Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland

Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland

Penggunaan tenaga elektrik yang menggunakan sumber lestari semakin mendapat tempat di dunia setelah ramai mula menyedari bahaya pergantungan kepada penjanaan menggunakan bahan api fosil. Di Timur Laut Scotland, stesen janakuasa kincir angin terapung pertama di dunia mula dibina.

Stesen janakuasa Hywind akan dilengkapi lima kincir angin gergasi yang akan membekalkan kuasa kepada 20,000 rumah. Setiap kincir setinggi 175 meter ini dilengkapi tiga bilah kipas masing-masing sepanjang 75 meter. Sebelum ini janakuasa kincir angin perlu dipasak ke permukaan laut dan ini menghadkan kawasan di mana ia boleh dibina.

Dengan teknologi baru ini, ia boleh diletakkan di mana-mana kawasan dengan kedalaman maksimum 1 kilometer. Bahagian atas kincir terapung dengan kabel dipasang ke lantai laut bagi mengekalkan kedudukannya.

Hywind terletak 25 kilometer dari bandar Peterhead dengan kos pembinaan mencecah £190 Juta (RM 1.06 Billion). Firma Statoil yang membina Hywind mensasarkan teknologi digunakan di Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai banyak kawasan laut dalam yang boleh digunakan untuk membina stesen janakuasa terapung.

Pembesar Suara Pintar Xiaomi Mi AI Dilancarkan

Pembesar Suara Pintar Xiaomi Mi AI Dilancarkan

Xiaomi tidak mahu ketinggalan di dalam arena pembesar suara pintar. Mereka baru sahaja melancarkan pembesar suara pintar Xiaomi Mi AI sebagai jawapan kepada Google Home, Amazon Echo dan Apple HomePod. Pembesar suara ini dilengkapi dua pemacu audio dan satu subwoofer bagi memberikan kemampuan audio yang baik. Enam mikrofon disertakan bagi membolehkannya mendengar arahan suara dari kesemua arah.

Rekaannya adalah seperti Amazon Echo tetapi dengan sisi lebih berkotak. Pada bahagian atas terdapat beberapa butang kawalan muzik. Sebuah aplikasi perlu dimuat turun pada peranti bagi mengawal Mi AI. Seperti pembesar suara lain, Mi AI boleh mengawal pemain muzik, memberitahu ramalan cuaca dan menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Selain daripada itu ia turut mengawal peralatan elektrik pintar seperti lampu dan pendingin hawa yang digunakan di rumah. Xiaomi Mi AI dijual pada harga RMB 299 (~RM 190) sebuah.

Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri

Dakwa ditendang dan ditampar guru, rupanya terjatuh sendiri


TAWAU, SABAH - Murid perempuan tahun empat yang mendakwa cedera akibat ditendang dan ditampar oleh gurunya pada 10 Julai lalu, sebenarnya terjatuh sendiri ketika membeli makanan di luar kawasan sekolah, lapor Berita Harian. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan pihaknya mendapati murid terbabit mereka cerita kerana bimbang dimarahi oleh ibu bapanya sekiranya mereka mendapat tahu kejadian yang sebenar. 

Dalam siasatan polis, keterangan semua saksi termasuk rakan sekelas murid terbabit juga konsisten menyatakan guru lelaki yang didakwa itu sebenarnya tidak melakukan apa-apa terhadap kanak-kanak berkenaan. 


Ekoran itu, ibu murid berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 10 Julai lalu selain meminta polis tidak meneruskan siasatan. 

"Pengadu juga telah memohon maaf kepada guru terbabit dan pihak sekolah. 

"Timbalan Pendakwa Raya (TPR) juga mengambil keputusan kes berkenaan tidak diteruskan," katanya. 

Terdahulu, murid terbabit mendakwa dia telah ditendang dan ditampar oleh guru sekolahnya kerana lewat masuk kelas. 


Ibu murid berkenaan kemudian membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit pada bahagian kaki kiri dan tidak dapat berdiri.

Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan retak pada buku lali mangsa. Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis. 
2 pembantu taska dirogol dan disimbah dengan cecair peluntur

2 pembantu taska dirogol dan disimbah dengan cecair peluntur


AMPANG JAYA, SELANGOR - Dua wanita termasuk seorang wanita berusia 45 tahun dirogol dua lelaki sebelum disimbah dengan cecair peluntur, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 4 pagi pada 14 Julai yang lalu di Pandan Indah, kedua-dua mangsa yang merupakan pembantu taska dirogol oleh dua lelaki terbabit yang memecah masuk ke taska. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua suspek itu juga melarikan beberapa barangan milik mangsa. 

"Mangsa dirogol dan disimbah dengan cecair peluntur yang kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum suspek melarikan diri bersama televisyen dan telefon milik mangsa," katanya. 

Fadzil berkata, hasil siasatan berjaya menahan seramai tujuh orang suspek warga tempatan yang berusia antara 27 hingga 45 tahun dalam serbuan yang dilakukan bermula jam 5 petang hingga jam 5 pagi tadi di sekitar Ampang Jaya. 

"Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. 

KFC India Hadir Dengan Gamer Box 2.0 – Mengubah Telefon Pintar Menjadi Konsol Mudah-Alih

KFC baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan kerjasama Huawei di China. Selain daripadanya, kini di India pula, KFC bekerjasama dengan pihak Mountain Dew untuk menawarkan suatu penawaran baru dinamakan Gamer’s Box 2.0.

KFC Gamers Box

Gamer’s Box 2.0 hadir dengan makanan didalamnya, selain dilengkapi alat kawalan pada bahagian kiri dan kanan, serta bahagian khusus untuk anda meletakkan telefon pintar di bahagian atas. Alat kawalan yang ditawarkan KFC ini berhubung secara Bluetooth ke telefon pintar.

KFC mengatakan ia menyokong peranti iOS 7.0 dan terkini, serta Andorid 3.2 dan terkini.

Di India, KFC tidak menjualnya, tetapi menawarkan ia dalam kuantiti sangat terhad melalui pertandingan yang dilakukan mereka secara atas-talian.

