Elizabeth Tan Kecewa Lagu Baru Kurang Popular

Elizabeth Tan Kecewa Lagu Baru Kurang Popular

Nampaknya kali ini tiba giliran Elizabeth Tan bersedih kerana lagunya, Tabah, tidak mendapat perhatian dan juga jarang dimainkan di radio. Bagaimanapun Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

BACA: Elizabeth Tan Idam Mahu Sertai Ratu Cantik

“Mula-mula mungkin kecewa, tapi sekarang macam tidak kisah sangat sebab sibuk dengan banyak benda. Jadi saya tidak fikir sangat pasal Tabah. Untuk Tabah, kalau radio tidak mahu mainkan saya tidak boleh buat apa, sebab saya tidak boleh paksa untuk mainkan lagu itu, saya ambil ia sebagai satu eksperimen,” katanya.

“Sekarang saya tahu kalau lagu terlalu ‘urban’, radio tidak mainkan. Saya ambil pengalaman belajar,” katanya kepada Malay Mail Online. Sebelum ini, lagu Knock Knock dan Setia mendapat perhatian peminat.

Namun dalam kesedihan itu, Lizzy juga bersyukur kerana sokongan peminat sangatlah hebat kerana tontonan lagu tersebut di Youtube hampir mencapai 2 juta. Malah hatinya turut terubat dengan komen positif di laman tersebut.

“Saya tidak jangkakan sampai tontonan sudah hampir 2 juta di YouTube,” kata Elizabeth, seorang anak didik penyanyi dan komposer Faizal Tahir. [Jumlah] itu lebih daripada yang saya jangkakan sebab radio pun tidak mainkan sangat lagu ini”

“Tengok tontonan dan komen di YouTube, saya rasa peminat setia yang mengikuti dari dulu, mereka suka lagu itu. Untuk saya, ia sudah cukuplah,” luahnya. (rtky/s)

7-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 6-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 5-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 4-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 3-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya 2-elizabeth-tan-kecewa-lagu-baru-kurang-popular-rotikaya
Harga iPhone 7 Bermula RM3199, Sementara iPhone 7 Plus Bermula RM3799

Harga iPhone 7 Bermula RM3199, Sementara iPhone 7 Plus Bermula RM3799

Lanjutan daripada tarikh jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus untuk pasaran tempatan yang telah diketahui pada awal pagi tadi, kini sejumlah pengedar rasmi Apple di Malaysia telah mula berkongsi harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan.

Apple iPhone 7

Di Malaysia, iPhone 7 akan dijual pada harga RM3199 (model 32GB), RM3699 untuk 128GB dan RM4199 untuk model 256GB.

Sementara iPhone 7 Plus pula dijual pada harga bermula RM3799 untuk model 32GB, RM4299 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 256GB.

Apple iPhone 7 Plus

Sedang dikemaskini…

Samsung Galaxy A8 2016 Dilancarkan – Diperkasakan Exynos 7420

Samsung Galaxy A8 2016 Dilancarkan – Diperkasakan Exynos 7420

Samsung hari ni melancarkan Samsung Galaxy A8 2016 di Korea Selatan. Peranti ini dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses Exynos 7420, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte (sokongan MikroSD 256 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 16-Megapixel f/1.9 dan kamera selfie 8-Megpaixel f/1.9. Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas.

samsung-galaxy-a8-2016-2Peranti menggunakan Android Marshmallow dengan antaramuka Grace UX yang sebelum ini hanya digunakan pada Galaxy Note 7. Terdapat sistem imbasan cap jari terbina dan sokongan untuk Samsung Pay. Ia akan dijual di Korea Selatan bermula esok pada harga Won 649000 (~RM 2438) sebuah. Harga yang agak mahal bagi sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi setanding Galaxy S6 Edge.

Google Map Kini Menyokong Fungsi Kawalan Suara

Google Map Kini Menyokong Fungsi Kawalan Suara

Fungsi kawalan suara kini sudah semakin menjadi standard pada kebanyakan aplikasi. Tiada lagi keperluan untuk menaip untuk memberikan arahan. Kita kini semakin hampir hidup di dalam dunia yang dianggap fiksyen sains 60 tahun yang lalu. Fungsi kawalan suara kini hadir pada aplikasi Google Maps. Ia kini boleh menerima beberapa arahan yang diberikan untuk melakukan navigasi.

google-maps-voice-1

Fungsi ini harus diaktifkan terlebih dahulu. Anda perlu melancarkan aplikasi. Pergi ke pilihan Settings dan kemudian terus ke Navigation Settings. Di sini anda perlu memilih Ok Google detection dan mengaktifkan While Driving. Peranti akan sentiasa mendengar arahan yang diberikan oleh anda selagi aplikasi dibuka. Senarai kawalan yang boleh diberikan di dalam Google Maps pula adalah seperti berikut.

