Pemain Media Popular, VLC Hadir Ke Windows 10 Dalam Bentuk Aplikasi Universal

Pemain Media Popular, VLC Hadir Ke Windows 10 Dalam Bentuk Aplikasi Universal

Bercakap mengenai pemain media, nama VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna. Kini, selain daripada VLC Media Player untuk desktop, pembangunnya juga hari ini telah menerbitkan aplikasi VLC untuk Windows 10.

VLC untuk Windows 10

VLC untuk Windows 10 ini boleh digunakan pada desktop Windows 10, tablet Windows 10 dan juga pada Windows 10 Mobile. Ia menawarkan rekaan berasaskan antaramuka ModernUI, selain pada masa yang sama mengintegrasikan teknologi seperti DirectX 11 dan sebagainya. Seperti pemain media desktop mereka, VLC untuk Windows 10 turut hadir dengan sokongan pelbagai format video, dan kebolehan memainkan media daripada beberapa sumber berbeza.

Pembangunnya turut berkongsi mengatakan mereka turut akan memperkenalkan aplikasi VLC untuk Xbox One dan juga HoloLens tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh memuat-turun aplikasi universal VLC Media Player ini dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun VLC Media Player dari Windows Store

Peranti Xiaomi Anda Akan Mula Menerima Kemaskini MIUI8 Bermula 16 Ogos

Peranti Xiaomi Anda Akan Mula Menerima Kemaskini MIUI8 Bermula 16 Ogos

Xiaomi hari ini secara rasminya telah mengumumkan sistem operasi MIUI8 untuk pengguna peranti Xiaomi pada peringkat global. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkannya terlebih dahulu untuk pasaran China sahaja, dan tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran untuk pasaran global walaupun telah memulakan ujian untuknya.

MIUI8

Xiaomi MIUI8 membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru, termasuk antaranya adalah sokongan tema baru, kebolehan menggunakan dua aplikasi sama dengan akaun berbeza, kalkulator yang lebih pintar, akses pantas melalui Quick Ball, kebolehan merakamkan skrin memanjang kebawah, menjalankan dua aplikasi dalam tetingkap sama, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Xiaomi akan memulakan ujian beta terbuka untuk MIUI8 ini pada 11 Julai akan datang ini, dan menawarkannya dalam bentuk stabil kepada semua pengguna pada 16 Ogos 2016 ini. Antara peranti yang akan menerimanya adalah termasuk Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm.

Xiaomi Akan Menyertakan Fungsi Menggunakan Dua Akaun WhatsApp Pada MIUI8

Xiaomi Akan Menyertakan Fungsi Menggunakan Dua Akaun WhatsApp Pada MIUI8

Xiaomi kini dalam proses pembangunan dan menguji sistem operasi generasi baru mereka, iaitu MIUI8. Hari ini, mereka telah memperkenalkan MIUI8 versi global, dan turut berkongsi beberapa fungsi baru yang akan hadir pada MIUI8 kelak.

Salah satu fungsi menarik yang mencuri perhatian ketika pengenalan adalah sokongan yang dinamakan sebagai Dual Apps.

Melalui Dual Apps, pengguna boleh membuat salinan aplikasi pada telefon pintar mereka, dan menggunakan ia bersama-sama akaun yang lain.

MIUI8

MIUI8

Fungsi ini semestinya sangat berguna bagi anda yang ingin menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu peranti – apatah lagi memandangkan peranti Xiaomi kebanyakkannya hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Xiaomi mengatakan hampir keseluruhan aplikasi pada Play Store boleh dijadikan sebagai pendua dan di log masuk menggunakan akaun lain. Ikon untuk aplikasi salinan ini akan ditandakan dengan sebuah ikon berwarna kuning kecil dibawahnya.

Disamping fungsi Dual Apps, Xiaomi MIUI8 akan turut menyertakan fungsi 2nd Space yang membolehkan anda mengasingkan data daripada kerja dengan data peribadi anda.

MIUI8

Affinity Designer Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Windows

Bagi anda yang terlibat dalam bidan rekabentuk grafik, mungkin sedia mengenali salah satu perisian popular untuk Mac, iaitu Affinity Designer. Kini, perisian popular berkenaan turut hadir dalam bentuk beta untuk para pengguna Windows.

