SKMM : Kualiti Dan Kestabilan Jalur-Lebar Talian Tetap Maxis Adalah Lebih Baik Berbanding TM Dan TIME

SKMM : Kualiti Dan Kestabilan Jalur-Lebar Talian Tetap Maxis Adalah Lebih Baik Berbanding TM Dan TIME

Pihak SKMM merupakan salah satu badan bertanggungjawab dalam memantau pelbagai prestasi dan kawalan disebalik rangkaian internet di Malaysia. Terkini, mereka telah berkongsi mengenai laporan tahunan untuk 2016, berkongsi mengenai pelbagai prestasi daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Malaysia.

Melalui laporan tahunan berkenaan untuk jalur-lebar talian tetap, pihak SKMM menekankan yang mana para penyedia perkhidmatan perlu menawarkan sekurang-kurangnya 70% prestasi kadar celus (throughput) daripada langganan DSL, ataupun sekitar 90% prestasi kadar celus untuk langganan fiber. Disamping itu, kadar masa pendam (latency) perlulah tidak melebih 85 ms untuk 95% masa, selain kadar kehilangan paket kurang daripada 1%.

Mengambil kira semua ini, pihak SKMM telah menyediakan laporan penuh mengenai prestasi perkhidmatan jalur lebar talian tetap di Malaysia, dan memperlihatkan prestasi setiap syarikat.

Daripada keputusan purata yang dijalankan oleh SKMM, ia memperlihatkan Maxis menawarkan kualiti dan sambungan internet yang lebih stabil berbanding dengan lain.

SKMM Laporan 2016

Daripada laporan yang dikeluarkan SKMM juga, ia memperlihatkan penggunaan copper untuk sambungan ADSL hanya menawarkan prestasi yang baik sehingga 6Mbps sahaja. Kestabilan untuk rangkaian melangkaui 6Mbps adalah sedikit kurang baik. Seperti biasa, kestabilan rangkaian juga turut bergantung kepada kualiti kabel yang digunakan untuk penyambungan, jarak, dan pelbagai faktor lain.

Untuk penggunaan fiber pula, ia tiada masalah untuk menawarkan prestasi yang baik walaupun pada kelajuan berbeza. Namun, beberapa penyedia perkhidmatan dilaporkan mengatakan kualiti turut bergantung kepada penggunaan jenis modem – serta memerlukan kemaskini perisian untuk modem bagi menawarkan prestasi yang optimum.

SKMM Laporan 2016

Pada laporan sama juga, pihak SKMM turut berkongsi mengenai penawaran perkhidmatan jalur-lebar talian tetap mengikut negeri. Daripada apa yang dikongsikan, penawaran talian berasaskan fiber adalah baik, sementara untuk DSL, ia dikatakan sekitar 46.1% daripada pengguna TM sahaja menerima prestasi yang baik, sementara selebihnya mempunyai sambungan internet yang rendah untuk muat-turun – mengakibatkan pengalaman yang kurang baik.

SKMM Laporan 2016

SKMM Laporan 2016

Muat-Turun Laporan Prestasi Rangkaian 2016 (PDF)

Laporan Prestasi SKMM 2016 : Maxis Terpantas Di Lima Daripada Enam Rantau

Laporan Prestasi SKMM 2016 : Maxis Terpantas Di Lima Daripada Enam Rantau

Pada Januari hingga November 2016 lepas, SKMM telah menjalankan ujian penilaian prestasi rangkaian telekomunikasi di Malaysia, menyentuh rangkaian mudah-alih, talian tetap dan sebagainya. Sejumlah piawaian ditetapkan oleh SKMM, dalam memastikan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan apa yang terbaik untuk pengguna.

Untuk perkhidmatan selular, pihak SKMM menetapkan prestasi kadar celus (throughput) sekurangnya 650 kbit/s untuk 65% masa penggunaan, sementara untuk jalur-lebar mudah-alih tetap (seperti P1, Maxis Wireless Broadband dan sebagainya) ia perlulah sekitar 80% daripada masa. Kadar latency juga perlulah tidak melebihi 250ms untuk 70% masa, dan kurang daripada 3% kehilangan paket.

SKMM Laporan 2016

Daripada hasil kajian SKMM yang dilakukan di seluruh Malaysia, mengikut purata, Maxis dilihat menawarkan kadar muat-turun paling tinggi, iaitu pada purata 22.89Mbit/s. Maxis juga dilihat menawarkan kadar muat-turun melebihi 650kbit/s sebanyak 99.76% sesi, diikuti dengan Celcom pada 99.23% sesi.

Menurut SKMM, Maxis juga merupakan yang terpantas di rantau selatan, utara, timur, Sabah dan Sarawak, sementara Celcom menjadi yang terpantas di sekitar Lembah Kelang.

Walaubagaimanapun, pihak SKMM turut menekankan yang mana penggunaan pengguna mungkin berbeza memandangkan ujian dilakukan daripada jalan raya, dan bukannya dalam bangunan.