Senarai kawalan suara Google Maps.

  1. “Mute.” or “Mute voice guidance.”
  2. “Unmute.” or “Unmute voice guidance.”
  3. “Show traffic.” or “Hide traffic.”
  4. “Show satellite.” or “Hide satellite.”
  5. “Navigate home.” or “Navigate to Starbucks.”
  6. “Show route overview.” or “Show alternate routes.”
  7. “What road is this?”
  8. “What’s my next turn?”
  9. “What’s my ETA?”
  10. “How’s traffic ahead?” or “How’s traffic to home?”
  11. “Avoid tolls.” or “Enable tolls.”
  12. “Avoid highways.” or “Enable highways.”
  13. “Avoid ferries.” or “Enable ferries.”
  14. “Exit navigation.”
Kemas Kini Android Wear 2.0 Ditangguh Ke 2017- Bakal Menerima Play Store Tersediri

Kemas Kini Android Wear 2.0 Ditangguh Ke 2017- Bakal Menerima Play Store Tersediri

Kita sudah hampir memasuki bulan Oktober dan satu ramalan untuk 2016 nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Menurut beberapa analisis 2016 akan menjadi tahun jam tangan pintar. Pelancaran jam tangan pintar Android Wear dan Watch OS dikatakan akan menjadi mangkin kepada penjualan jam tangan pintar. Oleh kerana sambutan kurang menggalakkan dari pengguna, tidak mengejutkan tidak banyak jam tangan pintar baru dilancarkan tahun ini.

Android WearIni bukan satu-satunya berita kurang baik. Kemas kini Android Wear 2.0 juga ditangguh sehingga awal tahun hadapan. Keputusan majoriti pengeluar untuk tidak menghasilkan model baru mungkin menjadi sebab ini dilakukan oleh Google. Ujian Beta akan diteruskan bagi melancarkan lagi Android Wear 2.0 buat masa ini. Pada waktu yang sama dengan Android Wear 2.0, aplikasi untuk jam tangan pintar akan boleh diakses menerusi Play Store For Android Wear Kelak. Dengan adanya stor khas, ini akan memudahkan pengguna mencari aplikasi dan muka jam untuk peranti mereka di kelak.

Oppo R9S Mungkin Peranti Pertama Dengan Pengecasan SuperVOOC

Oppo R9S Mungkin Peranti Pertama Dengan Pengecasan SuperVOOC

SuperVOOC ialah sistem pengecasan pantas yang diperlihatkan oleh Oppo di MWC Februari lalu. Sistem ini mampu mengecas bateri sebesar 2900 mAh dalam masa hanya 15 minit. Sejak diperlihat ramai yang menantikan kemunculannya pada peranti sebenar. Penanti mungkin berakhir kerana ia besar kemungkinan digunakan pada peranti Oppo R9S.

oppo-r9s-supervoocPeranti ini baru sahaja melepasi badan pensijilan di China dan menanti untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Ia mengekalkan skrin 5.5″ AMOLED R9 (F1 Plus di Malaysia) dan diperkasakan pemproses Snapdragon 625. Kemampuan kamera pula dikatakan 13-Megapixel pada bahagian belakang dan 16-Megapixel pada bahagian hadapan. Sistem pengecasan VOOC pada hemat kami ialah yang terpantas di pasaran sekarang. Dengan SuperVOOC masalah menunggu berjam-jam akan menjadi kisah silam.

Permainan Baru Assassin’s Creed Dan Far Cry Mungkin Tidak Hadir Tahun Hadapan

Permainan Baru Assassin’s Creed Dan Far Cry Mungkin Tidak Hadir Tahun Hadapan

Filem Assassin’s Creed akan muncul di layar perak pada hujung tahun ini. Michael “Magneto” Fassbender akan menjadi seorang pembunuh upahan di Sepanyol. Ini ialah jalan cerita baru yang tiada perkaitan dengan siri permainan popular ini. Akibat reaksi negatif dari peminat, Ubisoft merehatkan siri ini untuk tahun 2016. Mereka kini sedang giat membangunkan permainan baru siri ini untuk pelancaran 2017.

