Dunia Teknologi Sepanjang Tahun 2016

Dunia Teknologi Sepanjang Tahun 2016

Tahun 2016 melabuhkan tirainya hari ini. Sepanjang tahun ini, dunia teknologi telah mendapat perhatian ramai pihak, dan pelbagai inovasi dan perkara baru telah diperlihatkan bukan sahaja pada peringkat antarabangsa, tetapi juga di Malaysia. Seperti biasa, kami di Amanz, melihat kembali kepada beberapa perkara menarik yang telah berlaku dalam dunia teknologi sepanjang tahun ini.


Penstriman Video Semakin Popular

Tahun 2016 ini memperlihatkan dunia penstriman video semakin popular dikalangan pengguna tempatan. Seperti ramai sedia maklum, iFlix sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk pengguna tempatan disamping bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam mempopularkan perkhidmatan penstriman video mereka.

Selain iFlix, tahun 2016 turut menyaksikan pihak Netflix menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Selain daripada Netflix, pihak Amazon turut telah menawarkan Amazon Prime Video untuk pasaran tempatan, dan pihak The Star sendiri turut hadir dengan penstriman kandungan daripada Asia yang dinamakan sebagai Dimsum.

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman video baru ini, pihak syarikat telekomunikasi mudah-alih seperti U Mobile, dan Digi turut memainkan peranan dalam mempopularkan perkhidmatan penstriman video dengan memberikan data percuma untuk menggunakan beberapa perkhidmatan.


Pembantu Maya Pintar Menjadi Fokus Ramai Pengeluar

macOS SierraPembantu maya pintar sedia diintegrasikan pada pelbagai peranti mudah-alih di pasaran, dan antara fungsi pembantu maya pintar yang popular adalah termasuk Google Now, Siri dan juga Cortana. Pada tahun ini, kita dapat menyaksikan kesemuanya mengalami evolusi, dan menjadi semakin pintar dalam memudahkan tugasan harian pengguna. Pihak Google sendiri dilihat telah melangkah setapak kehadapan dan menjenamakan semula pembantu pintar mereka sebagai Google Assistant.

Pada tahun ini juga, pihak Amazon yang tidak disangka ramai berjaya mencuri perhatian ramai melalui produk pembantu maya pintar yang dinamakan sebagai Alexa. Walaubagaimanapun, memandangkan Amazon masih tidak menjejakkan kaki ke Malaysia (selain Amazon Prime Video dan AWS), maka kita mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum fungsi Alexa ini popular di pasaran tempatan. Beberapa produk khusus untuk pembantu pintar turut hadir, termasuk antaranya adalah Google Home daripada Google, dan Amazon Echo daripada Amazon.


Bot Dimana-Mana

ShopifyDengan perkembangan dunia pembelajaran mesin dan pembantu maya, pada tahun ini juga kita dapat melihat dunia bot semakin popular dan hadir diintegrasikan pada pelbagai platform. Melalui bot, beberapa tugasan asas dapat diautomasikan, selain memudahkan pengguna untuk membuat beberapa perkara tanpa perlu meninggalkan aplikasi yang selesa digunakan mereka.

Antara perkhidmatan yang telah mengintegrasikan sokongan bot adalah termasuk di Telegram, Facebook Messenger, dan juga Skype. Selain daripadanya, pelbagai penyedia perkhidmatan menawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja membuat bot.


Robotik Dan Dron Semakin Popular

Asus ZenboBercakap mengenai pembantu maya pintar sendiri, salah satu perkara yang sering dikaitkan dengannya adalah dunia robotik. Pada tahun 2016 ini, kita telah dapat melihat beberapa robot mula digunakan dalam kehidupan harian. Baru-baru ini sendiri kita telah melihat sebuah restoran di Sarawak menggunakan robot untuk menggantikan pelayan bagi menghantar makanan dari dapur ke meja makanan.

Selain daripada robot untuk industri, pihak Asus pada tahun 2016 ini telah memperlihatkan penawaran robot peribadi untuk digunakan di rumah, dinamakan sebagai Asus Zenbo. Walaupun diumumkan pada tahun ini, robot berkenaan hanya akan dipasarkan bermula daripada awal 2017 kelak di Taiwan.

Bersama-sama populariti dunia robotik, ia juga turut memberi kesan positif terhadap dunia dron. Kini, lebih ramai menggunakan dron dalam bukan sahaja merakamkan gambar, tetapi juga untuk beberapa tujuan lain. Beberapa syarikat turut mengujinya untuk menghantar barangan, selain ada yang menggunakannya untuk memancar internet di beberapa kawasan yang sukar dicapai.


