Terlalu Mudah Hakimi Orang, Lelaki Ini Terima Pengajaran

Percaya atau tidak, kisah mengenai Ah Wong ini sebenarnya sangat dekat dengan diri kita. Tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa kita seringkali terlepas pandang dan terlajak menghakimi insan lain.

2- Terlalu Mudah Hakimi Orang, Lelaki Ini Terima Pengajaran - ROTIKAYA

Diolah dengan sangat baik dan menarik, video yang bertemakan #BukaLaHati dan juga #SehatiSejiwa ini ternyata memberi kesan yang sangat mendalam. Bagi Ah Wong, semua tidak kena di matanya. Sedangkan perkara tersebut sebenarnya mampu diubah.

Antara babak yang membuatkan kami turut bergenang airmata adalah ketika jelmaan Ah Wong ketika kecil menceritakan kembali kisah sebenar setiap insan yang menjadi mangsa penghakiman Ah Wong – dari seorang lelaki yang baru kehilangan isteri, suami buta mencari rezeki dan juga pekerja pemotong rumput.

3- Terlalu Mudah Hakimi Orang, Lelaki Ini Terima Pengajaran - ROTIKAYA

Kami pasti dalam dunia sebenar, kita pasti pernah melakukan perkara yang sama – memarahi insan tanpa usul periksa dan selidik sedangkan mereka sebenarnya turut menghadapi kesukaran namun dipendamkan.

Bagaimanapun setelah menyedari kesilapan yang dilakukan, apa yang dilakukan Ah Wong di penghujung video merupakan satu tindakan yang sepatutnya dicontohi kita semua.

4- Terlalu Mudah Hakimi Orang, Lelaki Ini Terima Pengajaran - ROTIKAYA

Ayuh marilah turut sama bangkit bermula di hari Merdeka ini dan bukan sekadar mengalirkan air mata selepas menonton namun masih kekal dengan sikap lama. Bagi anda yang belum menonton video ini, kami kongsikan bersama anda. Jaga-jaga, nanti mata bergenang air mata.

Acer Spin 7 – Komputer Riba Yang Boleh Diputarkan Dan Digunakan Dalam Mod Berbeza

Acer sebelum ini telah hadir dengan siri komputer “R” yang mana menawarkan rekaan komputer riba yang boleh diputarkan sehingga 360-darjah, sekaligus menawarkan penggunaan sebagai tablet, pemain media ataupun komputer riba.

Kini, dengan konsep sama, Acer turut memperkenalkan siri keluarga baru yang dinamakan sebagai Acer Spin. Beberapa peranti diperkenalkan dibawahnya, dan mencuri perhatian adalah Acer Spin 7.

Acer Spin 7

Acer Spin 7 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 14-inci dengan paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, memori sehingga 8GB RAM dan ruangan storan berasaskan SSD sehingga 256GB.

Dengan penggunan cip pemprosesan berkuasa terkini daripada Intel, komputer riba yang boleh diputarkan skrin ini menawarkan masa penggunaan selama 8 jam lamanya.

Selain Spin 7, Acer turut menawarkan Acer Spin 5, Acer Spin 3 dan Acer Spin 1 dengan rekaan sama tetapi menawarkan perbezaan pada bahagian spesifikasi dan saiz skrin.

Asus Memperkenalkan Monitor Mudah-Alih Bersaiz 15.6-inci, Asus ZenScreen

Asus Memperkenalkan Monitor Mudah-Alih Bersaiz 15.6-inci, Asus ZenScreen

Pada IFA 2016 yang berlangsung hari ini, selain daripada jam tangan pintar, Asus juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah monitor mudah-alih untuk digunakan sebagai skrin kedua untuk komputer riba anda, dinamakan sebagai Asus ZenScreen.

Asus ZenScreen

Asus ZenScreen MB16AC hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci, dan turut dilengkapi sokongan USB -C untuk pemindahan data dan juga menguasakan monitor mudah-alih ini.

Melengkapkan monitor mudah-alih ini juga adalah sebuah kerangka pintar bagi memudahkan anda membawanya kemana-mana. Asus masih tidak memberikan tarikh mula jualaannya. Asus ZenScreen ini dijangka berharga sekitar EUR269 (~RM1219).

Asus Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Muka Bulat – ZenWatch 3

Sejak populariti jam tangan pintar mula meningkat, para pengguna dilihat lebih berminat dengan rekaan muka bulat berbanding dengan empat-segi. Menyedari hakikat ini, selepas hadir dengan dua generasi jam berbentuk empat-segi, hari ini Asus hadir dengan generasi ketiga jam tangan pintar mereka dengan rekaan muka bulat.

Asus Zenwatch 3

Asus ZenWatch 3 hadir dengan skrin bulat bersaiz 1.39-inci yang menawarkan paparan pada resolusi 400×40 pixel. Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan sistem operasi Android Wear, dan boleh digunakan bersama telefon Android atau iOS.

Menjana jam tangan pintar ini adalah Snapdragon Wear 2100, memori sehingga 512MB RAM, ruangan storan 4GB dan bateri bertahan sehingga 2 hari lamanya. Asus menyertakan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan jam tangan ini dicas sehingga 60% dalam masa 15 minit. Seperti jam tangan pintar lain, Asus ZenWatch 3 turut menyertakan sokongan untuk memantau kecergasan dan aktiviti seperti berlari, bersenam dan sebagainya.

