Netflix Memperkenalkan Sokongan Muat-Turun Dan Tonton Secara Tanpa Talian Internet

Netflix Memperkenalkan Sokongan Muat-Turun Dan Tonton Secara Tanpa Talian Internet

Netflix hari ini telah mula memperkenalkan sokongan baru pada aplikasi Android dan iOS mereka, dimana mereka kini membolehkan para pengguna untuk memuat-turun sesuatu siri televisyen atau filem, dan menontonnya tanpa perlu menggunakan talian internet.

Netflix Download

Dengan kebolehan muat-turun, ia membolehkan anda muat-turun kandungan kegemaran menggunakan WiFi atau data dan menontonnya tanpa data – sebagai contoh ketika dalam penerbangan. Netflix menawarkan muat-turun dalam dua resolusi, sama ada Standard atau High

Sokongan ini dilihat ditawarkan untuk sejumlah siri televisyen dan filem yang diterbitkan oleh Netflix buat masa ini, dan dijangka akan diperluaskan untuk pelbagai kandungan lain pada masa akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Netflix pada Android atau iOS, anda kini boleh mengemaskini aplikasi mudah-alih anda dan menikmati sokongan muat-turun dan tonton tanpa data ini.

Netflix Download

Bagaimana Menonton Video Facebook Dan Melayarinya Pada Masa Yang Sama?

Bagaimana Menonton Video Facebook Dan Melayarinya Pada Masa Yang Sama?

Pada aplikasi YouTube, mungkin ramai sedia maklum akan fungsi mengapungkan video, dimana apabila anda keluar daripada video berkenaan, dan ingin melihat senarai video lain, video yang dimainkan sebelumnya diapungkan pada penjuru bawah bagi membolehkan anda terus menontonnya. Kini, Facebook turut dilihat menawarkan fungsi lebih kurang sama pada aplikasi mereka.

Facebook Video

Pada aplikasi Facebook, apabila anda tap pada sebarang video, ia kini memaparkan sebuah ikon kecil yang membolehkan anda membuat video berkenaan dimainkan dalam sebuah pop-up kecil diluar. Ini mungkin sangat membantu sekiranya anda sedang mengikuti siaran langsung Facebook Live, atau mengikuti video berbentuk podcast dan pada masa yang sama ingin melayari Facebook.

Bagi anda yang sering menghabiskan masa yang lama di Facebook, mungkin boleh mencuba fungsi ini hari ini. Daripada pengamatan kami, ia telah sedia terdapat pada aplikasi Facebook di iOS dan juga Android.

1 Maut, 5 Cedera, 1 Tertimbus Dalam Runtuhan Jejantas

1 Maut, 5 Cedera, 1 Tertimbus Dalam Runtuhan Jejantas


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Vietnam dilaporkan meninggal dunia dalam runtuhan jejantas di tapak pembinaan KL Eco City, Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, petang tadi, lapor Harian Metro.  

Ketua Polis Daerah Bricksfield Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, dua lagi pekerja warga Bangladesh masih terperangkap di bawah runtuhan jejantas sepanjang 70 meter itu. Salah seorang mangsa dilaporkan masih hidup, manakala seorang lagi tertimbus dan tidak dapat dikenal pasti keadaannya. 

"Pihak kami mengesahkan, setakat ini hanya tujuh mangsa terbabit. Seorang pekerja warga Vietnam disahkan meninggal dunia. Empat lagi mangsa cedera berjaya dibawah keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya. 

Lapor Berita Harian, salah seorang mangsa warga Bangladesh berusia 32 tahun yang tertimbus di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan sebentar tadi. Mangsa cedera parah di kaki telah dihantar ke PPUM.


Dalam kenyataan SP Setia berkata, jejantas tersebut masih dalam pembinaan dan pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan hospital untuk menyelia keadaan. 

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut yang dapat diberikan berikutan kejadian itu masih dalam siasatan.  - The Reporter

Ulasan Xiaomi Mi Mix – Konsep Yang Belum Bersedia Untuk Realiti

Kemunculan Xiaomi Mi Mix mengejutkan dunia peranti mudah alih. Rekaan futuristiknya sebelum ini hanya dilihat pada rekaan konsep tetapi Xiaomi berani menzahirkannya menjadi produk sebenar. Kombinasi skrin hampir tanpa bezel dan kerangka seramik membuatkannya kelihatan amat unik. Jauh berbeza dari rekaan standard majoriti peranti di pasaran. Adakah peranti konsep ini bakal menjadi ikutan pengeluar lain? Ulasan ini akan merungkai persoalan ini.

Spesifikasi

Xiaomi Mi Mix
Skrin 6.4″ IPS LCD 1080P (362 ppi)
Pemproses Snapdragon 821
Cip Grafik Adreno 530
RAM 4/6 Gigabyte LPDDR4
Muatan Dalaman 128/256 Gigabyte
Kamera Utama 16 Megapixel f/2.0, EIS, PDAF
Kamera Depan 5 Megapixel f/2.0
Kalis Air Tidak
Bateri 4400 mAh (Pengecasan Pantas)
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano
Jalur LTE 1 / 3 / 4 / 5 / 7 / 8 / 38 / 39 / 40 / 41
NFC Ya
Infra Merah Tiada

Skrin gergasi IPS LCD sebesar 6.4″ digunakan dengan resolusi 1080P. Ini ialah saiz yang hampir sama dengan sebuah Mi Max. Sungguhpun begitu kerana rekaan bezel yang kecil dan ketiadaan bahagian dahi, peranti ini mempunyai saiz yang sama dengan sebuah iPhone 7 Plus yang dilengkapi skrin 5.5″.