SKMM Laporan 2016

SKMM Laporan 2016

Dari segi masa respon pula, Digi mempunyai yang terbaik, iaitu dibawah 114.16ms, dan YES pula mempunyai kadar kehilangan paket yang sangat rendah berbanding dengan lain. Daripada ujian, UMobile mempunyai kadar kehilangan paket yang tinggi kerana perkongsian rangkaian bersama Maxis – membuatkan mereka perlu melalui penghantaran paket pada beberapa peringkat tambahan berbanding penyedia rangkaian yang lain.

Muat-Turun Laporan Prestasi Rangkaian 2016 (PDF)

Saharul Ridzwan Tunai Umrah Bersama Isteri

Saharul Ridzwan Tunai Umrah Bersama Isteri

Sibuk dengan komitmen kerjaya sebelum ini, akhirnya Saharul Ridzwan dan isteri telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah sebentar tadi setelah lama merancang untuk berbulan madu di sana. Biarpun gosip mengatakan pelakon ini kononnya sakit kerana terkena sihir, Saharul ternyata membuktikan dirinya sihat dan bahagia bersama isteri.

BACA: Saharul Ridzwan Kurus Kerana Terkena Sihir?

“Assalamualaikum, saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadat Umrah, hari ini. Di sini kami ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati ke atas semua salah silap sengaja atau tidak sengaja serta halalkan makan minum kami”

“Doakan saya dan isteri selamat sampai ke destinasi, selamat menunaikan ibadat umrah dengan sempurna dan dilindungi sepanjang kami berada di sana. Doakan juga kesihatan kami, dan dipanjangkan umur selama menunaikan ibadat. Semoga kami berdua mendapat umrah yang mabrur,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Terdahulu, Saharul berdepan dengan pelbagai gosip liar yang dikaitkan dengan beliau dan juga rumah tangganya. Bukan sahaja didakwa semakin kurus kerana terkena buatan orang, malah perkahwinan pelakon ini juga dikatakan bermasalah sehingga tinggal berasingan. Bagaimanapun, Saharul menafikan segala dakwaan yang dilemparkan. (rkty/w)

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) - 12 Februari 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) - 12 Februari 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Februari 2017 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA8)  sebagai :

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19 (16 KEKOSONGAN)
2. PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19 (186 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan 12 Februari 2017
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

LATAR BELAKANG
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."


Double Dragon IV Boleh Dimuat Turun Menerusi Steam Dan PlayStation Store

Siri permainan Double Dragon amat popular suatu ketika dahulu. Ia mudah dimainkan tetapi sukar untuk dikalahkan. Kami akan membuat pengakuan terbuka dimana kami sehingga kini gagal mengalahkan ketua terakhir Double Dragon III. Sudah 28 tahun berlalu tetapi kesukaran ketua terakhir permainan ini masih menghantui kalbu. Bagi yang berjaya menghabiskan Double Dragon III, sambungan kepada permainan ini akhirnya boleh dimuat turun.

Double Dragon IV dihasilkan oleh Arc System Works dan menggunakan semula grafik klasik siri yang sudah lama berhibernasi ini. Yoshihisa Kishimoto, Koji Ogata dan Kazunaka Yamane yang menghasilkan Double Dragon II versi arked terlibat dapat pembangunan Double Dragon IV. Ia boleh dimuat turun menerusi Steam dan PlayStation Store dengan harga jualan RM 27.

Elly Mazlein Kini Sudah Sedia Bercinta Semula

Elly Mazlein Kini Sudah Sedia Bercinta Semula

Berdepan dengan perpisahan bersama bekas suaminya, Azmi Hatta, Elly Mazlein menjelaskan kepada Kosmo! Online bahawa hatinya kini sudah terbuka untuk bercinta semula malah pelakon wanita ini juga turut dikatakan sedang hangat bercinta.

BACA: Elly Mazlein Nak Jadi Duta Persatuan Ibu Tunggal?

“Saya tidak mahu komen mengenai isu tersebut, namun sebagai wanita dan manusia biasa, saya pun ada hati dan perasaan. Andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya tidak menolak. Cuma buat masa sekarang fokus saya hanyalah untuk kerjaya seni dan membesarkan anak sebaik mungkin,” jelasnya.

Selain itu, hubungannya bersama Azmi juga sudah kembali seperti biasa namun bekas suaminya itu tidak hadir pula pada majlis akikah anak sulung mereka yang diadakan baru baru ini. Menurut Elly, bekas suaminya itu sentiasa memberi nafkah kepada anaknya.

“Dia ada datang ke rumah untuk bertemu Sefhia tetapi sekali sahaja sebelum senyap sampai sekarang. Namun, dia ada memberi nafkah kepada anak. Selepas hak anak diberi, saya tiada ada masalah dengannya. Itu sahaja yang saya mahukan daripada seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anaknya,” katanya. (rtky/s)

Aplikasi Media Sosial Lego Life Dilancarkan Untuk Peminat Lego

Aplikasi Media Sosial Lego Life Dilancarkan Untuk Peminat Lego

Permainan Lego dikatakan mampu meningkatkan tahap kekreatifan anak-kanak yang memainkannya. Sebagai seorang insan yang membesar di dalam dekad 80an, Lego ialah permainan pilihan kerana ia boleh digunakan untuk menghasilkan permainan lain seperti Transformers, MASK dan ThunderCats tanpa ibu bapa membeli permainan berasingan. Jenama Lego kembali popular sejak kebelakangan ini walaupun bersaing dengan permainan elektronik.