Assassin-Creed-MultiplayersWalaubagaimanpaun CEO Ubisoft, Yves Guillemo menegaskan mereka tidak teragak-anggak untuk menangguhkan permainan baru ini ke tahun 2018 sekiranya gagal memenuhi kualiti. Komen negatif terhadap Unity yang penuh pepijat dan tidak lancar merosakkan nama permainan ini. Syndicate pula walaupun mendapat sambutan yang baik masih mengitar semula elemen permainan yang digunakan sejak Assassin’s Creed 2 yang dilancarkan tahun 2009.

Beliau turut mengumumkan Far Cry baru turut sedang dibangunkan. Seperti AC mereka akan mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan jangan terkejut jika ia turut hanya akan dilancarkan pada tahun 2018. Sebagai peminat siri AC kami kecewa dengan ketiadaan permainan baru tahun ini. Sungguhpun begitu harus diakui siri ini sudah menjadi agak basi selepas Rogue. Diharap masa pembangunan lebih lama akan meningkatkan kualiti permainan seterusnya. Kepada yang tidak sabar menanti, hanya Assassin’s Creed edisi remaster The Ezio Collection dilancarkan tahun ini pada 17 November.

Ninteno Mini Famicom Dilancarkan Di Jepun

Ninteno Mini Famicom Dilancarkan Di Jepun

Julai lalu konsol NES Classic Edition dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kepada pemilik di Asia rekaan NES ini mungkin tidak menarik kerana mereka membesar dengan Nintendo Famicom. Berita baik disini ialah Nintendo akan turut menjual Mini Famicom kepada mereka. Sebenarnya kedua-dua konsol ini merupakan konsol yang sama dengan rekaan luaran yang ditukar untuk pasaran Asia dan dunia.

nintendo-mini-famicom-2

Nintendo Mini Famicom ini dilengkapi dengan 30 permainan klasik terbina. Ia menyokong output menerusi sambunngan HDMI dan sumber kuasa miroUSB dari pengecas peranti pintar. Harga jualannya di Jepun ialah Yen 5890 (~RM 244) sebuah. Ini ialah harga yang amat mampu milik bagi mereka yang merindui permainan yang penuh nostalgia dari zaman kanak-kanak. Kami tidak malu mengakui kami tergolong di dalam kategori ini. Berikut ialah senarai lengkap 30 permainan yang ditawarkan

  1. Donkey Kong
  2. Mario Bros.
  3. Pac-Man
  4. Excitebike
  5. Balloon Fight
  6. Ice Climber
  7. Galaga
  8. Yie Ar Kung-Fu
  9. Super Mario Bros.
  10. The Legend of Zelda
  11. Atlantis no Nazo
  12. Gradius
  13. Ghosts ‘n Goblins
  14. Solomon’s Key
  15. Metroid
  16. Castlevania
  17. Zelda II: The Adventure of Link
  18. Tsuppari Ozumo
  19. Super Mario Bros. 3
  20. Ninja Gaiden
  21. Mega Man 2
  22. River City Ransom
  23. Double Dragon II: The Revenge
  24. Super Contra
  25. Final Fantasy III
  26. Dr. Mario
  27. Downtown Nekketsu Koushinkyoku: Soreyuke daiundoukai
  28. Mario Open Golf
  29. Super Mario USA (the US version of Super Mario Bros. 2)
  30. Kirby’s Adventure
Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin

Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin

Akibat selalu mendengar pengalaman rakan rakannya menceritakan proses bersalin, pelakon Nad Zainal mengakui dia merasa gementar lebih lebih lagi kini usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

BACA: Nad Zainal Sudah Pilih Nama Anak Pertama

“Masa mula-mula memang rasa teruja, pengalaman pertamalah katakan. Seronok bila lihat perut makin membesar, dapat rasa pergerakan anak, memang macam tak percaya. Tapi bila dah makin dekat dengan tarikh bersalin, tiba-tiba rasa gementar tu datang sendiri”

“Lebih-lebih lagi bila dengar cerita kawan-kawan yang pernah mengalami pengalaman menakutkan. Perasaan gementar tu tak boleh nak elak lagipun ini pengalaman pertama saya,” katanya kepada Astro Awani.