Sedikit mengecewakan pihak Xiaomi menggunakan panel IPS LCD dengan resolusi 1080P sahaja. Bagi sebuah peranti konsep masa hadapan, kami berharap panel AMOLED dengan resolusi QHD digunakan. Paparan skrin masih lagi terang dan cantik walaupun menggunakan resolusi yang rendah. Di bawah cahaya matahari yang terang ia masih boleh dibaca.

Pemproses Snapdragon 821 dengan dua teras 2.5 GHz dan dua lagi teras 1.6 GHz dipadankan dengan RAM sebesar 4/6 Gigabyte bergantung kepada saiz storan. Storan yang diberikan ialah 128 dan 256 Gigabyte. Model yang diulas ialah versi biasa RAM 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Tiada sokongan kad MikroSD disertakan seperti pada sebuah Xiaomi Mi 5.

Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dengan sistem penstabilan EIS. Kamera selfie pula hanya sebesar 5-Megapixel. Ia mampu merakam video pada resolusi 4K ataupun 1080P 30 FPS. Ketiadaan mood 1080P 60FPS adalah mengecewakan kerana pemproses Snapdragon 821 berkemampuan merakam pada kadar yang lebih tinggi ini.

Bercakap tentang kamera selfie, ia terletak pada bucu bawah sebelah kanan. Ini adalah lokasi yang aneh untuk kamera selfie tetapi terpaksa dilakukan kerana Mi Mix tidak mempunyai bahagian “dahi” seperti peranti lain.

Bateri sebesar 4400 mAh disertakan bagi membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui port USB-C. Namun pengecas yang disertakan tidak menyokong mod ini pengguna perlu membeli pengecas QC 3.0 mereka sendiri. Tiada sokongan pengecasan tanpa wayar disokong dan ketiadaannya sekali lagi membingungkan bagi sebuah peranti yang direka untuk “masa hadapan”.

Sistem NFC disokong tetapi tidak seperti Mi 5 dan Mi Max, sistem pemancar infra merah tidak disertakan. Berita baik bagi peminat fon kepala/telinga berwayar, sebuah bicu audio 3.5mm diletakkan pada bahagian atas peranti.

xiaomi-mi-mix002

 

Rekabentuk

xiaomi-mi-mix-montage-1Seperti kami katakan pada beberapa perenggan di atas, Mi Mix ialah peranti konsep masa masa hadapan. Untuk menghasilkan rekaan futuristik, pembesar suara yang terletak pada bahagian dagu tidak lagi wujud. Sistem pembesar suara piezoelektrik di dalam kerangka digunakan. Gegaran dari piezoelektrik akan menyampaikan gelombang bunyi kepada telinga pengguna.

Dalam penggunaan selama dua minggu sistem ini boleh kami kategorikan sebagai gagal. Mi Mix menyokong sistem VoLTE tetapi kualiti bunyi panggilan telefon yang dihasilkan oleh sistem piezoelektrik adalah mengecewakan. Pada tetapan audio tertinggi ia masih tidak cukup kuat. Suara pemanggil kedengaran seperti suara robot yang bercakap di belakang dinding nipis. Melakukan panggilan telefon di tempat awam adalah mustahil kerana sukar mendengar apa yang dicakapkan.

Kerangka seramik yang digunakan adalah amat menarik, eksotik dan sedap untuk dipegang. Ini membuatkan peranti teras agak berat tetapi premium. Mi Mix kami rasakan mempunyai bahan binaan dan kemasan kerangka paling menarik sepanjang 2016. Namun penggunaan seramik sebagai kerangka adalah amat tidak praktikal di dunia sebenar.

Ia terlalu licin untuk dipegang. Gabungan permukaan adi-licin dan peranti yang berat membuatkannya amat mudah terlucut dari genggaman. Sebuah kerangka kulit disertakan dengan setiap pembelian dan kami mengesyorkan ia digunakan sepanjang masa. Kerangka ini akan membuatkan Mi Mix lebih mudah dipegang, digunakan dan mengelakkannya dari mengalami kerosakan sekiranya terjatuh. Ia turut menghalang panel belakang berkilat dari dicemari cap jari.

Kami telahpun menunjukkan ujian jatuhan Mi Mix sebelum ini. Bahan seramik mungkin seksi dan cantik tetapi ia tidak mampu menahan hentakan seperti aluminium. Kepada yang mengidamkan dunia peranti pintar kesemuanya menggunakan seramik anda perlu melupakan impian anda. Buat masa ini seramik masih belum praktikal dan tahan lasak untuk penggunaan secara meluas.

Sisi kanan peranti diletakkan butang kuasa dan suara yang turut diperbuat daripada seramik. Anjalan dari kedua-butang ini adalah amat baik. Tiada masalah kelonggaran seperti yang ditemui pada peranti Xiaomi lain sebelum ini. Slot dwi-SIM bersaiz nano pula terletak pada sisi kiri. Ia dari jenis yang memerlukan jarum untuk dikeluarkan.

Di bahagian bawah terdapat sebuah pembesar suara mono. Dua kekisi audio diletakkan tetapi hanya kekisi kanan mempunyai pembesar suara. Sebuah slot pengecasan USB-C terletak diantara kedua-dua kekisi audio ini. Akhir sekali sebuah bicu audu 3.5mm terletak di bahagian atas peranti.