Menyedari kepopularan mainan keluaran mereka di kalangan kanak-kanak, Lego melancarkan media sosial Lego Life. Ia terbuka kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun untuk berkongsi binaan Lego mereka di secara selamat. Wajah pengguna sebenar tidak dipaparkan sebaliknya hanya avatar Minifig boleh digunakan. Ruangan komen dipantau menggunakan bot dan kakitangan Lego Lagi bagi mengelakkan kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Terdapat hub khas untuk tema-tema set Lego yang dihasilkan bagi memudahkan interaksi. Pada waktu yang sama hanya iklan produk keluaran mereka akan dipaparkan. Buat masa ini aplikasi Lego Life hanya boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Perancis, Jerman, Denmark, Austria serta Switzerland.

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 10 Februari 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 10 Februari 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Februari 2017 | Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  sebagai :

1. PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN J41
2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29
3. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL/ELEKTRIKAL) JA29
4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
5. PENOLONG JURUUKUR JA29
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan 10 Februari 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Februari 2017


CARA MEMOHON
Borang  permohonan  boleh  didapati  di  Bahagian  Sumber  Manusia  atau  dengan  memuat  turun borang  dari  emel bsm@pkns.gov.my berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan. Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4 Blok B
Laman PKNS, No 2 
Jalan Indah 14/8
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Permohonan  daripada  anggota  yang  sedang  berkhidmat  di Perbadanan  Kemajuan  Negeri Selangor  mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing

Kemas Kini Fallout 4 Membawa Sokongan Tekstur Definisi Tinggi Dan PlayStation 4 Pro

Kemas Kini Fallout 4 Membawa Sokongan Tekstur Definisi Tinggi Dan PlayStation 4 Pro

Fallout 4 sudah dijual lebih setahun tetapi sokongan kemas kini masih lagi diberikan oleh pihak Bathesda. Permainan RPG ini mempunyai puluhan misi yang mengambil masa puluhan jam untuk dihabiskan kesemuanya. Minggu hadapan kemas kini akan diberikan kepada pengguna PC dan PlayStation 4 Pro.

Pada PC, Fallout 4 akan diberikan kemas kini tekstur berdefinasi tinggi secara percuma bagi pemilik yang mempunyai spesifikasi minimum pemproses Intel Core i7-5820K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 8 Gigabyte dan RAM sebesar 8 Gigabyte. Mereka juga perlu mempunyai storan 58 Gigabyte untuk tekstur beresolusi tinggi ini.

Bagi pemilik PlayStation 4 Pro pula kemas kini akan membawakan sokongan resolusi 1440P serta draw distance lebih jauh untuk objek di dalam permainan. Ini akan memberikan kualiti grafik lebih tinggi berbanding pada PlayStation 4 asal.

Permua Power Rangers : Legacy Wars Akan Dilancarkan Mac

Go Go Power Rangers! Kami yakin ramai pembaca Amanz menonton siri Power Rangers semasa membesar. Siri yang kini mencapai tahap kultus ini akan menerima permuanya sendiri bulan Mac hadapan. Power Rangers: Legacy Wars dihasilkan untuk platform Android dan iOS.

Permua ini membenarkan pemain berentap secara multiplayer di atas talian.  Dari trailer teaser yang dilancarkan, pemain boleh mengawal Ranger lama dari siri klasik dan Ranger baru dari filem yang akan ditayangkan di panggung 24 Mac Ini. Muat turun adalah percuma dengan sokongan transaksi mikro. Kepada yang berminat, pra-tempahan boleh dilakukan hari ini menerusi pautan di bawah

Lakukan pra-tempahan minat untuk Power Rangers : Legacy Wars

 

Piaggio Gita – Robot Khadam Mengangkat Barangan Beli Belah

Piaggio Gita – Robot Khadam Mengangkat Barangan Beli Belah

Robot akan mengambil alis tugas manusia yang berbahaya, mengotorkan dan tidak dibayar gaji yang tinggi. Buat masa ini ia terhad kepada sektor pengilangan yang akan mengakibatkan 6000 pekerja di Foxconn kehilangan sumber pencarian. Di masa hadapan robot akan digunakan dalam kegunaan harian. Piaggo Gita ialah sebuah lagi robot yang dihasilkan untuk memudahkan urusan harian.

Robot dua roda yang mengimbang secara automatik ini dihasilkan oleh Piaggio Fast Forward yang terkenal dengan penghasilan motosikal Vespa. Gita direka untuk mengangkut barangan membeli belah pemiliknya dengan kapasiti sehingga 18 Kilogram. Ia mampu bergerak pada kelajuan 35 kilometer sejam dan mengekori pemilik secara automatik. Piaggio Gita akan dilancarkan 2 Februari ini dan buat masa ini mensasarkan pemilik perniagaan. Terdapat perancangan untuk menjualkan kepada orang ramai dalam masa setahun. Tiada harga diumumkan setakat ini.