Xiaomi Mi 5X Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera, Rekaan Logam Dan Snapdragon 625

Xiaomi Mi 5X Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera, Rekaan Logam Dan Snapdragon 625

Xiaomi hari ini secara rasminya telahh memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Xiaomi Mi 5X. Berbeza dengan keluarga Redmi yang memfokuskan penawaran spesifikasi rendah-pertengahan, melalui siri keluarga Mi, ia memfokuskan kepada penawaran spesifikasi pertengahan dengan ciri-ciri premium.

Xiaomi Mi 5X

Menjadi fokus utama pada Xiaomi Mi 5X adalah penggunaan dwi-kamera di belakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel dengan rakaman luas, dan juga sensor 12-megapixel Telephoto. Penawaran kamera ini adalah sama seperti Mi 6, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk Potrait Mode dan sejumlah ciri-ciri lain.

Xiaomi Mi 5X

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 5X menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3080mAh.

Xiaomi turut mengatakan ia hadir dengan lapisan anti-cap jari yang memberikan pengalaman lebih baik pada tangan. Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan audio berkualiti tinggi melaluinya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China, dimana versi storan 64GB ditawarkan pada harga RMB1499, iaitu sekitar RM950.

Xiaomi Mi 5X

Dua Model Baru Fon Kepala Razer Tiamat Dilancarkan

Dua Model Baru Fon Kepala Razer Tiamat Dilancarkan

Fon kepala yang baik akan memberikan pengalaman menyelami dunia permainan video dengan lebih sempurna. Bagi mereka yang mencari fon kepala khas untuk permainan video, dua model terbaru Razer Tiamat dilancarkan hari ini. Razer Tiamat 7.1 V2 dan Tiamat 2.2 V2 kedua-duanya mensasarkan dua kumpulan berbeza.

Bagi penggemar audio surround, Tiamat 7.1 V2 menyokong audio 7.1 dan dilengkapi 10 pemacu audio. Fon kepala ini mempunyai satu pemacu 40mm, dua pemacu 30mm dan dua pemacu 20 mm pada setiap telinga. Empat sambungan bicu audio 3.5mm diperlukan bagi mendapatkan kualiti audio terbaik. Tetapi ia turut boleh berfungsi sebagai fon kepala stereo apabila diperlukan dan terdapat sebuah mic terbina. Harga jualan Tiamat 7.1 V2 ialah $200 (~RM 857) sepasang.

Tiamat 2.2 V2 pula ialah fon kepada stereo biasa yang turut menyokong sistem audio surround secara maya. Sepasang pemacu audio 50mm digunakan pada setiap telinga. Fon kepala ini dijual pada harga $130 (~RM 557) sepasang.

Video Permainan Uncharted : The Lost Legacy Selama 14 Minit Diperlihatkan

Permainan video Uncharted : The Lost Legacy ialah siri sampingan yang dihasilkan bagi mereka yang tidak puas dengan Uncharted 4. Permainan ini akan dilancarkan pada 22 Ogos hadapan eksklusif di PlayStation 4. Pihak Sony hari ini memperlihatkan video permainan selama 14 minit dari permainan ini.

Ia menyerupai demo pendek yang turut diperlihatkan oleh Sony untuk Uncharted 4 sebelum ini. Chloe dan Nadine menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk mengembara di sebuah kawasan yang luas. Game mechanics yang ditemui pada video di atas tidak banyak bezanya dari Uncharted 4 begitu juga dengan kualiti grafik. Win digunakan untuk menyelesaikan teka-teki dan Chloe dapat melakukan serangan dari udara. Kami tidak sabar lagi menantikan pelancaran permainan ini.

Harga Moto M Dikemaskini – Kini Ditawarkan Pada Harga RM999

Moto M telah ditawarkan di Malaysia sejak awal 2017, dan kini dengan penawaran sejumlah produk berjenaman Moto baru di Malaysia, pihak Lenovo Mobile turut mengambil peluang untuk mengemaskini harga jualan untuk Moto M. Kini, Moto M dijual pada harga RM999.

Moto M hadir dengan skrin 5.5-inci IPS LCD dengan resolusi 1080p, menggunakan cip MediaTek Helio P15, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Peranti ini turut menawarkan kamera utama 16-megapixel, dan kamera selfie 8-megapixel.

Selain daripada Moto M, bagi anda yang inginkan penawaran yang sedikit berkuasa dengan kamera lebih baik, mungkin boleh turut menyemak Moto G5 Plus yang turut ditawarkan pada harga RM1299.

Baca : Ulasan Moto M

Google Mengatakan Sebanyak 11 Telefon Pintar Akan Menyokong Daydream VR Menjelang Penghujung 2017

Google Mengatakan Sebanyak 11 Telefon Pintar Akan Menyokong Daydream VR Menjelang Penghujung 2017

Google sebelum ini telah memperkenalkan platform realiti-maya mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Daydream. Ia hadir diintegrasikan pada peranti Android – dan memerlukan sokongan beberapa spesifikasi khusus untuk menerima pengesahan sokongan Daydream daripada Google.

Buat masa ini, peranti yang menyokongnya masih terhad. Antara yang menyokongnya adalah termasuk Asus Zenfone AR, Huawei Mate 9 Pro, Moto Z, dan ZTE Axon 7. Disamping itu, sokongan Daydream turut telah diumumkan untuk Galaxy S8 dan Galaxy S8+ sebelum ini.

Berkongsi lanjut mengenainya, Google melalui pengumuman kewangan mengatakan akan terdapat sekitar 11 telefon pintar yang menyokong Daydream menjelang penghujung 2017 kelak. Apakah peranti yang akan menyokongnya masih tidak diketahui – dan mungkin kita boleh melihat peranti Pixel dan Note 8 akan hadir dengan sokongannya.

Rakyat Malaysia dikecualikan dari Cukai Pelancongan

Rakyat Malaysia dikecualikan dari Cukai Pelancongan


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan untuk memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas rakyat Malaysia berkuatkuasa 1 Ogos ini, lapor Astro Awani.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, cukai pelancongan itu hanya  akan dikenakan terhadap pelancong asing pada kadar rata RM10 bagi semua kelas hotel.

Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan dikenakan cukai tersebut apabila menginap di mana-mana hotel bertaraf lima bintang hingga hotel tiada bintang, mahupun homestay.

"Saya sebut dengan jelas iaitu bahawa, kita (kerajaan) mengenakan RM10 flat dari hotel lima bintang hingga hotel tiada bintang kepada pelancong asing.