Bagi yang memerlukan pengimbas cap jari, ia terletak pada panel belakang dan berbentuk bulat. Bagi sebuah peranti yang bersaiz besar, kedudukan pengimbas pada bahagian bawah adalah paling ergonomik. Adalah amat mustahil untuk melakukan imbasan jari sekiranya Xiaomi meletakkannya pada bahagian dagu seperti sebuah iPhone.

 

Antaramuka

Android 6.0.1 Marshmallow digunakan dengan ataramuka MIUI 8. Harus diingatkan peranti hadir dengan MIUI 7 tetapi kemas kini boleh dilakukan sejurus selepas ia dikeluarkan daripada kotal. Antaramuka MIUI8 adalah minimalis dan mempunyai kombinasi warna enak mata memandang. Talam notifkasi sekarang memaparkan ramalan cuaca dan menggabungkan pintasan pantas dan notifkasi. Kepada yang mahukan rekaan lama yang memisahkan dua fungsi ini, terdapat pilihan untuk melakukannya menerusi skrin tetapan

Sebuah lagi perubahan ialah aplikasi kini boleh dikunci pada skrin multi tasking. Dengan menatal thumbnail aplikasi ke bawah, terdapat pilihan untuk mengunci peranti. Ini akan menghalangnya dari ditutup apabila butang mematikan semua aplikasi pada bahagian bawah skrin ditekan.

Seperti antaramuka dari China yang lain, MIUI tidak mempunyai talam aplikasi. Kesemua aplikasi diletakkan pada muka hadapan skrin. Xiaomi tidak menyertakan kustomasi yang banyak dengan MIUI. Kustomasi paling ketara ialah Themes yang membenarkan pengguna mengubah antaramuka dan ikon yang digunakan. Terdapat puluhan tema boleh dimuat turun oleh pengguna. Seleksi yang diberikan adalah cukup besar dan pengguna pasti menemui tema yang menepati citarasa mereka.

Sokongan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin akhirnya disokong. Ini pada hemat kami sepatutnya menjadi fungsi default pada kesemua peranti Android. Sokongan multi-window juga masih belum disertakan sungguhpun Mi Max mempunyai skrin yang cukup besar untuk menyokongnya. Jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh peranti phablet yang lain seperti Galaxy Note 5 dan Huawei Mate 9, jumlah fungsi tambahan yang ditawarkan Xiaomi Mi Mix adalah agak terhad.

Berikut ialah beberapa fungsi tambahan lain yang disertakan bersama MIUI 8.

Navigation Button – Mengubah kedudukan butang multi tasking dan back. Pengguna boleh memilih meletakkan butang back pada sebelah kanan dan multi tasking pada sebelah kiri atau sebaliknya.

One-handed Mode – Mengecilkan saiz skrin kepada 3.5″, 4″ atau 4.5″ untuk memudahkan penggunaan sebelah tangan

Quick Ball – Fungsi seakan Assistive Touch pada iOS. Peranti boleh dikawal dengan butang maya di atas skrin, Dengan adanya QuickBall Xiaomi cuba mengurangkan kesukaran untuk menekan butang navigasi apabila peranti digunakan sebelah tangan.

Dual Apps – Kemampuan menggunakan dua aplikasi menggunakan akaun berbeza. Amat berguna bagi mereka yang mempunyai dua akaun WhatsApp. Aplikasi lain yang disokong ialah Facebook dan Instagram.

Second Space – Membolehkan dua profil berbeza digunakan pada satu peranti misalnya satu untuk kegunaan pejabat dan satu lagi untuk kegunaan peribadi. Kandungan emel, aplikasi dan gambar misalnya tidak bercampur aduk. Profil kedua boleh dikunci bagi mengekalkan privasi pengguna

Theme – Mengubah tema antaramuka. Terdapat puluhan tema yang boleh dimuat turun mengikut kehendak pengguna.

Child Mode – Mengawal akses aplikasi tertentu kepada pengguna kanak-kanak

xiaomi-mi-mix-1 xiaomi-mi-mix-2

xiaomi-mi-mix-3

 

Kamera

Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0dipadankan dengan kamera hadapan sebesar 5-Megapixel f/2.0. Kamera utama mengambil gambar pada nisbah 4:3 pada tetapan tertinggi 16-Megapixel. Untuk mengambil gambar pada nisbah 16:9, resolusi diturunkan ke 12-Megapixel.Ini ialah spesifikasi kamera yang sama yang dilihat pada Xiaomi Mi Max sebelum ini.

Tetapan rakaman video tertinggi pula ialah 4K dengan pilihan terdapat juga pilihan untuk 1080P 30 FPS dan 720P 30 FPS. Ketiadaan sokongan untuk 1080P 60FPS adalah agak aneh kerana pemproses Snapdragon 821 yang digunakan mampu mengambil video pada mod ini. Rakaman 1080P 60FPS pada hemat kami perlu ada bagi sebuah peranti utama kerana membezakannya dari peranti kelas pertengahan.

Terdapat lapan pratetapan disertakan iaitu Panorama, Timer, Audio, Straighten, Beautify, Hand Held Twilight dan Tilt Shift. Kesemua tetapan disertakan bagi memudahkan operasi kamera. Ia boleh diakses dengan menekan butang Modes yang tertera pada antaramuka kamera.

Antaramuka kamera mudah difahami dan digunakan sekiranya anda pernah menggunakan MIUI 8 sebelum ini. Pada tetapan tertinggi, HDR diaktifkan dan kualiti gambar terbaik digunakan, kami menyedari masa diambil untuk mengambil gambar adalah sedikit lama. Ini ialah perkara yang kami sedari berlaku pada Mi Max.