(Konsep) Alo – Telefon Pintar Kawalan Suara Sepenuhnya Rekaan Philippe Starck Dan Jerome Olivet

(Konsep) Alo – Telefon Pintar Kawalan Suara Sepenuhnya Rekaan Philippe Starck Dan Jerome Olivet

Sejak 2007 rekaan peranti pintar tidak banyak berbeza. Kesemuanya menggunakan acuan yang digunakan oleh iPhone dan berbentuk empat segi. Kekurangan variasi ini membuatkan pasaran peranti sedikit bosan jika dibandingkan ketika zaman pra-iPhone dengan peranti berbentuk daun Nokia 7600 dan gincu Nokia 7280.

Pereka industri ternama Philippe Starck bekerjasama dengan Jerome Olivet untuk menghasilkan peranti pintar konsep masa hadapan yang diberi nama Alo. Peranti ini tidak mempunyai skrin sesentuh ataupun butang fizikal. Alo dikawal sepenuhnya dengan kawalan suara pengguna. Keseluran tubuh peranti juga lutcahaya kerana diperbuat daripada bahan seakan kristal. Untuk memaparkan kandungan multimedia pula, sistem paparan hologram digunakan. Rekaan Alo ini amat berbeza dari rekaan Xiaomi Mi Mix yang turut direka oleh Philippe Starck tahun lalu.

'Kesian dengan graduan under PTPTN, tak bayar kena block' - Ahmad Idham

'Kesian dengan graduan under PTPTN, tak bayar kena block' - Ahmad Idham


PUTRAJAYA - Ahad lalu, pengarah filem, Ahmad Idham Nadzri, berkongsikan pandangannya mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan sekatan keluar negara terhadap peminjamnya yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar. 

Tweet Ahmad Idham itu mendapat banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyokong pandangannya. 

"Kasihan saya dengan graduan under PTPTN. Tak bayar, kena block. Nak bayar macam mana kalau peluang pekerjaan pun susah sekarang ni? Adik ke (tindakan seperti ini) pada mereka? Terfikir, kenapa sampai nak kena block Imigresen? Kerajaan dah tak percaya pada rakyat sendiri ke? Bukan ke rakyat yang pilih kerajaan?

"Kalau yang baru kerja, gaji pun cukup-cukup nak bayar keperluan asas saja, kan. Kos saraan hidup kini tinggi, beban hutang belajar lagi, nak tanggung tu. Bukan ke lagi bijak bukakan peluang untuk mereka bekerja di luar negara. Bolehlah mereka menjana pendapatan untuk bayar hutang belajar. Ini (tidak) terus hukum, bukan bagi solution. 

"Maaf, saya bersuara sebab saya risaukan masa depan generasi muda kita. Peluang pekerjaan semakin sukar. Syarikat sudah banyak ditutup. Syarikat besar pun buang pekerja. Jadi?

"Saya sering tertanya-tanya, adakah dengan dijatuhkan sekatan Imigresen pada graduan ini merupakan satu bentuk 'hukuman untuk mendidik' atau untuk menekan? Dikatakan belia adalah masa depan negara, adakah ini salah satu pelan mendidik remaja untuk persiapkan mereka di masa depan? Terus terang saya amat risau akan modul mendidik jika inilah caranya," katanya. 

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat bahawa mereka juga bimbang dengan masa depan anak-anak mereka di masa depan jika tidak mendapat pinjaman PTPTN hanya disebabkan oleh peminjam terdahulu enggan membayar balik pinjaman.

Selain itu, netizen juga menjelaskan PTPTN tidak akan mengenakan sekatan sesuka hati terhadap peminjamnya.

"PTPTN hanya akan block peminjamnya yang sudah lama tidak membuat beryaran atau tunggakan lama. Bukannya baru grad dah diblock. Hutang tetap hutang, larilah macam mana pun, hidup akan rasa tak tenang," kata Ayumi. - The Reporter
Android Nougat 7.1.2 Beta Boleh Dimuat Turun Hari Ini

Android Nougat 7.1.2 Beta Boleh Dimuat Turun Hari Ini

Majoriti peranti Android masih lagi menggunakan Lollipop. Hanya sebahagian kecil sudah menerima kemas kini ke Android 7.0 Marshmallow seperti Samsung Galaxy S7 Edge di Malaysia minggu lalu. Google mengumumkan Android Nougat 7.1.2 Beta boleh dimuat turun bermula hari ini oleh peserta Android Beta Program.

Nougat

Peranti Google Pixel, Pixel XL, Nexus 5X Nexus Player dan Nexus C boleh menyertai program ini. Untuk pemilik Nexus 6P muat turun akan diberikan dalam masa terdekat. Android 7.1.2 akan membawakan perubahan kecil ke atas kestabilan peranti dengan pengoptimasian serta memperbaiki pepijat yang dikesan sebelum ini. Pihak Google mensasarkan kemas kini Android 7.1.2 kepada semua peranti yang layak dalam masa dua bulan.

Razer Mengambil Alih Nextbit – Pengeluar Telefon Pintar Awanan Robin

Razer Mengambil Alih Nextbit – Pengeluar Telefon Pintar Awanan Robin

Razer terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan aksesori permainan video yang digunakan atlet e-sukan. Di CES yang baru sahaja berlalu mereka memaparkan komputer riba dengan tiga skrin 4K yang kemudiannya dirompak. Hari ini mereka disahkan mengambil alih Nextbit, syarikat yang menghasilkan telefon pintar Robin yang menggunakan storan awanan.