"Jelas saya sebut tadi bahawa, rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai pelancongan ini dan mereka dikecualikan dari hotel lima bintang hingga hotel tiada bintang.

"Ini adalah hasil daripada perjumpaan dan kita bincang dan kita dengar pandangan mereka. Kita bersimpati dan kita mengambil keputusan ini," katanya di Dewan Parlimen hari ini.

10 Memori Menarik Perisian Adobe Flash

Sedikit terkejut hari ini, dimana selepas desas-desus dan laporan mengatakan Adobe Flash mungkin akan pupus menjelang 2018 yang lepas, kini pihak Adobe sendiri mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk perisian berkenaan dan Adobe Flash Player pada penghujung 2020 kelak. Ini bermakna, selepas tarikh berkenaan, tiada lagi muat-turun atau kemaskini akan ditawarkan untuk perisian berkenaan.

Pernah suatu ketika dahulu Flash ialah pemalam yang sangat popular digunakan pada laman kerana memberikan animasi grafik yang menarik serta kemampuan interaktif yang tinggi. Di bawah ialah senarai 10 perkara menarik dan boleh tidak boleh dilupakan pernah dilakukan menggunakan perisian Flash.

10.SAJJAD ALI

Sekiranya anda belajar di kolej ataupun menggunakan aplikasi LimeWire sekitar tahun 2002 anda pasti mengenali animasi Flash ini. Ianya menjadi “viral” di kolej Universiti Teknologi Petronas tempat kami pernah melanjutkan pelajaran suatu ketika dahulu. Kami juga difahamkan Sajjad Ali turut viral di beberapa universiti lain seperti Uniten dan MMU. Mengapa ianya viral? Kerana ia merupakan antara animasi Flash terawal yang melakukan kejutan kepada mereka yang menontonnya. Di awal animasi penonton membaca cerita bagaimana Sajjad Ali memberikan inspirasi muzik kepada Michael Jackson. Sedang mereka asyik membaca secara tiba-tiba  mereka dikejutkan dengan jeritan hantu yang muncul secara tiba-tiba. Sajjad Ali dihantar kepada kawan sebagai jenaka ganas. Kami pernah melihat seorang teman terjatuh dari kerusi dan tercedera kerana kejutan Sajjad Ali. Sekiranya anda tidak pernah melihat animasi Sajjad Ali, tontonilah videonya di bawah.

9.SCARY MAZE GAME

Kepopularan Sajjad Ali mungkin menjadi inspirasi kepada Scary Maze Game. Kami percaya ramai di kalangan pembaca Amanz pernah bermain permainan Flash ini ataupun melihat video orang terkejut ketika memainkannya. Permainan Scary Maze dibangunkan oleh Jeremy WInterrowd pada tahun 2003. Premis permainan ialah mengawal titik kecil melepasi halangan yang semakin lama semakin sukar. Setibanya di peringkat ke-3, laluan menjadi semakin kecil dan pemain perlu melihat sehampir mungkin pada skrin. Secara tiba-tiba wajah Reagan dari The Exorcist akan muncul lengkap dengan jeritan menyeringai. Ribuan video prank Scary Maze Game wujud di YouTube tetapi video di bawah ialah yang paling viral sekitar tahun 2006. Sekiranya anda berminat, Scary Maze Game masih boleh dimainkan di laman Winterrowd Games.

8.PORTAL FLASH

Portal ialah permainan teka teki yang memerlukan anda menggunakan sel otak. Ia mual dijual pada tahun 2007 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tetapi tidak semua pemilik PC mampu memainkan Portal kerana tidak mempunyai PC yang berkuasa. Oleh itu Portal edisi Flash dihasilkan oleh Hen Mazolski dan Ido Tal dua orang peminat tegar permainan yang dihasilkan oleh Valve. Portal versi Flash mempunyai 40 peringkat yang mencabar. Ia mengekalkan mekanisme permainan yang sama seperti versi 3D tetapi Portal kini menjadi versi 2D. Ianya masih mencabar dan memerlukan anda menggunakan medula oblongata secara intensif. Kerana kepopularannya, kesemua 40 peringkat Portal Flash kemudian dihasilkan semula oleh Valve di dalam Portal edisi asal. Sekiranya anda belum pernah mencubanya anda boleh melawat lama rasmi Portal Flash di We Create Flash.

FLASH-portal

7.LINE RIDER

Line Rider memulakan hidupnya sebagai projek Flash di dalam kelas oleh Boštjan Čadež, seorang pelajar Slovenia. Ianya kemudian dimuat naik ke laman DeviantArt pada tahun 2006. Pengguna boleh melakar laluan yang kemudian dinaiki oleh watak permainan yang menaiki sebuah lungsur salji. Line Rider menjadi popular kerana ia membenarkan pemain melakar laluan mengikut citarasa tersendiri dan menyimpannya. Bertitik tolak dari sebuah permainan Flash yang mudah, Line Rider kemudian menjadi permainan komputer di platform Nintendo DS, Wii dan juga iPhone. Ianya turut digunakan di dalam kelas untuk mengajar konsep fizik seperti momentum.

6.XIAO XIAO

Xiao Xiao ialah siri animasi orang lidi melakukan aksi kungfu melampau setanding dengan apa yang anda lihat di dalam filem Hong Kong. Keseluruhan animasi dihasilkan menggunakan Flash oleh Zhu Zhiqiang pada tahun 2002. Ia menjadi popular selepas dimuat naik ke laman NewsGrounds yang juga merupakan laman animasi Flash yang popular pada waktu tersebut. Sebanyak 10 animasi Xiao Xiao dihasilkan dan ia kemudian menjadi inspirasi kepada ratusan lagi penggiat Flash untuk menghasilkan versi mereka sendiri. Kepopularan Xiao Xiao kemudian digunakan oleh Nike untuk beberapa iklan mereka. Zhu Zhiqiang kemudian menyaman Nike kerana dikatakan meniru idea beliau. Nike kemudian didapati bersalah dan perlu membayar ganti rugi sebanyak $36000 kepada beliau. Kesemua animasi Flash asal Xiao Xiao masih boleh ditonton di laman Newsgrounds.