Pada Mi Max ia mungkin boleh dimaafkan kerana penggunaan pemproses Snapdragon 650. Bagi Mi Mix dengan pemproses yang berkuasa ia adalah tidak dapat dimaafkan. Peranti utama lain seperti S7 Edge dan iPhone 7 Plus boleh mengambil gambar HDR tanpa sebarang sela masa. Kelemahan di sini terletak pada perisian yang nampaknya tidak dioptimasikan untuk Mi Mix.

xiaomi-mi-mix-camera-1

Kemampuan kamera pada sebuah peranti utama seharusnya lebih baik berbanding kamera kelas pertengahan dan permulaan. Dari apa yang kami lihat kualiti kamera Mi Mix adalah setanding dengan kemampuan kamera Mi 5. Ia berfungsi dengan baik di alam situasi pencahayaan yang terang. Seperti yang boleh dilihat di bawah gambar yang diambil terang dengan warna yang baik.

Sungguhpun begitu sekiranya dilihat pada resolusi sebenar ia tidak setajam seperti yang mampu diambil Galaxy S7 Edge dan iPhone 7 Plus. Penghasilan warna juga kurang bermaya sekiranya dibandingkan dengan dua peranti ini.

Untuk mendapatkan gambar yang baik mod HDR harus sentiasa diaktifkan. Tanpanya gambar mempunyai masalah gelap dan warna kurang menyerlah. Aneh sekali apabila mod HDR diaktifkan kamera tidak mampu mengambil gambar dengan pantas. Ini masalah yang wujud pada Mi Max. Pada Mi Max ia kami maafkan kerana dilengkapi Snapdragon 650 yang tidak mempunyai kuasa memproses sebaik Snapdragon 821. Kami merasakan masalah aplikasi kamera Xiaomi ialah ia tidak dioptimasikan dengan betul walaupun pada peranti dengan pemproses berkuasa tinggi.

Lensa f/2.0 kamera utama menunjukkan kekurangan yang jelas apabila mengambil gambar di dalam situasi pencahayaan yang rendah. Noise mula kelihatan dan objek yang diambil kabur.

xiaomi-mi-mix010xiaomi-mi-mix009

xiaomi-mi-mix007xiaomi-mi-mix006 xiaomi-mi-mix008

 

Audio

Kami agak jarang mengulas mengenai audio kerana majoriti peranti yang diulas mempunyai kualiti yang kurang baik. Pada Mi Mix kami rasakan audio perlu diulas kerana penggunaan DAC 24 Bit terbina. Dengan adanya cip khas ini kualiti audio dapat dipertingkatkan. Apabila menstrim audio pada kadar tertinggi Spotify Premium, jelas kedengaran perbezaan sistem audio Mi Mix. Bunyi suara nyanyian lebih jelas dan gemeresik. Deruman bass juga lebih mantap dan tidak pecah terutamanya pada frekuensi pertengahan.

Output audio dari iPhone 7 Plus dan S7 Edge yang kami miliki langsung tidak dapat menyentuh Mi Mix. Pada S7 Edge bunyi bass terlalu kuat dan agak terpendam. Pada iPhone suara penyanyi kurang jelas. Apabila Mi Mix disambungkan kepada sistem audio yang berkualiti, perbezaan audionya menjadi semakin ketara.

Sekiranya anda banyak menstrim muzik pada kadar bitrate tinggi, Mi Mix akan memberikan inzal telinga. Ayat ini kedengaran agak hiperbola tetapi kualiti audio Mi Mix memang amat baik dan akan memuaskan golongan audiofil.

Penanda Aras

Pemproses Snapdragon 821 yang digunakan adalah yang terpantas di pasaran. Lebih pantas dari yang digunakan pada kedua-dua peranti Pixel. Apabila ujian penanda aras dilakukan markah yang dicatatkan adalah lebih rendah berbanding OnePlus 3 yang yang menggunakan Snapdragon 820. Markah yang dicatatkan ialah 33575 pada Quadrant, 142944 pada Antutu 3D dan 32356 pada Futuremark.

Peranti masih lagi berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Penukaran aplikasi dapat berlaku dengan pantas dan memainkan permainan dengan keperluan grafik yang tinggi boleh dilakukan tanpa masalah. Kesemua aplikasi juga tidak mengalami masalah terhenti secara seketika. Masalah kepanasan juga tidak kami sedari. Secara keseluruhan Mi Mix berfungsi dengan cukup lancar sepanjang tempoh ulasan.

benchies-xiaomi-mi-mix

 

Bateri

Bateri sebesar 4400 mAh yang digunakan adalah agak kecil bagi sebuah peranti dengan skrin gergasi serta pemproses yang berkuasa. Pada penggunaan biasa Mi Mix mampu bertahan hampir 18 jam dengan skrin terpasang hampir 8 jam. Ini ialah penggunaan yang agak baik. Sebagai perbandingan Mi Max dengan skrin 6.44″ mampu bertahan melebihi sehari dengan skrin terpasang melebihi 10 jam. Jika dibandingkan dengan peranti-peranti utama lain di pasaran, masa yang dicatatkan ini adalah setanding. Juara ketahanan bateri masih lagi iPhone 7 Plus yang mampu bertahan selama 27 dengan skrin terpasang hampir 11. Yang membuatkan pencapaian iPhone 7 Plus menakjubkan ialah ia hanya dilengkapi bateri sebesar 2900 mAh!

