Booku

Melalui U Mobile booKu, mereka bekerjasama dengan beberapa penerbit buku digital – termasuk SPH Magazines, Pubu eBook, FullAMark dan NovelPlus. Pengguna rangkaian U Mobile boleh melanggan atau membeli buku dan majalah digital daripada penyedia ini dengan mudah melalui penggunaan kredit prabayar atau pascabayar.

Ini memudahkan lagi pengguna tempatan mendapatkannya, dan tidak perlu risau akan keperluan kad kredit untuk mendapatkan buku digital.

Layari : U Mobile Booku

Terdengar tangisan, rupanya ada bayi digantung di tingkap rumah

Terdengar tangisan, rupanya ada bayi digantung di tingkap rumah


KUALA KUBU BARU, SELANGOR - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui digantung di tingkap rumah di Bandar Utama Batang Kali, hari ini, lapor Harian Metro

Bayi lelaki itu ditemui oleh penghuni rumah terbabit, remaja perempuan berusia 19 tahun selepas terdengar tangisannya pada jam 7.30 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan tudung hitam dan masih bertali pusat sebelum dibersihkan," katanya. 

Tempat bayi berkenaan digantung sebelum ibunya melarikan diri | Foto - Netizen
Bayi yang dipercayai warga tempatan itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - The Reporter
Xiaomi Redmi 4X Diperkenalkan – Dilengkapi Pemproses Snapdragon 435

Xiaomi Redmi 4X Diperkenalkan – Dilengkapi Pemproses Snapdragon 435

Selain Xiaomi Mi 5c, peranti Xiaomi Redmi 4X turut dilancarkan hari ini. Peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 2/3 Gigabyte dan storan 16/32 Gigabyte.

Kamera utama peranti ini sebesar 12-Megapixel f/2.o dengan sistem pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2. Rakaman video tertinggi yang boleh dilakukan ialah pada resolusi 1080P. Bateri sebesar 4100 mAh disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 18 hari menurut Xiaomi. Tidak seperti kebanyakan peranti yang dilancarkan tahun ini, Redmi 4X masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB.

Pengimbas cap jari berbentuk bulat diletakkan pada panel belakang dan terdapat juga pemancar infra merah pada bahagian atas peranti. Tiga pilihan warna diberikan iaitu Matte Black, Champagne Gold dan Cherry Powder. Harga jualan untuk model 2GB/16 GB ialah RMB 699 (~RM 452) manakala model 3GB/32GB pula ialah RMB 899 (~RM 582).

Twister KFC Kini Hadir Dengan 2 Rasa Hebat!

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya Twister KFC kini kembali! Ha, tapi kali ini Twister datang dengan 2 rasa terbaru iaitu – KFC Cheezy Twister dan juga KFC Hot & Zesty Twister. Tu dia, nak sebut laju laju pun dah twist lidah.

Apa yang anda perlu tahu, kedua dua Twister ini pastinya akan menjadi kegilaan ramai sama macam sebelum ini. Mana tidaknya, ini pilihan paling ideal kalau nak makan. Sambil lalu pun dah boleh kenyang.

Jom kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang KFC Cheezy Twister dan juga KFC Hot & Zesty Twister ini. Lapar pulak rasa tiba tiba tengok KFC Twister ni.

Guna Bahan Segar, Goreng Panas Panas

Ayam KFC saja pun kita boleh habis makan sepinggan, apatah lagi untuk ayam Twister ni. Lebih menarik lagi bila anda dapat yang betul betul panas, dicampur pulak dengan cheese yang meleleh tu, silap satu tak cukup.

Berbaloi Sangat Dengan Harga

Inilah kejayaan KFC yang berjaya memenangi hati rakyat Malaysia. Dengan harga RM6.50, memang ramai tak fikir panjang. Harga berpatutan, kenyang pun kenyang.

Nak Lebih Cheese Atau Penggemar Rasa Masam

Kehadiran dua perasa berbeza kali ini buat anda ada 2 pilihan. Mana yang gila cheese bolehlah pilih Cheezy Twister. Rasa sos yang berbeza inilah yang buatkan anda tak boleh berhenti makan Twister!