Tambahnya, ketika ini dia banyak menghabiskan masa dengan menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan bayi selain turut dibimbing tips dari ibu dan ibu mertuanya. Malah bermula dari pembacaan itu jugalah dia menyedari bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

“Bila banyak buat rujukan barulah kita sedar yang sebenarnya bukan senang untuk menjadi seorang ibu. Besar tanggungjawabnya,” jelasnya yang dijangka menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Oktober depan. (rtky/s)

7-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 6-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 5-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 4-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 3-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya 1-pengalaman-rakan-buat-nad-zainal-takut-bersalin-rotikaya
Panasonic Memperlihatkan Bateri Yang Boleh Dilentur

Panasonic Memperlihatkan Bateri Yang Boleh Dilentur

Bateri ialah isu yang secara literal sangat hangat dibincangkan sekarang. Rekaan bateri LiOn yang digunakan sekarang mempunyai beberapa kekurangan yang membuatkannya mudah terbakar. Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ke atas bateri LiOn ialah melenturkannya.Jika dilakukan ia akan mula bocor dan berkemungkinan meletup.

bateri-lentur-panasonic-2

Panasonic hari ini memperlihatkan tiga bateri yang boleh dilentur dan dipulas sehingga 15 darjah. Pada waktu yang sama ia hanya setebal 0.55 mm. Bateri ini dibangunkan untuk penggunaan pada peranti boleh-pakai dan peranti berhubung. Antara aplikasinya ialah bateri di dalam tali jam, tali pinggang dan pakaian. Kelemahan bateri LiOn ini ialah kapasiti yang rendah. Ketiga-tiganya mempunyai kapasiti 17.5 mAh, 40 mAh dan 60 mAh. Panasonic akan mula menjualnya pada bulan Oktober ini.

Samsung Dianugerahkan Paten Tablet Boleh Lipat Dengan Tetongkat Terbina

Samsung Dianugerahkan Paten Tablet Boleh Lipat Dengan Tetongkat Terbina

Tablet boleh lipat ialah idea yang sudah wujud sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu. Prototaip skrin boleh lipat diperlihatkan oleh Samsung pada tahun 2009. Tidak seperti Kyocera Echo, skrin yang yang digunakan bersambung bagi memaparkan imej yang lebih besar. Samsung baru sahaja dianugerahkan paten sebuah tablet dengan skrin yang boleh dilipat tiga.

samsung-tablet-lipat-valley-1Pada waktu yang sama tablet ini turut mempunyai papan kekunci fizikal dan tetongkat terbina. Apabila di dalam mod tablet, ketiga-tiga skrin dibuka untuk saiz skrin maksimum. Tetongkat pada bahagian belakang boleh dikeluarkan untuk mendirikannya. Apabila dilipat pula ia kelihatan seperti sebuah buku nota. Menarik sekali ia turut mempunyai mod ketiga di mana hanya satu skrin digunakan dan ia kelihatan seperti sebuah komputer riba.

Tidak diketahui sama ada paten ini akan menjadi realiti. Samsung dikhabarkan akan melancarkan telefon dengan rekaan skrin boleh lipat pada tahun 2017. Adakah ini rekaan untuk tablet misteri dengan gelaran Project Valley? Sekiranya ia menjadi produk sebenar ianya pasti menjadikannya antara peranti paling unik di pasaran kelak.

Sony Xperia X Compact Berharga RM1999 Di Malaysia

Sony Xperia X Compact Berharga RM1999 Di Malaysia

Selain daripada Sony Xperia XZ, hari ini pihak Sony Malaysia telah melancarkan secara rasminya telefon pintar bersaiz kompak mereka, iaitu Sony Xperia X Compact. Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1999.

Xperia X Compact

Xperia X Compact merupakan peranti bersaiz kompak yang menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi beberapa kelebihan daripada Sony – termasuk pengoptimasian pada bahagian bateri, dan menggunakan kamera dengan teknologi Triple Image Sensing.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 4.6-inci pada paparan 720p, dijana menggunakan cip SNapdragon 650, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Melengkapkan peranti ini adalah sokongan kamera 23-megapixel pada bahagian belakang dengan sensor Exmor RS, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Sony Malaysia akan mula menawarkan telefon pintar ini bermula daripada 7 Oktober kelak, dan berbeza dengan Xperia XZ yang hadir dengan sokongan dwi-SIM, Xperia X Compact hanya hadir dengan sokongan satu SIM sahaja.

Sedang dikemaskini..

Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua

Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung, akhirnya Nadiya Nisaa nekad untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya. Akuinya lagi, hasrat itu terbantut kerana terpaksa akur dengan kontrak kerjanya sebelum ini. Namun, Allah lebih mengetahui, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

BACA: Kehilangan Cahaya Mata, Nadiya Nissa Kini Berehat

“Jadi pada Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba untuk mengenakan tudung. Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah

“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,” katanya kepada Utusan Online mengenai penhijrahan beliau yang disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang gemar melihatnya bertudung ayu.