Affinity Designer

Affinity Designer menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat rekaan grafik – termasuk berkaitan penjenamaan, laman web, ikon, antaramuka, vektor dan sebagainya. Pelbagai fungsi disediakan untuk anda hadir dengan rekaan yang cantik dan kemas menggunakan perisian ini.

Perisian ini adalah perisian berbayar, tetapi untuk ujian beta ini, pihak pembangunnya menawarkan ia secara percuma. Anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian ini dengan membuat pendaftaran pada laman web rasmi Affinity.

Muat-Turun Affinity Designer Beta untuk Windows

HTC Membentuk Subsidiari Khusus Untuk Realiti-Maya

HTC Membentuk Subsidiari Khusus Untuk Realiti-Maya

HTC pada tahun ini boleh dikatakan agak kurang popular dalam arena telefon pintar – apatah lagi HTC 10 yang kurang mencuri tumpuan ramai. Walaubagaimanapun, salah satu peranti mereka yang menerima permintaan tinggi adalah set realiti-maya mereka, iaitu HTC Vive.

Mengenal-pasti pasaran realiti-maya yang semakin membesar dari hari ke hari, kini HTC telah menubuhkan anak syarikat mereka khusus untuk realiti-maya, dinamakan sebagai HTC Vive Tech Corporation.

HTC Vive

Melalui anak syarikat ini, HTC dilihat akan memfokuskan dalam membangunkan ekosistem untuk realiti-maya pada peringkat global – termasuk dalam mengalakkan penerbitan kandungan untuk realiti-maya dan sebagainya.

Buat masa ini, HTC baru mengeluarkan HTC Vive sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat mereka hadir dengan beberapa peranti realiti-maya lain pada masa akan datang.

Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya Mesra Alam

Kami tahu berita yang melibatkan haiwan mughallazah seperti khinzir ini amat sensitif bagi segelintir pembaca Amanz. Tetapi teknologi kitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam ini kami rasakan adalah amat menarik.  Para penyelidik di A&T State University Carolina Utara berjaya mengitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam. Tahi haiwan ini mengandungi bahan berminyak yang boleh menggantikan bitumen yang terhasil dari petroleum sebagai bahan binaan jalan raya.

Jalan raya tahi khinzirMinyak yang dihasilkan ini juga lebih murah dari bitumen dengan harga sekitar 56 sen setiap gelen. Kerana ia dari sumber haiwan yang lestari, ia sekaligus menjadikannya lebih mesra alam dari petroleum yang digunakan sekarang. Mengitar semula tahi khinzir ini mengurangkan pencemaran akibat tahi disalurkan ke dalam sungai seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

Dianggarkan setiap tahun 43 Billion gelen tahi khinzir dihasilkan setiap tahun. Sekiranya ia dikitar semula masalah pencemaran air dapat diselesaikan dan kos membina jalan raya yang mahal dapat dikurangkan. Di negara majoriti penduduk Islam teknologi ini mustahil akan digunakan tetapi siapa sangka tahi haiwan yang dipandang hina ini sebenarnya mampu membina jalan raya.

Xiaomi Mi Max Dan Xiaomi Redmi 3S Akan Hadir Ke Malaysia

Xiaomi Mi Max Dan Xiaomi Redmi 3S Akan Hadir Ke Malaysia

Yes ketika pengenalan talian telekomunikasi baru mereka, telah mengumumkan beberapa produk yang akan hadir melalui pakej dan penawaran mereka. Menariknya, antara peranti yang bakal hadir dan menyokong rangkaian Yes adalah termasuk dua peranti terbaru daripada Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi Max dan juga Xiaomi Redmi 3S.

Xiaomi Mi Max

Xiaomi Mi Max merupakan telefon pintar bersaiz paling besar daripada Xiaomi, iaitu hadir dengan skrin 6.44-inci. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 65x, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Pengguna turut disediakan dengan kamera belakang 16-megapixel. selain kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4850mAh.

