Jony Ive Dan Pasukan Telah Menolak Mac Dengan Skrin Sentuh Beberapa Tahun Lepas

Jony Ive Dan Pasukan Telah Menolak Mac Dengan Skrin Sentuh Beberapa Tahun Lepas

Apple pada minggu lepas telah memperkenalkan MacBook Pro dengan Touch Bar – sekaligus membawa kepada pelbagai persoalan berkaitan mengapa Apple tidak menyertakan sahaja sokongan skrin sentuh pada komputer riba mereka.

Menjawab mengenainya, Jony Ive melalui sebuah temuramah bersama CNet mengatakan pasukan beliau telah menolak Mac dengan skrin sentuh “beberapa tahun lepas”. Walaubagaimanapun, alasan kukuh untuknya tidak dikongsikan. Ia dikatakan sukar untuk bercakap mengenainya, kerana ia akan turut mendedahkan beberapa perkara yang sedang mereka bangunkan di Apple.

Jony Ive mengatakan mereka telah menguji beberapa rekabentuk berbeza – tetapi setelah menggunakan ia untuk seketika, ia menjadi kurang menarik. Jony Ive turut berkongsi mengatakan Touch Bar adalah permulaan untuk sesuatu yang menarik daripada Apple.

Mengikut desas-desus, Apple dijangka menggunakan papan kekunci berasaskan e-ink pada komputer riba mereka, sekaligus menawarkan kemudahan untuk para pengguna mengubah setiap kekunci mengikut kemudahan penggunaan mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda meminati komputer riba dengan skrin sentuh?

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad - 06 November 2016

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad - 06 November 2016

Jawatan kosong terkini sebagai kerani di Pos Malaysia Berhad November 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad sebagai :

1. KERANI

Tarikh tutup permohonan 06 November 2016 
Lokasi : Sarawak
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad November 2016

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad November 2016

Calon-calon yang berminaat dan memenuhi kelayakan di atas sila kemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dokumen yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 06 November 2016 kepada :

Sumber Manusia 
Pejabat Pengurusan Negeri
Pos Malaysia Berhad
Jalan Tun Razak
93670 Kuching, Sarawak

Customer is Not Always Right! - Pekerja Restoran Beri 3 Tumbukan Padu Pada Pelanggan Wanita Yang Mabuk


MEXICO - Seorang pekerja restoran menumbuk seorang pelanggan wanitanya sebanyak tiga kali di bahagian muka, dalam kejadian Sabtu lalu, lapor Daily Mail.

Pada awalnya, mangsa dihalang oleh tiga pekerja restoran berkenaan. Apabila mangsa dilepaskan, wanita itu kemudian dengan beraninya berdepan semula dengan salah seorang pekerja terbabit yang kemudiannya menerima padah apabila dia ditumbuk. 

Kejadian itu kemudiannya dileraikan oleh beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu. Insiden itu juga menyebabkan salah seorang pekerja restoran tersebut mengancam mencederakan mangsa dengan parang. 

Susulan dari kejadian itu, pihak restoran Taqueria La Guelaguetza telah memecat lelaki yang memukul pelanggannya, malah dua lagi pekerja yang terbabit dalam insiden itu turut dikenakan tindakan disiplin. 

"Kami kesal dengan insiden yang berlaku. Restoran kami adalah tempat awam, insiden keganasan dan yang sewaktu dengannya tidak sepatutnya berlaku. 

"Bagi memastikan keselamatan pelanggan kami di premis ini, kami telah mengambil tindakan terhadap pekerja yang terlibat dalam insiden itu dan pekerja yang menumbuk pelanggan kami juga telah dipecat serta merta," kata pengurusnya, Martin Garcia.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak dimaklumkan kepada pihak media. 

Beberapa jam selepas pihak restoran tersebut membuat permohonan maaf, polis tiba di restoran dan menahan beberapa lelaki yang terlibat dalam insiden itu, susulan laporan polis dibuat oleh mangsa. 

Menurut individu yang merakam kejadian itu, Gonzalez berkata, "Saya teringin nak memukul pekerja restoran yang menyerang mangsa. Lalu saya dengan beberapa rakan yang lain berdepan dengan mereka. 