Ransomware Menjadi Igauan Ramai

Ransomware Decryptor ToolsPerkembangan teknologi juga sering dikaitkan dengan masalah sekuriti dan privasi. Pada 2016 ini, kita telah melihat pelbagai jenis ransomware yang menyerang komputer pengguna dan membuatkan sejumlah dokuman dan fail tidak boleh digunakan.

Bagi anda yang tidak mengenali akan ransomware, ia sejenis malware yang membuatkan fail dan dokumen anda menjadi tebusan. Untuk melepaskannya, kebiasaannya pengguna akan diminta untuk membayar atau melakukan sesuatu. Fail yang terjejas biasanya akan melalui penyulitan membuatkan anda tidak dapat membukanya.

Pelbagai syarikat antivirus dan sekuriti telah menawarkan penyelesaian mereka untuk ransomware. Namun, seperti biasa, ia berevolusi dengan pantas – dan ia dijangka akan terus menjadi igauan ramai untuk tahun akan datang.


Fungsi Dwi-Kamera Pada Telefon Pintar

Tahun 2015 menyaksikan peranti dengan 4GB RAM hadir ke pasaran, dan pada tahun 2016 ini, pelbagai peranti dipasarkan dengan memori sehingga 6GB RAM dan spesifikasi yang lebih tinggi – kadang-kala lebih berkuasa daripada beberapa komputer asas di pasaran.

Persaingan dalam arena peranti mudah-alih juga bukan sekadar penawaran spesifikasi semata-mata, tetapi juga dari segi penawaran fungsi tambahan lain, termasuk sokongan kamera. Sepanjang 2016, kita telah melihat sejumlah telefon pintar diperkenalkan yang menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang. Kebiasaannya, sokongan dwi-kamera ini membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar dengan fungsi seumpama bokeh, atau menawarkan fungsi zoom, atau rakaman gambar hitam-putih.

Antara pengeluar yang telah mengintegrasikan sokongan dwi-kamera pada telefon pintar mereka adalah termasuk Huawei, Apple, LG, Vivo, Xiaomi, ZTE, Honor dan juga Gionee.


China Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Dunia Teknologi

ChinaBercakap mengenai dunia teknologi, sering ramai yang memandang ke arah negara-negara barat. Namun, 2016 menyaksikan negara China lebih mencuri perhatian ramai dengan pelbagai kejayaan mereka dalam arena teknologi di negara berkenaan sendiri – selain turut mula memperluaskan perkhidmatan ke negara-negara lain.

Di Malaysia sendiri, pihak Alibaba telah mengambil-alih Lazada – dan dijangka akan menawarkan perkhidmatan pembayaran mereka Alipay bermula tahun 2017 kelak. Disamping itu, Uber telah menarik-diri daripada China disebabkan oleh persaingan sengit disana.

Dalam dunia peranti, pengeluar dari China terus mengukuhkan kedudukan. Ini termasuk Lenovo yang memperluaskan kedudukan dalam arena pemasaran komputer, sementara Huawei yang mula memperluaskan penawaran produk mereka ke negara-negara barat.


Fungsi Penstriman Langsung Melalui Pelbagai Laman Sosial

Google DuoDengan akses internet yang lebih laju dari hari ke hari, pelbagai laman sosial kini turut memfokuskan kepada sokongan penstriman video langsung melalui aplikasi mereka. Antara yang popular pada tahun ini adalah Facebook melalui fungsi Facebook Live mereka. Selain daripada Facebook, pihak Twitter turut telah mengintegrasikan fungsi sama, selain Instagram yang mula menawarkan perkara sama secara berperingkat kepada pengguna mereka.

Selain daripada penstriman langsung, satu lagi fungsi yang popular pada tahun 2016 ini adalah sokongan panggilan video, dimana pihak WhatsApp sendiri telah mengintegrasikan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka yang menjadikan lebih ramai menggunakannya. Selain WhatsApp, pihak Facebook turut mempopularkannya melalui Facebook Messenger, sementara Google yang hadir dengan aplikasi khusus dinamakan Google Duo.


Dunia PC Kembali Popular

Tahun 2016 ini menyaksikan dunia PC dan perkomputeran kembali popular, dan tidak lagi hanya memfokuskan penawaran peranti mudah-alih seperti sebelum-sebelum ini.

Salah satu sebabnya boleh diperkatakan disebabkan oleh perkembangan realiti-maya seperti Oculus dan HTC Vive yang memerlukan PC berkuasa.

Sepanjang tahun ini, kita telah melihat pengenalan pelbagai kad grafik berkuasa tinggi daripada NVIDIA, selain Intel yang memperkenalkan cip pemprosesan generasi ke-7 mereka. AMD turut telah memperkenalkan keluarga cip pemprosesan baru dinamakan sebagai Ryzen.