Sebelum ini, awal Ogos lalu orang ramai dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa Nadiya apabila kandungan kedua beliau didapati meninggal dunia. Sedih dengan kejadian itu, Nadiya membuat keputusan untuk berehat dan menenangkan fikiran. Menurut suaminya, jenazah anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak. (rkty/w)

2-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 3-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 4-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 5-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 6-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg 7-nadiya-nissa-bertudung-sejak-hamil-jpeg
Blackberry akan Melesenkan Penggunaan Kekunci QWERTY Kepada Pengeluar Lain

Blackberry akan Melesenkan Penggunaan Kekunci QWERTY Kepada Pengeluar Lain

Selamat tinggal Blackberry. Mereka mengumumkan penarikan diri dari arena penghasilan peranti. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian kepada pembangunan perisian yang mensasarkan pengguna perniagaan dan bekerjasama dengan pengeluar lain. Satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah kualiti papan kekunci QWERTY fizikal mereka yang sehingga ini tidak dapat ditandingi. Kepada yang merinduinya ada berita baik buat anda.

BlackBerry Bold 9790

John Chen, CEO Blackberry mengesahkan mereka akan melesenkan penggunaan kekunci mereka kepada pengeluar yang berminat. Mereka walaubagaimanapun akan memilih pengeluar manakah yang layak bagi menjaga imej jenama yang gah hanya sedekad yang lalu. Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa papan kekunci fizikal yang meniru rekaan mereka seperti Typo. Kesemuanya berjaya disaman kerana melanggar hak cipta intelek. Sekiranya anda dibenarkan memilih, pengeluar manakah yang anda mahu melesenkan penggunaan kekunci QWERTY Blackberry?

 

Webe Membuka Pendaftaran Pelan Telekomunikasi Mereka Untuk Semua Pengguna

Webe Membuka Pendaftaran Pelan Telekomunikasi Mereka Untuk Semua Pengguna

Webe hari ini telah pun akhirnya membuka pendaftaran pelan telekomunikasi mereka untuk semua pengguna seluruh negara, sekaligus membolehkan anda yang berminat untuk mendaftarkan pelan data tanpa had serta panggilan tanpa had ini pada harga serendah RM79 (sekiranya anda merupakan pelanggan Telekom Malaysia).

Webe merupakan perkhidmatan P1 yang dijenamakan semula, dan telah diambil-alih oleh Telekom Malaysia sebelum ini. Ia menggunakan rangkaian 4G milik mereka tersendiri pada gelombang yang berbeza berbanding dengan syarikat telekomunikasi lain – sekaligus memerlukan telefon pintar khusus untuknya. Webe bekerjasama dengan Celcom untuk liputan seluruh negara untuk rangkaian 3G dan juga 2G.

Webe

Daripada ujian awal kami untuk rangkaian ini, ia menawarkan kelajuan yang tidak begitu pantas – dan kelajuan yang ditawarkan juga tidak selari mengikut lokasi. Ada kalanya kami menerima kadar muat-turun mencapai 10Mbps, dan ada kalanya hanya sekadar sekitar 1Mbps. Kami akan berkongsi lanjut mengenai keputusan ujian kami pada minggu akan datang.

Bagi anda yang merupakan pelanggan Telekom Malaysia, anda boleh mendapatkan pelan ini pada harga RM79, sementara bukan pelanggan TM boleh melanggannya pada harag RM139. Sekiranya anda tidak menggunakan telefon pintar yang disahkan mereka, maka anda perlu menambah RM60 lagi, menjadikan pelan anda berharga RM199.

Webe tidak hadir dengan sebarang kontrak, membuatkan anda boleh mematikan langganannya pada bila-bila masa. Bagi anda yang ingin melanggannya, anda boleh lakukan ia melalui web rasmi Webe hari ini, dan kad-SIM akan dihantar kepada anda.

Layari : Webe

Raja Farah Bakal Bawa Anak Tunaikan Umrah

Raja Farah Bakal Bawa Anak Tunaikan Umrah

Bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada Disember ini, Raja Rafah berkongsi secara eksklusif kepada BH Online bahawa dia dan juga suami akan membawa anak pertama mereka ke Tanah Suci.

BACA: Raja Farah Dan Suami Selamat Timang Bayi lelaki

“Kami baru saja membuat keputusan ini kerana mahu mengimbau memori ketika mengerjakan umrah, Disember tahun lalu. Ketika itu juga saya sebenarnya sudah dua bulan mengandungkan Imran. Lucunya, saya hanya menyedari diri hamil sekembali ke tanah air.