"Namun lelaki itu bersama dengan beberapa rakan sekerjanya dan seorang chef yang memegang parang menyebabkan kami terpaksa mengundurkan diri. 

"Sebelum kejadian itu, mangsa dalam keadaan mabuk telah menghina salah seorang pelayan wanita sebelum memecahkan beberapa pinggan dan menolak beberapa orang yang cuba menenangkannya. 

"Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk memukul wanita," katanya. - The Reporter
Pengguna Berhak Dapat Bayaran Balik Jika LRT & Monorel Lewat 15 Minit - Menteri

Pengguna Berhak Dapat Bayaran Balik Jika LRT & Monorel Lewat 15 Minit - Menteri


KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel berhak meminta bayaran balik jika kereta api terlewat selama 15 minit atau lebih, kata Datuk Nancy Shukri, lapor New Straits Times.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pengguna yang telah membeli tiket juga boleh mendapatkan kupon sebagai ganti tiket mereka untuk perjalanan keesokan hari. 

"Pada masa ini, perkhidmatan LRT dan KL Monorail adalah di bawha pengurusan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

"Ia adalah amalan Prasarana membuat bayaran balik kepada penggunanya yang mengalami kelewatan atau menggantikannya dengan kupon yang boleh digunakan sebagai tiket untuk perjalanan keesokan hari," katanya pada persidangan Dewan Rakyat dalam jawapan bertulis kepada Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah). 

Koh terdahulu bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan sistem pampasan untuk pengguna pengangkutan awam seperti di United Kingdom dan Jepun. 

Menurut Koh, pampasan itu diperlukan terhadap sistem pengangkutan awam yang tidak menepati jadual bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan yang cekap dan juga sebagai pendorong kepada pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan mereka kepada orang ramai. 

Menurut Nancy, polisi yang sama juga akan diguna pakai bagi laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung 2016 ini yang turut dikendalikan oleh syarikat Prasarana. - The Reporter
Elephone S7 – Peranti Yang Mendakwa Ia Kalis Letupan

Elephone S7 – Peranti Yang Mendakwa Ia Kalis Letupan

Epidemik peranti meletup sedang melanda dunia. Ia penyakit yang menyebabkan Galaxy Note 7 dihentikan penjualannya dan telahpun “berjangkit” pada beberapa peranti Apple di Amerika Syarikat. Kerisauan pengguna tentang keselamatan peranti mereka kini meningkat. Bagi mereka yang tidak mahu risau tentang masalah ini, Elephone S7 dihasilkan dengan kemampuan kalis letupan.

elephone-s7-1

Menurut Elephone peranti ini mempunyai teknologi bateri yang diuji penuh keselamatannya. Terdapat membran khas yang menutupi bateri bagi menjadi sistem keselamatan pertama dari letupan. Sistem keselamatan kedua pula ialah kerangka TPU yang menutupi tubuh peranti.

Terdapat dua model Elephone S7 dihasilkan dengan saiz skrin 5.2″ dan 5.7″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio X20, RAM 2/3/4 Gigabyte dan storan 16/32/64 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/2/2 dan kamera selfie 5-Megapixel f/2.4 . Bateri kalis letupannya pula sebesar 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Harga jualan bermula dari $ 139.99 (~RM 587) sebuah.

Langgar Lampu Isyarat, Polis Saman Diri Sendiri RM664 & Diberi Amaran

Langgar Lampu Isyarat, Polis Saman Diri Sendiri RM664 & Diberi Amaran


FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT - "Alamak! Itu adalah (kereta) saya sendiri," demikian kata seorang anggota polis bertindak mengeluarkan saman terhadap dirinya sendiri kerana melanggar peraturan jalan raya, lapor The Independent

Pegawai Polis Tim Glover dari Haines City Police Deparment sebelum itu memeriksa rakaman lalu lintas untuk mengesan pesalah trafik. 

Bagaimanapun, Tim ternampak sebuah kereta peronda melanggar lampu merah di satu persimpangan jalan raya.

"Saya kenal kereta peronda tersebut dan berharap ianya bukan saya," katanya. 