Bagi mereka yang sukakan rasa masam dan pedas, Zesty Twister adalah untuk anda. Gabungan rasa masam dan pedas tu akan hasilkan rasa berkrim, dapat pulak dengan ayam baru lepas goreng. Memang termimpi mimpi jawabnya.

Jimat Berkali Ganda

Jika harganya pun dah berpatutan, KFC gandakan lagi penjimatan anda dengan kombo RM9.90 dan juga Double Twister Combo (RM14.90). Malah dengan set ini juga anda boleh dapatkan sekali dengan air dan juga kentang goreng.

Jadi, apa tunggu lagi. Kedua dua perasa KFC Twister ini pasti mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Tengok gambar pun dah terliur. Jom serang KFC sekarang dan dapatkan Twister pilihan anda!

Hans Isaac Bakal Nikah Bekas Ratu Cantik

Hans Isaac Bakal Nikah Bekas Ratu Cantik

Setelah sekian lama membujang, akhirnya Hans Isaac mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati, Aileen Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan pada 29 Julai depan. Berita gembira tersebut telah diumumkan menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel yang turut ditemani Gabriella.

BACA: Hans Isaac Nafi Sudah Peluk Islam, Masih Kristian

“Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella. Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,” katanya kepada m Star Online mengenai berita perkahwinan beliau.

Untuk pegetahuan, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura. Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki status Hans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan beberapa orang selebriti melayu seperti Neelofa dan Erra Fazira.

Apapun semoga segala perancangan majlis perkahwinan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Tahniah diucapkan kepada Hans dan pasangan, akhirnya di usia 50 tahun Hans telah bertemu jodoh. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan. (rtky/w)

Nokia 3310 (2017) Dan Telefon Android Nokia Akan Ke Malaysia Seawal Suku Kedua 2017

Nokia pada minggu ini sedia mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan kemaskini untuk telefon Nokia 3310 yang kini hadir dengan skrin berwarna, dan pelbagai perubahan lain. Bersama-sama dengannya, mereka turut telah memperkenalkan tiga telefon pintar berasaskan Android yang baru – Nokia 3, 5 dan 6.

Bagi anda yang inginkan peranti berkenaan, ia kini dilaporkan yang mana peranti ini bakal ke pasaran tempatan bermula suku kedua 2017 ini – iaitu antara April ke Jun 2017.

Nokia 3310

Melalui temuramah khusus bersama Lowyat, pihak HMD Global turut menyatakan kemungkinan untuk melancarkan kedai atas-talian tersendiri untuk menjual produk mereka terus kepada pengguna – seumpama Xiaomi dan Huawei Honor.

Buat masa ini, harga jualan untuk peranti-peranti baru tidak diketahui lagi dan mungkin hanya akan diketahui selepas ia memasuki pasaran tempatan.

Temuduga Terbuka Eksekutif Akaun

Temuduga Terbuka Eksekutif Akaun

Temuduga Terbuka Eksekutif Akaun

Majikan :          Eddie Lubricant Sdn Bhd
Alamat :           PT 4200 Blok B, Kawasan Perusahaan Pengkalan Chepa 2, Mukim Panchor, Daerah Kemumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Telefon :          012-9085223 Cik Meena
Email :             meena@eddielubs.com.my

Jawatan :         Eksekutif Akaun
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P =0
Kelayakan :      Ijazah dalam bidang perakaunan
Gaji :              RM1500.00
Keterangan :
•      Berumur 20 - 35 tahun
•      Pengalaman 2 tahun dalam bidang perakaunan.
•      Berdisiplin

#       Sila hubungi talian 012-9085223 ( Cik Meena ) atau emailkan resume ke meena@eddielubs.com.my. Temuduga akan diadakan pada 05 Mac 2017 (Ahad ) pada jam 2.00 ptg - 5.00 ptg di alamat seperti di atas. Sila bawa salinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport

#       Tarikh Tutup :31 Mac 2017

" kerja adalah ibadah "
Akim Ahmad Belum Sedia Tunjuk Wajah Anak

Akim Ahmad Belum Sedia Tunjuk Wajah Anak

Tidak mendedahkan wajah bayi pada awal kelahiran merupakan perkara biasa buat selebriti, termasuk pasangan Akim Ahmad dan Stacy. Namun Akim mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau berbuat demikian serta meletakkan tempoh sebulan sebelum mendedahkan wajah penuh puteri kesayangan mereka yang dinamakan Eshaal.