Pesaing

Pesaing terhampir bagi Mi Mix ialah dua peranti utama dari Android dan iOS. Kedua-dua Apple iPhone 7 Plus dan Google Pixel XL ialah peranti terbaik untuk iOS dan Android. Ketiga-tiganya juga dijual pada harga premium dengan tiada sokongan untuk kad MikroSd seperti Mi Mix.

Peranti Pesaing
Xiaomi Mi Mix Apple iPhone 7 Plus  Google Pixel XL
6.44″ IPS LCD FHD (362 PPI) 5.5″ IPS LCD FHD (401 PPI) 5.5″ AMOLED QHD (534 PPI)
2.35 x 2 + 2.19 x 2 GHz Snapdragon 821 Apple A10 Fusion 2.15 x 2 + 1.6 x 2 GHz Snapdragon 821
Adreno 530 Apple M10 Adreno 530
4 Gigabyte 3 Gigabyte 4 Gigabyte
128 Gigabyte 128 Gigabyte (256 GB MikroSD) 32 Gigabyte
Kamera Utama 16 Megapixel f/2.0, PDAF Kamera Utama 12+12 Megapixel f/1.8+ 2.8, OIS Kamera Utama 12.3 Megapixel f/2.0, PDAF, EIS
Kamera Hadapan 5 Megapixel f/2.0 Kamera Hadapan Kamera Hadapan 7 Megapixel f/2.2 Kamera Hadapan 8 Megapixel f/2.4
4400 mAh (Pengecasan Pantas) 2900 mAh (Pengecasan Pantas) 3450 mAh (Pengecasan Pantas)
RM 3499* RM 4299 RM 3200*

Kesimpulan

Xiaomi Mi Mix ialah sebuah peranti dengan rekaan yang inovatif dan bahan binaan yang eksotik. Apabila dipadankan dengan skrin hampir tiada bezel, rekaan yang selama ini hanya dilihat dalam bentuk gambaran CG akhirnya menjadi realiti. Xiaomi harus dipuji kerana berani melakukan sesuatu yang baru di dalam dunia peranti pintar. Di atas kertas peranti ini mempunyai spesifikasi yang baik dan mampu menyanyi peranti-peranti utama yang muncul pada suku ke-4 2016.

Tetapi rekaan yang unik, skrin bezel kecil dan bahan binaan eksotik tidak mampu menutup kelemahan Mi Mix. Sistem pembesar suara piezoelektrik tidak berfungsi dengan baik. Apabila panggilan telefon diterima kualiti audio tidak memuaskan sehingga sukar mendengar apa yang diperkatakan oleh pemanggil. Kerap kali kami terpaksa menggunakan pembesar suara di bahagian bawah peranti ketika melakukan panggilan telefon.

xiaomi-mi-mix001

Bahan seramik pula tidak cukup tahan lasak untuk kegunaan seharian. Bagi insan yang agak tahan lasak, kami akui menggunakan Mi Mix sepanjang tempoh ulasan adalah agak menakutkan. Kerisauan ia akan terjatuh dan berderai sentiasa terapung di dalam kepala.

Kerangka kulit yang diberikan mengurangkan risiko kerosakan tetapi ia tidak sebaik kerangka getah yang dihasilkan oleh Otterbox atau Spigen. Setahu kami masih tiada pengeluar aksesori menghasilkan kerangka tahan hentakan untuk Mi Mix.

Kemampuan kamera juga tidak setanding peranti-peranti utama lain. Pada harga jualan melebihi RM 3000 mengikut kadar pertukaran wang semasa, kemampuan kamera sepatutnya lebih baik. Buat masa ini ia hanya setanding dengan Mi 5 yang dijual pada separuh harga Mi Mix.

Sekiranya anda mahukan peranti yang unik dengan rekaan paling inovatif di pasaran inilah peranti yang harus dibeli oleh anda. Tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang lebih praktikal untuk kegunaan dunia sebenar serta tidak berisiko mengalami kerosakan dengan mudah, silalah mencari peranti lain.

Kelebihan Kekurangan
  • Rekaan penuh inovasi dan futuristik. Sebuah konsep yang menjadi realiti.
  • Kemasan seramik adalah yang paling premium pernah kami lihat.
  • Peranti dengan skrin gergasi tetapi saiz fizikal yang setanding peranti lebih kecil.
  • DAC 24 Bit menghasilkan bunyi yang amat baik terutamanya apabila memainkan fail audio beresolusi tinggi.
  • Bahan binaan kurang tahan lasak.
  • Pembesar suara piezoelektrik tidak memberikan audio panggilan telefon yang memuaskan.
  • Tiada fungsi khas untuk peranti berskrin besar. Contohnya masih tiada fungsi Multi WIndow.