Malangnya setelah melakukan pemeriksaan lanjut, dia mendapati bahawa individu berkenaan adalah dirinya sendiri yang baru pulang dari membeli sandwich untuk makan tengah hari. 

Tim tidak menafikan bahawa dia mempunyai pilihan untuk mengabaikan video tersebut, sebaliknya dia menggunakan rakaman itu sebagai bukti untuk menyaman dirinya sendiri. 

"Saya perlu bersikap adil kerana saya pernah memberi saman kepada kawan, rakan setugas dan juga ahli keluarga saya sendiri.

"Saya sudah diajar bahawa jika melakukan kesalahan, kita perlu bertanggungjawab dan kali ini saya perlu beri saman kepada diri saya sendiri," katanya.

Kereta peronda polis yang dipandu oleh Tim didapati melanggar lampu isyarat merah ketika pulang dari membeli sandwich untuk makan tengah hari.
Di atas kesalahan itu, Tim dikenakan denda AS$158 (RM664) dan diberi amaran. 

Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji kejujuran dan integriti Tim. 

"Ciri-ciri tersebut yang menjadikan seorang anggota polis yang disegani. Jika anda tidak jujur dan berintegriti, anda hanya mencemarkan nama pihak berkuasa," katanya. - The Reporter

Ulasan Apple iPhone 7 Plus – Termahal Tetapi Terbaik

Model terkini iPhone muncul lagi di pasaran dan persoalan saban tahun ialah adakah ia peranti yang berbaloi untuk dimiliki? Dengan harga jualan bermula dari RM 3799 untuk model paling asas, ramai juga yang pastinya ingin tahu apakah yang boleh anda dapat dengan peranti semahal ini. Ulasan ini cuba menjawab kedua-dua soalan yang sering ditanyakan oleh pengguna Android. Berikut ialah ulasan penuh untuk Apple iPhone 7 Plus kami.

Spesifikasi

Apple iPhone 7 Plus
Skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh (401 PPI)
Pemproses Apple A10 Fusion Empat Teras
Cip Grafik M10
RAM 3 Gigabyte LPDDR4
Muatan Dalaman 32/128/256 Gigabyte
Kamera Utama 2 x 12 Megapixel OIS ( f/1.8 + f/2.8)
Kamera Depan 7 Megapixel f/2.2
Kalis Air IP 67
Bateri 2900 mAh (Tiada Pengecasan Pantas)
SIM/Telefoni SIM Nano
Jalur LTE 1/2/3/4/5/7/8/12/13/17/18/19/

20/25/26/27/28/29/38/39/40/41

NFC Ya
Infra Merah Tiada
Harga Bermula RM 3799

Skrin 5.5″ IPS LCD yang digunakan mempunyai resolusi HD penuh sahaja bagi mengekalkan resolusi retina. Secara ikhlas sebenarnya perbezaan di antara QHD dan FHD hanya dapat dilihat apabila anda meletakkan mata seinci dari skrin.

Dari pengalaman peribadi tiada manusia yang siuman akan menggunakan peranti pada jarak sebegini. Paparan masih lagi cantik dengan warna yang cukup hidup. Tetapi kerana menggunakan LCD, ia kurang jelas apabila di bawah sinaran mentari yang terang berbanding skrin AMOLED.

Cip pemproses A10 Fusion empat teras memperkasakan iPhone 7 Plus dengan RAM sebesar 3 Gigabyte. Di atas kertas A10 Fusion ialah pemproses paling berkuasa di pasaran sekarang. Ia turut merupakan pemproses mudah alih pertama Apple dengan empat teras. Dua teras untuk tugasan berat manakala dua lagi teras untuk tugasan ringin. Ini membayangi sistem big.LITTLE yang sudah digunakan agak lama pada peranti Android. RAM sebesar 3 Gigabyte mungkin kelihatan kecil bagi peranti utama Android yang kini mula menggunakan 4 Gigabyte secara purata. Tetapi iOS tidak memerlukan saiz RAM gergasi untuk melancarkan penggunaan peranti.