BACA: Akim Ahmad, Stacy Namakan Anak ‘Eshaal’

“Tiada istilah sorok wajah anak tetapi kami ambil pendekatan itu buat masa ini kerana wajah bayi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap diawal kelahiran. Justeru, saya tidak mahu mengelirukan peminat dan cuba tetapkan tempoh sebulan sebelum berkongsi wajah Eshaal di laman sosial”

“Cuma apa dapat saya kongsikan sekarang ini, hidung dan mulut Eshaal sememangnya mengikut iras wajah saya. Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar biarpun pada awalnya saya agak janggal nak mendukung tetapi setelah beberapa kali mencuba saya jadi seronok”

“Berkat saya azankan dia agaknya, hidung saya jadi ‘kebal’ dengan bau najis Eshaal dan saya tidak biarkan pembantu rumah menguruskan semua itu kerana dia ada tugas lain untuk dibuat,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Hampir dua minggu menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa, Akim akui sejak kehadiran bayi comel itu, beliau tidak sabar pulang ke rumah untuk bermain dengannya. Akim turut memberitahu, buat masa ini ibu Stacy berada di samping isterinya bagi membantu memantau tempoh berpantang Stacy supaya lebih teratur dan sempurna. (rtky/w)

Xiaomi Mi Box Akan Dijual Di Malaysia Minggu Ini Pada Harga RM 349

Xiaomi Mi Box Akan Dijual Di Malaysia Minggu Ini Pada Harga RM 349

Set kotak-televisyen Xiaomi Mi Box diumumkan untuk pasaran global pada Mei tahun ini. Bagi pengguna Malaysia, penantian untuk set televisyen Android TV ini akan berakhir Jumaat ini. Xiaomi Malaysia mengumumkan penjualannya pada harga RM 349 sebuah.

Xiaomi Mi Box ini hadir dengan sokongan memainkan video pada resolusi 4K dan HDR10. Seperti biasa, ia hadir dengan cip pemprosesan empat-teras dan memori sehingga 2GB RAM. Dengan akses kepada Android TV, pengguna boleh mendapatkan pelbagai kandungan daripada Google Play Movies – salah satu perkhidmatan yang sedia dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi turut menyediakan alat kawalan yang boleh dikawal menggunakan arahan suara, selain Mi Box ini turut selari dengan Mi Game Controller.

Kes selesai, mangsa & tenaga pengajar berdamai

Kes selesai, mangsa & tenaga pengajar berdamai


JITRA, KEDAH - Susulan kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial, kedua-dua pihak tampil menyelesaikan kes itu secara dalaman, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, magnsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut, sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan. 

"Saya dimaklumkan kes itu hanya salah faham kerana berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan. 

"Penuntut dan tenaga pengajar terbabit bagaimanapun bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis," katanya. 

Beliau berkata, disebabkan kes itu viral di media sosial, pihaknya turut menghantar detektif ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Mangsa juga dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengadu pedih di bahagian pipi. 

Walaupun begitu, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes tersebut. 