Pengumuman dilakukan oleh Nextbit menerusi laman media sosial mereka. Penjualan Robin dan kesemua aksesorinya dihentikan serta merta. Nexbit berjanji akan memberikan jaminan selama enam bulan dan terus menyokong peranti ini sehingga Februari 2018. Dengan pengambilalihan ini, mungkin peranti pintar berjenama Razer akan menjadi kenyataan. Sebelum ini mereka ada menghasilkan kerangka khas untuk iPhone. Bersediakah anda untuk telefon Razer dengan sokongan lampu Chroma di masa hadapan?

'Honda City V9*** nak langgar kami (motosikal) dari belakang di lorong kecemasan!'

'Honda City V9*** nak langgar kami (motosikal) dari belakang di lorong kecemasan!'


TAPAH, PERAK - Niat pasangan suami isteri yang menaiki motosikal menghalang sebuah kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan, hampir menyebabkan mereka kemalangan. 

Dalam kejadian malam tadi, mangsa, Mysarah Omar dan suaminya, Amirul Shahiranshah, mendakwa kereta Honda City model 2014 berwarna putih itu sememangnya berniat mahu mencederakan mereka kerana berang dihalang menggunakan laluan kecemasan. 

"Pemandu itu memang berniat ingin mencederakan kami kerana kami menghalangnya menggunakan laluan kecemasan. Dalam keadaan lebuhraya yang sesak, dia tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan kemudian membuat brek mengejut agar kami panik. 

"Suami saya telah mengejarnya dan hanya sempat merakam gambar tersebut," katanya yang juga difahamkan telah membuat laporan polis. 

 V9887 Honda City (putih) nak langgar aq dgn wife (naik motor) dari belakang di laluan emergency lane.. 2 3...
Posted by Amirul Shahiranshah on Monday, 30 January 2017

"Saya juga penunggang motosikal dan pemandu kereta, tak sangka dalam kesesakan lalu lintas ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri," katanya lagi. - The Reporter

Dropbox Memfokuskan Sepenuhnya Kepada Pengguna Perusahaan

Dropbox sebelum ini membahagikan fokus mereka kepada dua, iaitu satu untuk pengguna umum dalam dunia teknologi, dan satu lagi untuk pengguna korporat. Kini, untuk tahun 2017, fokus syarikat perkhidmatan storan awan berkenaan berubah, dan memfokuskan sepenuhnya ke arena perusahaan.

Dropbox sebelum ini telah dimulakan pada 2017 sebagai sebuah laman web untuk menyimpan fail-fail peribadi dan juga gambar. Seterusnya, ia telah berkembang sebagai perkhidmatan awan yang digunakan ramai untuk menyimpan dokumen dan sebagainya. Kini, sasaran Dropbox adalah untuk menjadi salah satu storan fail utama dan menjadi perkhidmatan pengurusan projek dalam pelbagai syarikat.

DropboxDropbox kini sedang dalam usaha menjenamakan semula perkhidmatan mereka, dan inginkan pelbagai syarikat untuk menjadi pengganti kepada pelayan fail (file server) yang digunakan untuk menyimpan informasi dan menjalankan pangkalan.

Langkah ini adalah sebahagian daripada perancangan Dropbox dalam usaha menaikkan angka jualan mereka. Pasaran perusahaan membawa pulangan yang lebih tinggi berbanding untuk pengguna umum. Tetapi pada masa yang sama, ia mempunyai lebih banyak pesaing, termasuk Box, Microsoft dan Alphabet. Pasaran ini sahaja dikatakan bernilai sekitar $10 bilion setahun.

Dengan fokus terhadap perusahaan ini, Dropbox turut hadir dengan beberapa fungsi khusus tambahan. Salah satu yang diperkenalkan hari ini adalah SmartSync. Melalui SmartSync, ia membolehkan para pengguna mengakses data bersaiz besar tanpa perlu memuat-turunnya secara keseluruhan. INin membolehkan informasi dilihat pada komputer riba dengan spesifikasi terhad tanpa sebarang masalah. Disamping itu, Dropbox juga turut memperkenalkan fungsi Folders for Teams yang boleh digunakan pada keseluruhan syarikat dengan mudah.

Pada masa yang sama, Dropbox juga turut melihat kepada pasaran memfokuskan kolaborasi dan kerjasama, salah satu pasaran yang mempunyai persaingan tinggi, termasuk antaranya adalah Slack dan Trello. Dropbox hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan kolaborasi mereka, Paper dalam lebih 21 bahasa, dan pada masa yang sama menguji beberapa fungsi baru pada Paper untuk memudahkan pembahagian tugasan kepada rakan-rakan, serta menetapkan tarikh untuk menghantar tugasan.