Sistem dwi-kamera digunakan pada iPhone 7 Plus tidak seperti pada iPhone 7. Dua sensor bersaiz 12-Megapixel (28mm f/1.8 + 56 mm f/2.8) digunakan. Salah satu kamera ditugaskan untuk mengambil gambar biasa manakala sebuah lagi dengan sistem telefoto untuk zoom optikal 2X. Kamera selfie pula dilengkapi sensor 7-Megapixel f/2.2. Ini adalah peningkatan berbanding 5-Megapixel pada iPhone 6S sebelum ini. Akhir sekali iPhone 7 Plus dilengkapi bateri 2900 mAh yang masih tidak menyokong sebarang sistem pengecasan pantas.

Kepada yang mengharap sokongan kad MikroSD dan pemancar infra merah, penantian anda akan berterusan seperti penantian untuk sokongan pengecasan pantas. Tidak seperti pada peranti Android, Apple tidak tergesa-gesa untuk menyertakan fungsi terkini yang diperlukan pengguna. Sebaliknya fungsi baru hanya akan diperkenalkan apabila tiba masa yang sempurna.

 

Rekabentuk

iphone-7-plus-kolajBercakap tentang fungsi-fungsi baru, terdapat pelbagai fungsi baru diperkenalkan pada model tahun ini.

Pertama sekali ialah sistem butang home yang kini lagi bukan lagi dalam bentuk fizikal. Ia hanya butang kapasitif dengan sistem timbal balas 3D Touch terbina. Harus akui akui penggunaan butang kapasitif ini terasa sedikit canggung untuk digunakan. Selepas bertahun menggunakan iPad/iPhone dengan butang yang boleh ditekan, timbal balas 3D touch sebagai ganti suis yang bergerak akan mengambil sedikit masa untuk dibiasakan.

Fungsi timbal balas haptik 3D Touch pada skrin peranti 6S digunakan semula. Skrin mampu mengesan tekanan dan memberikan pilihan fungsi tambahan bergantung kepada aplikasi yang dipilih.

Perubahan drastik tidak berakhir pada butang home. Sebaliknya yang paling hangat diperkatakan ialah ketiadaan bicu audio 3.5mm. Kesemua sambungan aksesori audio dilakukan menerusi port Lightning pada bahagian bawah peranti.

Sebagai ganti ketiadaan bicu audio, Apple menggunakan sistem audio stereo buat pertama kali. Terdapat pembesar suara pada bahagian hadapan skrin dan sebuah lagi pada bahagian bawah. Konfigurasi pembesar suara ini agak aneh. Sama seperti yang digunakan pada HTC 10.

Seperti pada HTC 10 kualiti audio yang dihasilkan kurang memuaskan. Ini ialah masalah biasa yang kami lihat pada peranti dengan kemampuan kalis air. Bunyi yang dikeluarkan dari pembesar suara tidak berapa kuat dan sedikit tenggelam. Juara audio pada peranti pintar sekarang masih dipegang oleh ZTE Axon 7. Kualiti audio iPhone 7 Plus masih belum mampu menandingi HTC One M7 apakan lagi Axon 7.

Dengan pembelian Beats Electronics, kami berharap kemampuan audio peranti Apple ini dapat dipertingkatkan. Tetapi ia masih lagi ketinggalan. Kepada Sir Jony Ive dan Tim Cook, untuk ulang tahun ke-10 iPhone tahun hadapan kelemahan audio harus diperbaiki untuk menghasilkan peranti terbaik di pasaran.

Fungsi baru terakhir ialah akhirnya peranti iPhone kalis air dengan ketahanan IP67. Biar lambat asalkan dapat ialah moto yang boleh digunakan. Tiada lagi kerisauan peranti akan rosak sekiranya ia menyelam secara tidak sengaja di dalam air.

Kami belum mengulas mengenai rekaan tubuh peranti. iPhone 7 Plus ialah peranti kedua tercantik yang pernah kami ulas tahun ini dan sedikit sahaja di belakang Note 7 yang telahpun dibatalkan. Maka secara default iPhone 7 Plus ialah peranti dengan rekaan terbaik 2016. Kerangka logam dengan garisan antena baru digunakan. Peranti yang diulas berwarna hitam dan jalur antena langsung tidak kelihatan pada model ini. Ini membuatkannya kelihatan seperti sekeping batu marmar gelap yang diukir menjadi sebuah telefon pintar.