Disamping itu, PC bersaiz kompak juga mula menjadi popular, termasuk PC dengan rekabentuk beg-galas. Selain PC, komputer riba juga turut memperlihatkan perkembangan sihat dengan rekaan yang lebih nipis, serta penyertaan penggunaan USB-C untuk tujuan pengecasan. Apple sendiri membuat kejutan dengan memperkenalkan Macbook dengan sokongan TouchBar pada tahun 2016 ini.


Masalah Peranti – Galaxy Note 7 Meletup

Samsung Galaxy Note 7Bercakap mengenai salah satu masalah peranti popular pada tahun 2016 adalah berkaitan dengan Galaxy Note 7. Sejumlah peranti mengalami letupan secara tiba-tiba, membuatkan pihak Samsung menarik kembali Galaxy Note 7 daripada pasaran, dan memulangkan kembali wang pengguna.

Selain daripada peranti Samsung, GoPro turut menarik kembali dron pertama mereka yang dinamakan Karma kerana kehilangan kuasa di udara.

Apple juga mempunyai masalah lebih kurang sama melibatkan bateri, dimana mereka telah mula menawarkan kembali gantian untuk bateri iPhone 6s, selain mengumumkan mengenai masalah skrin pada iPhone 6.


Realiti-Maya Menjadi Salah Satu Fokus Utama

Sejak daripada 2015 lepas, arena realiti-maya telah menjadi fokus ramai pengeluar. Tahun 2016 menyaksikan ia melangkah setapak lagi kehadapan, selain sejumlah pengeluar telah mula memasarkannya untuk pengguna tempatan.

Salah satu yang popular pada tahun ini adalah PlayStation VR daripada Sony, dimana ia memfokuskan kepada penawaran permainan melalui realiti-maya. Beberapa aksesori disediakan khusus untuknya, dan ia turut telah mula dipasarkan di Malaysia.

Selain daripada PlayStation VR, pihak Google pada tahun ini telah mengumumkan DayDream, iaitu penawaran kandungan khusus untuk realiti-maya, selain piawaian untuk diikuti oleh pengeluar peranti untuk mengintegrasikannya pada peranti Android keluaran mereka. HTC turut telah memasarkan HTC Vive di beberapa negara – tetapi malangnya untuk pasaran tempatan ia ditangguhkan.

Panjat mercu tanda 'IPOH', tak sayang nyawa ke dik?

Panjat mercu tanda 'IPOH', tak sayang nyawa ke dik?


IPOH - Majlis Bandaraya IPOH (MBI) dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan remaja yang memanjat mercun tanda 'IPOH' baru-baru ini, lapor Harian Metro

Gambar dan video aktiviti berbahaya sekumpulan remaja berkenaan yang memanjat mercu tanda itu dan memasang buaian 'hammock' itu viral di media sosial. Salah seorang ahli kumpulan itu turut mendakwa mereka mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan aktiviti itu. 

Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan dakwaan itu dan menegaskan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat binaan tersebut kerana ia boleh mengancam nyawa. 

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. 







"Jika berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan 'IPOH' berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan sekumpulan remaja berkenaan," katanya. 


Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016

Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016
Susulan kejadian itu, MBI akan mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. - The Reporter
Kamera Dashcam Eagle I Vision 1 Hadir Dengan Fungsi Pintar

Kamera Dashcam Eagle I Vision 1 Hadir Dengan Fungsi Pintar

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar pemilikan kenderaan peribadi yang tinggi, dan juga kadar kemalangan yang tinggi. Peranti dashcam yang merakam perjalanan merupakan salah satu pilihan pengguna dan pada hari ini Eagle I telah melancarkan Vision 1, peranti dashcam yang dilengkapi ciri-ciri peranti pintar.

Bagi membezakan dashcam Vision 1 dengan yang lain, ia dilengkapI dengan slot kad SIM 4G yang membolehkan ia dihubungkan dengan internet dan melakukan pelbagai perkara. Menerusi integrasi dengan aplikasi WeChat, pengguna WeChat boleh menghantar lokasi kereta tersebut atau menghantar lokasi pengguna tersebut kepada pemandu kenderaan yang menggunakan Vision 1. Selain dari itu Vision 1 juga boleh merekod perjalanan kereta untuk tujuan pemantauan dan boleh beroperasi sebagai WiFi Hotspot.

Dari segi spesifikasi, Vision 1 turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 3.5-inci 320×480. Ia merakam video pada kualiti 1080p 30fps dan mempunyai kapasiti terbina 8GB. Pengguna boleh menambah kapasiti storan menerusi kad SD-Mikro sehingga 32GB dan peranti dashcam Vision 1 ini beroperasi menggunakan Android KitKat.

Selain dari Vision 1, Eagle I turut melancarkan Iris-M1, iaitu peranti dashcam yang boleh dilekatkan pada cermin pandang belakang. Dashcam ini juga boleh merakam pandangan dari bahagian belakang kereta pada resolusi HD penuh.