Asus masih tidak mengumumkan harga jualan dan tarikh jualannya buat masa ini.

Acer Mengumumkan Aksesori Untuk Berinteraksi Dengan Haiwan Peliharaan – Pawbo

Acer telah memperkenalkan beberapa komputer riba hari ini, dan pada masa yang sama mereka turut mengambil peluang untuk memperkenalkan keluarga peranti pintar baru yang ditujukan dalam usaha memudahkan pengguna berinteraksi dengan haiwan peliharaan.

Pawbo Plus

Dinamakan sebagai Pawbo, ia hadir dengan kamera terbina bagi membolehkan anda melihat apakah haiwan peliharaan anda sedang buat, dan turut bercakap kepadanya. Disamping itu, pengguna turut boleh bermain dengan mengawal laser, selain memberikan makanan kepada haiwan peliharaan dengan hanya menekan butang pada telefon pintar anda.

Acer dilihat menyasarkan peranti ini kepada mereka yang sering bertugas di luar, dan pada masa yang sama ingin memantau apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan peliharaan mereka.

Selain Pawbo+ yang dijangka ditawarkan bermula November 2016 ini, Acer turut dijangka menawarkan beberapa aksesori lain dibawah keluarga Pawbo ini.

Acer Swift 7 Hadir Dengan Rekaan Yang Sangat Nipis

Disamping pengenalan komputer riba Predator baru yang agak tebal, Acer juga pada IFA 2016 memperkenalkan salah satu komputer riba bersaiz sangat-sangat nipis – iaitu dibawah 1CM, atau lebih tepatnya, hanya setebal 9.98mm.

Acer Swift 7

Acer Swift 7

Acer Swift 7 ini hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core generasi-7 yang baru, memori sehingga 8GB RAM, dan dilengkapi penggunaan storan berasaskan SSD sehingga 256GB.

Walaupun sangat nipis, namun, Acer kekal menawarkan masa bertahan bateri sehingga 9 jam lamanya, selain hadir dengan pelbagai port utama seperti audio-jack dan juga USB Type-C.

Disamping Swift 7, pihak Acer juga turut menawarkan tiga lagi model berbeza lain dibawah keluarga Swift – iaitu Acer Swift 1, Swift 3 dan juga Swift 5.

Acer Predator 21 X Diperkenalkan Dengan Rekaan Skrin Melengkung

Acer Predator 21 X Diperkenalkan Dengan Rekaan Skrin Melengkung

Acer Malaysia baru sahaja memperkenalkan Acer Predator 17 X untuk pasaran tempatan, dan sementara di IFA 2016, Acer turut hadir dengan satu lagi penawaran baru dinamakan sebagai Acer Predator 21 X. Komputer riba ini dengan spesifikasi yang sangat tinggi, boleh dikatakan akan menjadi salah satu komputer riba yang sangat mahal.

Acer Predator 21 X

Salah satu ciri baru pada komputer riba bersaiz 21-inci ini adalah rekaan skrinnya yang sedikit melengkung – sekaligus menjadikan skrin melengkung dibawa ke komputer riba buat pertama kalinya.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini, termasuk cip Intel Core siri-K (yang dijangka diumumkan pada awal tahun 2017), dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, serta sehingga lima kipas penyejuk.

Acer Predator 21 X

Melengkapkan komputer riba ini juga memori sehingga 64GB RAM ruangan storan sehingga 4TB SSD, serta papan kekunci mekanikal. Acer turut menyertakan pengimbas mata Tobii pada komputer riba ini.

Dengan fokus terhadap gaming, ia menggunakan rekaan yang agak tebal, dan mungkin sedikit sukar bagi membawanya kemana-mana. Harga jualannya masih tidak diketahui – dan dijangka ditawarkan bermula tahun 2017 kelak.

Asus Zenfone 2 (ZE551ML) Sedia Dikemaskini Ke Android 6.0 Marshmallow

Asus Zenfone 2 (ZE551ML) Sedia Dikemaskini Ke Android 6.0 Marshmallow

Asus telah menjanjikan pengenalan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk para pengguna Zenfone 2, dan hari ini mereka telah mula memperkenalkan kemaskini berkenaan kepada para pengguna peranti berkenaan secara berperingkat.

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2 (ZE551ML) merupakan telefon pintar daripada Asus yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 lepas, dan antara yang terawal menggunakan memori sehingga 4GB RAM.

Melalui kemaskini Marshmallow, ia membuang sejumlah aplikasi pada peranti berkenaan, sekaligus mengurangkan bilangan aplikasi gendut didalamnya. Namun, beberapa aplikasi baru seperti Facebook dan Instagram kini hadir terbina pada kemaskini ini.

Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone 2 (ZE551ML) boleh rujuk ke laman rasmi Asus dalam menaik-taraf peranti anda kepada sistem operasi Marshmallow ini.

Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul

Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Ana Dahlia dan juga suami kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang juga sama dengan tarikh hari kemerdekaan. Majlis tersebut diadakan di Hotel Taiping Perdana.

BACA: Ana Dahlia Bakal Kahwin 31 Ogos Ini

Sebelum ini, Ana dan suaminya, Ashraf yang juga anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff, telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada 30 Julai lalu. Ashraf juga adalah seorang duda dan mempunyai tiga anak.

“Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan mendapat anak segera tak lama lagi,” katanya kepada BH Online sebelum ini.