5.ANIMATOR VS ANIMATION

Terdapat ratusan animator yang mendapat inspirasi dari Xiao Xiao. Alan Becker ialah salah seorang yang mendapat inspirasi dan kemudian menghasilkan edisi beliau yang kami rasakan jauh lebih menarik dan kompleks. Animasi pertama Animator vs Animation dihasilkan pada tahun 2006 dan dimuat naik ke Newsgrounds dan DeviantArt. Seperti Xiao Xiao, Animator vs Animation turut menjadi viral dengan jumlah tontonan dikatakan mencecah 100 juta kali. Animasi ini kemudian dipaparkan di CNN, Comedy Central, Wall Street Journal dan Attack of The Show. Apa yang membuatkannya menarik? Keseluruhan animasi ini dihasilkan menggunakan Flash dan memaparkan pergaduhan di antara animator dan watak animasi di dalam susur program Flash itu sendiri.

4.MK VS SF

Siri permainan komputer manakah yang paling anda minati? Street Fighter ataupun Mortal Kombat? Watak manakah yang paling berkuasa? Ryu ataupun Raiden? Persoalan watak manakah yang paling berkuasa ini tidak pernah terjawab kerana permainan Street Fighter vs Mortal Kombat tidak pernah dihasilkan. Pada tahun 2005 animasi MK vs SF dihasilkan oleh Peroxicide yang memaparkan watak dua permainan komputer ini bertengkar sesama sendiri. Animasi ini dimuat naik ke laman Newsgrounds dan mendapat sambutan yang hangat. Peroxicide mengambil masa dua minggu menyiapkan karya agung beliau ini menggunakan 1000 sprites yang diambil dari permainan asal. Walaupun sudah berusia hampir 11 tahun, kualiti animasi MK vs SF masih lagi mengagumkan. Peminat dua permainan ini juga masih turut menanti Capcom dan NetherRealm Studio untuk menghasilkan permainan MK vs SF yang rasmi.

3.HOTEL 626

Interaktif, ini ialah perkataan yang sering ditekankan apabila membangunkan laman web sekitar 2008. Flash ialah perisian yang digunakan bagi meningkatkan tahap interaksi pengguna dengan laman. Perbagai cara digunakan untuk mencipta interaksi. Tetikus digunakan untuk mengawal antaramuka dan juga animasi. Hotel 626 ialah laman yang kami rasakan mengubah jangkaan pengguna tentang apakah yang boleh dilakukan dengan Flash. Ianya laman seram yang dihasilkan untuk mempromosikan keropok Doritos. Ia hanya boleh dimainkan dari jam 6 petang sehingga 6 pagi. Laman seram ini memerlukan interaksi menggunakan tetikus, papan kekunci, kamera web dan juga mikrofon.

Seingat kami tidak ada laman sebelum Hotel 626 yang menggabungkan kesemua input ini dari pengguna. Tetikus digunakan untuk mengambil gambar hantu seperti di dalam Fatal Frame. Mikrofon digunakan oleh pengguna untuk mendodoikan hantu kecil yang sedang tidur. Kamera web pula mengambil gambar anda ketika terkejut kerana disergah hantu. Jika Scary Maze Game membuatkan anda terkejut, Hotel 626 akan memberikan anda mimpi buruk selama beberapa hari. Laman ini memenangi anugerah berprestij seperti Webby Awards, The FWA dan Cannes Cyber Lion. Malang sekali Hotel 626 tidak lagi berfungsi. Tambah malang ialah lapan tahun selepas kewujudannya, tidak ada laman lain yang mampu memberikan tahap interaksi pengguna seperti Hotel 626.

2.HAPPY TREE FRIENDS

Flash pada asalnya ialah program animasi keyframe yang diberi nama FutureWave. Hanya selepas dijual kepada MacroMedia ia menjadi popular sebagai alat animasi laman web dan juga penghasilan permainan video. Jadi kami meletakkan Happy Tree Friends di tempat kedua kerana menggunakan Flash sebagai program animasi seperti tujuan asalnya. Siapa tidak pernah menonton Happy Tree Friends di kalangan pembaca Amanz?  Kami rasakan sekiranya anda memiliki sambungan internet sejak 1999 pasti pernah menonton sekurang-kurangnya satu episod siri animasi comel tetapi ganas ini. Siri Happy Tree Friends wujud dari 1999 sehingga 2006. Ia anda pelopor awal penggunaan Flash di dalam siri animasi yang kemudiannya diikuti oleh siri lain seperti Arthur, Pucca dan Bob’s Burger.

FLASH-happy-tree-friends

1.YOUTUBE

Dimanakah YouTube tanpa Flash? Pemalam Flash diperlukan untuk memainkan video di YouTube sejak dari awal lagi. Ia hanya mula menyokong HTML 5 pada tahun 2010. Dengan YouTube muncul sebagai antara laman paling popular dunia yang menggunakan Flash, masa depan program ini kelihatan cerah. Tetapi bermula Januari tahun lalu, YouTube menggunakan HTML5 sebagai pemain default dan bukan lagi Flash. Ini ialah antara paku paling besar yang dibenamkan ke atas keranda Flash sebagai penggerak utama laman web dunia. Kami tidak lagi merindui Flash sejak kebelakangan ini. Masalah pemalam yang mengalami gangguan sehingga memerlukan pelayar ditutup terlebih dahulu tidak lagi berlaku. Tiada lagi keperluan mengemaskini Flash yang menghalang kami dari menonton video dengan tenang. Namun kami tidak akan melupakan memori indah dan juga seram yang kami lalui sejak mengenali Macromedia Flash pada tahun 2000. Terima kasih Flash.

Youtube-FLash

Ujian Darah Bukti Siti Nurhaliza Kini Hamil?

Ujian Darah Bukti Siti Nurhaliza Kini Hamil?

Khabar angin tentang kehamilan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza bukan perkara baru yang menjadi topik perbualan peminat di media sosial dan baru baru ini ianya kembali diperkatakan.

Lebih menarik, ada pihak mendakwa yang mereka telah melihat sendiri hasil ujian darah individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin yang mengesahkan pemilik darah itu kini hamil antara empat dan lima minggu.