Peranti dashcam Vision 1 dijual pada dua variasi warna iaitu kelabu dan hitam dengan tanda harga RM738. Bagi Iris-M1, ia akan dijual pada harga RM448. Kedua-dua peranti ini turut disertakan jaminan selama setahun.

Beli: Dashcam Eagle I

Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta

Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta

WeChatWeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang berasal dari China, dan boleh dikatakan popular dibeberapa buah negara, termasuk di Malaysia. Terkini, berkongsi mengenai beberapa statistik semasa perkhidmatan berkenaan, pihak Tencent mengatakan pengguna WeChat yang aktif setiap hari kini melangkaui angka 768 juta. Angka yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada laporan bulan September 2016 yang lepas.

Pengguna majoriti pada perkhidmatan WeChat diperkatakan lahir sekitar 80-an dan 90-an, selain hampir 50% pengguna WeChat menghabiskan sekitar 90 minit setiap hari pada aplikasi berkenaan.

Di China sendiri, perkhidmatan WeChat meliputi pelbagai perkara, termasuk menawarkan kebolehan membuat pembelian barangan, tiket wayang, menempah teksi, dan sebagainya.

Secara purata, pengguna WeChat dikatakan menghantar sekitar 74 mesej setiap hari, dan penggunaan panggilan video dan suara pada WeChat kini mencapai sekitar 100 juga panggilan setiap hari.

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia - 31 Januari 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia - 31 Januari 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia (PO Kajang) Januari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia (PO Kajang) sebagai :

1. PEMBANTU PERANGKAAN E17

Tarikh tutup permohonan 31 Januari 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia Januari 2017

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (dan search).

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Januari 2017

3. Sila pilih majikan :

Majikan: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG)
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG), HULU LANGAT, SELANGOR. SEKTOR: PERKHIDMATAN HAL EHWAL KOMUNITI DAN SOSIAL LAIN

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.
Gelandangan rogol anak sendiri (11 kali) dipenjara 80 tahun, 110 sebatan

Gelandangan rogol anak sendiri (11 kali) dipenjara 80 tahun, 110 sebatan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki gelandangan dijatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu. 

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan tersebut. 

Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna merah dilihat terkejut ketika mendengar keputusan yang dibacakan itu. 

Hakim Datin M Kunasundary berkata, mahkamah tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu lebih-lebih lagi perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki bergelar bapa. 

"Perbuatan rogol adalah tindakan yang memalukan. Lebih-lebih lagi mangsanya adalah anak perempuan awak sendiri, yang patut awak jaga dan lindungi. 

"Perbuatan menjijikan awak ini akan menghantui diri mangsa selama-lamanya. Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dialami oleh mangsa selama awak bersama dengannya," katanya. 

Bagi empat kes yang mengandungi masing-masing tiga atau dua pertuduhan merogol, tertuduh dihukum setiap satu penjara 20 tahun. Manakala tertuduh dihukum 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol. Bagi pertuduhan melakukan seks oral, tertuduh dihukum penjara 12 tahun. 

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap 19 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong Haji Taib, Dangi Wangi dari 27 Ogos hingga 7 September lalu. 

Menurut tertuduh, dia adalah anak yatim yang tidak mempunyai keluarga semenjak berusia 13 tahun dan terpaksa tinggal di jalanan serta mengumpul sampah untuk dijual bagi menyara kehidupannya. 

"Ibu bapa saya telah meninggal dunia ketika saya berusia 13 tahun dan saya terpaksa hidup bersendirian. Saya pernah berkerja dengan dua buah organisasi NGO yang memberi makanan pada gelandangan di sekitar pusat bandar dan menerima RM34 sehari. 

"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan," katanya sambil menangis. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - The Reporter

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 02 Januari 2017

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 02 Januari 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Januari | Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai :

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

Tarikh tutup permohonan 02 Januari 2017
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Januari 2017

Iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
'Nasib baik Google dulu, rupa-rupanya penipu' - Peniaga

'Nasib baik Google dulu, rupa-rupanya penipu' - Peniaga


BATU PAHAT, JOHOR - Seorang peniaga nyaris kerugian ratusan ringgit selepas percubaan seorang individu mahu memperdayakan perniagaannya gagal. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.24 petang Khamis, Nur Maisarah Mat Noh, 25, dihubungi oleh lelaki bernama Haji Idris Haji Ahmad yang kononnya bekerja dengan syarikat Petronas mahu menawarkan tender pembekal makanan Petronas dengan kontrak selama tiga bulan. 

"Lelaki itu meminta saya menghubunginya dan dia menerangkan tentang kontrak tender tersebut. Saya juga diminta untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 ke akaun (peribadi) CIMB miliknya. 