Panel logam pada bahagian belakang mempunyai kemasan matte yang masih memerangkap cap jari dengan mudah. Pada model Jet Black masalah ini jauh lebih kronik. Penggunaan kerangka kami rasakan menjadi perlu pada peranti ini bagi mengurangkan masa anda perlu membersihkan bekas cap jari yang terhasil setiap kali ia dipegang.

Kekurangan yang boleh kami katakan ialah terdapat bonjolan kamera yang menyebabkan ia tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja. Pembelian kerangka adalah perlu bagi memastikan lensa kamera tidak tercalar dan peranti boleh diletakkan rata pada permukaan meja. Ini ialah masalah yang sudah menjadi sumber rungutan pemilik sejak iPhone 6 muncul di pasaran.

Dalam kegilaan mencipta peranti yang paling nipis, bonjolan kamera menjadi semakin besar dan ketara. Di Apple bonjolan kamera yang semakin membesar dengan setiap iterasi baru dianggap perkara yang baik tetapi pada pengeluar lain ia adalah sebaliknya.

Kombinasi tubuh logam sisi bulat membuatkannya kelihatan amat seksi. Pada waktu yang sama ia masih selesa dipegang walaupun mempunyai saiz yang agak besar walaupun sedikit licin. Jika anda mahukan peranti dengan rekaan yang cantik tetapi masih selesa dipegang, iPhone 7 Plus kami rasakan adalah pilihan terbaik pada waktu ini.

Antaramuka

iPhone 7 Plus hadir dengan sistem operasi terkini iOS 10. Perubahan dapat dilihat dari skrin kekunci. Sistem “Slide to Unlock” yang menjadi harta intelek Apple sejak iPhone pertama kini tidak lagi wujud. Sebaliknya pengguna perlu menekan butang home untuk mengaktifkan sistem Touch ID. Sekiranya cap jari gagal diimbas barulah skrin kod laluan masuk muncul. Pada iOS9 pengguna boleh menatal ke kanan untuk mengakses skrin kod laluan ini. Apabila skrin ditatal ke kiri aplikasi kamera akan dilancarkan. Tatalan ke kanan pula memberi akses kepada widget. Kedua-dua fungsi ini baru bagi pengguna iOS tetapi sudah wujud pada Android sejak sekurang-kurangnya 2014.

Perubahan seterusnya dapat dilihat pada Action Center yang kini memaparkan butang AirDrop, AirPlay dan Night Shift dengan lebih ketara. Sistem kawalan muzik kini tidak terpapar pada skrin utama. Sebaliknya untuk mengaksesnya, tatalan ke kiri perlu dilakukan.

Talam notifikasi turut diberi nafas baru dan hanya memaparkan notifikasi. Untuk melihat widget, pengguna perlu menatal ke kanan dari skrin utama. Perubahan-perubahan ini dilakukan bagi mempercepatkan proses membaca notifikasi dan melakukan tugasan. Sebagai seorang pengguna Android harus saya akui antaramuka baru iOS10 ini bercelaru dan tidak mesra pengguna.

Ini adalah perkara yang aneh untuk ditulis kerana Apple selama ini dikenali sebagai pembangun perisian yang mesra pengguna dan minimalis. Selama ini mereka menggunakan motto “It just works”. Untuk iOS 10 mereka perlu menggunakan moto baru.

Berikut ialah beberapa fungsi-fungsi  menarik yang disertakan pada iPhone 7 Plus.

Raise To Wake – Skrin akan hidup secara automatik apabila peranti diangkat.

Home – Hab untuk mengawal peranti-peranti berhubung yang menyokong sistem Apple HomeKit di rumah.

Membuang Aplikasi Terpasang – Aplikasi terpasang Apple kini boleh dibuang oleh pengguna.

Assisitive Touch – Sekiranya pengguna tidak mahu menggunakan butang home fizikal, mereka boleh menggunakan butang maya yang terapung di atas skrin menggunakan fungsi ini.