Justeru, Abd Hadi menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan kejadian itu sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana kes itu telah diselesaikan antara kedua-dua pihak. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Jawatan Kosong di Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) - 29 Mac 2017

Jawatan Kosong di Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) - 29 Mac 2017

Jawatan kosong terkini di Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) Mac 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) sebagai :

1. Technical Support Officer
2. Software Developer
3. Professor / Associate Professor / Senior Lecturer / Lecturer
4. Assistant Registrar (Administration or Human Resource)

Tarikh tutup permohonan 17 - 29 Mac 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong

Permohonan jawatan secara online disini
Jawatan Kosong Welder

Jawatan Kosong Welder

Jawatan Kosong Welder

Majikan :          Azzar Jaya Enterprise
Alamat :           Lot 812, Kg. Beris Jejawi, Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Telefon :         013-3944682 En Azman
Email :             

Jawatan :         Welder / Tukang Besi
Kekosongan :    L = 2, P = 0, L/P =0
Kelayakan :      PMR
gaji :               Boleh dirundingkan
Keterangan :
•      Berumur 18 tahun ke atas
•      Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembuatan grill, awning dan pintu pagar

#       Sekiranya berminat, boleh hubungi talian 013-3944682 En Azman

#       Tarikh Tutup : Segera

Handle – Robot Beroda Mampu Melompat Boston Dyamics Diumumkan Secara Rasmi

Ketakutan manusia di dunia sekarang ialah masa depan seperti The Terminator dan The Matrix menjadi kenyataan. Kepintaran buatan yang dibangunkan menyebabkan robot menjadikan manusia hamba di muka bumi. Ini semua masih lagi fiksyen sains tetapi robot yang mempunyai kemampuan seperti manusia ialah realiti.

Handle ialah robot terkini yang dihasilkan oleh Boston Dynamics diumumkan secara rasmi selepas tertiris bulan lalu.. Robot bipedal beroda setinggi 2 meter ini bukan sahaja mampu berdiri tetapi boleh melompat seperti manusia. Ia boleh bergerak pada kelajuan 14 Kilometer sejam dan melompat merentasi halangan setinggi 1.4 Meter. Bateri yang disertakan memberikan jarak operasi sehingga 24 Kilometer.

Handle juga boleh mengangkat beban sehingga 14 Kilogram. Ini menjadikannya robot yang berpotensi di dalam industri perkilangan sekaligus melupuskan kerja untuk manusia di masa hadapan. Bagi peminat Metal Gear Solid 4 Guns Of The Patriot, Handle mempunyai persamaan dengan robot Metal Gear Mk II.

Jawatan Kosong Terkini di RHB Banking Group - 27 Mac 2017

Jawatan Kosong Terkini di RHB Banking Group - 27 Mac 2017

Jawatan kosong terkini di RHB Banking Group Mac 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di RHB Banking Group sebagai :

1. TELLER / CLERK
2. CUSTOMER SERVICE OFFICER

Tarikh tutup permohonan 27 Mac 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong RHB Banking Group Mac 2017

Iklan jawatan dan syarat kelayakan jawatan 1 disini 

Iklan jawatan dan syarat kelayakan jawatan 2 disini 
Jolla Mengumumkan Sokongan Sailfish OS Pada Peranti Sony Xperia

Jolla Mengumumkan Sokongan Sailfish OS Pada Peranti Sony Xperia

Sistem operasi paling dominan di dunia sekarang ialah Android diikuti oleh iOS. Gabungan peratusan penggunaan dua sistem operasi ini melangkaui 92%. Sistem operasi lain seperti Windows 10 Mobile dan Blackberry 10 gagal memecahkan penguasaan Apple serta Google. Tetapi bagi mereka yang mahukan kelainan dan memiliki peranti Sony Xperia, anda kini boleh mencuba sistem operasi Sailfish OS.

Jolla, pembangunan Sailfish OS mengumumkan sistem operasi mereka kini boleh digunakan pada peranti Sony Xperia X menjelang suku ke-dua 2017. Sailfish OS kali pertama diperlihatkan pada tahun 2013 sebagai alternatif kepada sistem operasi lain di pasaran. Sebelum ini mereka melancarkan Jolla C dan Jolla Tablet tetapi kurang mendapat sambutan.

COO EA Sports Peter Moore Menyertai Kelab Bola Sepak Liverpool

COO EA Sports Peter Moore Menyertai Kelab Bola Sepak Liverpool

Permainan bola sepak paling popular di cakerawala kini ialah FIFA. Tahun demi tahun jutaan unit permainan simulasi yang dibangunkan oleh EA Sports ini dijual dan kini menjadi antara permainan rasmi e-sukan antarabangsa. Ia popular kerana EA Sports mementingkan kemampuan grafik realistik, penyelakuan permainan yang tepat dan audio seperti anda benar-benar di dalam stadium. Peter Moore, COO EA Sports di Electronic Arts hari ini disahkan menyertai kelab bola sepak Liverpool.