Ana Dahlia pernah pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz Redzuan pada November tahun 2012. Selepas 11 bulan melayari bahtera perkahwinan mereka akhirnya berpisah. Semoga perkahwinan Ana Dahlia bersama suami kali ini akan kekal hingga ke Jannah. (rtky/s)

10- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 9- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 8- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 7- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 6- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 4- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 3- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 2- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA 1- Ana Dahlia, Suami Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA
Xiaomi Mi Robot Vacuum Dilancarakan – Robot Mesin Pembersih Hampagas

Xiaomi Mi Robot Vacuum Dilancarakan – Robot Mesin Pembersih Hampagas

Xiaomi Mi Robot Vacuum dilancarkan secara rasmi hari ini dan ia adalah sebuah  mesin pembersih hampagas robotik pertama dari mereka. Kepada mereka yang kurang menggemari tugas membersihkan lantai rumah inilah robot yang dapat meringankan beban anda. Robot ini dilengkapi sistem radar, laser dan pengesan pelanggaran. Bateri sebesar 5200 mAh yang dibekalkan memberikan tempoh beroperasi sehingga 2.5 jam.

Mi Robot Vacuum 1 Robot ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home dengan dua mod pembersihan iaitu secara rawak dan mengikut saiz bilik. Menerusi aplikasi yang sama pengguna boleh menetapkan waktu membersih dan memberikan arahan untuk membersih walaupun ketika di luar rumah. Motor elektrik yang digunakan menurut Xiaomi membolehkan ia berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Harga jualan robot ini ialah RMB 1699 (~RM 1035) sebuah.

Mi Robot Vacuum 2

Antaramuka Google+ Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna

Antaramuka Google+ Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna

Google pada penghujung tahun 2015 telah mengumumkan pengenalan dan permulaan ujian rekaan antaramuka baru untuk laman sosial dan komuniti Google+. Kini, selepas melalui pelbagai fasa ujian, Google hari ini telah mula memperkenalkannya kepada semua pengguna perkhidmatan berkenaan.

Google Plus

Hari ini, sekiranya anda melayari laman Google+ melalui pelayar web desktop, anda akan dipaparkan dengan notifikasi untuk mencuba dan mengaktifkan antaramuka baru. Google masih menawarkan kebolehan untuk kembali ke antaramuka lama buat masa ini, tetapi selepas beberapa bulan, antaramuka baru ini sahaja yang akan ditawarkan.

Disamping itu, Google turut berkongsi mengatakan kelak pengguna boleh berkongsi pautan dan gambar pada bahagian komen, disamping kemaskini pada bahagian Community.

Bagi anda, adakah anda masih aktif menggunakan perkhidmatan Google+ ini?

Uqasha Senrose: Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya

Uqasha Senrose: Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya

Beberapa kali berkongsi gambar bersama di laman Instagram bersama lelaki yang dikenali sebagai Tengku Bakar, Uqasha Senrose menjelaskan bahawa mereka hanyalah sekadar kawan – ketika ini dan masih mengenali hati budi.

BACA: Peminat Dakwa Uqasha Senrose Permainkan Agama

1- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA

“Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan. Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu,” kongsinya kepada BH Online.

Malah setiap kali muatnaik gambar Uqasha dan lelaki berkenaan, pasti ia menarik perhatian peminat yang ramai juga menyifatkan Tengku Bakar seiras Fattah Amin dan meninggalkan komen agar mereka cepat dijodohkan – selain komen meminta Uqasha bertudung kembali ketika ini.

“Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali. “Saya enggan dikecewakan sekali lagi. Justeru saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan,” ulasnya lagi. (rtky/s)

7- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA 6- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA 5- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA 4- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA 3- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA 2- Uqasha Senrose- Tengku Bakar Sekadar Kawan Saya - ROTIKAYA
iPhone 7 Mungkin Hadir Dengan Lima Pilihan Warna Termasuk Hitam Mac Pro

iPhone 7 Mungkin Hadir Dengan Lima Pilihan Warna Termasuk Hitam Mac Pro

Pada awal kemunculannya iPhone hadir dengan pilihan warna hitam dan putih. Tidak melampau untuk mengatakan iPhone bertanggungjawab memulakan trend peranti berwarna putih yang kemudian diikuti oleh pengeluar lain. Kini terdapat empat pilihan warna untuk iPhone 6S iaitu putih, kelabu, emas dan ros merah. Kini kedengaran ura-ura iPhone 7 mungkin hadir dengan lima pilihan warna dengan penambahan warna hitam berkilat seperti Mac Pro.

iPhone-7-SIM-tray-colors

Ura-ura bermula selepas talam SIM yang didakwa untuk iPhone 7 tertiris. Seingat kami kali terakhir iPhone ditawarkan dengan warna hitam ialah pada iPhone 5. Selepas itu ia dihentikan dan digantikan dengan warna kelabu. Kami secara peribadi lebih menggemari peranti berwarna hitam kerana ia kelihatan lebih maskulin. Sekiranya benar wujud pilihan hitam Mac Pro kelak, ia akan menjadi warna pilihan iPhone 7 yang bakal kami miliki.

Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan

Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan

Akibat melanggar pantang, pelakon Yana Samsudin kini mengalami bentan selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu. Ternyata masalah yang dialami oleh Yana membuatkan dirinya menjalani proses pantang dengan sukar.

BACA: Yana Samsudin Kongsi Kisah Lahirkan Anak Sulung

“Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka”

“Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan. Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam. Walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga,” jelasnya kepada mStar Online.

Yana selamat melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen pada 21 Julai lalu. Selain itu tambah Yana, dia juga berniat untuk mengadakan majlis bagi memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada rakan terdekat dan media tidak lama lagi. (rtky/s)

7- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA 6- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA 2- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA 4- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA 3- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA 1- Kerana Langgar Pantang, Yana Samsudin Bentan - ROTIKAYA
Kawasaki Membangunkan Kecerdasan Buatan Untuk Motosikal

Kawasaki Membangunkan Kecerdasan Buatan Untuk Motosikal

Kecerdasan buatan pada kereta sudah wujud dan membolehkan TESLA dipandu tanpa sebarang input dari manusia. Sistem kecerdasan pintarnya mampu melihat lokasi kenderaan lain dan melakukan pilihan pemandu paling selamat bagi mengelakkan kemalangan. Di Jepun Kawasaki mengumumkan mereka sedang membangunkan sistem kecerdasan buatan untuk motosikal.

Kanjo Engine Kawasaki 1

Sistem yang diberi nama Kanjo Engine ini dapat berinteraski dengan penunggang melalui kawalan suara. Dengan menganalisa tabiat menunggang mereka pula, tetapan tuning motosikal dapat dilakukan secara automatik. Kanji Engine juga akan memberikan maklumat keselamatan sekiranya menyedari penunggang memandu secara berbahaya. Memandangkan Kanjo Engine masih dalam pembangunan, tarikh bila ia akan muncul pada motosikal Kawasaki masih belum diketahui. Tetapi sudah boleh bayangkan Kanjo Engine memarahi penunggang apabila ia mengesan mereka melakukan aksi Superman dan berlumba secara haram.

Metal Gear Solid V : The Definitive Experience Hadir 11 Oktober Hadapan

Metal Gear Solid V : The Definitive Experience Hadir 11 Oktober Hadapan

Metal Gear Solid ialah siri permainan yang mendapat sambutan menggalakkan dari pemain di seluruh dunia. MGS V : The Phantom Pain ialah antara permainan yang kami paling minati tahun lalu. Puluhan jam dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan status tertinggi sekaligus menjadikan kami setanding dengan Big Boss. Kepada mereka yang masih belum membeli permainan ini, MGS V : The Definitive Experience akan dijual pada 11 Oktober hadapan.

MGS V The Definitive Experience 2

Permainan MGS V : Ground Zeroes dan The Phantom Pain dijual di dalam pakej baru lengkap dengan kesemua DLC yang pernah dihasilkan. Ia bakal hadir untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Harga juala ialah $49.99. Walaupun diberikan nama The Definitive Experience, kandungan yang dibuang bagi mempercepatkan tarikh jualan tidak pula disertakan.

Kepada yang kurang arif, bab akhir The Phantom Pain muncul secara mengejut dan membuatkan jalan cerita tergantung. Bab akhir yang dipotong tertiris ke arena web beberapa bulan selepas permainan ini dijual. Pemotongan ini dipercayai adalah antara sebab mengapa Hideo Kojima tidak lagi bersama Konami.

Permainan PewDiePie’s Tuber Simulator Diumumkan

Permainan PewDiePie’s Tuber Simulator Diumumkan

Adakah anda memendam impian untuk menjadi YouTuber terkenal seperti PewDiePie, Jinny Boy, Bobo dan Cikgu Shidah? Adakah anda mahu jadi popular sehingga sukar mendapatkan privasi? Sekiranya anda menjawab ya kepada soalan pertama tetapi tidak kepada soalan kedua anda mungkin bole mencuba PewDiePie’s Tuber Simulator. Permainan mobil ini diumumkan sendiri oleh PewDiePie hari ini.

PewDiePie Tuber Simulator 2

Tuber Simulator meletakkan anda di kerusi seorang individu yang mahu menjadi terkenal.  Pemain perlu meningkatkan jumlah tontonan video dan pelanggan kepada saluran mereka. Ini dilakukan dengan menghias bilik dan studio mereka. Dari segi grafik permainan ini menggunakan rekaan retro 8 bit isometrik. Anda bermula dari bawah dengan sasaran untuk menjadi lebih popular dari PewDiePie. Tiada tarikh pelancaran diumumkan dan permainan ini boleh dimuat turun secara percuma. Menurut PewDiePie ia aka kekal percuma dan pemain tidak perlu melakukan transaksi mikro untuk berjaya.

Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Sesentuh Dilancarkan Oleh Synaptics

Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Sesentuh Dilancarkan Oleh Synaptics

Minggu lalu kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan penggunaan butang home fizikal pada iPhone. Butang fizikal dengan pengimbas TouchID terbina ini adalah antara komponen paling kerap digantikan kerana mudah rosak. Apabila digantikan dari pihak ketiga, berlaku pula masalah Error 53 awal tahun iniyang mengakibatkan peranti terus tidak boleh diakses.

Synaptics-Natural-ID-FS4500 pengimbas

Dengan membuang butang home fizikal masalah ini bukan sahaja dapat diselesaikan malah peranti akan kelihatan lebih menarik. Sebuah sistem pengimbas cap jari terbina Natural ID FS4500 pada skrin dilancarkan oleh Synaptics hari ini. Pengimbas sebesar 6×6 mm ini boleh diletakkan di belakang skrin sesentuh dan panel seramik dengan ketebalan maksimum 300 mikrometer. Ini sekaligus membuka pintu kepada kewujudan peranti pintar dengan sistem pengimbas cap jari yang tidak ketara. Ia kini boleh dipesan dan akan memulakan produksi pada suku ke-4 2016.

Apple Perlu Membayar €13 Billion Cukai Tertunggak Kepada Kesatuan Eropah

Apple Perlu Membayar €13 Billion Cukai Tertunggak Kepada Kesatuan Eropah

Apple menjalankan operasi mereka di Eropah melalui pejabat mereka di Ireland. Sepanjang operasi mereka sejak 2003, mereka menerima insentif dari kerajaan Ireland dengan hanya perlu membayar cukai pada kadar 1% setiap tahun. Pada tahun 2014 mereka dilaporkan menerima pengurangan dengan kadar cukai 0.005%. Insentif diberikan bagi menggalakkan pelaburan Apple di Ireland.

Suruhanjaya Eropah hari ini meminta Apple membayar cukai tertunggak bernilai €13 Billion (~RM 59 Billion) untuk tempoh 2003-2014. Menurut mereka Apple menerima insentif pemotongan cukai yang tidak sah menurut undang-undang Kesatuan Eropah. Undang-undang ini menghalang kerajaan negara-negara EU dari memberikan pemotongan cukai kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja. Cukai ke atas syarikat di Ireland sepatutnya pada kadar 12.5% setahun.

Suruhanjaya Eropah juga mendapati kesemua jualan produk Apple dari Eropah, Timur Tengah. Afrika dan India kesemuanya disalurkan ke Ireland untuk mengelak membayar kadar cukai yang tinggi. Keputusan ini akan dirayu semula oleh Michael Noonan, menteri kewangan Ireland. Tim Cook juga sudah mengeluarkan kenyataan bagi pihak Apple yang menegaskan mereka tidak menerima layanan istimewa dari Ireland dan tindakan Suruhanjaya Eropah ini tidak berasas. Tambah beliau lagi tindakan mereka adalah campur tangan luar untuk menggantikan undang-undang Ireland.

Google Dilaporkan Tidak Akan Menggunakan Penjenamaan Nexus Pada Telefon Pintar Tahun Ini

Google Dilaporkan Tidak Akan Menggunakan Penjenamaan Nexus Pada Telefon Pintar Tahun Ini

Menjadi kebiasaan untuk pihak Google memperkenalkan telefon pintar Nexus baru bersama-sama dengan pengenalan versi Android baru. Namun, ia tidak berlaku pada tahun ini ketika pengenalan Android 7.0 Nougat, malah telefon pintar pertama yang akan dilengkapi sistem operasi berkenaan adalah LG V20.

Kini, laporan baru hadir daripada Android Central, mengatakan Google mungkin tidak lagi menggunakan penjenamaan Nexus pada peranti baru mereka tahun ini.

Google Nexus

Untuk makluman, jenama Nexus digunakan pada telefon Android yang hadir dengan antaramuka asas Android tanpa sebarang penambahan. Setiap tahun, Google bekerjasama dengan pelbagai pengeluar berbeza – dan ia telah dimulakan sejak 2009 yang lepas. Paling akhir, tahun lepas menyaksikan pengenalan Nexus 6P daripada Huawei, dan Nexus 5X daripada LG.

Untuk tahun 2016 ini, ia telah diperkatakan Google bekerjasama dengan pihak HTC, namun tiada sebarang pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Menurut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan jenama Google akan diletakkan pada bahagian hadapan – menggantikan penggunaan jenama HTC dan juga Nexus. Nama akhir untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi.

Google Nexus

Disamping perubahan pada nama, Google juga dilihat akan menawarkan sedikit penambahan pada antaramuka mereka. Perkara ini selari dengan apa yang kita dengar sebelum ini berkenaan dengan “Nexus Launcher”. Google menawarkan rekaan skrin utama yang sedikit berbeza melaluinya – yang mana tidak sama seperti pada Android 7.0 Nougat di Nexus 6P.

Selain daripada jam tangan pintar, Google juga sebelum ini telah diperkatakan akan hadir dengan jam tangan pintar Android Wear dengan jenama tersendiri hasil kerjasama bersama pengeluar lain.

Xiaomi Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Dengan Integrasi GPS – Amazfit Sports Smartwatch

Xiaomi Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Dengan Integrasi GPS – Amazfit Sports Smartwatch

Amazfit merupakan salah satu syarikat yang dimiliki oleh Huami, syarikat pengeluar peranti boleh-pakai eksklusif untuk Xiaomi. Kini, selepas sekian lama jam tangan pintar Xiaomi dinantikan, hari ini mereka telah pun mengumumkan jam tangan pintar dengan integrasi GPS yang dinamakan sebagai Amazfit Sports Smartwatch.

Amazfit Sports Smartwatch

Amazfit Sports Smartwatch ini hadir lanjutan daripada pengenalan jam tangan pintar khusus untuk kanak-kanak sebelum ini. Seperti kebanyakkan produk yang dipasarkan melalui Xiaomi, jam tangan Amazfit Sports Smartwatch ini turut disasarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Amazfit Sports Smartwatch

Amazfit Sports Smartwatch

Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.34-inci dengan resolusi 300×300 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori 512MB RAM dan ruangan storan 4GB. Peranti ini juga hadir dengan integrasi cip GPS didalamnya selain sensor denyutan jantung. Melalui ruangan storan terbina, pengguna boleh menyimpan sejumlah lagu, dan mendengarnya melalui fon telinga ketika bersenam melalui penggunaan Bluetooth.