Widget – iOS 10 kini menyokong widget untuk memaparkan maklumat tertentu dengan pantas. Ia lebih informatif dan mudah dikustomasi berbanding yang ditemui pada iOS 9 sebelum ini.

Reachability – Fungsi menggunakan peranti dengan sebelah tangan. Kesemua elemen antaramuka akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin. Ini diaktifkan dengan melakukan sentuhan dua kali pada butang home.

iphone-7-plus-ui-1 img_0016 iphone-7-plus-ui-3

Butang Home Kapasitif

iphone-7-plus001

Butang home fizikal digantikan sepenuhnya dengan butang kapasitif dengan sistem 3D Touch. Sistem baru diperkenalkan bagi mengurangkan masalah butang home yang mengalami kerosakan selepas beberapa tahun.

Pada beberapa hari pertama menggunakan sistem baru ini, ia terasa sedikit canggung untuk digunakan terutamanya jika anda berpindah dari peranti iPhone model terdahulu yang tidak mempunyai 3D Touch. Terdapat tiga tetapan untuk kekuatan gegaran boleh dipilih. Kami amat selesa dengan tetapan kedua yang tidak menyebabkan keseluruhan tubuh peranti bergegar dengan kuat.

Selepas dua minggu kami kembali semula ke iPhone 6 Plus dan jika diberikan pilihan kami memilih untuk menggunakan sistem butang home kapasitif baru ini. Nyahkunci TouchID adalah jauh lebih pantas. Melakukan Multi Tasking dan Reachability adalah lebih mudah serta responsif berbanding pada butang fizikal.  Apple menerima banyak kritikan kerana menghentikan sokongan bicu audio tetapi pertukaran ke sistem butang home kapasitif ini ialah pilihan yang tepat oleh mereka.

Kamera

Sistem dwi-kamera digunakan buat pertama kali pada iPhone 7 Plus. Dua sensor 12-Megapixel disertakan. Seperti pada LG V20, dua sensor kamera digunakan untuk dua fungsi berbeza. Satu lensa untuk mengambil gambar biasa sementara sebuah lagi dengan sistem zoom optikal 2X. Sistem zoom optikal peranti ini memastikan gambar tidak pecah apabila ingin mengambil gambar objek yang jauh. Seperti yang anda boleh lihat dari dua contoh gambar di bawah, gambar yang diambil menggunakan zoom optikal kelihatan cukup terang.

Bagaimana pula dengan kualiti gambar yang diambil menggunakan mod biasa? Dari pengamatan kami kamera iPhone 7 mempunyai penghasilan warna yang baik dengan masalah noise yang sedikit. Penggunaan lensa f/1.8 tahun ini menyelesaikan masalah noise yang wujud pada kamera tahun lalu. Tiada masalah dedahan berlebihan boleh dilihat. Kamera peranti ini adalah yang terbaik pada peranti mudah alih di pasaran sekarang. Tetapi ia bukanlah yang terbaik.

Gambar yang diambil menggunakan Galaxy S7 Edge adalah lebih tajam dan lebih baik pada situasi pencahayaan yang kurang baik. Penggunaan lensa f/1.7 memberikan sedikit kelebihan kepada Samsung. Tetapi harus diakui gambar dari S7 Edge mempunyai warna yang kurang realistik. Di akhir hari gelaran “kamera terbaik” ini bergantung kepada pilihan peribadi. Kami secara peribadi merasakan gambar yang diambil S7 Edge mempunyai kelebihan kerana lebih tajam dan terang.

Satu kelebihan paling ketara iPhone 7 Plus ialah mod Portrait yang membolehkan imej latar belakang dikaburkan berbanding imej di hadapan. Penggunaan dua lensa membuatkan gambar yang terhasil kelihatan lebih tajam berbanding mod Selective Focus yang wujud pada S7 Edge.

iphone-7-plus007iphone-7-plus008

iphone-7-plus005iphone-7-plus006iphone-7-plus002 iphone-7-plus004iphone-7-plus001

Penanda Aras

Tahun demi tahun pemproses keluaran Apple akan menjadi pemproses paling berkuasa. Tahun ini dengan A10 Fusion sekali lagi ia mengungguli carta penanda aras. Jurang perbezaan di antara A10 Fusion dengan Exynos 8890 (S7 Edge) dan Snapdragon 820 (HTC 10, XIaomi Mi 5) juga amat jauh seperti yang anda boleh lihat di bawah.

Kepantasan pemproses ini boleh dirasai sepanjang penggunaan peranti. Aplikasi dilancarkan dengan cukup pantas. Melakukan penukaran aplikasi juga sama pantasnya. Perbezaan kepantasan dengan peranti utama Android adalah amat ketara. Paling menarik bagi kami ialah peranti tidak langsung mengalami masalah kepanasan sungguhpun pada penggunaan berat.

benchies-iphone-7-plus


Bateri

Bateri 2900 mAh yang digunakan adalah amat kecil jika dibandingkan dengan bateri yang digunakan pada peranti Android dengan saiz skrin setanding. Tetapi tahap ketahanan bateri iPhone 7 Plus ini amat menakjubkan. Pada penggunaan biasa ia mampu bertahan selama 27 jam dengan skrin terpasang melebihi 10 jam. Untuk menemui peranti Android dengan ketahanan yang setanding, anda mungkin perlu membeli Xiaomi Redmi Note 3 (4050 mAh) atau Samsung Galaxy A9 Pro (5000 mAh).

Sungguhpun begitu aneh sekali Apple masih tidak menyertakan sistem pengecasan pantas pada iPhone 7 Plus. Menggunakan pengecas 5V 1A yang disertakan, ia mengambil masa melebihi 3 jam untuk dicas sepenuhnya. Sekiranya anda mempunyai pengecas iPad (5.1V 2.1A) pula, peranti boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2 jam 15 minit. Ini adalah tempoh pengecasan yang perlahan. Sebagai perbandingan Xiaomi Mi Mix (4400 mAh) yang menyokong QuickCharge 3.0 boleh dicas sepenuhnya dalam masa 70 minit sahaja.

Ketiadaan sistem pengecasan tanpa wayar juga boleh dianggap sebuah kekurangan. iPhone 7 Plus ialah peranti kalis air tetapi sekiranya peranti mengesan lembapan di dalam port pengecasan peranti tidak akan dicas. Pengguna perlu menunggu sehingga sejam sebelum pengecasan dapat dilakukan. Pada S7 Edge, terdapat sistem keselamatan yang sama tetapi pengecasan secara tanpa wayar masih dapat dilakukan sementara menanti port MikroUSB kering.


Pesaing

Pesaing terhampir bagi iPhone 7 Plus ialah Google Pixel XL dan Samsung Galaxy S7 Edge. Ketiga-tiga peranti mempunyai spesifikasi yang hampir setanding dan tergolong di dalam kategori peranti utama premium.

Peranti Pesaing
Apple iPhone 7 Plus Google Pixel XL Samsung Galaxy S7 Edge
5.5″ IPS LCD FHD (401 PPI) 5.5″ AMOLED QHD (534 ppi) 5.5″ SAMOLED QHD (534 PPI)
Apple A10 Fusion 2.15 x 2 + 1.6 x 2 GHz Snapdragon 821 2.3 x 4 + 1.6 x 4 GHz Exynos 8890
Apple M10 Adreno 530 Mali-T880 MP12
3 Gigabyte 4 Gigabyte 4 Gigabyte
32/128/256 Gigabyte 32/128 Gigabyte 32 Gigabyte (256 GB MikroSD)
Kamera Utama Dwi-12 Megapixel f/1.8 + f/2.8, OIS, PDAF Kamera Utama 12.3 Megapixel f/2.0, EIS, Laser Kamera Utama 12 Megapixel f/1.7, OIS, PDAF
Kamera Hadapan 7 Megapixel f/2.2 Kamera Hadapan 8 Megapixel, f/2.4 Kamera Hadapan 5 Megapixel f/1.7
2900 mAh (Tidak boleh dibuka) 3450 mAh (Tidak boleh dibuka) 3600 mAh (Tidak boleh dibuka)
RM 3799 RM 3182* RM 3099