Ketua Pegawai Operasi Dropbox, Dennis Woodside mengatakan mereka ingin pasukan menggunakan Dropbox untuk memulakan projek, menguruskannya, dan menghantarnya – semuanya melalui Dropbox. “Semua aktiviti kolaborasi yang digunakan dalam menghasilkan kempen pemasaran, atau rekaan bangunan, kami rasa boleh berlaku dalam Dropbox. Kini semua kolaborasi dilakukan melalui emel atau perkhidmatan seperti Slack, tetapi kami rasakan Dropbox boleh memberi kaedah yang lebih baik untuk pelbagai senario.”

Anis Al Idrus Nafi Dirinya Playgirl Bertudung

Anis Al Idrus Nafi Dirinya Playgirl Bertudung

Akibat dua kali percintaan terkandas di tengah jalan bersama Sharnaaz Ahmad dan juga Raja Afiq, menurut Utusan Online, ada yang menyifatkan pelakon Anis Al Idrus sebagai playgirl bertudung. Namun perkara tersebut dinafikan oleh Anis malah dia juga tidak mudah melatah dengan perkara tersebut.

BACA: Cinta Antara Raja Afiq & Anis Al Idrus Sudah Berakhir

“Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar”

“Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.
Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat”

“Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain. Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan?” jelasnya lagi.

Tambah Anis lagi, ketika ini dia cukup sibuk dengan kerjanya sehingga tidak memikirkan langsung mengenai perkara berkaitan cinta. Namun menurut Anis, jika ada lelaki yang mahu bertakhta di hatinya, lelaki tersebut perlulah memahami kerjayanya yang selalu sibuk. (rtky/s)

Akibat Udang Awet, Nabila Huda Derita Alahan Teruk

Akibat Udang Awet, Nabila Huda Derita Alahan Teruk

Gara gara termakan udang yang telah diawet dengan bahan kimia, Nabila Huda telah diserang alahan teruk yang menyebabkan muka dan badannya mengalami kegatalan yang membentuk bintik-bintik merah.

BACA: “Soal Anak Bergantung Pada Rezeki”

“Saya cuma makan udang yang dibeli dan dimasak sendiri. Selepas mengalami alahan teruk Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa udang yang saya beli itu diawet dengan bahan kimia supaya tahan lama”

“Seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik merah, tetapi mujurlah bahagian muka tidak terlalu teruk. Sebelum ini, saya memang selalu makan udang kerana ia makanan laut kegemaran saya dan tak pernah pula alami perkara sebegini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Ketika ini, pelakon wanita berkenaan terpaksa bergantung kepada ubat yang membantu mengurangkan gatal. Tambah Nabila lagi, keadaannya kini bertambah baik malah peminatnya di Instagram turut mendoakan agar dia cepat sembuh. (rtky/s)

Microsoft Dijangka Hadir Dengan Windows 10 Cloud Dengan Ciri-Ciri Lebih Kurang Seperti Windows RT?

Mungkin ramai sedia maklum mengenai Windows RT, salah satu sistem operasi yang kurang popular daripada Microsoft disebabkan sokongan perisian yang terhad padanya. Versi sistem operasi berkenaan sendiri seperti tidak menerima kemaskini lagi, tetapi ia dilihat Microsoft bakal hadir dengan sesuatu yang baru, dikenali buat masa ini dengan nama “Windows 10 Cloud“.

Melalui Windows 10 Cloud ini, ia akan menawarkan sistem operasi Windows 10 yang lebih diringkaskan, dan hanya mampu menjalankan aplikasi universal yang ditawarkan melalui Windows Store.

Ia tidak diketahui bagaimanakah pihak Microsoft akan memasarkannya kembali kepada pengguna. Mungkin Microsoft ingin menyediakan suatu alternatif kepada pengguna, dan tidak ingin tewas dalam arena komputer riba berharga rendah yang dipelopori oleh Chromebook pada masa kini.

Sebelum ini juga, pihak Microsoft telah memperlihatkan Windows 10 dijalankan pada cip pemprosesan Snapdragon, menandakan Windows 10 Cloud ini mungkin dijana menggunakan cip berasaskan ARM.

Info lanjut mengenai Windows 10 Cloud ini masih tidak diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya bersama-sama pengenalan Windows 10 Creators Update kelak.

Dropbox Paper – Aplikasi Mengambil Nota Dan Kolaborasi, Kini Ditawarkan Untuk Semua

Sejak 2015 yang lepas, Dropbox telah memperkenalkan sebuah aplikasi seumpama Google Docs, iaitu membolehkan para pengguna mengambil nota dan berkolaborasi antara satu sama lain, dinamakan Paper. Ketika pengenalan, ia sekadar ditawarkan kepada sejumlah pengguna dalam bentuk beta sahaja. Selepas diuji lebih setahun, hari ini Dropbox memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Dropbox Paper

Aplikasi berasaskan web, selain turut ditawarkan melalui peranti mudah-alih ini lebih memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan juga pasukan yang sedia menggunakan Dropbox untuk perkongsian pelbagai fail. Melalui Paper, anda boleh membangunkan atau berkongsi sebuah dokumen bersama rakan sekerja lain. Disamping hanya membuat dokumen biasa, pengguna turut boleh hadir dengan dokumen untuk dibentangkan dan sebagainya.