Amazfit Sports Smartwatch

Dari segi masa bertahan bateri, Amazfit Sports Smartwatch ini dikatakan menawarkan masa penggunaan dengan sokongan notifikasi aktif selama 5 hari. Sekiranya GPS diaktifkan, ia mampu bertahan selama 35 jam, dan sekiranya digunakan sebagai jam sahaja, ia mampu bertahan selama 11 hari.

Amazfit Sports Smartwatch ini dijual di China pada harga 799 Yuan (~RM486).

“Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin”

“Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin”

Jika sebelum ini pernah digosipkan dengan Zizan Razak dan Ben Ali, terbaru Mira Filzah didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Fattah Amin pula. Malah beliau juga dikatakan penyebab hubungan pelakon itu dengan Sherry Ibrahim putus. Bagaimanapun, Mira menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin hanyalah atas dasar kerja.

BACA: Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus?

“Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan hanya atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali. Saya selesa berkawan dengan semua orang”

“Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin. Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz, memang tiada kaitan dengan Fattah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sebenarnya sudah lama ingin memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya itu kerana sudah tidak tahan dengan sikap dramatis wanita itu yang dikatakan kuat cemburu dan terlalu mengongkong. Selain itu Fattah juga kini membuka syarikat pengurusan artis dan menarik Mira untuk bernaung.

Namun Mira ketika ditanya mengenai penyertaan beliau ke syarikat pengurusan itu, beliau menafikan dakwaan mengatakan beliau menyertai syarikat itu kerana ajakan Fattah semata. Jelasnya, beliau memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama. (rkty/w)

2- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 3- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 4- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 5- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 6- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg 7- “Saya Tiada Apa Apa Hubungan Dengan Fattah Amin” - jpeg
Google Hadir Dengan Doodle Bertemakan Harimau Malaya Bersempena Hari Kemerdekaan 2016

Google Hadir Dengan Doodle Bertemakan Harimau Malaya Bersempena Hari Kemerdekaan 2016

Google sering hadir dengan doodle khusus untuk pengguna tempatan pada setiap hari Kemerdekaan. Hari ini, bersempena dengan hari Kemerdekaan 2016, Google hadir dengan sebuah doodle dengan fokus terhadap Harimau Malaya.

Google Merdeka 2016

Google Malaysia mengatakan doodle ini merupakan lambang kepada keberanian dan juga kekuatan. Google turut menyertakan lambang perkongsian terus pada doodle berkenaan, membolehkan pengguna berkongsi ucapan Hari Merdeka terus ke laman sosial kegemaran.

Bagi anda, apakah pendapat mengenai rekaan doodle ini? Kami sendiri lebih menyukai rekaan doodle yang dibawakan sebelum-sebelum ini berbanding doodle untuk tahun ini. Anda pula?

Permainan Lumba Kereta, Gran Turismo Sport Ditangguhkan Ke 2017

Permainan Lumba Kereta, Gran Turismo Sport Ditangguhkan Ke 2017

Gran Turismo Sport telah diumumkan untuk konsol PlayStation 4 sebelum ini, dan pada awalnya dijadualkan untuk pengenalan pada bulan November 2016 ini. Namun, kini nampaknya peminat permainan berkenaan perlu menantikan untuk tempoh yang lebih lama, dan ia kini dijadualkan untuk pengenalan pada tahun 2017 kelak.

Gran Turismo Sport

Pihak pembangunnya mengatakan ia terpaksa ditangguhkan dalam usaha memberikan pengalaman yang baik kepada para pengguna – dan supaya menjadi permainan Gran Turismo yang terbaik dalam siri berkenaan.

Penangguhan permainan eksklusif untuk PlayStation 4 pada penghujung tahun ini mungkin serba sedikit memberikan kesan terhadap penjualannya kelak. Tetapi, dengan penawaran pelbagai permainan baru – termasuk penawaran PlayStation VR, mungkin ia tidak begitu memberikan kesan kepada para pemain.

Gran Turismo Sport ini akan dipasarkan pada tahun 2017 kelak, dan akan dijual pada harga bermula RM219 untuk versi biasa, selain Collector’s Edition pada harga RM4999.

Intel Memperkenalkan Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-7 Dengan Nama Kod Kaby Lake

Bagi para peminat dan yang mengikuti perkembangan cip pemprosesan untuk komputer, mungkin nama Kaby Lake tidak asing lagi. Selepas pelbagai maklumat tertiris sebelum ini – termasuk pengenalan komputer dua-dalam-satu pertama dari Asus menggunakannya, hari ini Intel secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-7 mereka.

Intel Kaby Lake

Seperti biasa, Kaby Lake ini membawakan penaik-tarafan dari segi kuasa pemprosesan dan juga keefisyenan berbanding dengan Skylake sebelum ini. Ia masih berasaskan kepada rekaan teknologi 14nm seperti Skylake, dan turut menawarkan pengoptimasian dalam penawaran kandungan video 4K dan juga 360-darjah.

Intel mengatakan melalui cip pemprosesan baru ini juga ia hadir menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama, selain sokongan untuk pelbagai fungsi baru seperti Windows Hello, Thunderbolt 3 dan lain-lain.