 

Kesimpulan

iphone-7-plus001

Adakah iPhone 7 Plus peranti terbaik 2016? Jawapan bergantung kepada apa yang anda mahukan pada sebuah peranti. Sekiranya anda mahukan peranti yang terpantas dengan sokongan kemas kini sistem operasi sehingga empat tahun jawapannya ialah ya. Tidak dapat dinafikan iPhone 7 Plus ialah peranti terpantas yang kami ulas sepanjang tahun ini. Penukaran dan pelancaran aplikasi berlaku hampir sekelip mata. Bagi mereka yang tidak bercadang untuk menukar peranti setiap tahun, iPhone 7 Plus ialah pelaburan jangka panjang yang amat berbaloi walaupun perlu berbelanja besar untuk memilikinya.

Bagaimana pula sekiranya anda seorang pengguna Android tegar? Adakah iPhone 7 Plus peranti yang boleh membuatkan anda mengucapkan selamat tinggal kepada Android?  Jawapan mudahnya ialah tidak. Secara peribadi kepantasan melancarkan aplikasi bukan galang ganti kepada pelbagai fungsi Android yang tidak wujud pada iOS. Ada fungsi yang mudah dilakukan di Android tetapi memerlukan dua sehingga tiga tap untuk dilakukan pada iOS.

Contohnya ialah untuk merakam video pada resolusi 4K. Pada Android hanya buka aplikasi kamera, pilih tetapan di dalam aplikasi dan rakam. Pada iOS pengguna perlu pergi ke skrin Settings, pilih tetapan Photos and Camera dan tatal lagi sehingga menemui fungsi rakaman 4K. Mengapa ini tidak boleh dilakukan terus dari aplikasi kamera hanya mereka di Apple sahaja yang tahu.

iphone-7-plus001

Dari segi rekaan kami rasakan ia di dalam kelasnya yang tersendiri. Keperincian pada kemasan peranti memang terserlah pada peranti iPhone sejak dahulu lagi. Dengan mudah kami katakan iPhone 7 Plus mempunyai rekaan dan kemasan yang terbaik 2016. Ketiadaan bicu audio mungkin sedikit menjengkelkan tetapi penyesuai Lightning ke audio 3.5mm disertakan dengan setiap pembelian.

Di akhir hari secara keseluruhan Apple iPhone 7 Plus ialah antara peranti terbaik 2016. Jika anda mahukan peranti yang kurang mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang inilah peranti untuk anda. Kemampuan kameranya baik tetapi masih di belakang Galaxy S7 Edge. Pada harga bermula dari RM 3799 sebuah ia kurang mampu milik. Tetapi seperti kita sedia maklum iPhone tidak pernah dihasilkan untuk semua pengguna tetapi mensasarkan golongan yang tidak kisah berbelanja lebih untuk keselesaan penggunaan jangka panjang.

Kelebihan Kekurangan
  • Kemasan premium dan peranti amat selesa untuk dipegang.
  • Peranti paling berkuasa di pasaran sekarang. Melancarkan aplikasi dengan amat pantas berbanding peranti utama Android di pasaran.
  • Kemampuan kamera yang baik.
  • Ketahanan bateri yang mengagumkan. Skrin terpasang selama 10 jam pada penggunaan berat.
  • Kalis air dan debu buat pertama kali.
  • Sokongan kemas kini perisian iOS sehingga empat tahun.
  • Masih tiada sokongan pengecasan pantas. Mengambil masa tiga jam untuk dicas menggunakan pengecas yang diberikan.
  • Butang Home baru dengan sistem Taptic Engine sedikit canggung untuk digunakan.
  • Keperluan membawa penyesuai sekiranya anda mempunyai sistem audio yang menggunakan bicu audio.
  • Tiada fungsi tambahan khas phablet seperti Multi Window. Peranti perlu di Jailbreak untuk mengaktifkan fungsi ini.

skor-amanz-iphone-7-plus

Kekosongan Jawatan Yang Ditawarkan Di Program Jobfair@UTC Peringkat Kebangsaan 2016