Beliau meninggalkan EA dan menyertai Liverpool sebagai CEO. Peter Moore menyifatkan pelantikan beliau ini sebagai mimpi menjadi kenyataan kerana beliau penyokong tegar Liverpool dan dilahirkan di Merseyside 62 tahun yang lalu. Diharap dengan pelantikan Peter Moore, pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah bola sepak England ini akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Harga Jualan LG G6 Bermula Dari RM3500

Harga Jualan LG G6 Bermula Dari RM3500

Dengan LG G6, pihak LG cuba bangun kembali selepas kegagalan G5. Tiada lagi sokongan modular dan bateri yang boleh ditanggalkan. Sebaliknya LG mempertaruhkan peranti dengan teknologi skrin 18:9 dengan sistem dwi-kamera yang dipertingkatkan. Harga jualan peranti utama ini kini diketahui dan adalah agak mahal.

Di dalam temubual bersama The Investor, pihak LG mengesahkan LG G6 akan dijual di Korea Selatan pada 10 Mac ini pada harga bermula ₩ 899800 (~RM 3522). Sebagai perbandingan, LG G5 dilancarkan di Malaysia tahun lalu dengan harga jualan RM 2699. Jelas sekali ia peningkatan harga yang amat mendadak. Adakah anda masih berminat untuk memiliki LG G6 walaupun dengan harga jualan yang agak tinggi ini?

Huawei P10 Lite Tertiris – Mungkin Dilancarkan Bulan Hadapan

Huawei P10 Lite Tertiris – Mungkin Dilancarkan Bulan Hadapan

Huawei P10 dan P10 Plus baru sahaja dilancarkan di MWC. Kedua-dua peranti meneruskan penggunaan sistem lensa Leica yang kini dipertingkatkan. Kamera hadapan pada P10 juga turut menggunakan lensa Leica kali ini. Dengan penggunaan jenama lensa premium harga jualannya tidak boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Oleh itu Huawei P10 Lite dihasilkan.
Rekaan serta spesifikasi Huawei P10 Lite tertiris hari ini. Ia dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses Kirin 655, RAM sebesar 4 Gigabyte, storan 32 Gigabyte, kamera hadapan 8-Megapixel dan kamera utama 12-Megapixel. Pengimbas cap jari terletak pada panel belakang dan ia masih menggunakan port pengecasan MikroUSB. Tiada sistem dwi-kamera dan lensa Leica digunakan pada peranti yang dipercayai akan dilancarkan pada Mac hadapan. Harga jualan pula dipercayai sekitar € 349 (~RM 1639).

Samsung Memperlihatkan SSD Powerpack – Power Bank Dan Storan Berasaskan SSD Dalam Satu Peranti

Samsung Memperlihatkan SSD Powerpack – Power Bank Dan Storan Berasaskan SSD Dalam Satu Peranti

Selain hanya memperlihatkan beberapa produk baru, Samsung juga mempertontonkan sejumlah aksesori baru untuk peranti mudah-alih pada Mobile World Congress 2017. Dan salah satu perkara yang mencuri perhatian kami adalah SSD PowerPack.

Info mengenai SSD PowerPack ini adalah sangat terhad, malah wakil Samsung di reruai sendiri tidak dapat menjawab mengenainya.

SSD Powerpack

Daripada gambaran yang diberikan melalui paparan produk berkenaan, ia dilihat pengguna boleh memindahkan data untuk membuat salinan pendua pada SSD PowerPack, dan pada masa yang sama membolehkan ia digunakan untuk mengecas peranti.

Bagaimanakah ia akan berfungsi masih menjadi tanda tanya – seperti adakah perlukan pindahan melalui aplikasi khusus atau ia akan memindahkan dokumen secara automatik apabila pengguna cucuk ia untuk mengecas peranti mudah-alih.