Intel Kaby Lake

Peranti terawal yang menggunakan cip pemprosesan ini adalah komputer riba dan juga komputer dua-dalam satu. Intel membahagikan penawaran mereka kepada dua siri – iaitu siir-U dengan fokus terhadap prestasi, dan siri-Y yang memfokuskan kepada rekaan nipis.

Pelbagai pengeluar dijangka memperlihatkan penawaran mereka dalam bulan-bulan akan datang, dan sementar untuk penawaran desktop, pengguna mungkin perlu nantikan sehingga awal tahun 2017 kelak.

LG Memperkenalkan Monitor Melengkung Dengan Paparan Ultra-Lebar

LG Memperkenalkan Monitor Melengkung Dengan Paparan Ultra-Lebar

Selain daripada Samsung, LG hari ini turut telah mengumumkan penawaran monitor mereka yang terbaru, dimana LG dilihat lebih memfokuskan kepada model dengan paparan ultra-lebar mereka pada nisbah paparan 21:9.

Melalui pengumuman LG, mereka mengatakan penawaran monitor terbaru mereka ini adalah monitor terbesar didunia dengan paparan ultra-lebar – iaitu sebuah monitor melengkung bersaiz 38-inci dengan paparan 21:9. Dinamakan sebagai 38UC99, ia turut hadir dengan sokongan paparan pada resolusi 3840×1600 pixel, selain turut hadir dengan sokongan port USB-C.

LG Ultra-Lebar

Bagi anda yang inginkan saiz sedikit kecil, LG turut menyediakan monitor ultra-lebar bersaiz 34-inci, dan ditujukan kepada peminat permainan video. Ini kerana ia hadir dengan sokongan teknologi AMD Freesync, serta kadar segar semula pada 144Hz.

Dan sekiranya anda masih inginkan monitor dengan paparan pipih, LG turut menyediakan sebuah variasi monitor pada saiz 34-inci yang turut hadir dengan sokongan Google Cast secara terbina.

Ketiga-tiga variasi monitor ini akan mula dipasarkan bermula bulan-bulan akan datang.

CIMB Menutup Beberapa Cawangan – Memfokuskan Kepada Perkhidmatan Perbankan Digital

CIMB Menutup Beberapa Cawangan – Memfokuskan Kepada Perkhidmatan Perbankan Digital

CIMB Bank merupakan salah satu bank tempatan yang popular dan digunakan ramai – sama ada dalam bentuk fizikal ataupun melalui perbankan digital. Terkini, dengan perkembangan arena teknologi yang pesat, pihak CIMB dilihat ingin menumpuka pelaburan mereka lebih ke arena digital dan telah menutup 23 cawangan sebagai salah satu langkah mengurangkan perbelanjaan operasi.

Bersama-sama penutupan ini juga, CIMB turut mengatakan mereka tidak bercadang untuk membuka sebarang cawangan baharu. Ini adalah kerana mereka lebih ingin mengoptimumkan penawaran digital mereka – yang mana pada masa yagn sama memudahkan lagi para pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baharu.

Arena teknologi dan kewangan telah menerima perhatian ramai pihak sejak setahun dua yang lepas, malah beberapa pihak aktif dalam melakukan pelaburan dalam arena ini. Selain daripada CIMB, mungkinkah kita turut melihat bank lain mengikut jejak sama dalam mengurangkan kos operasi serta mengikut trend pengguna semasa?

Apa Yang Ayda Jebat Lakukan Sampai Tak Dapat Tidur Malam? Hmm.

Apa Yang Ayda Jebat Lakukan Sampai Tak Dapat Tidur Malam? Hmm.

Nampaknya Ayda Jebat buat ketika ini enggan berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara menarik yang sedang dilakukannya malah ternyata apa yang dilakukan oleh Ayda buat masa sekarang ternyata membuatkan matanya macam orang tak cukup tidur.

Malah dengar khabarnya penyanyi ini juga tak dapat tidur malam kerana sibuk memikirkan idea untuk muzik video terbaru Pencuri Hati dalam versi dangdut! Entah macam manalah agaknya jadi video klip nanti.

Dengarnya Ayda Jebat mencuba sesuatu yang baru berkaitan #projectxt, ada kaitan ke?

Bagi nak dapatkan idea untuk muzik video terbaru itu, Ayda Jebat ada memberi sedikit bayangan bahawa mungkin produk yang sedang diujinya kini membuatkannya tidak dapat tidur di waktu malam. Mana tidaknya, kalau dah leka layan Youtube sampai pagi, memang tak sedar apa!

Tapi, jika anda ada idea muzik video ala ala dangdut untuk dikongsikan bersama, boleh saja kongsikan di ruangan komen. Ayda Jebat atau peminat suka panggil Kenid ini tidur lambat pun masih cergas. Tak percaya cuba tengok video di bawah.

Tapi kan, anda semua pernah dengar apa apa tentang #projectxt yang Ayda Jebat asyik sebut dalam video di atas? Kalau Ayda Jebat pun boleh berjaga sepanjang malam untuk layan #projectxt, kami pun mahu turut serta.

Kalau anda rajin, boleh tengok tengok hashtag #projekxt di laman sosial utama seperti Facebook, Instagram mahu pun Twitter — mana tahu boleh dapat idea apa sebenarnya #projectxt ini.

Kami lihat sendiri di Twitter yang #projectxt ini mula diperkatakan ramai dan nampaknya Youtuber terkenal, Jinnyboy juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam #projectxt ini. Tak sabar kami mahu tahu lebih dalam tentang semua ini.