Xiaomi Mi Max

Xiaomi Mi Max

Dengan saiz peranti yang sangat besar ini, ia ingin memudahkan pengguna menggunakannya dalam menikmati pelbagai kandungan media. Memegangnya menggunakan sebelah tangan boleh dikatakan agak sukar disebabkan oleh saiznya. Namun, beberapa sokongan tambahan seperti antaramuka mesra sebelah tangan turut disediakan.

Xiaomi Redmi 3S

Xiaomi Redmi 3S

Selain Xiaomi Mi Max, satu lagi telefon pintar yang diperlihatkan adalah Xiaomi Redmi 3S. Xiaomi Redmi 3S menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, menggunakan memori sehingga 3GB RAM, bateri berkapasiti 4100mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Peranti ini adalah peranti mampu-milik daripada Xiaomi, dan turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.

Buat masa ini, tarikh rasmi penawaran peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui. Namun, Yes mengatakan rangkaian mereka akan menyokong kedua-dua peranti ini, sekaligus memberikan petanda Yes mungkin menawarkannya melalui pakej pascabayar mereka kelak.

Pelanggan Yes Sedia Ada Kini Boleh Dapatkan Kad-SIM Dengan Data 8GB Sebulan Percuma

Pelanggan Yes Sedia Ada Kini Boleh Dapatkan Kad-SIM Dengan Data 8GB Sebulan Percuma

Bersama-sama dengan pengenalan pakej prabayar dan pascabayar baru untuk Yes LTE, pihak Yes turut mengumumkan penawaran kad-SIM percuma untuk semua pelanggan sedia ada yang menggunakan perkhidmatan Yes.

Dengan kad-SIM percuma ini, pihak Yes menawarkan data sebanyak 8GB percuma yang boleh digunakan bersama-sama telefon pengguna.

Yes LTE

Penawaran tambahan ini hadir daripada Yes sebagai menghargai pelanggan sedia ada mereka yang telah menyokong Yes sejak ia diperkenalkan. Sebelum ini, pada pengenalan Galaxy J 2016 beberapa minggu lepas, Yes turut telah menawarkan penambahan kuota tambahan kepada pelanggan Yes sedia ada.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Yes, anda boleh ke mana-mana cawangan Yes, dan mendapatkan kad-SIM anda.

GoPro Menghasilkan Beg Khas Dengan Cagak Terbina

GoPro Menghasilkan Beg Khas Dengan Cagak Terbina

Kamera aksi paling popular di dunia ialah GoPro dan kewujudannya membuatkan video sukan lasak semakin popular di seluruh dunia. Kamera mereka mungkin kecil tetapi seperti cili padi tetapi mempunyai kemampuan merakam video yang tinggi. Kepada pemilik kamera mereka, kini wujud GoPro Seeker Backpack yang direka khas untuk kegunaan mereka.

GoPro-Seeker-Backpack-1Beg galas ini mempunyai cagak terbina pada tali beg untuk memudahkan rakaman ketika berjalan ataupun menunggang basikal. Terdapat juga tempat simpanan khas untuk lima kamera GoPro berserta aksesori seperti bateri dan kad SD tambahan. Ia kalis air bagi memastikan peralatan videografi yang dibawa terlindung dari hujan. GoPro Seeker Backpack dijual pada harga $169.99 (~RM 684) sebuah.

HoverKart – Mengubah Hoverboard Menjadi Sebuah Go-Kart

HoverKart – Mengubah Hoverboard Menjadi Sebuah Go-Kart

Kegilaan menggunakan papan apung hoverboard kini mungkin sudah terhenti. Ini adalah kerana pelbagai kes kebakaran yang berlaku disebabkan penggunaan bateri yang tidak selamat di dalamnya. Akibatnya hoverboard diharamkan dari dimasukkan ke dalam pesawat dan penjualannya secara terbuka mula merosot.

HoverPowered Papan Apang Hover 1Kepada pemilik hoverboard yang mungkin tidak lagi bermain dengan kenderaan bermotor ini, kini wujud aksesori yang boleh mengubahnya menjadi sebuah go-kart. HoverKart hanya perlu diikat pada kawasan berdiri hoverboard dan sekaligus mengubahnya menjadi sebuah kenderaan beroda empat. Aksesori ini sedang mengumpul dana untuk jualan komersial dan boleh ditempah pada harga $100 (~RM410) sebuah.

“Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?”

“Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?”

Populariti Lara Alana di media sosial sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, namun disebalik perkongsian video mahupun gambar beliau yang dimuat naik oleh Awal Ashaari, ada pula pihak mendakwa bahawa Awal lebih menyanyangi serta menghabiskan masa bersama anak perempuannya itu berbanding isterinya, Scha al-Yahya.

BACA: Scha Al Yahya: Cukuplah Lara Sihat Dan Cukup Sifat

“Atas dasar apa saya perlu cemburu jika ada pihak mendakwa Awal lebih menyayangi anak kami, Lara. Seharusnya saya berbangga kerana suami memberikan sepenuh tumpuan dan mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada Lara. Semestinya saya bertuah kerana Lara adalah perkongsian hidup bersama, dia juga bijak merencana masa depan anak”

“Lagi pun saya dan Awal mempunyai cara tersendiri untuk mendidik Lara. Berbanding suami, saya bukan jenis merakam gambar dan aktiviti bersama anak kerana menganggao ia sebagai masa kualiti yang dihabiskan bersama. Mungkin ada yang mentafsir saya jarang meluangkan masa dengan Lara berbanding suami,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Manakala dalam masa yang sama, Scha turut mendedahkan bahawa beliau sudah pun bersedia dengan segala kritikan daripada orang ramai ketika membuat keputusan untuk membuka akaun media sosial untuk anaknya itu. Baginya, biarlah beliau menumpukan perhatian pada pembesaran anaknya berbanding kritikan negatif orang ramai terhadap Lara. (rkty/w)

1- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg 3- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg 4- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg 5- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg 6- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg 7- %22Kenapa Saya Nak Cemburu Bila Awal Sayangkan Lara?%22 - jpeg
Samsung Galaxy A9 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999

Samsung Galaxy A9 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999

Samsung Galaxy A9 Pro dilancarkan di China pada Mac lalu dan ia kini boleh dimiliki oleh pengguna di Malaysia pada harga RM1999. Galaxy A9 Pro hadir dengan skrin 6″ SAMOLED dengan paparan HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan dalaman sebesar 32 Gigabyte

Samsung Galaxy A9Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 16 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh untuk memastikan hayat penggunaan yang panjang. Menarik sekali peranti ini masih belum dilancarkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia tetapi boleh dibeli di rangkaian kedai elektronik Seng Heng. Galaxy A9 Pro ialah peranti ke empat di dalam keluarga Galaxy A yang dilancarkan di Malaysia tahun ini selepas A3, A5 dan A7.

“Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami”

“Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami”

Walaupun pelbagai spekulasi timbul selepas pendedahan hubungan cinta mereka kepada umum, Erra Fazira berkata buat masa ini, tiada sebarang berita yang perlu dihebahkan kepada peminat. Seterusnya menafikan segala dakwaan yang tersebar termasuk berita pertunangan diantara beliau dan Shahir selepas Aidilfitri ini nanti.

BACA: Erra Fazira Akui Sukar Menolak Cinta Shahir

“Kami bukannya rapat dalam masa sebulan dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan mencari keserasian. Menjadi lumrah, tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam hubungan. Rintangan pasti ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri”

“Memang tiada perkembangan lanjut seperti yang diperkatakan ramai. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa sahaja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan sahaja,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung spekulasi hubungan cinta mereka.

Sementara itu, Erra yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini kini lebih berhati-hati dalam menjaga hal peribadinya dengan mengambil pendekatan selamat untuk tidak menghebahkan soal peribadi kepada umum. Namun, beliau akui berasa lega apabila Shahir sendiri tampil membuka mulut mengenai hubungan cinta mereka. (rkty/w)

1- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 2- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 4- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 5- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 6- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg 7- %22Belum Ada Perbincangan Libatkan Orang Tua Kami%22 - jpeg
Webe Mula Menawarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM79 Sebulan

Webe Mula Menawarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM79 Sebulan

Webe hari ini telah mula membolehkan para pengguna P1 dan TM terpilih untuk mendaftar dan menggunakan pelan Webe bersama-sama peranti mereka. Melalui apa yang ditawarkan, Webe menawarkan pakej mereka pada harga bermula RM79 (RM84 jikalau termasuk GST) untuk akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Pelan data tanpa had ini hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja, dan sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam. Menurut Lowyat.NET, pengguna akan terhad kepada penggunaan panggilan dan SMS bernilai RM500 sebulan supaya pengguna tidak menyalah-guna rangkaian mereka.

Dari segi harga asal tanpa sebarang potongan, Webe menawarkannya pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data tanpa had, selain panggilan dan juga SMS. Walaubagaimanapun, selepas potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM60 – selain potongan tambahan RM60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong talian Webe, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tanpa termasuk GST).

Webe

Bagi anda yang merupakan pengguna pelan P1 atau TM, anda mungkin boleh semak di laman rasmi Webe hari ini sama ada anda boleh mendaftar untuk pelan baru ini ataupun sebaliknya.

Webe melalui laman Facebook turut mengatakan tiada sebarang kontrak untuk talian mereka. Bagi anda yang mendaftar, anda akan menerima pek SIM terus melalui penghantaran pos.

Yes Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE – Bermula RM48 Untuk 10GB

Yes Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE – Bermula RM48 Untuk 10GB

Yes 4G yang sebelum ini terkenal dengan penawaran perkhidmatan rangkaian WiMax hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan 4G LTE mereka. Pelancaran ini hadir secara rasmi selepas pihak Yes memperkenalkan ia secara ringkas ketika pelancaran telefon pintar Galaxy J 2016 tempoh hari.

Yes mengatakan rangkaian mereka menawarkan pengalaman rangkaian 4G LTE sebenar, menawarkan kelajuan muat-turun dan naik yang berkali ganda lebih pantas berbanding dengan rangkaian lain.

Yes LTE

Rangkaian Yes kini meliputi sekitar 85% kawasan berpenduduk di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah – yang mana merupakan gabungan rangkaian WiMax dan juga LTE daripada Yes.

Beberapa pelan disediakan oleh Yes untuk para pengguna. Namun, untuk anda yang ingin dapatkan ia bersama telefon pintar Yes Altitude, pihak Yes menawarkan data sehingga 24GB dan telefon pintar pada harga langganan RM70 sebulan.

Untuk pelan pascabayar pula, pihak Yes menawarkan pelan pada harga bermula RM48 untuk 10GB. Beberapa pilihan lain turut disediakan termasuk 24GB data untuk RM88, 38GB data untuk harga RM128 dan 46GB data untuk harga RM158.

Yes LTE

Disamping pascabayar, pihak Yes turut menyediakan pelan prabayar pada harga serendah RM30 sebulan untuk 4GB data.

Yes LTE

Pihak Yes membahagikan penawaran pelan mereka kepada Yes Broadband dan juga Yes LTE. Yes Broadband berfungsi melalui penggunaan modem khusus Yes seperti yang telah sedia terdapat di pasaran sejak beberapa tahun lepas, sementara Yes LTE pula beroperasi melalui kad SIM khusus Yes. Selain hanya data, pihak Yes turut menyertakan minit panggilan dan SMS percuma ke talian Yes lain.

Rangkaian Yes sendiri buat masa ini masih sedang dibangunkan lagi, dan mereka masih tidak berkongsi sepenuhnya berkaitan dengan penawaran perkhidmatan rayuan menggunakan kad SIM Yes buat masa ini. Disebabkan oleh perkara ini, Yes lebih menekankan untuk pengguna mendapatkan peranti dwi-SIM dan menggunakan Yes untuk perkhidmatan data.

Yes LTE

Yes LTE

Yes Memperkenalkan Telefon Pintar 4G LTE Dengan Sokongan VoLTE – Yes Altitude, Berharga RM399

Yes Memperkenalkan Telefon Pintar 4G LTE Dengan Sokongan VoLTE – Yes Altitude, Berharga RM399

Yes hari ini telah memperkenalkan rangkaian mereka secara rasminya, dan memulakan pengenalan tersebut adalah dimana Yes telah mengumumkan sebuah telefon pintar mereka tersendiri, iaitu Yes Altitude.

Bercakap mengenai telefon pintar daripada Yes, ini adalah telefon pintar kedua pihak Yes selepas pengenalan Yes Eclipse pada tahun 2012 yang lepas.

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, serta membawa sokongan rangkaian 4G LTE dan kebolehan membuat panggilan VoLTE menggunakannya. Peranti ini turut menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.0Ghz, memori 1GB RAM dan juga ruangan storan bersaiz 8GB. Yes menyertakan sistem operasi Android pada peranti ini, dan ia menjalankan Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka khusus bersama dengannya.

Yes akan menawarkan Yes Altitude pada harga RM399, menjadikan ia sebagai telefon pintar berharga paling rendah di pasaran yang menyokong rangkaian VoLTE.

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Sedang dikemaskini…

Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat

Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat

Sebagai selebriti pasti banyak mata yang memandang setiap kali mereka menghabiskan masa diluar, terbaru pasangan suami isteri, Stacy Anam dan Akim Ahmad pula didakwa berlagak sombong kerana tidak memberikan respon ketika ditegur peminat. Mengetahui perkara itu, Stacy meluahkan rasa terkilannya dan seterusnya menafikan tuduhan itu.

BACA: “Saya Tahu Orang Kata Saya Dayus Biarkan Stacy Tak Berhijab”

Screen Shot 2016-06-30 at 10.32.28 AM

Perkongsian menerusi Instagramnya, Stacy menjelaskan bahawa beliau dan suami tidak pernah berniat untuk berlagak sombong dengan peminat, malah sering mesra dengan sesiapa sahaja menegur mereka. Pada masa yang sama, Stacy turut menegur tindakan individu tersebut yang membawa imej tudung tetapi melemparkan kata-kata kasar di bulan Ramadhan.

Sementara itu, beberapa jam selepas posting tersebut dimuat naik, ramai peminat kesayangan Akim dan Stacy mula membanjiri ruangan komen dengan menyokong serta memberikan kata-kata semangat kepada selebriti kesayangan mereka itu. Ada juga yang turut sama berang dengan tuduhan yang dilemparkan dan meminta peminat supaya lebih memahami.

Walau apapun, untuk Stacy dan Akim bersabarlah dengan ujian yang diberikan pada bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya manusia tidak boleh menutup mulut sesama manusia. Biarlah mereka berkata-kata selagi mampu, lama kelamaan jika kita berada di pihak yang benar, pasti mulut itu akan terdiam dengan sendirinya. (rkty/w)

5- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 1- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 2- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 3- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 4- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 6- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg 7- Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat - jpeg
Sokongan Mod Untuk Fallout Untuk PlayStation 4 Mengalami Kelewatan

Sokongan Mod Untuk Fallout Untuk PlayStation 4 Mengalami Kelewatan

Hello anak-anak! Ini Three Dog dan kami mempunyai berita kurang enak untuk semua penduduk The Commonwealth yang memiliki PlayStation 4. Sokongan mod untuk konsol milik anda akan mengalami kelewatan. Ini disahkan sendiri menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Bathesda malam semalam. Kelewatan ini pastinya mengecewakan kerana mod sudahpun disokong pada konsol pesaing Xbox One dan juga PC.

Fallout 4Masalah sistem mod Fallout 4 untuk PlayStation 4 berlaku kerana terdapat had saiz fail sebesar 900 MB, penggunaan sistem audio berbeza dari PC dan tekstur yang tidak serasi digunakan pada konsol. Masalah ini tidak wujud pada Xbox One kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan sistem yang digunakan pada PC. Disini kita boleh melihat satu kelebihan Xbox One berbanding PlayStation 4. Sistem mod sudah disokong pada Xbox One sejak Mei dan pada PC sejak ia dilancarkan. Tiada tarikh diberikan bilakah sokongan mod akan hadir pada konsol Sony.

Kerangka Samsung Galaxy Note 7 Tertiris – Sah Mempunyai Skrin Dwi-lengkung Dan Satu Kamera Utama

Kerangka Samsung Galaxy Note 7 Tertiris – Sah Mempunyai Skrin Dwi-lengkung Dan Satu Kamera Utama

Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat spesifikasi dan rekaan sudah tertiris sejak dua bulan yang lalu mengenai raja phablet ini. Hari ini gambar promosi kerangka Note 7 yang dihasilkan oleh Olixar tertiris dan ia mengesahkan beberapa perkara mengenai rekaannya.

Note-7-Olixar-1Pertama sekali Note 7 memang akan mempunyai skrin dwi-lengkung dan hanya dilengkapi sebuah kamera pada panel belakang. Ura-ura kamera berkembar nampaknya kekal sebagai khabar angin tidak berasas. Dari segi rekaan Note 7 mempunyai rekaan berkotak seperti Note 5 dan bukannya bulat pada bucu seperti pada S7 Edge. Kepada yang menantikan peranti ini adakah anda menyukai rekaan ini?

Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital Akibat Gastrik

Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital Akibat Gastrik

Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik. Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.

BACA: Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

Screen Shot 2016-06-30 at 5.34.51 AM

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, bercakap pula mengenai rumah tangga, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terujanya melalui saat pertama kali melalui bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang.

Tambahnya lagi, Hanif juga seorang yang senang untuk diuruskan kerana beliau tidak cerewet dalam pemakanan, jadi jika ingin memasak juadah berbuka atau sahur juga sangat mudah. Memang terserlah kebahagiaan Anzalna sehingga beliau sendiri akui sampai tidak mahu bekerja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami. (rkty/w)

1- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 2- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 3- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 4- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 6- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg 7- Suami Anzalna Nasir Dimasukkan Ke Hospital Akibat Gastrik - jpeg
Facebook News Feed Kini Lebih Memaparkan Perkongsian Daripada Rakan-Rakan Berbanding Facebook Pages

Facebook News Feed Kini Lebih Memaparkan Perkongsian Daripada Rakan-Rakan Berbanding Facebook Pages

Facebook sering membuat perubahan dan eksperimen pada paparan News Feed mereka, dan terkini Facebook mengumumkan algoritma terbaru untuk News Feed akan mula lebih memaparkan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook, berbanding dengan perkongsian daripada Facebook Pages.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook ingin menghubungkan lebih ramai pengguna melalui platform mereka, dan dengan perubahan ini Facebook ingin memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkongsian dan kemaskini daripada rakan-rakan mereka yang lain.

Facebook turut mengatakan beberapa Facebook Pages mungkin akan melihat impak yang rendah dalam membawa pautan keluar ke sesuatu web. Facebook meminta para pemilik Facebook Pages untuk lebih hadir dengan kandungan yang boleh membuatkan pengguna berinteraksi melaluinya – sekaligus menjadikan perkongsian tersebut dapat dilihat dengan lebih ramai lagi.

Microsoft Mengesahkan Pengenalan Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Pada 2 Ogos 2016

Microsoft Mengesahkan Pengenalan Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Pada 2 Ogos 2016

Selepas ketirisan semalam, hari ini pihak Microsoft secara rasminya mengesahkan yang mana kemaskini besar seterusnya untuk Windows 10, iaitu Windows 10 Anniversary Update akan hadir pada 2 Ogos 2016 kelak.

Seperti sebelum ini, kemaskini ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna sistem operasi Windows 10 sedia ada.

Windows 10 Anniversary Update

Windows 10 Anniversary Update menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan pemalam pada pelayar web Microsoft Edge, beberapa fungsi Cortana yang ditambah-baik, kebolehan menggunakan fungsi biometrik untuk log masuk aplikasi dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, Microsoft turut mengatakan kini Windows 10 digunakan pada lebih 350 juta peranti seluruh dunia – sekaligus membuka ruangan kepada para pembangun untuk mencapai ramai pengguna dengan menerbitkan aplikasi mereka untuk Windows 10.

Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 untuk sebulan lagi, sebelum ia ditawarkan secara berbayar selepas 29 Julai 2016.