Seperti biasa, arena ini sedia mempunyai persaingan yang sedikit sengit – apatah lagi dengan Microsoft dengan Office 365, Google dengan G Suite, selain sejumlah perisian dan aplikasi daripada pembangun lain. Walaubagaimanapun, seperti biasa, ramai yang selesa dengan penawaran Dropbox, dan mungkin Paper dapat membantu mereka. Bagi anda yang mempunyai akaun Dropbox, boleh melayari laman Dropbox Paper dan mengujinya sendiri hari ini.

Layari : Dropbox Paper

Nad Zainal Yakin Suami Tak Songlap Duit

Nad Zainal Yakin Suami Tak Songlap Duit

Kehadiran suami, Faliq di dalam hidup Nad Zainal sedikit sebanyak membantu pelakon tersebut. Apa tidaknya, Faliq juga sebenarnya merupakan pengurus bagi Nad sekaligus membuatkan kerjayanya lebih tersusun malah tidak ada rahsia yang perlu disembunyikan mereka.

BACA: Berjauhan Dengan Anak, Nad Zainal Tertekan

“Lagipun, Faliq bekerja dalam indsutri yang sama. Kebanyakan penerbit dan produksi yang menghubungi adalah kawan kami. Jadi urusan lebih mudah. Bagi saya, tidak wujud isu tak percaya”

“Sampai di rumah pun kami berbincang urusan kerja. Bagi kami, soal kerja boleh dibincag di mana-mana. Saya tak perlu bimbang soal bayaran yang diminta. Takkanlah suami sendiri nak aniaya saya,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain menyatakan bahawa Faliq merupakan seorang yang jujur, suaminya itu dalam masa turut menasihatkan agar Nad memilih karya yang mahu dilakonkannya dan bukanlah sekadar tangkap muat. (rtky/s)

Pos Malaysia Akan Memperkenalkan Peti Surat Digital Pada Pertengahan 2017 Ini

Dengan perkembangan arena digital dan fokus kerajaan melalui Tahun Ekonomi Digital, pelbagai syarikat sedang melihat ke arena berkenaan. Pihak Pos Malaysia turut tidak ketinggalan dan sedia membuat pelaburan dalam pelbagai integrasi teknologi, dan untuk tahun 2017 ini, mereka berkongsi perancangan untuk memperkenalkan Peti Surat Digital.

Perancangan memperkenalkan Peti Surat Digital ini bukan sesuatu yang baru. Mereka telah mengumumkan perancangan untuknya pada 2013 lepas, dan mengatakan ingin memperkenalkan sekitar 2014. Tetapi, ia seperti tidak berlaku, dan kini melalui perkongsian Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi & Mutltimedia Malaysia (SKMM) bakal memperkenalkannya pada pertengahan tahun 2017 ini.

Apakah ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya masih menjadi tanda tanya. Daripada apa yang dikongsikan, ia secara kasar dilihat akan membolehkan pengguna menerima mel digital dalam tempoh kurang 24 jam, selain menerapkan pelbagai ciri-ciri keselamatan. Pos Malaysia sendiri merupakan pemilik Digicert, dan sekuriti dan keselamatan merupakan salah satu kepakaran mereka. Namun, bagaimanakah fungsi Peti Surat Digital ini masih menjadi tanda tanya.

Jikalau dilihat daripada perkongsian pihak Pos Malaysia pada 2013 yang lepas, perkhidmatan yang dipanggil “Peti Surat Digital” dikatakan mampu memudahkan pengguna membuat pembayaran bil secara atas-talian. Mungkin mereka akan bekerjasama dengan sejumlah pihak, memandangkan sebahagian daripada surat yang dihantar melibatkan bil dan juga penyata akaun. Berkemungkinan kita akan melihat suatu implementasi seumpama MyEG daripada pihak Pos Malaysia.

Di Australia, Australia Post telah memperkenalkan perkhidmatan yang dinamakan “MyPost Digital Mailbox”, yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pembayaran, menyimpan dokumen penting, menerima mel komunikasi daripada mereka yang penting – selain memudahkan pengguna berhubung dengan pihak kerajaan dan pelbagai perniagaan di sana.

Apakah yang bakal ditawarkan oleh Pos Malaysia dan SKMM ini masih menjadi tanda tanya, dan mungkin terjawab pada suku kedua 2017 ini. Walaupun mempunyai peti surat digital ini, penghantaran mel seperti biasa melalui fizikal akan diteruskan oleh Pos Malaysia seperti biasa.

Fitbit Menghentikan 6% Daripada Tenaga Kerja

Fitbit Menghentikan 6% Daripada Tenaga Kerja

Fitbit hari ini mengatakan mereka akan menamatkan sekitar 110 pekerja atau 6% daripada tenaga kerja mereka, dan pada masa yang sama mereka menekankan yang mana sasaran jualan mereka tidak akan mencapat apa yang telah disasarkan sebelum ini oleh para penganalisa.

Fitbit dijangka melaporkan yang mana mereka telah menjual 6.5 juta peranti pada suku berakhir 31 Disember 2016 lepas, dengan pendapatan sekitar $580 juta. Daripada sasaran penganalisa sebelum ini, mereka menyasarkan untuk mencapai angka jualan sekitar $736.4 juta.