“Alhamdulillah, kehadiran Imran benar-benar menyerikan lagi hidup kami. Saya sendiri berasa cukup dirahmati dan mengharapkan kebahagiaan ini akan berpanjangan,” kata Raja Farah yang turut berkongsi gambar eksklusif anak sulungnya itu bersama BH Online.

Tambah Raja Farah, kehadiran anak lelakinya Imran Iskandar, ternyata membawa limpahan rezeki selain berharap agar kehadiran cahaya matanya itu membawa bahagia berpanjangan. (rtky/s)

6-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 5-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 4-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 3-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 2-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya 1-raja-farah-bawa-anak-tunaikan-umrah-rotikaya
Uber Malaysia Kini Turut Menyediakan Platform Yang Mesra Pemandu Dengan Masalah Pendengaran

Uber Malaysia Kini Turut Menyediakan Platform Yang Mesra Pemandu Dengan Masalah Pendengaran

Uber sebelum ini telah menjadikan platform mereka mesra untuk pemandu kurang-upaya pendengaran. Kini, bersempena dengan Minggu Orang Pekak Antarabangsa, pihak Uber Malaysia memperkenalkan fungsi khusus untuk menyokong pemandu yang mempunyai masalah pendengaran.

Uber Kurang Pendengaran

Uber menamakan ia sebagai Projek Bebas Bergerak, dan bekerjasasma dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia dalam membolehkan mereka menambah bilangan pemandu yang mempunyai masalah pendengaran, sekaligus pada masa yang sama memperlihatkan platform mereka boleh digunakan oleh semua dalam usaha menjana pendapatan tambahan.

Uber Kurang Pendengaran

Untuk tujuan ini, Uber menyediakan aplikasi khusus untuk pemandu yang beroperasi dengan mengeluarkan cahaya untuk menawarkan notifikasi – berbanding penggunaan bunyi sebelum ini. Disamping itu, untuk pengguna yang ingin menempah pula, mereka akan diperlihatkan dengan notifikasi khas sekiranya pemandu mereka mempunyai masalah pendengaran.

Uber turut mengatakan yang mana dengan penawaran ini, ia memberikan lebih peluang kerja kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

Fahrin Ahmad, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Fahrin Ahmad, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka. Fahrin berkongsikan berita gembira tersebut bersama peminatnya di Instagram.

BACA: Fahrin Ahmad Tidak Halang Isteri Untuk Bekerja Semula

2-fahrin-ahmad-isteri-selamat-timang-anak-sulung-rotikaya

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 4.05 minit petang, Khamis, 29 September 2016,” luah Fahrin yang ternyata meluahkan rasa syukur dengan perkara berkenaan.

Apa yang pasti, berita gembira tersebut ternyata disambut dengan doa yang baik dan juga sokongan daripada peminat terhadap pasangan tersebut. Dalam kenyataan Fahrin sebelum ini, dia sememangnya teruja dengan kehadiran insan baru dalam keluarganya itu.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin Ahmad dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki. (rtky/s)

Bagaimana Mengenal-Pasti Set Galaxy Note 7 Malaysia Yang Baharu Dan Selamat?

Bagaimana Mengenal-Pasti Set Galaxy Note 7 Malaysia Yang Baharu Dan Selamat?

Samsung Malaysia hari ini telah memulakan proses gantian telefon pintar Galaxy Note 7 kepada mereka yang telah membuat pra-tempahan, dimana mereka diberikan dengan telefon pintar baharu yang menggunakan komponen lebih selamat berbanding sebelumnya.

Galaxy Note 7 Baharu

Samsung sebelum ini telah dihujani pelbagai kritikan disebabkan oleh beberapa kes telefon pintar yang meletup. Disebabkan oleh itu, Samsung telah memanggil semula sekitar 2.5 juta unit Galaxy Note 7 di seluruh dunia, dan menggantikannya dengan set baharu atau memberikan pilihan kepada pengguna untuk menukar-gantinya dengan wang semula.

Kini, dengan kehadiran set baharu ini, semestinya ramai yang ingin mengetahui kaedah untuk mengenali set telefon baru ini. Untuknya, dua kaedah disediakan oleh Samsung – dan telah pun dimaklumkan oleh mereka beberapa kali sebelum ini.

Pertamanya, pengguna boleh mengenal-pasti set baharu Galaxy Note 7 mereka dengan melihat kepada ikon bateri pada telefon pintar mereka. Ia akan menggunakan ikon berwarna hijau, dan bukannya berwarna putih seperti sebelum ini.