 

skor-xiaomi-mi-mix-2

Meizu Pro 6 Plus Dilancarkan Dengan Pemproses Exynos 8890

Meizu Pro 6 Plus Dilancarkan Dengan Pemproses Exynos 8890

Peranti Meizu Pro 6 Plus dilancarkan hari ini dan ia diperkasakan pemproses Exynos 8890 buatan Samsung. Ini ialah pemproses yang sebelum ini digunakan pada Samsung Galaxy S7 dan Note 7. Meizu Pro 6 Plus turut dilengkapi skrin 5.7″ AMOLED QHD, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Sistem skrin 3D Press yang mampu mengesan tekanan digunakan.

meizu-pro-6-plus-2

Kamera utama adalah sebesar 12-Megapixel dengan sensor Sony IMX386 yang turut menggunakan ISP buatan Samsung. Bateri 3400 mAh disertakan dan menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C.Terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, perak dan kelabu. Akhir sekali ia mempunyai pengimbas cap jari, nadi dan paparan Always On Display. Pelancar FlyMe OS 6 digunakan yang berasaskan Android Marshmallow. Harga jualan Meizu Pro 6 Plus ialah RMB 3000 (~RM 1945) sebuah.

meizu-pro-6-plus-1

12 Cara Bergaya Macam Artis Kesayangan Anda Tapi Jimat!

12 Cara Bergaya Macam Artis Kesayangan Anda Tapi Jimat!

Percaya atau tidak, bila kita tengok artis pakai baju cantik cantik, mesti kita pun teringin pakai benda yang sama bukan? Tapi selalu juga tertanya tanya, berapa banyak artis habiskan duit untuk bergaya,bukan?

Percaya atau tidak, kami nak kongsikan dengan anda satu satunya tempat anda boleh shopping online dengan harga yang serius mampu milik. Di shopee.com.my, bukan nak cakap apalah, memang rambang mati jadinya lagi pulak bila tengok harga yang memang gila-gila.

1. Jaket Kulit

9-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Nak bergaya macam Aaron Aziz? Tiada masalah sebab di sini memang ada jual jaket seperti yang biasa anda tengok Aaron Aziz pakai? Cuba klik sini, tengok harga, confirm tak percaya.

2. Kaca Mata Hitam
10-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Selalu tengok Syamsul Yusof kacak habis bergaya dengan kaca mata hitam,kan? Jangan risau, sini boleh dapat harga baik punya, jimat pun jimat

3. Shawl Cantik

13-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Pilihan warna shawl yang Hanis Zalikha gayakan selalu cantik cantik,kan? Haa, di shopee ada jual juga ya pelbagai pilihan fesyen muslimah. Pilihlah selagi tak rambang mata.

4. Baju Kasual

7-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Suka betul tengok Shukri Yahaya bergaya dengan baju baju santai sebab pelakon ini memang pandai padankan warna dan juga baju yang sesuai. Saja nak kongsi, blazer kat sini harga memang puas hati.

5. Pengering rambut

11-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Anda mesti suka tengok rambut Anzalna Cantik semacam. Tapi ada benda asas yang anda perlu ketahui iaitu jangan malas yang anda kena tahu – jangan malas keringkan rambut. Kalau tiada lagi pengering rambut, boleh dapatkan yang comel comel di sini.

6. Legging

8-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Mesti anda pernah tengok Che Ta pakai legging,kan? Haa di sini pun ada jual juga. Macam macam pilihan ada dan yang penting sekali ada pelbagai saiz. Nak lagi cantik, jeans legging pun ada!

7. Platform

1-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Antara yang menarik tentang Neelofa ialah walau pakai macam mana simple pun, tetap nampak bergaya dan menarik. Neelofa selalu juga kenakan platform dan jika anda mahukan benda yang sama, inilah tempatnya.

8. Gincu

2-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Ha, kalau nak cakap pasal bibir mungil, tiada siapa boleh lawan Kilafairy. Boleh tengok pelbagai pilihan yang ada di sini. Memang makan masa berjam lamanya jugaklah jika dah sangkut nak pilih gincu.

9. Seluar Untuk Bersukan

12-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Sharifah Sakinah memang aktif sungguh dan dalam masa yang sama pandai bergaya dengan pakaian yang sesuai untuk bersukan. Jom pilih mana seluar yoga yang anda boleh dapatkan. Jangan lupa bersenam ya lepas beli seluar tersebut.

10. Skinny Jeans

6-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Nelydia Senrose memang pandai juga bab bergaya ini lagi lagi bila dia kenakan skinny jeans. Jangan risau, kena dengan bajet, anda juga boleh dapatkan pakaian yang sama.

11. Nampak Menarik Ketika Hamil

3-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Masa Nad Zainal hamil sebelum ini, memang pandai betul dia gayakan pakaian ibu mengandung. Kiranya apa saja yang Nad Zainal pakai ketika mengandungkan anak pertamanya, semua nampak selesa. Hebat juga Shopee sebab tidak lupakan pakaian ibu mengandung.

12. Jaket Bomber

5-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Memang ramai betul peminat wanita Fattah Amin tergilakan pelakon ini. Selalu juga tengok Fattah pakai jaket. Apa kata anda dapatkan Bomber Jaket, mana tahu nanti jadi hot macam Fattah?

12 Hari Ada Promosi Gila Gila, Diskaun Sehingga 90%!

1-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Jika anda masih terkejut tengok harga yang gila gila jimat di Shopee, di sini juga ada potongan harga sehingga 90% tau! Itu belum campur lagu dengan tawaran harga barang berharga RM1!

Selain itu, dalam masa 12 hari itu juga terdapat pelbagai hadiah berbeza setiap hari. Hadiah pun bukan biasa-biasa tau. Memang Shopee nak bagi pelanggan mereka puas hati sempena ulangtahun pertama mereka.

6-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Malah pembaca Rotikaya juga berpeluang untuk dapatkan telefon OPPO F1s edisi terhad Ayda Jebat ketika pelancaran eksklusifnya di Shopee. Klik sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh merebut peluang istimewa ini.

ayda-jebat-12-cara-untuk-nampak-bergaya-macam-artis-kesayangan-anda-rotikaya

Tak cukup dengan diskaun, tawaran dan menarik ini, anda juga boleh memenangi hadiah di bawah dengan cukup mudah. Jom tengok anda boleh menang apa!