Fitbit pada tahun lepas dilihat sukar untuk mengekalkan momentum permintaan untuk peranti boleh-pakai mereka – yang mana dilihat lebih popular dikalangan mereka yang gemar bersukan dan menyertai arena kecergasan. Pada masa yang sama, Fitbit turut menerima persaingan daripada Apple Watch, serta pelbagai model peranti daripada syarikat China.

Syarikat peranti kecergasan popular ini mengatakan mereka sedang merangka semula perniagaan mereka dalam mencapai model operasi yang lebih efisyen berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, pihak Fitbit dilihat telah mengambil-alih beberapa syarikat dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti boleh-pakai, termasuk mengambil-alih Pebble. Pada tahun ini, Fitbit dijangka hadir dengan sejumlah produk dan penawaran baru, termasuk kedai aplikasi khusus.

Wine 2.0 Hadir Membolehkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux Dan macOS

Wine 2.0 Hadir Membolehkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux Dan macOS

Pada hari ini, ramai sedia maklum yang mana perisian yang ditawarkan untuk desktop Windows adalah lebih banyak berbanding dengan penawaran untuk Linux ataupun macOS. Sebagai alternatif untuknya, Wine membantu dalam memudahkan pengguna Linux dan macOS menjalankan perisian Windows pada desktop mereka.

Wine merupakan salah satu perisian yang membantu membawa perisian Windows ke Linux dan macOS, dimana perisian Wine ini menyediakan persekitaran seumpama pada Windows, dan menawarkan kemudahan untuk pengguna menjalankan perisian Windows pada telefon pintar lain.

Kemaskini baru ini membawakan sokongan yang lebih baik untuk Direct3D 10/11, selain memudahkan pengguna untuk menjalankan perisian Office 2013 fenagn lebih stabil. Wine 2.0 juga turut menyertakan sokongan untuk menjalankan perisian 64-bit pada macOS.

Bagi anda yang menggunakan Linux, BSD, Solaris atau macOS, anda boleh memuat-turun Wine dan mencubanya dalam menjalankan perisian Windows pada sistem operasi anda.

Muat-Turun Wine

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 05 Februari 2017

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 05 Februari 2017

Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai :

1. JURUGEOSPATIAL J41

Tarikh tutup permohonan 05 Februari 2017
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

​​​Permohonan jawatan secara online disini
Bagaimana Menghentikan Penerimaan Notifikasi Instagram Live

Bagaimana Menghentikan Penerimaan Notifikasi Instagram Live

Sejak daripada minggu lepas, pihak Instagram telah memperkenalkan fungsi siaran langsung melalui platform mereka, dinamakan Instagram Live kepada semua. Apa yang sedikit kurang menariknya mengenai fungsi baru ini adalah anda akan menerima notifikasi sebaik sahaja rakan anda lain membuat siaran langsung melaluinya – dan mungkin sedia menganggu tugasan anda.

Tujuan pihak Instagram membuat sebegitu adalah kerana siaran langsung melalui Instagram Live tidak disimpan, dan akan dipadam selepas siaran berkenaan dihentikan. Namun, mungkin juga ada pengguna yang tidak menyukainya – dan untuk tujuan berkenaan, pihak Instagram menyediakan fungsi mematikan sokongan notifikasi berkenaan.

Bagi anda yang tidak meminatinya, anda boleh mematikan sokongan notifikasi berkenaan.

Instagram Live

Pada aplikasi Instagram, anda hanya perlu membuka halaman Settings dan seterusnys pilih Push Notifications. Seterusnya pada Push Notifications, anda perlu menatal kebahagian Live Videos, dan memilih untuk mematikannya.

Selepas mematikannya, anda tidak lagi akan menerima notifikasi apabila rakan-rakan anda membuat siaran langsung melalui Instagram Live.

MYNIC Ingin Hadir Dengan Laman Jual-Beli Khusus Untuk Golongan Kreatif

MYNIC Ingin Hadir Dengan Laman Jual-Beli Khusus Untuk Golongan Kreatif

Pada hari ini, terdapat beberapa laman yang menawarkan kemudahan untuk mereka yang terlibat dalam arena multimedia kreatif untuk menjual apa yang direkabentuk oleh mereka. Perkhidmatan seumpamanya yang popular pada peringkat global adalah termasuk Envato dan juga CreativeMarket.

Selain daripadanya, kini MYNIC – badan yang menguruskan nama domain di Malaysia, dilihat turut sedang membangunkan sebuah laman khusus untuk membolehkan mereka dalam bidang kreatif untuk menjual apa yang direkabentuk oleh mereka. Ini mungkin termasuk dari segi rekaan logo, grafik, poster, laman web, malah termasuk video dan sebagainya.

KreatifMarket

Pihak MYNIC melalui laman berkenaan yang dinamakan sebagai KreatifMarket, mereka mengatakan para perekabentuk dan mereka dalam bidang kreatif boleh menjual usaha mereka kepada wang – memberikan petanda ia mungkin berfungsi seumpama Envato dan juga CreativeMarket.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan untuk pelancaran rasminya. Dengan pihak MYNIC disebaliknya, mungkinkah kita akan melihat platform ini menjadi salah satu platform yang berjaya di Malaysia?