"Tetapi apabila saya meminta maklumat tentang dirinya, dia enggan memberi kerjasama," katanya. 

Curiga dengan niat lelaki itu, Maisarah membuat semakan nombor telefon 018-2521671 dan mendapati banyak kes penipuan yang melibatkan nombor telefon lelaki itu. 




"Hati ini terdetik nak Google nombor telefon dia. Sekali tengok, keluar segala cerita lelaki ini telah menipu peniaga-peniaga makanan delivery 1 Malaysia. Rupa-rupanya dia memang menyasarkan peniaga-peniaga makanan delivery untuk menjadi mangsanya. 


"Ya Allah, harap kawan-kawan delivery semua ambil maklum dan tidak terkena dengan individu bernama Haji Idris Haji Ahmad ini. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat, semalam kerana bimbang dengan keselamatannya di mana sebelum ini segala maklumat tentang dirinya telah diberi kepada lelaki itu. - The Reporter
Deadpool Ditangga Teratas 10 Filem Yang Paling Banyak Dimuat Turun Secara Haram 2016

Deadpool Ditangga Teratas 10 Filem Yang Paling Banyak Dimuat Turun Secara Haram 2016

Awal minggu ini kami melaporkan senarai sepuluh rancangan TV paling banyak dicetak rompak sepanjang 2016. Game of Thrones kekal di tangga teratas untuk lima tahu berturut-turut. Kini tiba giliran sepuluh filem yang paling banyak dimuat turun secara haram sepanjang 2016.

Deadpool di tangga teratas diikuti oleh Batman vs Superman dan Captain America Civil War. Walaupun teruk dimuat turun secara haram, ketiga-tiga filem masih mencatatkan kutipan di pawagam melebihi $700 Juta (~RM 3.2 Billion).

  1. Deadpool 
  2. Batman v Superman: Dawn of Justice
  3.  Captain America Civil War
  4. Star Wars The Force Awakens
  5. X-Men Apocalypse
  6. Warcraft
  7.  Independence Day: Resurgence
  8. Suicide Squad
  9. Finding Dory
  10. The Revenant
Amazon Mempatenkan Belon Udara Induk Untuk Dron Penghantar Barang

Amazon Mempatenkan Belon Udara Induk Untuk Dron Penghantar Barang

Perkhidmatan penghantaran barang menggunakan dron sudah diuji oleh beberapa syarikat kurier sepanjang tahun 2016. Amazon antara yang paling aktif membangunkan sistem dron mereka yang mampu terbang secara menegak dan mendatar. Kekurangan dron sedia ada masih lagi had jarak penerbangan. Oleh itu mereka mempatenkan belon udara yang menjadi kapal induk untuk armada dron penghantaran mereka.

Menurut paten ini kapal udara ini akan terbang pada ketinggian 45000 kaki dan berfungsi sebagai gudang di udara. Ia boleh diletakkan di atas stadium ketika perlawanan bola sedang berlangsung. Penonton boleh memesan barangan berkaitan dengan acara sukan dan produk disimpan di dalam kapal induk. Dron kemudian menghantar produk yang dipesan terus kepada penonton. Kapal udara bersaiz lebih kecil pula digunakan untuk mengisi semula barangan di dalam kapal induk. Idea yang menarik dan menyelesaikan masalah jarak penerbangan dron yang pendek.

 

Pra-Daftar Minat Untuk Permua Mega Man 1-6 Dibuka

Pra-Daftar Minat Untuk Permua Mega Man 1-6 Dibuka

Permua Mega Man 1 sehingga 6 akan dilancarkan di Jepun bulan hadapan. Keenam-enam permainan klasik ini tidak diumumkan untuk pasaran luar Jepun buat masa ini. Sungguhpun begitu Capcom sudah membuka laman khas pra-daftar minat bagi pengguna Android dan iOS.

Ini memberikan petanda mungkin permua ini akan dijual untuk pasaran luar dalam masa terdekat. Mereka yang mendaftar akan menerima notifikasi apabila permua ini boleh dimuat turun. Adakah pembaca Amanz berminat dengan permainan ini. Secara peribadi kami mendapati permainan klasik apabila dipindahkan ke peranti pintar tidak berapa seronok dimainkan. Kawalan sesentuh tidak mudah digunakan berbanding menggunakan pengawal permainan klasik.

Pengeluaran iPhone 7 Dikurangkan 10% Kerana Permintaan Lebih Rendah Dari Jangkaan

Pengeluaran iPhone 7 Dikurangkan 10% Kerana Permintaan Lebih Rendah Dari Jangkaan

Musim perayaan Krismas sudah berakhir dan permintaan untuk peranti pintar akan mula menurun. Apple seperti pengeluar lain turut terjejas dan dilaporkan mengurangkan pengeluaran iPhone 7 sebanyak 10% untuk suku pertama 2017. Jumlah jualan iPhone 7 dipercayai adalah lebih rendah dari jangkaan asal turut menyumbang kepada pengurangan ini.

