OnePlus Mengesahkan Laman Mereka Digodam – Data Kad Kredit Dicuri

OnePlus Mengesahkan Laman Mereka Digodam – Data Kad Kredit Dicuri

OnePlus sebelum ini telah memulakan siasatan dalaman lanjutan daripada pelbagai laporan pengguna mengatakan kad kredit mereka menerima caj tambahan baru yang meragukan. Sejumlah pengguna mengatakan mereka hanya menggunakan kad kredit berkenaan di laman OnePlus sahaja – sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai kesannya pada laman berkenaan.

Kini, selepas melakukan siasatan, pihak OnePlus mengesahkan laman oneplus.net telah digodam dan skrip hasad telah ditambah pada sistem mereka. Melalui skrip berkenaan, ia sekaligus mencuri data kad kredit pengguna yang melakukan pembelian melalui laman mereka.

OnePlus mengatakan pengguna yang membeli menggunakan kad kredit antara pertengahan November 2017 ke 11 Januari 2018 yang lepas mungkin terkesan.

OnePlus mengatakan mereka meminta maaf disebabkan perkara ini, dan telah mula menghantar emel kepada sekitar 40,000 orang pengguna yang terkesan disebabkan oleh hal ini.

Seperti biasa, pihak OnePlus meminta pengguna membuat semakan kenyataan bank untuk mengelak sebarang caj meragukan berlaku.

Bagi pengguna tempatan yang membeli melalui pengedar tempatan, anda tidak terkesan dengan hal ini. Tetapi, sekiranya anda membeli menggunakan laman oneplus.net pada tempoh yang dinyatakan, maka data anda mungkin terlibat sama dalam ketirisan ini.

LG Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon

LG Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon

Peranti boleh-dilipat menjadi salah satu trend ramai bermula tahun 2018 ini atau pada awal 2019 kelak. Sebelum ini, kita telah melihat penawaran ZTE, selain Samsung yang dijangka dengan sesuatu yang dinamakan “Galaxy X” dengan rekaan skrin boleh-lipat.

Kini, LG turut dilihat tidak ingin ketinggalan, dan telah memfailkan paten untuk sebuah peranti mudah-alih dengan skrin fleksibel dan boleh-dilipat dua.

LG Paten

Daripada paten yang diperlihatkan, ia menunjukan peranti bersaiz tablet yang boleh-dilipat dua dan menjadi sebuah telefon pintar – sekaligus memudahkan anda membawanya kemana-mana dengan mudah.

Ia juga akan memudahkan pengguna untuk membuat beberapa tugasan – terutamanya dengan membuka skrin bersaiz besar yang membolehkan anda melakukan tugasan produktif melaluinya.

LG Paten

LG dilihat memfailkan dua rekaan berbeza – dimana kedua-duanya mempunyai rekaan hadapan yang berbeza apabila dilipat.

Buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah LG akan hadir dengan peranti sebenar seumpamanya.

Neffos C7 Akan Mula Dijual 5 Februari Pada Harga RM 599

Neffos C7 Akan Mula Dijual 5 Februari Pada Harga RM 599

Jenama Neffos mungkin tidak sepopular jenama-jenama lain tetapi semakin dikenali selepas mengambil Nur Fazura sebagai duta produk. Sempena tahun 2018 ini mereka akan melancarkan dua peranti baru untuk pasaran Malaysia iaitu Neffos C7 dan C5A.

Neffos C7 dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD, dijana pemproses MediaTek MT6750, memori sebesar 2GB RAM, kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Peranti ini akan dijual pada harga RM599 pada 5 Februari ini. Bagi lima puluh pelanggan  pertama yang melakukan pembelian menerusi Lazada, mereka akan menerima hadiah khas bernilai RM 149. Neffos C5 pula ialah sebuah lagi peranti di dalam keluarga C5. Tiada maklumat mengenai spesifikasi lengkap dan harga jualannya buat masa ini.

'Last-last hanyut bila dah stay oversea' - Netizen


Viral di media sosial gambar seorang lelaki didakwa berasal dari Malaysia berkahwin dengan pasangannya yang juga merupakan lelaki berusia lebih tua daripadanya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

"Buat teladan masing-masing jela eh. Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul," tulis Amirul Hafez di Twitternya petang semalam yang kemudian dikicau semula lebih 8,258 kali. 

Lapor Northern Territory News, Afham Janil dan Keith Edwards merupakan pasangan sejenis pertama yang raikan perkahwinan di Australia. 

Pasangan sejenis itu dilaporkan melansungkan majlis itu di Darwin yang dihadiri beberapa kenalan terdekat. 

Perkahwinan pasangan itu berjalan dengan mudah kerana Australia membenarkan perkahwinan sejenis. 

"Masyarakat tidak memandang negatif terhadap kami walaupun kami berpegangan tangan, berpelukan," kata Keith Edward. 