Galaxy Note 7 Hijau

Keduanya, pengguna turut boleh mengenal-pasti dengan melihat kepada kotak peranti berkenaan, dimana sebuah tanda hitam khusus diletakkan pada bahagian IMEI yang tidak terdapat pada kotak peranti sebelum ini.

Galaxy Note 7 Baharu

Bersama-sama dengan penukaran-ganti ini, Samsung turut menawarkan satu Tempered Glass Screen Protector selain Samsung Screen Protection selama setahun.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy Note 7, mungkin boleh menukar-ganti set anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, dan terus memastikan telefon pintar anda selamat untuk digunakan.

Huawei Dijangka Memperkenalkan Mate Generasi Baru Pada 3 November Kelak

Huawei Dijangka Memperkenalkan Mate Generasi Baru Pada 3 November Kelak

Huawei terkenal dengan dua telefon pintar utama mereka, iaitu satu dibawah keluarga siri-P dan satu lagi dibawah keluarga siri-Mate. Kini dengan kehadiran penghujung tahun, semestinya ramai peminat jenama berkenaan yang menantikan peranti Mate terbaru yang telah diura-ura sejak beberapa bulan lepas.

Huawei Mate 8IMG_9940

Terkini, Huawei telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara eksklusif pada 3 November 2016 kelak. Seperti biasa, Huawei tidak mengatakan apakah peranti misteri baru yang bakal diperkenalkan – tetapi pelbagai perkara menunjukkan ia berkemungkinan adalah Huawei Mate 9.

Melalui temuramah bersama kami sebelum ini, pihak Huawei telah mengatakan mereka akan menawarkan antaramuka EMUI baru pada Mate 9 kelak, selain turut dijangka mengekalkan kamera belakang dengan dwi-lensa – berkemungkinan menggunakan jenama Leica.

Bagi anda yang mengemarkan peranti berskrin besar, maka mungkin anda boleh nantikan pengumuman pihak Huawei kelak pada 3 November kelak.

Sony Xperia XZ Berharga RM2699 Di Malaysia – Pra-Tempahan Bermula Esok

Sony Malaysia akan mula melancarkan Xperia XZ secara rasminya pada pagi esok, tetapi seperti info awal mengenai peranti berkenaan telah pun diketahui. Daripada maklumat awal yang kami terima, telefon pintar Sony Xperia XZ ini akan dijual pada harga RM2699 di Malaysia.

Sony Xperia XZ

Pra-tempahan untuk peranti ini boleh dilakukan bermula daripada awal pagi esok di pelbagai kedai Sony seluruh negara. Pada harga ini, ia boleh dikatakan agak mengejutkan, memandangkan Sony sentiasa meletakkan harga yang tinggi untuk produk mereka akhir-akhir ini. Bersama-sama dengan ini juga, pihak Sony telah mengemaskini harga jualan untuk Xperia X, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM2199.
Sony Xperia XZ Berharga RM2699 Di Malaysia – Pra-Tempahan Bermula Esok

Sony Malaysia akan mula melancarkan Xperia XZ secara rasminya pada pagi esok, tetapi seperti biasa, beberapa kedai jualan rasmi Sony telah mula berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengannya.

Xperia XZ_005

Xperia XZ_006

Daripada maklumat awal yang kami terima, Xperia XZ akan berharga RM2699 di Malaysia, dan pra-tempahan untuknya akan boleh dilakukan bermula pagi esok. Pada harga ini, ia boleh dikatakan agak mengejutkan, memandangkan Sony sentiasa meletakkan harga yang tinggi untuk produk mereka akhir-akhir ini.

Xperia XZ membawakan saiz skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, kamera belakang dengan sokongan tiga-axis 23-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel. Seperti peranti Sony lain, ia turut melengkapkan peranti Xperia XZ ini dengan sokongan kalis air dan juga NFC.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui akan mengenai penawaran Xperia X Compact – dan mungkin akan terjawab secara rasminya esok.

Baca : Pandang Pertama Xperia XZ

Sokongan Paparan Lirik Di Spotify Kembali – Memulakan Operasi Di Jepun Buat Masa Ini

Sokongan Paparan Lirik Di Spotify Kembali – Memulakan Operasi Di Jepun Buat Masa Ini

Fungsi paparan lirik pada aplikasi desktop Spotify dihentikan Jun lalu. Fungsi paparan lirik dihentikan selepas MusicMatch menghentikan kerjasama mereka dengan perkhidmatan penstriman muzik terbesar di dunia ini. Fungsi paparan lirik kini kembali semula untuk desktop dan peranti mudah alih Spotify. Walaubagaimanapun ia terhad untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

MusicMatch-Spotify-3

Pada waktu yang sama Spotify turut memulakan operasi mereka di Jepun hari ini. Buat masa ini mereka hanya memberikan penawaran kepada pengguna yang menerima jemputan khas dengan bayaran bulanan Yen 980 (~RM40). Antaramuka paparan lirik terkini ini tidak pula diperlihatkan oleh pihak Spotify.