BACA: Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Sedih Sambut Aidilfitri

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Dalam kenyataan kepada pihak Kosmo! hari ini, suami Datuk Siti Nurhaliza meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan dan hanya mendoakan yang terbaik dalam usaha mereka untuk menimang cahaya mata sendiri. (rtky/m)

Jawatan Kosong di AirAsia Berhad - 23 Ogos 2017

Jawatan Kosong di AirAsia Berhad - 23 Ogos 2017

Jawatan kosong terkini di AirAsia Berhad Ogos 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di AirAsia Berhad sebagai :

1. System Support and Analyst – Technical
2. Safety Examiner
3. Emergency Response Executive
4. Warehouse Assistant
5. Inventory Controller
6. Guest Services Assistant

Tarikh tutup permohonan 15 - 23 Ogos 2017 
Lokasi : Selangor, Kedah
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong di AirAsia Berhad Ogos 2017

Permohonan jawatan secara online disini
Jawatan Kosong Sebagai Kerani di PUSPAKOM Sdn Bhd - 18 Ogos 2017

Jawatan Kosong Sebagai Kerani di PUSPAKOM Sdn Bhd - 18 Ogos 2017

Jawatan kosong terkini di PUSPAKOM Sdn Bhd Ogos 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di PUSPAKOM Sdn Bhd sebagai :

1. KERANI INSURANS (56 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2017 
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong Sebagai Kerani di PUSPAKOM Sdn Bhd Ogos 2017

Permohonan jawatan secara online disini
“Sanggup Mereka Sunting Nama, Maklumat Saya”

“Sanggup Mereka Sunting Nama, Maklumat Saya”

Siapa tidak kenal dengan ahli perniagaan berjaya, Nur Sajat. Biarpun ramai yang kagum dengan pencapaiannya namun jantinanya masih menjadi persoalan ramai. Terbaru sekeping gambar menunjukkan maklumat peribadinya yang membuktikan dirinya lelaki mula tersebar.

“Ini bukan kali pertama saya mengalaminya. Sebenarnya mereka ini tak ada kerja dan terlalu ‘kreatif’ hingga sanggup menyunting nama. Bagi saya tindakan mereka seperti tak ada kemajuan dalam diri. Biarlah mereka terus berkata, saya malas nak ambil peduli”

“Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri saya dan terus menjadi lebih baik, manakala segala yang negatif adalah teladan untuk saya lebih berhati-hati,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai maklumat dirinya yang didakwa lelaki tersebar.

Terdahulu gambar tersebut yang menunjukkan nama sebenar Sajat adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berserta dengan gambarnya sekali terpampang di media sosial. Malah ini bukanlah kali pertama cubaan orang ramai untuk membuktikan dirinya adalah berjantina lelaki.

Selain menjalankan perniagaan barangan kosmetik, Sajat juga telah mengeluarkan koleksi pakaian Hari Raya yang dikenali sebagai RTW Sajat. Namanya mula dikenali apabila sering memuat naik video aksi seksi di Instagram dan membeli banglo lama Datuk Aliff Syukri. (rtky/w)

Kaspersky Memperkenalkan Penawaran Antivirus Percuma – Kaspersky Free

Kaspersky Memperkenalkan Penawaran Antivirus Percuma – Kaspersky Free

Kaspersky merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran perisian sekuriti dan keselamatan. Selepas sekian lama sekadar menawarkan antivirus berbayar sahaja, kini Kaspersky turut membuat kejutan dengan mengumumkan penawaran perisian antivirus percuma.

Dinamakan sebagai Kaspersky Free, ia ditawarkan untuk pengguna Windows.

Kaspersky Free

Melalui Kaspersky Free, ia menawarkan pelindungan asas untuk sistem fail komputer, emel, pelayaran web, permesejan ringkas dan juga sokongan anti-phishing.

Seperti biasa, ia juga menawarkan kemaskini percuma – sekaligus menjadikan ia merupakan salah satu perisian antivirus asas untuk perlindungan komputer anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Kaspersky Free ini untuk desktop anda, dan menggunakan antivirus percuma daripada penyedia popular berkenaan.

Muat-Turun Kaspersky Free

Lelaki gosok kemaluan dan sembur 'cecair' di belakang baju mangsa di kedai buku


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 40 tahun terkejut apabila mendapati bahagian belakang bajunya basah selepas 'disembur' dengan air mani lelaki, lapor Sin Chew.

Dalam kejadian jam 2.45 petang di sebuah kedai buku di Solaris Dutamas pada 16 Julai, mangsa sedang duduk di sudut bacaan kanak-kanak sementara menunggu suaminya yang mempunyai urusan penting di pusat beli belah itu. 

Pada ketika kejadian itu berlaku, kedai buku berkenaan tidak mempunyai ramai pelanggan. Dalam kesempatan itu, seorang lelaki berbaju hitam ternampak mangsa dan mengambil keputusan untuk mendekati mangsa sambil melakukan perbuatan kejinya itu. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki terbabit mengambil sebuah buku yang digunakan untuk melindungi perbuatannya sebelum perlahan-lahan menghampiri belakang mangsa. 

Mangsa yang tidak menyedari keadaan di sekelilingnya, memberi peluang untuk lelaki itu menggosok kemaluannya dengan lebih pantas dan akhirnya menyembur air maninya di belakang baju mangsa dan terus beredar dari tempat kejadian. 

Suspek hanya mengambil masa selama 15 saat sahaja untuk melakukannya. 

Video: Pocketimes.my

Tidak berapa lama kemudian, mangsa terasa belakang bajunya basah dan apabila diperiksa, alangkah terkejutnya bila dia mendapati bajunya telah disembur dengan air mani. Mangsa terus menghubungi suaminya dan memaklumkan kejadian itu. 

Selepas menonton semula rakaman CCTV di kedai buku tersebut, suami mangsa segera mendapatkan pihak pengawal keselamatan untuk menjejak lelaki terbabit. Namun, mereka gagal menjejak lelaki itu yang dipercayai sudah tidak berada di kawasan Solaris Dutamas. 

Suaminya, yang merupakan peguam berpangkat Dato' berusia 38 tahun itu kemudian mengambil keputusan untuk mendedahkan insiden itu sebagai amaran kepada orang awam untuk berjaga-jaga. 

"Isteri saya ketakutan dan menangis, dia tidak menyangka ada individu seperti itu yang sanggup melakukan perbuatan keji itu di sudut bacaan kanak-kanak di dalam kedai buku. 