Selepas masalah melanda Galaxy Note 7, ramai penganalisa menjangka jualan iPhone akan meningkat. Tetapi data yang dikumpul mendapati pengguna Note 7 lebih ramai memilih Galaxy S7 berbanding peranti keluaran Apple ini. Ini adalah kerana mereka lebih selesa dengan Android dan setia dengan jenama Samsung. Sungguhpun pengeluaran dikurangkan, iPhone 7 masih lagi antara peranti utama yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang 2016.

(Ura-Ura) Microsoft Surface Pro 5 Akan Hadir Sebelum Mac 2017

(Ura-Ura) Microsoft Surface Pro 5 Akan Hadir Sebelum Mac 2017

Surface Pro 4 dilancarkan Oktober 2015. Di dalam ulasan kami, kelemahan paling nyata komputer tablet 2 dalam 1 ini ialah hayat bateri hanya tujuh jam dan papan kekunci yang masih kurang selesa digunakan. Tahun 2016 sudah sampai ke penghujung dan model baru Surface Pro  masih belum kelihatan. Kelewatan ini adalah kerana Microsoft dikatakan menunggu kemunculan pemproses Intel Kaby Lake yang baru.

Ura-ura terkini ialah Microsoft Surface Pro 5 akan akhirnya dilancarkan pada suku pertama 2017. Dengan penggunaan Kaby Lake, hayat penggunaan komputer dijangka lebih lama kerana pemproses ini tidak menggunakan jumlah tenaga yang tinggi. Ini adalah penting kerana Surface Pro 5 dipercayai akan dilengkapi skrin 4K. Kami hanya boleh berharap papan kekunci yang lebih baik akan turut dihasilkan untuk model terbaru ini.

 

Vape Yang Dijual Di Malaysia Perlu Mendapatkan Kelulusan Sirim

Vape Yang Dijual Di Malaysia Perlu Mendapatkan Kelulusan Sirim

Antara isu terhangat 2015 ialah berkenaan penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape. Ia mendapat perhatian kerana penggunaannya di kalangan remaja bawah umur dan menjejaskan penjualan rokok. Ia mudah didapati dengan banyak kedai vape dibuka seperti cendawan selepas hujan. Arahan pengharaman dan fatwa berbeza diberikan mengikut negeri. Selepas setahun akhirnya isu vape ini akhirnya semakin hampir menemui penyelesaian.

Penjualan vape kini akan dikawal di bawah KPDNKK, MOSTIdan Kementerian Kesihatan.  Kementerian Kesihatan akan menggubal undang-undang baharu menggantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kementerian kesihatan akan memantau penjualan cecair vape menggunakan Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952. KPDNKK pula akan mengawal selia menggunakan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Akta 599; Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Akta 723) dan Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71).

Pada waktu yang sama kesemua vape yang dijual perlu menjalani ujian dan mendapatkan kelulusan Sirim bagi memastikan ia selamat digunakan. Sudah terdapat beberapa kes vape yang meletup kerana penggunaan bateri yang tidak selamat. Dengan pembabitan tiga agensi kerajaan ini, mungkin industri vape akan berkembang semula selepas terjejas teruk sepanjang 2016. Sekiranya anda masih menggunakan vape, apakah pendapat anda mengenai berita ini?

Figura Aksi Maskot Kojima Productions Kini Boleh Dimiliki

Figura Aksi Maskot Kojima Productions Kini Boleh Dimiliki

Selepas meninggalkan Konami, Hideo Kojima membuka studio permainan baru Kojima Productions. Permainan pertama yang akan dihasilkan ialah Death Stranding yang eksklusif kepada konsol PlayStation 4. Sejak diumumkan hanya beberapa dua trailer dihasilkan dan pengumuman Ludens, maskot Kojima Productions. Figura aksi Ludens kini boleh dimiliki sekiranya anda berminat.

Ia dihasilkan oleh Slideshow Collectibles dan berketinggian 1.6 meter. Terdapat sistem lampu LED pada topeng dan tubuh Ludens. Ia boleh dipesan sekarang pada harga $1999.99 (~RM 8972) sebuah dan hanya 150 figura akan dihasilkan. Sekiranya dipesan sekarang ia hanya akan diterima pada tahun 2018.

Samsung Memperkenalkan Aplikasi Produktivit Dan Pengurusan Emel – Samsung Focus

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Samsung Focus untuk pengguna dibeberapa buah negara, dan terkini, melalui kemaskini terbaru, aplikasi produktivit dan pengurusan emel daripada Samsung berkenaan turut telah diperkenalkan untuk pengguna tempatan.