SSD PowerPack ini dilihat menawarkan ruangan storan berasaskan SSD sebesar 500GB, dan juga kuasa bateri 5600mAh.

Permua Battle Breakers Diumumkan Oleh Pembangun Infinity Blade

Tiga permua Infinity Blade dihasilkan oleh Epic Games sejak 2011. Permua yang cukup popular ini ialah antara yang terawal menunjukkan kemampuan grafik yang tinggi pada peranti pintar. Sehingga kini ia eksklusif pada platform iOS walaupun dipinta oleh ramai pengguna Android. Bagi mereka yang menanti, Epic Games akhirnya menghasilkan permua baru Battle Breakers ke Android.

Permua RPG taktikal ini turut akan hadir ke iOS dan juga PC. Menarik sekali menurut Epic Games, ia menyokong perlawanan di antara pengguna ketiga-tiga platform berbeza ini. Unreal Engine 4 digunakan bagi menghasilkan grafik yang menarik. Ia akan dilancarkan secara rasmi menjelang hujung tahun ini tetapi telahpun boleh dimuat turun pengguna di Filipina sebagai ujian. Pendaftaran minat boleh dilakukan pengguna Android menerusi pautan di bawah.

[/info] Daftar minat untuk Battle Breakers di Google Play [/info]

Kini, Lebih 1 Bilion Jam Video Ditonton Melalui YouTube Setiap Hari

Kini, Lebih 1 Bilion Jam Video Ditonton Melalui YouTube Setiap Hari

YouTube kini telah menjadi salah satu medium utama yang diakses pengguna, dalam mendapatkan pelbagai kandungan video – daripada berita, informasi, ulasan, sehinggalah kepada hiburan. Dengan perkembangan kelajuan arena internet, ia membuatkan pengguna lebih aktif mengakses YouTube dari hari ke hari.

Berkongsi statistik semasa, YouTube kini mengatakan pengguna menonton sekitar satu bilion jam kandungan di YouTube setiap hari – salah satu angka yang sangat tinggi, sekaligus memperlihatkan permintaan kandungan video yang tinggi.

Membuat perbandingan untuk tempoh masa berkenaan, YouTube mengatakan sekiranya pengguna menonton ia secara berseorangan, maka ia mungkin mengambil masa lebih 100,000 tahun.

Bagi anda yang aktif melayari YouTube, berapa lamakah anda menghabiskan masa menonton video pada platform berkenaan setiap hari?

Samsung Memperlihatkan S-Pen Dengan Rekaan Seumpama Pensel 2B

Samsung Memperlihatkan S-Pen Dengan Rekaan Seumpama Pensel 2B

Samsung merupakan antara yang terawal memperkenalkan sokongan stylus kepada telefon pintar kembali selepas era Palm dan sebagainya melalui S-Pen. Ia pada awalnya hanya memfokuskan peranti Galaxy Note, tetapi diperluaskan kepada tablet.

Terkini, pada Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, Samsung mengambil peluang bukan sahaja memperkenalkan tablet dengan sokongan S-Pen, tetapi turut mengumumkan kerjasama dengan Staedtler untuk hadir dengan sebuah S-Pen yang direkabentuk seumpama pensel 2B popular.

Samsung S-Pen Staedtler

Samsung S-Pen Staedtler

Samsung S-Pen Staedtler

Melalui rekaan ini, ia memberikan pengalaman klasik dan mengembalikan nostalgia pengguna dalam menggunakannya ketika membuat lakaran atau menulis. Apatah lagi, ramai yang menggunakannya ketika sekolah rendah dan menengah – dalam menjawab peperiksaan, melukis, dan sebagainya. Seperti pelbagai S-Pen, ia menyokong peranti Samsung dengan sokongan S-Pen – iaitu berasaskan kepada input Wacom.

Pihak Samsung tidak mengumumkan sebarang tarikh jualan dan harga untuknya. Namun, satu yang pasti adalah sekiranya anda membelinya, maka anda perlu menjaganya dengan rapi supaya tidak kehilangan ia.