"Saya ada anak perempuan dan saya tidak mahu insiden seperti ini berlaku kepada isteri saya dan orang lain," katanya. 

Suami mangsa tidak menolak kemungkinan bahawa suspek akan mengulangi perbuatannya lagi dan meminta orang ramai berhati-hati. Dia juga berharap dengan kuasa viral media sosial, suspek dapat dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan. 

Meskipun mangsa kini telah pulih dari trauma, kejadian itu bagaikan mimpi ngeri bagi keluarga mereka yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 
Giphy Kini Menyokong Penghasilan GIF Beranimasi Menggunakan Pelayar Web Peranti Pintar

Giphy Kini Menyokong Penghasilan GIF Beranimasi Menggunakan Pelayar Web Peranti Pintar

Giphy ialah laman yang kerap kami gunakan bagi menghasilkan GIF beranimasi yang kemudian digunakan di dalam artikel. Apabila menggunakan komputer desktop ini mudah dilakukan. Tetapi apabila kami tiada akses kepada komputer ia menjadi misi mustahil hinggalah hari ini.

Giphy baru sahaja mengumumkan sokongan fungsi Mobile GIF Maker pagi ini. Pengguna kini boleh menghasilkan GIF beranimasi menerusi pelayar web peranti pintar mereka. GIF boleh dihasilkan dengan memuat naik gambar serta video dari galeri ataupun memasukkan pautan URL video yang diingini. Terdapat sokongan menambah sticker GIF beranimasi sekiranya diperlukan. Anda boleh mencubanya menerusi pautan di bawah.

Layari laman Giphy Mobile GIF Maker

Pandang Pertama: Neffos X1 Lite – Peranti Dengan Spesifikasi Menarik Pada Harga RM499

Pandang Pertama: Neffos X1 Lite – Peranti Dengan Spesifikasi Menarik Pada Harga RM499

Neffos sebelum ini pernah hadir dengan Neffos X1, iaitu siri peranti yang mengutamakan berasaskan logam bersama penawaran prestasi dan kamera harian yang baik. Siri peranti ini dijana dengan cip MediaTek Helio P10, penawaran skrin minimum HD, dan pengimbas cap jari yang mampu bertindak balas sepantas 0.2s. Kamera utamanya turut dilengkapi dengan sensor Sony IMX, memberikan prestasi penggambaran yang cukup terang untuk waktu siang dan malam.

Neffos X1 Lite
Skrin 5.0” IPS LCD, 720p, 294 ppi
Chipset MediaTek MT6750
CPU 4 x Cortex-A53 1.5 GHz
4 x Cortex-A53 1.0 GHz
GPU Mali-T860MP2
Memori 2GB RAM
Storan 16GB, microSD sehingga 256GB
Kamera Utama 13MP, f/2.0, 1080@30fps
Kamera Hadapan 5MP, f/2.0, 1080p@30fps
Sambungan WiFi 802.11 a/b/g/n
Bluetooth 4.1
A-GPS, GLONASS
LTE Band 1/3/5/7/8/20
Jenis Slot SIM Nano-SIM + Nano-SIM/microSD
Sistem Android 7.0 Nougat
Bateri 2550 mAh
Berat & Ketebalan 138g, 8.5mm
Harga RM499

Walaupun ditawarkan pada harga di bawah RM1000, harga siri peranti ini masih tidak ada sesuatu tidak kena dengan harganya, apabila dinilai segi cip pemprosesannya yang kini telah memasuki usia 2 tahun dan skrin 5-inci pada resolusi 720p. Neffos X1 ditawarkan pada harga bermula RM769 untuk versi 2GB RAM + 16GB, sementara versi 3GB RAM + 32GB ditawarkan pada harga RM849. Neffos X1 turut mempunyai satu lagi variant teratas dengan skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar, menerusi Neffos X1 Max yang mana ditawarkan pada harga bermula RM999.

Untuk membawa jenama Neffos lebih dikenali, sebuah peranti baru perlu diwujudkan dengan harga yang jauh lebih berpatutan daripada penawaran yang sedia ada. Di sinilah Neffos X1 Lite ingin mendekati pengguna, dengan penawaran spesifikasi yang cukup menarik pada harga di bawah RM500. Dengan kehadiran skrin 5-inci 720p, memori 2GB RAM, storan dalaman 16GB, kamera 13MP, dan Android 7.0 Nougat, ia sebuah peranti yang mempunyai daya tarikan apabila dinilai dari sudut spesifikasi.

Rekaan

Rekaan Neffos X1 Lite masih mengekalkan rekaan seperti Neffos X1 sebelum ini, melalui binaan berasaskan logam. Ia menawarkan pengimbas cap jari di bahagian belakang, yang mana mampu menyahkunci peranti sepantas 0.2s (apabila skrin dibuka) dan 0.4s (ketika skrin dimatikan). Menariknya, fungsi pengimbas cap jari ini turut hadir dengan fungsi tambahan seperti App Lock dan File Safe bagi melindungi aplikasi dan fail peribadi anda daripada diakses oleh pihak luar. Di bahagian belakang ini juga, ia menempatkan kamera utama 13MP f/2.0 bersama lampu LED flash berasaskan pencahayaan dwi-tona.

Binaan hadapannya juga masih membawakan rekaan Neffos X1 melalui kehadiran panel kaca sisi melengkung 2.5D. Ia menampilkan butang kapasitif di bahagian bawah skrin yang membolehkan pengguna mengubah lokasi butang back sama ada di bahagian kiri atau kanan. Butang ini walau bagaimanapun tidak hadir dengan sebarang sokongan pencahayaan, sedikit menyukarkan pengguna untuk mengenal pasti kedudukan butang apabila digunakan pada waktu gelap.

Neffos X1 Lite turut mengekalkan saiz skrin yang sama seperti Neffos X1 melalui skrin bersaiz 5-inci pada resolusi 720p. Sewaktu mencuba peranti ini, saya agak kagum dengan warnanya, yang mana tidak kelihatan pudar seperti kebanyakan peranti sekelasnya yang lebih menggunakan teknologi paparan yang murah. Penggunaan panel full in-cell IPS LCD pada skrin peranti ini amat membantu dalam memberikan paparan skrin yang terang, disamping memberi viewing angle yang lebih lebar untuk dilihat dari sudut berlainan.