Samsung Focus menawarkan sokongan untuk pengurusan emel sama ada IMAP/POP3, selain turut mengintegrasikan sokongan kalendar dan juga buku alamat didalamnya.

Samsung Focus

Samsung turut membahagikan pelbagai fungsi dengan tab tersendiri dalam memudahkan pengurusan. Aplikasi Samsung Focus ini ditawarkan untuk peranti Samsung yang menjalankan sistem operasi Android Marshmallow dan terkini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Galaxy, mungkin boleh mencuba aplikasi pengurusan emel dan produktiviti ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Samsung Focus untuk Galaxy

Jack Dorsey Mempertimbangkan Penyertaan Butang Menyunting Tweet Di Twitter

Jack Dorsey Mempertimbangkan Penyertaan Butang Menyunting Tweet Di Twitter

Pada perkhidmatan Twitter, salah satu fungsi yang dimohon ramai adalah sokongan menyunting sesuatu Tweet yang dihantar – mungkin untuk menambah media yang tertinggal, atau membetulkan ejaan dan sebagainya. Kini, melalui Tweet yang dikongsikan CEO Jack Dorsey, beliau mengatakan mereka sedang mempertimbangkan fungsi berkenaan.

Perkara berkenaan diperlihatkan oleh Jack Dorsey dengan menjawab Tweet pertanyaan beliau mengenai apakah perkara baru yang mereka ingin lihat pada Twitter pada 2017 kelak.

Jack Dorsey turut membincangkan, mengatakan mungkin boleh menawarkan sokongan penyuntingan dengan menawarkan masa penyuntingan yang terhad – mungkin sekitar lima minit selepas sesuatu Tweet dihantar.

Hal ini adalah kerana terdapat beberapa media yang turut menyertakan Tweet dalam laporan mereka, dan semestinya mereka tidak inginkan konteks berubah apabila seseorang pengguna menyuntingnya selepas ia disiarkan pada televisyen atau dicetak.

Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi seumpamanya diperkenalkan. Buat masa ini, Jack Dorsey sedang mengumpulkan maklumbalas mengenai ciri baru yang pengguna inginkan melalui Twitter pada 2017 kelak.

Samsung Dijangka Mula Menawarkan Kemaskini Nougat Untuk Galaxy S7 Bermula Januari 2017

Samsung Dijangka Mula Menawarkan Kemaskini Nougat Untuk Galaxy S7 Bermula Januari 2017

Samsung sedia membuat ujian beta untuk Android 7.0 Nougat sejak beberapa minggu yang lalu dibeberapa buah negara untuk pengguna peranti Galaxy S7. Hari ini, ujian berkenaan ditamatkan dalam persediaan untuk memperkenalkan versi stabil akhir untuk semua pengguna seluruh dunia.

Melalui emel yang dihantar Samsung untuk peserta program ujian beta, pihak Samsung mengatakan tiada lagi versi beta baru selepas ini, dan pengguna dijangka akan menerima kemaskini akhir bermula Januari 2017 ini.

Seperti biasa, kemaskini dijangka akan berlaku secara berperingkat mengikut negara. Mungkin kita akan melihat kemaskini berkenaan hadir untuk pengguna Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge tempatan dalam sebulan dua lagi.

Nikon Dan Verily Yang Dimilik Google Bekerjasama Untuk Mengatasi Penyakit Mata Disebabkan Diabetes

Nikon Dan Verily Yang Dimilik Google Bekerjasama Untuk Mengatasi Penyakit Mata Disebabkan Diabetes

Verily (dulunya dikenali sebagai Google Life Science) merupakan anak syarikat Alphabet yang memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan dan kajian berkaitan kesihatan manusia. Terkini, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Nikon dalam membangunkan penyelesaian berasaskan pembelajaran mesin untuk mengatasi masalah penyakit mata disebabkan oleh diabetes.

Melalui kerjasama ini, mereka akan membangunkan penyelesaian berasaskan pengimejan teknologi, dimana ia boleh mengesan diabetes pada peringkat awal, sekaligus mengelakkan masalah mata termasuk apa yang boleh menyebabkan menjadi buta.

Nikon akan menyumbang kepakaran mereka dalam kejuruteraan optikal, dan kelebihan mereka dalam arena kepakaran mata hasil pengambil-alihan Optus oleh Nikon sebelum ini, sementara pihak Verily pula akan menyumbang kepakaran mereka dalam arena pembelajaran mesin.

Sekiranya ia berjaya, maka masalah penglihatan disebabkan oleh diabetes dijangka akan dapat diatasi – apatah lagi ia menjadi salah satu masalah utama dinegara-negara membangun.

Remaja Terjatuh Dari Tingkat 11

Remaja Terjatuh Dari Tingkat 11


KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 13 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 11 kediamannya semalam. 