Sebagai penggemar pengguna tegar Spotify, kami berharap fungsi paparan lirik ini boleh diakses oleh pengguna di luar Jepun dalam masa terdekat. Sesi karaoke di pejabat tidak lagi sama selepas fungsi ini dihentikan.

Zila Seeron, Pasangan Mengaku Berkhalwat

Zila Seeron, Pasangan Mengaku Berkhalwat

Bekas isteri pelawak, Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas keduanya mengaku bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada Ogos lalu. Hukuman itu telah diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar, jika gagal membayar denda mereka boleh dipenjara selama lima bulan.

BACA: “Saya Akui Diri Kurang Didikan Agama” – Zila Seeron

Memetik laporan m Star Online, Zila yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar beliau dikenakan hukuman ringan dengan alasan beliau baru sahaja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi. Manakala Khairul Azizi yang juga tidak diwakili peguam memohon hukuman sama kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Namun kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda tersebut. Zila dan Mohd Khairul Azizi yang bukan mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Along sebelum ini mendakwa isterinya berlaku curang apabila Zila mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum berita kedua mereka ditangkap khalwat di kediaman lelaki terbabit di Bandar Bukit Jalil mula tersebar di laman sosial. (rkty/w)

Gambar kredit: m Star Online

Mod Altruistik Diperkenalkan pada Bittorrent Dan uTorrent Untuk Memuat Naik Lebih Banyak Dari Muat Turun

Mod Altruistik Diperkenalkan pada Bittorrent Dan uTorrent Untuk Memuat Naik Lebih Banyak Dari Muat Turun

Peraturan tidak bertulis apabila menggunakan klien torrent ialah berkongsi saiz fail yang sama dengan jumlah fail yang dimuat turun. Nisbah 1:1 ini adalah bagi memastikan torrent yang mempunyai jumlah seeder yang lebih tinggi berbanding pemuat turun. Tetapi sebenarnya ramai yang memilih untuk menghentikan perkongsian selepas fail yang dikehendaki diterima.

altruistic-mode-utorrent

Oleh itu uTorrent dan Bittroent memperkenalkan Altruistic Mode yang memastikan anda akan memuat naik lebih banyak dari anda memuat turun. Mod ini boleh diaktifkan dari skrin tetapan program. Melalui mod ini program akan mensasarkan nisbah 2:1 pada setiap torrent yang tersenarai di dalam program. Mod ini mensasarkan golongan yang lebih gemar memberi dari menerima. Kepada yang berminat dengan mod altruistik ini anda boleh mengemaskini uTorrent ke versi 3.4.9 dan Bittorrent ke versi 7.9.9.

Kamera iPhone 7 Antara Yang Terbaik Tetapi Masih Di Belakang HTC 10 Dan Galaxy S7 Menurut DXOMark

Kamera iPhone 7 Antara Yang Terbaik Tetapi Masih Di Belakang HTC 10 Dan Galaxy S7 Menurut DXOMark

Sejak dilancarkan beberapa minggu yang lalu, antara persoalan yang ingin diketahui penggemar peranti pintar ialah kemampuan kamera iPhone 7 dan 7 Plus. Adakah Apple akhirnya akan berjaya mengalahkan HTC 10 dan Galaxy S7 sebegai raja kamera peranti mudah alih? Menurut DXOMark iPhone 7 ialah antara peranti mudah alih dengan kemampuan optik yang baik. Walaubagaimanapun ia sedikit di belakang HTC 10, Galaxy S7 dan Xperia X Performance.

iphone-7-dxomark

Ia menerima 86 markah berbanding 88 yang diterima oleh ketiga-tiga peranti di atas. Kemampuan kamera menunjukkan peningkatan berbanding iPhone 6S dan 6S Plus tahun lalu. Mereka memuji ketepatan warna, kepantasan pemfokusan di dalam situasi terang dan kadar dedahan gambar yang tepat. Kekurangan terletak pada gambar yang diambil dalam situasi pencahayaan rendah yang kurang tajam dan mempunyai masalah noise. Untuk analisis lengkap kemampuan kamera iPhone 7 sila ke pautan DXOMark di bawah.