Sebagai peranti yang disasarkan untuk segmen mampu-milik, ia masih menggunakan sambungan Micro USB berbanding USB-C sebagai medium untuk pengecasan dan penyambungan data. Ia juga menampilkan sambungan earphone jack 3.5 di bahagian atas peranti, selain menempatkan saluran pembesar suara di bahagian bawah. Untuk butang pelarasan suara dan butang kuasa, ia tempatkan pada lokasi standard iaitu di bahagian sebelah kanan peranti, namun tidak lagi hadir dengan butang slider untuk kebolehan silent seperti yang terdapat pada Neffos X1.

Tidak seperti Neffos X1 yang mempunyai pilihan storan dan memori yang berbeza, Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi sahaja iaitu versi 2GB RAM + storan dalaman 16GB. Sekiranya storan 16GB ini tidak mencukupi bagi anda, ia turut menyokong storan tambahan microSD (sehingga 256GB) yang mana dikongsi pada ruang slot sim kedua. Bermakna, ia menyokong slot dwi-sim namun direka berasaskan hibrid melalui slot Nano-SIM (SIM1) + Nano-SIM/microSD (SIM2).

Sistem

Satu perkara yang agak menarik sebenarnya, Neffos X1 Lite turut dijana dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat – membuatkannya salah satu peranti termurah yang menawarkan sistem operasi ini secara terbina. Untuk harga sekitarnya, tidak banyak peranti yang menawarkan Android 7.0 secara terbina, dan kebanyakannya masih terikat dengan iterasi Android 6.0 dan ke bawah. Android 7.0 memberi banyak kelebihan dari segi kawalan notifikasi, aksesibiliti, selain memudahkan pengguna membuat multi-tasking.

Neffos X1 Lite turut menjadi peranti terawal Neffos yang menjalankan Neffos UI (NFUI) 2.0 iaitu antaramuka yang dibina berasaskan pilihan warna ceria. Dengan versi 2.0, ia telah hadir dengan sejumlah penambahbaikan, terutama dari segi paparan antaramuka dan pengoptimasian dari sudut prestasi.

NFUI 2.0 hadir dengan tampilan yang lebih minimal, yang mana kini turut membawa rekaan yang diinsipirasikan daripada rekaan Material Design. Paparan ikonnya cukup kemas, ceria dan independent, tanpa dibebani dengan masalah rekaan ikon yang tidak sekata (seperti peranti Xiaomi) untuk ikon yang tidak mempunyai versi ikon yang ditemakan. Bercakap mengenai sokongan tema, ia hadir dengan 6 pilihan tema berbeza yang mana boleh diaktifkan melalui aplikasi Themes.

Sebagai peranti dengan Android 7.0, pengguna Neffos X1 Lite dapat menikmati kebaikan dari sistem operasi ini sendiri seperti fungsi multi-window yang membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi dalam satu paparan. Ia juga memudahkan pengguna membuat reply pada sesuatu notifikasi yang hadir melalui fungsi Direct Reply, selain hadir dengan paparan notification drawer yang dikemaskini. Ia juga menyokong sejumlah emoji baru, disamping menawarkan fungsi tambahan seperti Data Saver, Doze On-the-Go, dan kebolehan untuk mengubah saiz paparan dan teks.

Kamera

Kamera utama Neffos X1 Lite dikuasakan dengan sensor 13MP f/2.0, bersama keupayaan Phase Detection Autofocus (PDAF) dan sokongan dual-tone LED flash. Keupayaan kamera ini walaupun kelihatan hampir serupa seperti Neffos X1, ia tidak dilengkapi dengan penggunaan sensor Sony IMX atas harganya yang dikurangkan. Sensor di bahagian belakang ini turut menyokong rakaman 1080p@30fps bersama sokongan slow-motion dan time-lapse untuk tujuan penggambaran video.

Kamera hadapannya pula masih menawarakan kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah, bagi memudahkan anda mengambil gambar selfie secara ramai. Menariknya untuk keupayaan kamera hadapan ini, ia turut menyokong rakaman 1080p@30fps berbanding kebanyakan peranti sekelasnya yang hanya menawarkan rakaman selfie 720p. Ia juga turut dilengkapi fungsi Beautify Mode yang diaktifkan secara masa-nyata, dengan kawalan tahap kecantikan yang boleh dilaraskan.

Untuk percubaan awal, kamera peranti ini memberi hasil yang agak bergegar dan soft yang mana banyak dipengaruhi daripada pencahayaan yang tidak baik pada acara lokasi, selain terikat dengan alat sekuriti pada peranti. Dengan situasi seperti ini, saya tidak boleh menilai hasil gambarnya, sehinggalah peranti ini telah berada di tangan saya sendiri untuk diuji.

Dari segi fungsi penggambarannya pula, ia menawarkan antaramuka kamera yang straightforward, dengan perletakkan butan flash, HDR, pilihan resolusi, grid, dan butang untuk penukaran kamera hadapan/belakang. Ia juga hadir dengan butang Beautify Mode di bahagian bawah, bagi memudahkan pengguna membuat pelarasan tahap beautification ketika mengambil gambar. Untuk fungsinya pula, ia menawarkan beberapa mod standard, seperti kehadiran fungsi HDR, panorama, dan 6 pilihan filter secara terbina.

Prestasi

oppo-f1s-antutu-benchmarkCip pemprosesan MediaTek MT6750 yang hadir pada peranti ini sebenarnya hampir menyamai prestasi yang hadir pada Neffos X1, yang mana dijana menggunakan MediaTek Helio P10. MediaTek MT6750 menawarkan rekaan cip lapan-teras Cortex-A53 (4 x Cortex-A53 1.5 GHz + 4 x Cortex-A53 1.0 GHz), sementara MediaTek Helio P10 turut menawarkan bilangan teras yang sama, namun hadir dengan bilangan GHz yang lebih tinggi pada kluster berkuasa (4 x Cortex-A53 1.8 GHz + 4 x Cortex-A53 1.0 GHz).