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam, mangsa terjatuh di bumbung tempat letak kereta Sri Pinang Villa, Kampung Pandan. 

Menurut sumber, mangsa bermain bola di balkoni kediamannya sebelum lalu menghempap bumbung dan kereta Nissan Livina. 

Usaha menyelamat sedang dijalankan | Foto - DTTB
Mangsa terjatuh dari tingkat 11 | Foto - DTTB
Meskipun terjatuh dari tingkat 11, mangsa masih selamat, namun kaki dan tangannya patah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan. - The Reporter
(Ura-Ura) Samsung Dijangka Memperkenalkan 2 Tablet Pada CES 2017 – Dijana Windows 10?

(Ura-Ura) Samsung Dijangka Memperkenalkan 2 Tablet Pada CES 2017 – Dijana Windows 10?

Samsung telah sedia mengumumkan beberapa produk bersempena dengan CES 2017, termasuk antaranya adalah produk daripada C-Labs, selain monitor dengan skrin melengkung. Terkini, desas-desus baru hadir, mengatakan Samsung akan memperkenalkan dua tablet berasaskan Windows 10 pada acara berkenaan yang dijadualkan minggu hadapan.

Tablet pertama dikatakan adalah kemaskini untuk keluarga Galaxy TabProS, dimana akan menawarkan spesifikasi sedikit tinggi, serta boleh digunakan sebagai komputer riba. Mengikut desas-desus, Galaxy TabPro S dijangka dilengkapi cip Intel Core M, memori 8GB RAM, ruangan storan 256GB, dan menawarkan skrin bersaiz 12-inci.

Tablet kedua yang dijangka diperkenalkan Samsung diperkatakan berkemungkinan adalah bersaiz sedikit kecil, dengan spesifikasi sedikit rendah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Samsung melalui acara CES 2017 kelak yang akan diadakan minggu hadapan.

Meizu Akan Membayar Qualcomm Untuk Menyelesaikan Saman Paten

Meizu Akan Membayar Qualcomm Untuk Menyelesaikan Saman Paten

Qualcomm hari ini mengatakan pihak Meizu dari China telah bersetuju untuk membuat pembayaran perlesenan untuk penggunaan paten, bagi menyelesaikan kes saman di China dan tiga negara lain, sekaligus memperlihatkan syarikat dari Amerika Syarikat mampu mempertahankan hak cipta mereka di negara tanah besar berkenaan.

Meizu akan membayar Qualcomm yuran paten yang lebih kurang sama seperti pengeluar telefon di China yang lain. Qualcomm sebelum ini telah memfailkan saman ke atas Meizu pada Jun lepas di China dan beberapa negara lain yang Meizu membuat perniagaan – termasuk Jerman, Perancis dan juga Amerika Syarikat. Saman yang difailkan melibatkan pelanggaran hak cipta, terutamanya teknologi berkaitan rangkaian telekomunikasi 3G dan 4G.

Perkara ini semestinya salah satu langkah utama untuk Qualcomm dalam memastikan perniagaan mereka dalam industri cip terus berkembang. Qualcomm hari ini menjana pendapatan melalui penjualan semikonduktor, tetapi pada masa yang sama, perlesenan teknologi menyumbang kepada sehingga 75% daripada pendapatan pra-cukai untuk tahun fiskal 2016.

Volvo Mula Menyertakan Fungsi Skype Pada Skrin Sesentuh Kenderaan Mereka

Volvo Mula Menyertakan Fungsi Skype Pada Skrin Sesentuh Kenderaan Mereka

Di dalam sebuah kaji selidik yang dilakukan beberapa tahun yang lalu, pemandu kenderaan di Amerika Syarikat didapati membazirkan 42 jam setahun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintar. Sebagai warga Kuala Lumpur kami rasakan angka ini mungkin lebih tinggi di Malaysia. Oleh sebab itu lewat ke mesyuarat dan perjumpaan penting kini menjadi lumrah. Masalah ini cuba diselesaikan oleh Volvo dengan sokongan Skype pada skrin sesentuh kenderaan keluaran mereka.

Volvo bekerjasama dengan Microsoft bagi menyokong sistem Skype For Business. Dengan ini ahli perniagaan masih boleh menghadiri pelbagai mesyuarat penting sekiranya terperangkap di dalam kesesakan atau dalam perjalanan di luar pejabat. Kenderaan Volvo Series 90 akan menerima fungsi ini terlebih dahulu kerana kerap digunakan golongan perniagaan. Buat masa ini ia hanya menyokong panggilan suara atas sebab keselamatan.

Diharap pemandu tidak akan lalai ketika menggunakan Skype. Sekiranya tidak, mungkin Volvo pula disaman kerana mengakibatkan kemalangan seperti yang berlaku ke atas Apple hari ini.