Ada iPhone 7 Plus 128GB untuk dimenangi

2-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Ini betul betul mengujakan, nak menang pun senang sebab hanya perlu komen dan share mengenai pertandingan ini di Shopee dan anda bakal berpeluang memenangi hadiah iPhone 7 Plus 128GB! Jangan lambat sebab pertandingan akan bermula dari 1 hingga 7 Disember ini saja.

Menang dapat pergi Australia

3-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Siapa tidak mahu menang, bukan? Percutian percuma daripada Flexiroam ini adalah satu perkara yang sangat dinantikan oleh orang ramai. Memang menyesallah siapa yang tak ambil peluang keemasan sebegini.

Traveloka bagi RM7,000

5-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Ini kepada pengguna yang bertuah, anda berpeluang untuk dapat hadiah percutian bernilai RM7,000. Macam macam boleh buat dengan jumlah sebanyak itu. Barulah syok menginap di tempat yang menarik dan selesa.

Bantal Emoji RM1?

7-12-cara-bergaya-macam-artis-rotikaya

Memang betul betul Shopee ni nak bagi anda puas hati. Mesti anda pernah nampak bantal emoji macam ini’kan? Tapi harga yang dijual kadang kadang tak masuk akal. Tapi di Shopee, anda boleh dapatkan dengan harga RM1 sahaja. Khas untuk pengguna yang pertama kali menggunakan Shoppe. Tapi kena ikut cara di bawah, jom buat terus!

1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau App Store
2. Buka aplikasi, pilih ShopeeTreats
3. Pilih produk di Rotikaya #ShopeeMYBirthday
4. Bila dah pilih produk, tekan beli
5. Masukkan kod RKSHOPEE1 sebelum checkout

Tapi kena ingat ya, anda boleh menggunakan kod tersebut jika anda pelanggan pertama kali di Shopee dan tawaran ini hanya sah sehingga 12 Disember sahaja dan bergantung kepada stok.

Selain itu, memang untung betul siapa yang pertama kali membeli di sini sebab boleh dapat potongan harga RM7! Belanja lebih daripada RM30 dan anda layak untuk dapatkan tawaran ini. Caranya mudah saja, masukkan kod ROTIKAYASH1 ketika berada di halaman check out.

Jika anda tidak mahu ketinggalan perkara menarik, bolehlah ikuti mereka di Facebook. Selamat membeli belah dan berjimat!

Gambar Sekitar Bulan Madu Amyra Rosli, Amar Baharin Di Jepun

Gambar Sekitar Bulan Madu Amyra Rosli, Amar Baharin Di Jepun

Setelah selesai saja majlis pernikahan dan juga persandingan, nampaknya kini pasangan pengantin baru Amyra Rosli dan juga Amar Baharin sedang meniti bahagia berbulan madu di negara matahari terbit, Jepun.

BACA: Majlis Kedua Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Berkongsikan gambar perjalanan mereka sepanjang berada di sana ternyata membuatkan peminat pasangan ini gembira malah ada yang mula bertanyakan kehadiran cahaya mata. Peminat pun, bawa bersabar sedikit please.

Destinasi ke Jepun sebenarnya sudah menjadi perancangan pasangan ini untuk berbulan madu. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar pasangan ini sepanjang berada di Jepun. Enjoice!

9-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 8-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 7-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 6-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 5-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 4-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 3-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 2-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya 10-gambar-sekitar-bulan-madu-amyra-rosli-amar-baharin-di-jepun-rotikaya

Google Kini Menawarkan Gambaran Selang Masa Bumi Daripada 1984 Sehingga 2016

Google sebelum ini melalui Street View telah memperlihatkan penggunaan selang masa, sekaligus menonton pergerakkan dan perubahan di sesuatu kawasan dari tahun ke tahun. Kini, dengan konsep yang lebih kurang sama, Google memperkenalkan Google Earth Timelapse yang meliputi imej satelit selama lebih kurang 32 tahun.

Google Earth Timelapse

Melalui Google Earth Timelapse yang diumumkan hari ini, Google menawarkan imej rakaman satelit daripada 1984 sehingga 2016. Sebelum ini, Google hanya menawarkan data sekitar sehingga 1988 sahaja.

Pelbagai lokasi diliputi oleh Google, termasuk Malaysia. Seperti pada Google Maps, pengguna boleh zum gambar dan melihat ia dengan jarak lebih dekat untuk melihat perubahan di sesuatu kawasan. Google secara automatik akan menganimasikan paparan dalam memudahkan pengguna melihat sesuatu perubahan dengan baik. Selain itu, Google juga turut menyediakan beberapa video pendek dalam memperlihatkan perubahan yang berlaku di pelbagai bandar utama seluruh dunia.

Layari : Google Earth Timelapse

AWS re:Invent 2016 – Era Mainframe Bakal Berakhir

AWS re:Invent 2016 – Era Mainframe Bakal Berakhir

aws-reinvent2016_bluePada minggu ini acara AWS re:Invent sedang berlangsung. Acara ini merupakan perhimpunan tahunan yang diadakan oleh pihak Amazon Web Services (AWS) bagi melestarikan teknologi yang disediakan mereka, terutamanya bidang perkomputeran awan. Memulakan acara selama empat hari ini adalah James Hamilton yang merupakan Naib Presiden serta Jurutera Kehormat (Distinguished Engineer) AWS.