Untuk bacaan benchmark, saya tidak berkesempatan untuk menguji peranti ini atas masa percubaan peranti yang agak terhad, jadi saya perlu mencari peranti yang dijana menggunakan cip MediaTek MT6750 ini. Mujur di tangan saya ada Oppo F1s, yang mana turut dikuasakan dengan cip MediaTek ini. Walau terdapat perbezaan dari segi sistem operasi, memori, dan antaramuka yang digunakan, ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana cip pemprosesan ini berprestasi.

Cip MediaTek MT6750 mampu mencatatkan mata sekitar 41,821 pada AnTuTu Benchmark, menawarkan bacaan yang hampir sama seperti yang dicatatkan pada peranti Neffos X1. Sebagai perbandingan, cip MediaTek Helio P10 menawarkan bacaan mata sekitar 46,017, sekaligus mencatatkan perbezaan mata hanya 4,186. Bacaan mata melebihi angka 40,000 ini adalah bacaan optimum untuk penawaran prestasi peranti yang lancar, dan melebihi bacaan mata pemprosesan terdahulu seperti Snapdragon 615 pada Oppo R7 Plus (39,937) dan Snapdragon 801 pada Xperia Z3 (40,892).

Bateri

Neffos X1 Lite hadir dengan penawaran kapasiti bateri yang dipertingkatkan, melalui kapasiti sebesar 2550 mAh berbanding 2250 mAh pada Neffos X1 sebelum ini. Walaupun kapasiti ini dilihat kecil, penggunaan paparan 5-inci pada resolusi 720p dijangka banyak memberi penjimatan untuk penggunaan tenaga. Melalui pengalaman menggunakan Neffos X1 terdahulu, ia masih mampu memberi bacaan Screen-on-Time (SoT) yang baik, dengan bacaan sekitar 4 jam 14 minit. Dengan kapasiti yang dipertingkatkan, ia dijangka akan memberi bacaan sekitar 4-5 jam SoT untuk masa bertahan sekitar 24 jam.

Rumusan

Secara kasarnya, walaupun hadir dengan nama “Lite”, saya merasakan peranti ini kadangkala memberi penawaran yang lebih baik daripada Neffos X1 yang lalu, seperti kehadiran kapasiti bateri yang lebih besar dan sistem operasi yang lebih terkini. Namun perkataan “Lite” ini tetap menunjukkan sedikit pengurangan pada peranti ini, seperti ketidakhadiran sensor kamera berasaskan Sony IMX dan butang slider untuk kebolehan silent switch.

Namun dengan perbezaan harga RM270 apabila dibandingkan dengan harga Neffos X1, Neffos X1 Lite masih memberi sebuah penawaran yang berbaloi kerana kekurangan yang hadir tidak memberi impak yang besar pada sudut prestasi. Kehadiran cip MediaTek MT6750 yang hadir boleh dikatakan menyamai prestasi cip MediaTek Helio P10, yang mana kedua-duanya mampu menggalas tugasan harian secara pantas. Penggunaan memori 2GB RAM dan storan 16GB adalah menyamai harga versi asas untuk Neffos X1, yang mana ditawarkan pada harga RM749.

Bagi saya, Neffos X1 Lite mempunyai pontensi untuk menawarkan sebuah peranti yang seimbang dengan harganya, melalui binaan yang selesa dipegang, prestasi yang optimum untuk harian, disamping hadir dengan sistem operasi Android 7.0 yang meliputi fungsi terkini. Cuma ada beberapa perkara yang belum sempat diuji seperti kamera dan keupayaan bateri, yang mana dijangka akan turut memberi penawaran yang baik, seperti yang dicatatkan pada ulasan Neffos X1 sebelum ini.

Dengan harga RM499, ia memberi pesaingan sengit kepada segmen peranti di bawah RM500, seperti ZTE Blade V7 Lite sebelum ini, dan terkini, Xiaomi Redmi 4A/4X dengan penawaran spesfikasi yang menarik. Namun dengan kehadiran pengimbas cap jari yang lebih pantas, sistem operasi Android 7.0 yang lebih terkini, dan perlindungan waranti selama dua tahun, ia memberi kelebihan kepada Neffos X1 Lite untuk memenangi hati pengguna pada segmen peranti mampu-milik ini.

'Mulut orang saya tak boleh tutup' - Norsuziyana terpaksa tutup akaun FB, Twitter dan Instagram

'Mulut orang saya tak boleh tutup' - Norsuziyana terpaksa tutup akaun FB, Twitter dan Instagram


JENGKA, PAHANG - Norsuziyana Natasya Mohd Hasim terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya selepas video aksi comel dirinya mengenyit mata dan melambai pada jurugambar, dikecam netizen, lapor Harian Metro.

Norsuziyana, anak bongsu dari enam beradik, menerima pelbagai reaksi dari netizen yang memuji aksi comelnya itu selain memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. 

Namun, Norsuziyana tidak menyangka ada segelintir individu yang tidak senang dengan video klip 8 saat yang viral di media sosial itu. 

"Jurugambar suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen. 

"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis Hari Peneroka Felda 2017 itu dan dikaitkan dengan isu politik. 


"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya sudah lama meninggal dunia," katanya yang mempunyai darah campuran Cina sebelah bapa. 

Walaupun dikecam di media sosial, Norsuziyana yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang, menerima segala kecaman itu dengan hati terbuka dan tahu keluarganya sentiasa memberi sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi pada dirinya. 

"Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya telah memalukannya? 

"Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'," katanya. 


Norsuziyana berkata, dia tidak dapat menutup mulut orang yang berkata-kata mengenai dirinya, namun telah dinasihatkan oleh kakaknya untuk menerima perkara itu sebagai dugaan. 

"Sejujurnya saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Orang di luar tidak mengenali saya, tetapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya, kenal saya macam mana," katanya. 

Katanya, dia terbuka sekiranya mendapat peluang yang lain selepas ini seperti dalam bidang peragaan dan bidang seni kerana dia memang berminat serta sudah mendapat 'lampu hijau' dari keluarganya.


Semakan netizen di media sosial mendapati, Norsuziyana telahpun bertunang dengan jejaka pilihannya.Tidak kurang juga, ada netizen yang menasihatkan jejaka-jejaka di luar sana boleh membuat pilihan yang lain seperti dalam gambar yang dikongsikan.

Gurau je, jangan ambil serius pula.