Screen Shot 2016-08-30 at 6.12.04 PM

Untuk Ayda Jebat, bolehlah ganti tidur nanti letih kesian awak, heh.

Celcom Hadir Dengan Xpax Turbo – Menawarkan 333MB Internet Burung Hantu Setiap Hari

Celcom hari ini telah mengadakan acara khusus dikalangan pengedar mereka, dan berkongsi mengenai pakej baru prabayar mereka, yang dinamakan sebagai Xpax Turbo. Melaluinya, Celcom memasarkan ia sebagai pelan prabayar terbaik untuk internet di pasaran hari ini.

Xpax Turbo

Melalui Xpax Turbo, pihak Celcom menawarkan Internet Burung Hantu sebanyak 10GB (333MB setiap hari). Seperti sebelum ini, Internet Burung Hantu mengehadkan penggunaan internet berkelajuan tinggi daripada pukul 1 pagi hingga 7 pagi.

Melalui pelan Xpax Turbo pula, ia menawarkan beberapa pakej berbeza mengikut nilai, iaitu;

  • Data sebanyak 200MB + 100MB Facebook untuk RM5 (3 hari)
  • 600MB + 600MB Facebook + 300MB untuk Youtube pada harga RM10 (7 hari)
  • 2GB + 1GB Facebook + 1GB untuk Youtube pada harga RM30 (30 hari)
  • 5GB + 2GB Facebook + 2GB untuk Youtube pada harga RM50 (30 hari)
  • 9GB + 3GB Facebook + 3GB untuk Youtube pada harga RM80 (30 hari)

Xpax Turbo

Disamping itu, Celcom turut menawarkan 500MB secara percuma untuk penggunaan aplikasi seperti WhatsApp, dan WeChat. Dan bagi pengguna yang tidak melanggan pakej data yang ditawarkan, mereka masih boleh mengakses internet asas pada kelajuan 64kbps. Celcom dijangka menawarkan pelan baru ini bermula daripada awal bulan September ini.

Sedang dikemaskini..

BlackBerry DTEK50 Akan Dijual Di Malaysia Bermula September – Berharga RM1339

Pada bulan Julai lepas, pihak BlackBerry telah memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, dinamakan BlackBerry DTEK50. Ia hadir dengan sistem operasi Android, selain turut memfokuskan kepada sokongan sekuriti seperti pelbagai peranti BlackBerry yang lain.

BlackBerry DTEK50

Kini, ia dilihat akan dilancarkan dan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan. Beberapa penjual dilihat telah mula mempromosikannya dan mula menerima tempahan untuk peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, BlackBerry DTEK50 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 617, memori sehingga 3GB RAM dan ruangan storan 16GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan Android 6.0 Marshmallow, dan tidak hadir dengan sebarang antaramuka tambahan – selain daripada beberapa aplikasi BlackBerry seperti BlackBerry Hub, Calendar dan sebagainya.

Di Malaysia, BlackBerry DTEK50 ini dilihat akan dijual pada harga RM1339.

Apple Bakal Memperkenalkan Kemaskini MacBook Air Dan iMac Tidak Lama Lagi

Apple Bakal Memperkenalkan Kemaskini MacBook Air Dan iMac Tidak Lama Lagi

Apple telah sedia mengumumkan sebuah acara khas pada bulan September ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru. Selain daripada itu, Apple turut dijangka mengadakan sebuah acara khusus pada bulan Oktober untuk memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Mac.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini untuk MacBook Air dengan sokongan USB-C, selain iMac yang akan hadir dengan pilihan cip grafik daripada AMD.

Selain kedua-duanya, Apple turut dikatakan sedang bekerjasama dengan pihak LG untuk hadir dengan sebuah monitor khusus yang boleh dihubungkan bersama komputer mereka. Monitor berkenaan dijangka hadir dengan panel 5K – yang ditujukan kepada para pereka grafik dan mereka yang terlibat dalam arena multimedia.

Disamping itu, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini kepada keluarga MacBook Pro – tetapi pengenalan ini mungkin mengambil waktu yang sedikit berbeza disebabkan penyertaan panel khusus padanya dengan skrin LED.

“Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat”

“Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat”

Daripada kisah cinta tidak kesampaian, kes putus tunang, berperang mulut dengan rakan sama industri hinggalah cerita mendedahkan aurat di pulau percutian, kini Uqasha Senrose tidak mahu lagi menipu diri sendiri. Ini kerana beliau menganggap bahawa jika beliau terus bertudung tetapi hatinya tidak ikhlas, dirinya dirasakan seperti munafik dan membelakangkan Tuhan.

BACA: “Jangan Perasan Bagus, Balik Cermin Diri Dulu”

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan keputusan yang diambil.

Sementara itu, Uqasha turut mengaku dirinya tidak cukup kuat ketika memakai tudung, imannya turun naik kerana berdepan dengan persekitarannya sekarang, apatah lagi bergaul dengan teman-teman yang tidak berhijab. Malah katanya, keadaan itu juga terjadi mungkin kerana dirinya belum cukup istiqamah untuk menutup aurat sepenuhnya seperti pada ketika awalnya. (rkty/w)

1- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 3- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 4- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 5- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 6- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg 7- “Buka Tudung Bukan Nak Buat Maksiat%22 - jpeg