Beliau berkongsi mengenai pengalaman beliau dan sedikit sebanyak perkembangan AWS. Pada tahun 2015, AWS telah menjana keuntungan yang banyak, malahan dapat menampung kos mereka untuk tahun 2005. James turut menunjukkan dimana corak perniagaan sekarang yang mengikut musim, dan salah satu komponen perkhidmatan AWS iaitu EC2 (Elastic Compute Cloud) dapat berubah mengikut permintaan pengguna.

sdr sdr sdr

Rangkaian penyediaan infrastruktur AWS pula telah ditambah, sekaligus membuatkan perkhidmatan mereka sentiasa bersedia dan tidak akan gagal meskipun dilanda bencana alam. Seperti contoh jika pengguna berada di Jepun dan Jepun mengalami kejadian alam yang merosakkan pelayan (server), pengguna masih boleh melawat laman berkenaan kerana sistem AWS akan menyediakan salinan untuk pelayan tersebut, bahkan lengkap dengan fungsi-fungsi yang boleh dilakukan pada perkhidmatan tersebut.

Mungkin anda rasa kes ini tampak seperti remeh namun hakikatnya bagi perniagaan yang bergantung pada transaksi masa-nyata, apabila perkhidmatan sebegini gagal dijalankan walau setengah jam, kerugian bakal dihadapi. Malah terdapat kes dimana syarikat penerbangan ternama yang mengalami gangguan selama dua hari, membuatkan lebih dari 1,000 penerbangan dibatalkan dan dijadualkan semula. Bagi mengatasi masalah sebegini, pasukan yang diketuai James Hamilton membangunkan switchgear tersendiri dan tidak bergantung kepada switchgear yang tidak mampu menampung permintaan dan corak penggunaan AWS.

aws-james-hamilton-cyfaam_viaazq7i edf

Selain dari itu, satu lagi infrastruktur yang dibangunkan oleh mereka sendiri adalah pelayan storan awan mereka. Jika anda menggunakan AWS S3 (Simple Storage Service), mungkin pelayan storan ini yang ‘melayani’ permintaan anda. Pada tahun 2014 pelayan sebegini dapat memuatkan 880 cakera keras untuk satu rak, dan pada versi akan datang pelayan storan mereka dapat menampung sehingga 1,110 cakera keras, dan berkemungkinan dapat menyimpan sehingga 11PB (Petabyte) data.

edf

cof

Selain dari perkongsian mengenai teknologi, mereka turut berkongsi beberapa perkara menarik termasuklah perancangan mereka untuk menghasilkan kabel dasar laut yang mempunyai ketahanan yang lebih tinggi. Kini mereka sedang meletakkan kabel yang menyambungkan bandar disekitar Pasifik seperti Hawaii, New Zealand, Oregon, dan juga Australia. Kabel tersebut dijangka dapat menampung lebih banyak transmisi data diantara kawasan tersebut.

NASA Jet Propulsion Laboratory (NASA-JPL) adalah antara organisasi besar yang memanfaatkan penggunaan AWS. Dalam misi mereka meneroka alam semesta, pengimejan berkualiti tinggi dan simulasi mengenai misi mereka menggunakan teknologi AWS. Setiap hari sebanyak 100TB data digunakan oleh NASA-JPL, dan data ini juga disimpan bertahun lamanya untuk kajian mereka. Pada acara ini mereka juga turut mengumumkan aplikasi NASA MARS tersedia untuk dimuat-turun pada peranti Alexa mereka, membolehkan pengguna bertanya kepada Alexa mengenai misi NASA ke planet Marikh.

Baca: NASA Mars – Alexa

Menutup perkongsian ini, James menyatakan yang Amazon juga komited dalam menggunakan tenaga yang boleh digunakan semula iaitu tenaga elektrik. Sehingga kini, mereka telah mencapai kadar 45% tenaga yang telah berjaya digunakan semula, dan dalam masa beberapa tahun lagi mereka akan dapat bergantung sepenuhnya kepada tenaga elektrik yang dijana menerusi kuasa solar dan kuasa angin.

aws-james-hamilton-img_20161130_133818 aws-james-hamilton-img_20161130_133857

Dengan kemajuan teknologi perkomputeran awan, tidak mustahil era ‘mainframe’ akan berakhir. James Hamilton ditengah-tengah ucapannya menyatakan ‘Death to the mainframe’. Mainframe merupakan istilah yang diberikan kepada komputer besar yang mengandungi pengkalan data yang banyak dan biasa ditemui pada organisasi yang besar seperti teknologi perbankan, penerbangan dan sebagainya. Namun jika kita lihat dengan kemajuan teknologi sekarang, seperti Netflix dan iFlix yang tidak perlu mempunyai pengkalan data rancangan hiburan yang tinggi, tetapi sebaliknya memanfaatkan perkhidmatan AWS sebagai solusi perkhidmatan mereka.

Jika ambil contoh terdekat, perisian seperti Prisma menggunakan kecerdasan buatan yang memerlukan pengguna berhubung dengan internet bagi menjana gambar tersebut. Dan perkhidmatan lain seperti contoh Adobe turut menyediakan perkhidmatan ‘Creative Cloud’, membolehkan perkongsian dan penyuntingan fail dilakukan terus dari internet. Namun memandangkan ia memerlukan sambungan internet, internet yang laju diperlukan bagi memastikan pengalaman menggunakan perkhidmatan awan tidak terganggu.

Mungkin ada benarnya era ‘mainframe’ bakal berakhir.