Difahamkan, Afham Janil yang merupakan rakyat Malaysia kini telah menjadi 'suami' kepada Keith. 








'Ini jiran saya," kata Ikaz Maza yang mendakwa mengenali lelaki Afham.

"Yep, serius. Baru berjiran setahun lebih dengan dia. Memang kenal dan perkara ini menjadi gempar di taman (perumahan beliau) semalam.

"Tak tahu apa yang terjadi, lagipun dia (Afham) masih di sana. Tetapi semua orang taman dah kena unfriend di Facebook," kata Ikaz.


Usaha untuk menjejaki semua media sosial milik Afham Janil gagal kerana beliau telah menutup semua akaun media sosial miliknya. 

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; 

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”

(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
Huawei Matebook Dengan Windows 10 Akan Ditawarkan Pada Harga Diskaun 70% – Berharga RM1599

Huawei Matebook Dengan Windows 10 Akan Ditawarkan Pada Harga Diskaun 70% – Berharga RM1599

Huawei hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan jualan promosi pada harga diskaun untuk Huawei Matebook.

Huawei Matebook generasi lama ini hadir dalam bentuk sebuah tablet yang boleh dihubungkan ke papan kekunci untuk pengalaman komputer penuh. Ia dilengkapi skrin bersaiz 12-inci dengan resolusi 2160×1440 pixel, dijana menggunakan cip Intel Core m5 generasi ke-6, memori 8GB RAM dan ruangan storan 256GB SSD.

Huawei Matebook

Huawei turut mengatakan akan menawarkan bersama Huawei MateDock berharga RM399 dan Huawei MatePen RM369 bersama-sama dengan pakej ini.

Huawei Malaysia akan menawarkan keseluruhan pakej ini pada harga RM1599, yang mana boleh dikatakan agak berbaloi untuk spesifikasi yang dibawakan olehnya.

Jualan dengan kuantiti terhad ini akan ditawarkan pada 3 petang, 22 Januari 2018 kelak.

Beli : Huawei Matebook Pada RM1599 Bermula 3 Petang 22 Januari 2018

'Tak perlu nak mengomel mahal, kalau rasa mahal carilah yang lain' - Instafamous tampil beri penjelasan


Susulan kes seorang gadis Instafamous didakwa menganiaya peniaga online (IGShop) yang menggunakan perkhidmatannya, gadis berkenaan tampil memberikan penjelasan. 

Gadis yang menggunakan nama Syasya Rushdiena melalui instastorynya menjelaskan, harga yang ditetapkannya itu adalah berpatutan berbanding golongan instafamous lain yang mengenakan caj review yang lebih mahal. 

"Ha okey, nak sangat aku bagi penjelasan. First of all, beg tu dengan conv tu tak ada kena mengena langsung. Harga cekik darah? Ada je buat lebih dari aku. 

"Senang macam ni la, kalau rasa tak nak buat dengan orang ni, buatlah dengan orang lain. Ada sebab kenapa dia charge lebih, charge kurang. Tak perlu nak mengomel mahal la, murah la, apa la. Kalau tak nak takpe, lain orang lain rezeki. 

"Kalau rasa mahal, it's okay, carilah yang lain. Yang review bukannya ada seorang dua. Siap dah tulis kat gambar 'Limit Time'. Takkan tak nampak sebelum transfer duit? Bila lepas review, tiba-tiba nak sound. Eh??? 

"Beg tu pulak aku dah review OOTD. Then delete sebab review aku bukan stay selamanya kat feed. So tinggallah post yang duduk dekat kerusi itu. Takkanlah aku ini sewel sangat nak post review macam tu sekali? 



"Kenapa tutup komen? Kau jadi aku, kau akan buat benda sama. Tahu apa maksud menyemak? Ha itulah. Kita post gambar tapi tiba-tiba datang orang tak diundang nak komen -vibe bagai. Tak suka, tak payah stalk. Tak payah komen. Okey?

"Senang macam ni sajalah ye. Kalau kau tak ada kena mengena, jangan masuk campur. Kau pula cakap jenis lepas tak tahu info tu betul ke tak. Kau tak ada kat situasi itu, so kau diam-diam sudah. 

"Followers and Likers beli? Haha! Zaman bila beb? Aku ni takdalah batak sangat sampai nak beli bagai. 

"Fitnah satu hal, pastu nak hina bagai. Alhamdulillah, tahniah ya. Apa-apa jumpa dekat sana sajalah nanti," tulisnya. 


Terdahulu, peniaga online, Nurul Tixana mendakwa gadis terbabit telah menganiayanya dengan mengenakan harga yang mahal, tetapi review produk yang disiarkan di instastory hanya selama empat jam. 

Nurul yang kesal dengan tindakan instafamous berkenaan kemudian meluahkan rasa kekesalannya di Twitter dan thread berkenaan telah dikicau semula lebih 7,548 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen. 

BERITA BERKAITAN: